Thursday, January 10, 2013

AKU,DIA & TZM - PART 52

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥ 


Hati Mustaqim menjadi tidak keruan sepanjang hari. Dia sangat bimbang tentang penerimaan Dhiera, bagaimana sekiranya gadis itu bertindak bodoh, hingga boleh mencederakan dirinya? Mustaqim mengeluh lagi. 

“ Abang......dari tadi diam je, kenapa?” Sapaan Dhiera buatkan dia sedikit tersentak. Usai sahaja makan tengahari, sengaja Mustaqim membawa Dhiera bersiar-siar di Padang Layang-Layang. Tempat itu pada waktu begini memang tidak ramai orang, berbeza pada waktu petang pastinya ramai yang tidak lepaskan peluang beriadah mahupun bermain layang-layang.  Mustaqim mengambil tempat duduk berhadapan dengan Dhiera, dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu dilepaskannya kasar.  

 “ Dhiera..abang harap Dhiera tenang ye dengan apa yang abang nak sampaikan ini.” 

 “ Ok.. Dhiera dah ready dah ni. Cepat lah bang nak cakap pasal apa.” Keceriaan yang terpamir di wajah Dhiera menyukarkan Mustaqim untuk berbicara.  

“ Dhiera.....abang nak kita putuskan pertunangan ini.” Hati Dhiera tersentap dengan kata-kata Mustaqim sebentar tadi. Dunia dirasakan gelap seketika. Bukan ini yang dia bayangkan. Wajahnya yang sedari tadi ceria berubah serta-merta. 

“ Abang cakap apa ni? Abang jangan main-main!” Suara Dhiera mula meninggi. 

“ Abang serius, abang tak mampu nak teruskan hubungan ini lagi. Abang dah cuba, tapi tetap tak boleh. Abang kesiankan Dhiera. Cinta yang Dhiera berikan pada abang sangat tulus, sedangkan abang tak mampu nak mencintai Dhiera dari dahulu lagi.” 

Luahan Mustaqim buatkan kepala Dhiera berpinar. Kenapa ini semua harus berlaku, di mana silapnya? 

“ Tak.......tak!! cuba abang buka hati tu untuk Dhiera, pastinya boleh. Apa salah Dhiera bang? Apa kurangnya Dhiera? Dhiera dah buat sehabis baik tuk abang, sikit pun abang tak hargai kan? ” Air matanya mula berjuraian membasahi pipi. Hancur lulur hatinya dengan kata-kata Mustaqim. 

 “ Dhiera terlalu baik, Dhiera tak layak tuk abang. Ada lelaki lain di luar sana yang layak menerima cinta Dhiera dan abang yakin dia akan mencintai Dhiera setulus hati. Bukan macam abang, abang tak mampu nak mencintai Dhiera. Buat apa lah harus berpura-pura dan sampai bila harus abang berpura-pura? Dhiera layak mendapat kebahagiaan.” 

“ Dhiera tak mahu orang lain! Dhiera nak abang sorang. Kenapa tiba-tiba sahaja abang berubah macam ni. Abang dah jantuh cinta dengan perempuan lain ye?” soal Dhiera, keadaan menjadi tegang. Mustaqim menundukan wajahnya. 

“ Kenapa abang diam? Bagitahu Dhiera sekarang. Siapa perempuan yang nak rampas abang daripada Dhiera??” suaranya semakin tinggi.

 “Dhiera....bertenang.”


“ Bertenang! Abang minta Dhiera bertenang dalam keadaan macam ni? Siapa perempuan tu bang? biar Dhiera sendiri yang bersemuka dengan dia!” Dhiera mula tidak senang duduk, kepalanya menjadi serabut.

Otak Dhiera ligat berfikir dan secara tiba-tiba dia teringankan Nurien. Lagak mereka semalam agak mencurigakan seperti ada sesuatu di antara mereka. Namun semuanya dilupakan bila Mustaqim mula bernyanyi.

“Menyanyi! Dia mula tebayangkan kejadian semalam. Memang Mustaqim memandang dirinya tetapi Nurien ada di belakang!” Dhiera berperang dengan perasaan sendiri.

“ Dhiera...... tolong dengar dulu penjelasan abang. Kita selesaikan dengan cara baik.” Pujuk Mustaqim lagi. Dhiera memberikan pandagan yang tajam kepada Mustaqim.

“ Jangan bagi tahu Dhiera yang abang dah jatuh cinta pada Cikgu Nurien!” serangan kata-kata daripada Dhiera buatkan hati Mustaqim bergetar. Mana mungkin saat ini dia akan memberitahu Dhiera siapa yang bertakhta di hatinya. Itu bukan tindakan yang bijak, sedaya upaya dia mengawal perasaan.

“ Cepat lah cakap, betul ke tidak! Abang jangan buat gila tahu! Dia tu kekasih Abang Man, tak malu ke rampas kekasih orang!” Suara Dhiera kembali meninggi. Saat ini perasaan benci yang teramat sangat terhadap Nurien semakin membara.

“ Dhiera jangan tuduh abang yang bukan-bukan. Abang tak rampas kekasih orang.” Mustaqim membalas dengan nada yang sedikit tegas.

“Dia bukan kekasih Amran! Dia kekasih aku dari dulu sampai sekarang!” Jerit Mustaqim dalam hati. 

Melihat reaksi Mustaqim, Dhiera merengus kasar.“ Kalau bukan dia, siapa?”

“ Buat masa ni Dhiera tak perlu tahu. Kita selesaikan masalah kita. Abang ingat hujung minggu depan abang nak balik Seremban, jumpa ayah Dhiera untuk jelaskan semuanya.Terpulang pada Dhiera nak bagitahu mak dengan ayah dulu atau biar abang je yang jelaskan semua. Salah abang sebab putuskan pertunangan ini, abang perlu bertanggungjawab.” Mustaqim mula bertegas. Taktik untuk berlembut dengan Dhiera tidak menjadi. Mata Dhiera yang basah dek air mata sekali lagi memandang tajam ke arah Mustaqim.

“ Ok fine!!!!! Kalau itu yang abang nak, kita putus! Tapi abang jangan menyesal, Dhiera akan pastikan yang abang akan jadi milik Dhiera satu hari nanti!” Suara Dhiera bergema, dia cepat-cepat meninggalkan Mustaqim, air matanya tidak henti-henti mengalir, dia mula menyimpan dendam. Panggilan Mustaqim sedikit pun tidak diendahkan. Sebaik sahaja dia keluar, ada sebuah teksi sedang menunggu, tampa membuang masa dia terus memboloskan dirinya ke dalam.

“ Pakcik, cepat pergi........” arahnya. Teksi terus memecut laju meninggalkan Mustaqim di belakang.

“ Hari ni hari kau, esok pastinya hari aku. Tunggu lah!” bisik hati kecil Dhiera, saki baki air mata dikesat kasar. 

“ Kau tak kenal siapa aku, kau tak tahu kemampuan aku. Ini Dhiera la, apa yang aku nak aku pasti akan dapat! Sampai hati kau buat aku macam ni. Selama ni aku setia dengan kau, tapi bila kau jumpa betina lain dengan mudahnya kau berubah hati. Dasar jantan tak sedar diri! dulu kau merempat ayah aku yang kutip kau. Sekarang kau dah kaya kau lupa diri ya. Tak mengapa, berbahagialah kau dengan betina itu, tapi ingat semua itu hanya sementara. Lepas ni tahu lah nasib kau macam mana.” Dhiera bermonolog lagi, bibirnya mengukir senyuman yang sinis dalam masa yang sama otaknya mula menyusun startegi.

♥♥ **************************************************** ♥♥ 

“ Sayang.....” sayu sahaja suara Mustaqim dihujung talian.

“ Kenapa ni? Sedih je.” Balas Naurah.

“ Sayang, teman kan saya boleh. Kusut lah.” Mustaqim tidak menjawab soalan Naurah.

“ Boleh, kita nak ke mana?”

“ Tak tahu, awak bawa la baju spare. Yang penting sekarang ni saya nak bersama dengan awak.”

“ Err...nak bermalam ke, tapi esok hari Jumaat..kerja.” Mustaqim mula mendengus,

“ Tak apa lah kalau tak mahu. Bye...” Talian di matikan. Naurah terkebil-kebil sendiri.

“ Apa kena dengan dia ni. Dia dah bagi tahu Dhiera ke?” Naurah berteka-teki sendiri, dengan pantas dia mendail semual nombor Mustaqim.

“ Ok lah, saya teman kan awak. Esok saya cuti.” Ucap Naurah terus.

“ Terima kasih sayang...petang ni pukul lima saya ambil awak di rumah, siap-siap ye.” Kedengaran intonasi suara Mustaqim sedikit berubah. Lebih relaks daripada tadi.

“ Baiklah, awak ok ke ni? Awak dah bagi tahu pada Dhiera ye?” soal Naurah lagi.

“ Tak ada mood nak cerita sekarang. Nanti saya cerita, jangan awak tidur macam hari tu sudah lah.” Naurah tersenyum sediri, masih sempat Mustaqim menyindir dirinya.

“ Ye la....ok nanti kita jumpa. Take care. Assalammualaikum.” Naurah menongkat dagunya, fikirannya kembali melayang teringatkan Mustaqim. Dia tertanya-tanya ke mana Mustaqim ingin membawanya, sesekali timbul rasa bimbang di hati, bimbang kalau-kalau Mustaqim melakukan perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan. Naurah cepat-cepat mengeleng, Mustaqim tidak macam tu!.

“ Kak Zah....” panggil Naurah sebaik sahaja dia melintas di hadapan biliknya. Kak Zah menjengukkan kepalanya, sambil mengangkat kening.



“ Esok saya nak cuti, nak balik kampong kejap. Ada hal sikit la kak. Ni boring cuti akak sign eh.” Ucap Naurah.

Walaupun tadika itu miliknya, namun segala prosidur yang telah ditetapkan pada setiap kakitangan turut dipatuhi. Naurah sering mengingatkan para pekerjanya yang mereka adalah sekeluarga. Setiap syarat-syarat yang ditetapkan seorang pun tidak terkecuali. Cara yang Naurah terapkan menjadikan pentadbiran tadika itu lebih teratur.

“ Hmm...ok lah kalau macam tu. Zura dengan Aimy ada, Fairuz cuti pulak. Rasanya akak boleh handle tadika ni.” Balas Kak Zah teragak-agak. Naurah tersenyum melihat gelagat Kak Zah.

“ Macam tak yakin je? Masa ni la nak belajar. Kak Shida dengan Mak Su pun ada kan? akak pasti boleh.” Naurah mengenyitkan matanya. Lucu melihat Kak Zah yang teragak-agak untuk memikul tanggungjawab. 

Kakitangan di tadika itu tidak lah ramai, ada lima orang termasuk dirinya adalah guru tadika merangkap bahagian pengurusan dan pentadbiran tadika dan dua orang pembantu dalam hal-hal makanan, kebajikan kanak-kanak dan juga hal yang berkaitan dengan kebersihan tadika itu.

“ Iya lah...nanti Nurien bagi tahu pada yang lain ya.”

“ All right Kak Zah!” Naurah memberikan tabik hormat kepada Kak Zah, Kak Zah hanya mencebik dan terus berlalu dari bilik Naurah.

“Kampong....dari dia bawa aku entah ke mana, lebih baik bawa dia balik kampong, lagi best.” Gumam hati Naurah. Telefonnya segera di capai.

Kita pergi kampong saya nak tak? Kat situ best sangat ada sungai

Beberapa minit selepas pesanan dihantar, Naurah kembali mendapat balasan daripada Mustaqim.

Taman Melawati atau Janda Baik?

“ Sah Kak Leha dah bagi tahu semua. Kalau tak masakan dia tahu ada kampong di Janda Baik.”

Janda Baik...Taman Melawati soon.
Ok. Pukul 5 ni siap.

Balasan SMS Mustaqim buatkan Naurah tersenyum sendiri. Rindu pada kampong itu. Rindu pada suasananya, rindu pada masakan emak angkatnya, rindu pada adik-adik. Tiba-tiba wajah mamanya terbayang di fikiran.

“Rindu mama........”ucapnya perlahan.

♥♥ **************************************************** ♥♥ 



Sepanjang perjalanan dari Johor menuju ke Janda Baik, Naurah dan Mustaqim berbual. Mustaqim telah menceritakan segalanya kepada Naurah. Timbul rasa gentar akan ugutan Dhiera. Bagaimana sekiranya Dhiera melakukan perkara diluar jangkaan?

“ Saya risau lah,” Naurah merungut.

“ Apa yang awak nak risaukan. Saya kenal Dhiera tu, masa dia marah memang macam-macam yang dia cakapkan, lepas dah sejuk dia akan ok. Percaya lah.” Mustaqim cuba menenangkan Naurah walaupun dalam hatinya turut merasa gusar.

Naurah memandang lama wajah Mustaqim yang sedang tenang memandu. Mustaqim menoleh lalu mengangkatkan keningnya.

“ Kenapa pandang saya macam tu? Terlebih handsome ye hari ni?” sengaja Mustaqim ingin bergurau. Berbincang tentang Dhiera menimbulkan rasa tegang di antara mereka.

“ Awak hati-hati ye,” lirih sahaja suara Naurah. Hati Mustaqim tersentuh. Tangannya mengusap kepala Naurah. Cepat-cepat Naurah menepis.

“ Hei...kepala ni bayar zakat tau!” bentak Naurah.

“ Tak apa, tak lama nanti saya juga yang akan bayarkan zakat tuk awak.” Kali ni dia cuba mencuit pula pipi Naurah. Naurah sempat mengelak lalu menjelirkan lidahnya.

Mustaqim tersenyum girang.

“Ha...kita dah nak sampai dah ni. Saya pulak rasa teruja, sebelum ni tengok Janda Baik dari tv je tak pun majalah.” Naurah mengecilkan matanya melihat papan tanda.

“ Hei...jauh lagi lah! Mimpi je pakcik ni.”

“ Tahu...saja nak tengok awak peka atau tak. Kalau awak tak perasan, silap-silap kita dah ada kat sempadan Thailand je nanti.” Mustaqim belum puas mengusik.

“ Huh...tak habis-habis dengan Thailand, takde modal lain ke?” Balas Naurah.

“ Tak sabar nak jadi suami awak lah, sebab tu lah.” Mustaqim menarik hidung Naurah.

Pap!! Satu tepukan kuat hinggap di lengan Mustaqim.

“ Sakit lah! Aduh....” sambil memandu, dia sempat mengusap lengannya yang perit.

“ Padan muka, gatal tak habis-habis. Dah la cuba duduk diam-diam. Awak tu tengah memandu, kalau accident nanti macam mana?”

Maka perbalahan bermula, masing-masing berdebat untuk menang. Bahagia mula menyelubungi hati masing-masing. Tentang Dhiera dibuang jauh-jauh, yang ada hanya Naurah dan Mustaqim.

♥♥ **************************************************** ♥♥ 



Lewat jam 10 malam mereka tiba di pengkarangan rumah Pak Said. Sebaik sahaja mereka berdua tiba di pintu rumah, Naurah tergamam. Sangkanya ingin buat kejutan pada Pak Said, tapi berlaku sebaliknya. Dia yang terkejut bila melihat ada tetamu lain di rumah Pak Said. Bila tetamu itu dan Naurah saling bertentang mata, dia juga turut terkejut sama. Masing-masing menjadi kaku, kelu.


♥♥ **************************************************** ♥♥ 

Hmm...rasa-rasanya Naurah jumpa dengan siapa eh..?

4 comments:

Anonymous said...

mama dia !!!!

Unknown said...

suspen neh....sape yek?? nk ggggg smbg cepat yer dek..

Anonymous said...

lelaki mcm mustaqim niee..patut campak jauh2 je.....

MaY_LiN said...

naurah terserempak ngan mama die..