Friday, January 18, 2013

AKU,DIA & TZM - PART 53

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Naurah........” Aminah isteri kepada Pak Said menyambutnya di muka pintu.

“ Kenapa balik tak bagi tahu. Siap bawa kawan lagi, mari lah masuk.” Pelawa Aminah mesra meskipun dia mula rasa ketegangan. Saat Mustaqim melangkah masuk, dia turut tergamam melihat tetamu yang sedang memandang Naurah dan dirinya silih berganti.

“ Ha...bagus sangat. Dua-dua terperanjat. Mari lah Minah kita masuk dulu, biarkan mereka ni berbicara. Syukur pada Mu Ya Allah. Akhirnya berlaku juga pertemuan yang tidak dijangka ini.” Sempat Pak Said berdoa. Mustaqim berasa serba salah bila berada di situ. Lalu dia pun turut membontoti Pak Said masuk ke dalam dapur.

“ Mari lah duduk di sini. Pertama kali sampai di sini ya, nama anak ni siapa?” Pak Said menghulurkan tangan lalu mereka bersalaman. Mustaqim terus menarik kerusi berhampiran Pak Said lalu melabuhkan punggung di atasnya.

“ Saya kawan Naurah, nama saya.........”

“ Encik Mus.....Encik Mus buat apa di sini?” tampa sempat Mustaqim memperkenalkan diri, seorang wanita yang hampir sebaya dengan Pak Said keluar dari bilik berhampiran. Mustaqim sekadar tersenyum.

“ Apa kabar Mak Diha.” Sapa Mustaqim lembut. Pak Said dan Aminah saling berpandangan, tidak faham.

“ Baik-baik. Macam mana boleh sampai sini?” soal Mak Diha lagi.

“ Naurah ajak balik ke sini.” Bagaikan mahu terkeluar biji mata Mak Diha bila mendengar nama Naurah di sebut.

“ Hah! Naurah, mana...mana dia?” Mak Diha bingkas bangun ingin menuju ke ruang tamu rumah namun di halang oleh Aminah.

“ Mak Diha, bertenang. Biar lah dulu, Puan Zalia pun ada di depan. Kita jangan ganggu.” Ucap Aminah lembut. Mak Diha kembali duduk dan pandangannya dihalakan semula ke arah Mustaqim. Lama dia merenung Mustaqim.

“ Macam mana Encik Mus boleh ada hubungan dengan anak boss Encik Mus sendiri?”

Soalan Mak Diha tidak mampu dijawab oleh Mustaqim. Lidahnya menjadi kelu. Mak Diha merenung lagi wajah Mustaqim, memang dia pernah jumpa lelaki ini sebelum ini. Mak Diha memerah otak, dan secara tiba-tiba dia teringat yang Naurah pernah menunjukkan gambar kekasihnya kepada Mak Diha. Walaupun penampilan dari dalam gambar itu dan sekarang sangat jauh berbeza namun Mak Diha yakin itu adalah orang yang sama. Tiba-tiba ada suara halus berbisik mengatakan Mustaqim ada niat jahat terhadap Zalia mahupun Naurah.

“ Kau ni kekasih Naurah dulu, betul tak?” soal Mak Diha lagi. Riak wajak Pak Said turut berubah. Mustaqim sekadar mengangguk.

“ Apa kau nak dengan keluarga kami. Kau nak musnahkan keluarga kami ye? Sebab Puan Zalia pernah halang kan bercinta dengan anaknya?” kata-kata Mak Diha bagaikan beribu peluru yang menembak Mustaqim. Lelah rasanya untuk dia berterus terang.

“ Mak Diha....saya tak ada niat jahat pun pada keluarga ini. Saya sayangkan Naurah dari dulu hingga kini. Kami dah rancang nak berkahwin.” Jelas Mustaqim tenang.

“ Kalau kau tak berniat jahat, kenapa kau tak berterus terang sahaja pada Puan Zalia tentang siapa diri kau yang sebenarnya?” sampuk Pak Said.

“ Panjang ceritanya Pak Said, nanti lah biar Naurah yang terangkannya. Apa yang pasti hajat saya untuk bawa pulang Naurah bertemu mamanya kini telah dipermudahkan. Siapa sangka Naurah akan bertemu dengan mamanya di sini. Dia dah lama rindukan Puan Zalia, cuma belum bersedia untuk bertemu.” Ucap Mustaqim dengan penuh yakin. Memang itu niatnya.

Masing-masing mendiamkan diri, cuba memasang telinga mendengar perbualan di antara dua beranak yang telah lama tidak bertemu itu.


♥♥ **************************************************** ♥♥



Suasana pada malam itu sepi bagai Singapura dilanggar todak. Zalia dan Naurah sama-sama terkejut, lidah masing-masing kelu untuk berbicara juga bingung apa yang perlu mereka lakukan. Naurah hanya menundukkan wajahnya, cuba mengumpul kekuatan untuk berbicara dengan mamanya. Kini perasaannya bercampur baur antara rasa bersalah dan juga rindu. Ingin sahaja dia memeluk mamanya, namun kakinya terasa berat seolah-olah ada yang menahan. Naurah menarik nafas panjang lalu dilepaskan perlahan.

“ Mama..........” ucapnya. Mata kedua beranak itu saling berpandangan.Naurah bingkas bangun dan terus bersujud di kaki Zalia. Zalia kaget manakala Naurah mula mengongoi-ngongoi meminta maaf.

“ Mama...maafkan Naurah mama. Maafkan Naurah, Naurah derhaka pada mama. Maafkan Naurah.” Air mata Zalia tumpah juga. Perlahan bahu anaknya disentuh.

“ Bangun Naurah, Naurah tak ada salah apa, mama yang bersalah. Mama cuba hancurkan hidup Naurah. Mama yang sepatutnya minta maaf.” Naurah dan Zalia berpelukkan erat. Mereka menangis dan terus menangis melepaskan segala rasa. Mak Diha yang memerhatikan dari jauh pun turut berjuraian air mata.

“ Sama-sama keras kepala.” Ucap Mak Diha.

“ Dah nama pun mak dengan anak, pastinya ada persamaan itu.” Sampuk Pak Said.

“ Naurah jangan tinggalkan mama lagi ye sayang. Mama rindu sangat pada Naurah. Maafkan mama.” Ucap Zalia, tangisnya masih belum reda.

“ Tak...Naurah janji Naurah takkan tinggalkan mama lagi. Naurah pun rindu sangat pada Mama. Banyak dosa Naurah pada mama. Ampunkan Naurah ma....”

Pelukan mereka dilepaskan, air mata yang mengalir di wajah Naurah diseka perlahan oleh Zalia sambil tersenyum, dia terus mengucup dahi anaknya itu.

“ Mama dah lama maafkan Naurah, Naurah dah maafkan mama?” senyuman masih tidak lekang dibibirnya. Naurah mengangguk, air matanya tumpah lagi. Zalia menyeka sekali lagi air mata anaknya.

“ Sudah jangan menangis. Mama kan ada sekarang ni.”

“ Mama pun menangis juga, tapi suruh Naurah berhenti menangis.” Balas Naurah.

“ Dah Naurah menangis, mama pun ikut sekali la.” Tawa mereka terhambur keluar. Satu kucupan singgah di pipi Zalia.


“ Naurah..........” Naurah mengangkat mukanya saat namanya di panggil. Melebar senyumannya bila melihat Mak Diha yang berdiri ditepi pintu.

“ Mak Diha !!!! Naurah bingkas bangun dan terus mendapatkan Mak Diha. Mereka berpelukkan erat, air mata Naurah jatuh lagi. Namun Naurah sempat memandang Mustaqim. Mustaqim sedang tersenyum.

“ Terima kasih awak.” Ucap Naurah tampa suara, hanya gerak bibir namun dapat difahami Mustaqim.

“ Lepas ni Naurah jangan pergi mana-mana tau. Mak Diha nak ikat Naurah, biar Naurah sentiasa ada dekat Mak Diha dan Puan Zalia.” Naurah tergelak kecil.

“ Alamak...habis lah Naurah. Tadika Naurah lagi.” Balas Naurah.

“ Sudah lah tu, mari kita semua duduk di depan. Boleh berbual panjang. Naurah tak kerja ke esok?” Soal Pak Said. Naurah tidak segera menjawab. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Zalia dan Mak Diha pula duduk di sebelahnya.

“ Ada orang tu paksa Naurah ambil cuti.” Jawab Naurah sambil menjuihkan bibirnya ke arah Mustaqim yang sedari tadi mendiamkan diri. Mustaqim tidak berani mengangkat muka, lagi-lgi bila terpaksa bertentangan dengan Zalia.

“ Mus....kenapa diam?” soalan Zalia buatkan hatinya bergetar.

“ Jadi awak lah Mustaqim kekasih Naurah yang saya cuba pisahkan dulu?” soal Zalia lagi. Mustaqim sekadar mengangguk.

“ Mama...jangan marahkan dia lagi. Biar Naurah explain. Sebab kan dia juga kita bertemu malam ni, kalau tak mungkin minggu depan baru kita jumpa.” Zalia mengangkat keningnya.

“ Memang Naurah nak jumpa mama pun. Tapi rancangnya minggu depan, Mus pun setuju nak teman. Di sebabkan dia juga buatkan hati Naurah terbuka untuk jumpa dengan mama.”

“ Naurah tahu Mus kerja dengan mama?” soal Mak Diha pula.


“ Naurah tahu dari A sampai Z. Mus selalu cerita pasal mama. Biar lah Naurah ceritakan pada mama dan semua hal yang sebenarnya. Kesian Mus, mesti orang anggap dia ada niat jahat walaupun pada awalnya memang itu niatnya. Dia marah bila dapat tahu perangai Syafiq tidak pernah berubah dan dia juga dengar dari Datuk Karim sendiri yang Syafiq sering memukul isterinya. Mus ingatkan isteri Syafiq itu adalah Naurah, sebab itu dia berdendam. Tapi setelah dia tahu segalanya, matlamatnya berubah. Matlamatnya sekarang adalah untuk menyatukan kita semua kembali.” Naurah memegang erat tangan Zalia. Zalia mengangguk perlahan, sekali lagi dia merenung Mustaqim sehinggakan Mustaqim mula tidak senang duduk.

“ So...awak dah jadi hero lah ye.” Mustaqim tidak menjawab.

“ Betul awak cintakan anak saya?” soal Zalia lagi.

“ Ye puan, daripada dulu tidak pernah berubah.”

“ Tunang awak macam mana?”

“ Hampir 50% selesai.” Pendek-pendek sahaja jawapan Mustaqim. Naurah cuba menahan gelak.

“ Bagus, so....offer saya untuk jadi menantu saya masih available, masih lagi berminat dengan offer tu?” Mustaqim memandang Zalia lama, dia mengangguk perlahan beserta senyuman.

“ Alhamdulillah....tak lama lagi ada kenduri besar lah di rumah puan nanti.” Ucap Pak Said. Naurah dan Mustaqim tertunduk malu.

“ Ya Allah dah dekat pukul 1 pagi, sudah lah sambung esok saja. Mari masuk bilik. Mus boleh tidur di bilik Nabil.” Ujar Aminah, masing-masing mula bangun.

“ Malam ni tidur dengan mama ya.” Ucap Zalia sambil memahut bahu Naurah. Naurah segera mengangguk.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Dek kerana terlalu gembira, Mak Diha tidak dapat melelapkan mata. Puas dipusingkan badannya ke kiri dan kekanan, namun matanya masih segar. Takdir Allah pertemukan mereka di sini. Secara tiba-tiba Zalia mengajaknya menziarah rumah Pak Said, dia bersetuju tampa sebarang bantahan. Perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Janda Baik juga tidak menghadapi sebarang masalah walaupun ini pertama kali mereka menjejakkan kaki mereka di sini. Ada hikmah yang tersembunyi rupanya.

Mak Diha bingkas bangun daripada pembaringannya dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Usai mengambil wuduk, dia melihat bilik Zalia masih terang. Segera dia menyusun langkah menuju ke bilik Zalia. Sebaik sahaja tiba, dia melihat Zalia sedang mengusap rambut anaknya yang sudah lama lena di buai mimpi.

“ Tak tidur lagi Mak Diha?” Sapa Zalia.

“ Tak mengantuk pula puan, tidur dah Naurah.” Balas Mak Diha, tenang hatinya melihat wajah Naurah.

“ Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya, doa kita Mak Diha.” Zalia tersenyum lagi. 

♥♥ **************************************************** ♥♥

6 comments:

Anonymous said...

cepat2 la ..dia org tu khwin...

ein said...

betul setuju sangat..

Anonymous said...

My brother recommended I might like this web site.
He was totally right. This post actually made my day.
You can not imagine just how much time I had spent for this information!

Thanks!
Look into my page : need a residential remodeling contractor orlando

Anonymous said...

Howdy! Do you know if they make any plugins to safeguard against hackers?
I'm kinda paranoid about losing everything I've worked hard on.
Any tips?
My page :: Casino

Anonymous said...

What a information of un-ambiguity and preserveness of valuable
know-how regarding unexpected feelings.

my web-site; grand-jewelry

thela said...

replica bags vuitton replica kipling bags replica bags vuitton