
“Dhiera....bertenang.”
Otak Dhiera ligat berfikir dan secara
tiba-tiba dia teringankan Nurien. Lagak mereka semalam agak mencurigakan
seperti ada sesuatu di antara mereka. Namun semuanya dilupakan bila Mustaqim
mula bernyanyi.
“Menyanyi! Dia mula tebayangkan kejadian
semalam. Memang Mustaqim memandang dirinya tetapi Nurien ada di belakang!”
Dhiera berperang dengan perasaan sendiri.
“ Dhiera...... tolong dengar dulu
penjelasan abang. Kita selesaikan dengan cara baik.” Pujuk Mustaqim lagi.
Dhiera memberikan pandagan yang tajam kepada Mustaqim.
“ Jangan bagi tahu Dhiera yang abang dah
jatuh cinta pada Cikgu Nurien!” serangan kata-kata daripada Dhiera buatkan hati
Mustaqim bergetar. Mana mungkin saat ini dia akan memberitahu Dhiera siapa yang
bertakhta di hatinya. Itu bukan tindakan yang bijak, sedaya upaya dia mengawal
perasaan.
“ Cepat lah cakap, betul ke tidak! Abang
jangan buat gila tahu! Dia tu kekasih Abang Man, tak malu ke rampas kekasih
orang!” Suara Dhiera kembali meninggi. Saat ini perasaan benci yang teramat
sangat terhadap Nurien semakin membara.
“ Dhiera jangan tuduh abang yang
bukan-bukan. Abang tak rampas kekasih orang.” Mustaqim membalas dengan nada
yang sedikit tegas.
“Dia bukan kekasih Amran! Dia kekasih aku
dari dulu sampai sekarang!” Jerit Mustaqim dalam hati.
Melihat reaksi Mustaqim,
Dhiera merengus kasar.“ Kalau bukan dia, siapa?”
“ Buat masa ni Dhiera tak perlu tahu. Kita
selesaikan masalah kita. Abang ingat hujung minggu depan abang nak balik
Seremban, jumpa ayah Dhiera untuk jelaskan semuanya.Terpulang pada Dhiera nak
bagitahu mak dengan ayah dulu atau biar abang je yang jelaskan semua. Salah
abang sebab putuskan pertunangan ini, abang perlu bertanggungjawab.” Mustaqim
mula bertegas. Taktik untuk berlembut dengan Dhiera tidak menjadi. Mata Dhiera
yang basah dek air mata sekali lagi memandang tajam ke arah Mustaqim.
“ Ok fine!!!!! Kalau itu yang abang nak,
kita putus! Tapi abang jangan menyesal, Dhiera akan pastikan yang abang akan
jadi milik Dhiera satu hari nanti!” Suara Dhiera bergema, dia cepat-cepat
meninggalkan Mustaqim, air matanya tidak henti-henti mengalir, dia mula
menyimpan dendam. Panggilan Mustaqim sedikit pun tidak diendahkan. Sebaik
sahaja dia keluar, ada sebuah teksi sedang menunggu, tampa membuang masa dia
terus memboloskan dirinya ke dalam.
“ Pakcik, cepat pergi........” arahnya.
Teksi terus memecut laju meninggalkan Mustaqim di belakang.
“ Hari ni hari kau, esok pastinya hari aku.
Tunggu lah!” bisik hati kecil Dhiera, saki baki air mata dikesat kasar.
“ Kau tak kenal siapa aku, kau tak tahu
kemampuan aku. Ini Dhiera la, apa yang aku nak aku pasti akan dapat! Sampai
hati kau buat aku macam ni. Selama ni aku setia dengan kau, tapi bila kau jumpa
betina lain dengan mudahnya kau berubah hati. Dasar jantan tak sedar diri! dulu
kau merempat ayah aku yang kutip kau. Sekarang kau dah kaya kau lupa diri ya.
Tak mengapa, berbahagialah kau dengan betina itu, tapi ingat semua itu hanya
sementara. Lepas ni tahu lah nasib kau macam mana.” Dhiera bermonolog lagi,
bibirnya mengukir senyuman yang sinis dalam masa yang sama otaknya mula
menyusun startegi.
“ Sayang.....” sayu sahaja suara Mustaqim
dihujung talian.
“ Kenapa ni? Sedih je.” Balas Naurah.
“ Sayang, teman kan saya boleh. Kusut lah.”
Mustaqim tidak menjawab soalan Naurah.
“ Boleh, kita nak ke mana?”
“ Tak tahu, awak bawa la baju spare. Yang
penting sekarang ni saya nak bersama dengan awak.”
“ Err...nak bermalam ke, tapi esok hari
Jumaat..kerja.” Mustaqim mula mendengus,
“ Tak apa lah kalau tak mahu. Bye...”
Talian di matikan. Naurah terkebil-kebil sendiri.
“ Apa kena dengan dia ni. Dia dah bagi tahu
Dhiera ke?” Naurah berteka-teki sendiri, dengan pantas dia mendail semual
nombor Mustaqim.
“ Ok lah, saya teman kan awak. Esok saya cuti.”
Ucap Naurah terus.
“ Terima kasih sayang...petang ni pukul
lima saya ambil awak di rumah, siap-siap ye.” Kedengaran intonasi suara
Mustaqim sedikit berubah. Lebih relaks daripada tadi.
“ Baiklah, awak ok ke ni? Awak dah bagi
tahu pada Dhiera ye?” soal Naurah lagi.
“ Tak ada mood nak cerita sekarang. Nanti
saya cerita, jangan awak tidur macam hari tu sudah lah.” Naurah tersenyum
sediri, masih sempat Mustaqim menyindir dirinya.
“ Ye la....ok nanti kita jumpa. Take care.
Assalammualaikum.” Naurah menongkat dagunya, fikirannya kembali melayang
teringatkan Mustaqim. Dia tertanya-tanya ke mana Mustaqim ingin membawanya,
sesekali timbul rasa bimbang di hati, bimbang kalau-kalau Mustaqim melakukan
perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan. Naurah cepat-cepat mengeleng,
Mustaqim tidak macam tu!.
“ Kak Zah....” panggil Naurah sebaik sahaja
dia melintas di hadapan biliknya. Kak Zah menjengukkan kepalanya, sambil
mengangkat kening.
“ Esok saya nak cuti, nak balik kampong
kejap. Ada hal sikit la kak. Ni boring cuti akak sign eh.” Ucap Naurah.
Walaupun tadika itu miliknya, namun segala
prosidur yang telah ditetapkan pada setiap kakitangan turut dipatuhi. Naurah
sering mengingatkan para pekerjanya yang mereka adalah sekeluarga. Setiap
syarat-syarat yang ditetapkan seorang pun tidak terkecuali. Cara yang Naurah
terapkan menjadikan pentadbiran tadika itu lebih teratur.
“ Hmm...ok lah kalau macam tu. Zura dengan
Aimy ada, Fairuz cuti pulak. Rasanya akak boleh handle tadika ni.” Balas Kak
Zah teragak-agak. Naurah tersenyum melihat gelagat Kak Zah.
“ Macam tak yakin je? Masa ni la nak
belajar. Kak Shida dengan Mak Su pun ada kan? akak pasti boleh.” Naurah
mengenyitkan matanya. Lucu melihat Kak Zah yang teragak-agak untuk memikul
tanggungjawab.
Kakitangan di tadika itu tidak lah ramai, ada lima orang
termasuk dirinya adalah guru tadika merangkap bahagian pengurusan dan
pentadbiran tadika dan dua orang pembantu dalam hal-hal makanan, kebajikan
kanak-kanak dan juga hal yang berkaitan dengan kebersihan tadika itu.
“ Iya lah...nanti Nurien bagi tahu pada
yang lain ya.”
“ All right Kak Zah!” Naurah memberikan
tabik hormat kepada Kak Zah, Kak Zah hanya mencebik dan terus berlalu dari
bilik Naurah.
“Kampong....dari dia bawa aku entah ke
mana, lebih baik bawa dia balik kampong, lagi best.” Gumam hati Naurah.
Telefonnya segera di capai.
Kita
pergi kampong saya nak tak? Kat situ best sangat ada sungai
Beberapa minit selepas pesanan dihantar,
Naurah kembali mendapat balasan daripada Mustaqim.
Taman
Melawati atau Janda Baik?
“ Sah Kak Leha dah bagi tahu semua. Kalau
tak masakan dia tahu ada kampong di Janda Baik.”
Janda
Baik...Taman Melawati soon.
Ok.
Pukul 5 ni siap.
Balasan SMS Mustaqim buatkan Naurah
tersenyum sendiri. Rindu pada kampong itu. Rindu pada suasananya, rindu pada
masakan emak angkatnya, rindu pada adik-adik. Tiba-tiba wajah mamanya terbayang
di fikiran.
“Rindu mama........”ucapnya perlahan.
Sepanjang perjalanan dari Johor menuju ke
Janda Baik, Naurah dan Mustaqim berbual. Mustaqim telah menceritakan segalanya
kepada Naurah. Timbul rasa gentar akan ugutan Dhiera. Bagaimana sekiranya
Dhiera melakukan perkara diluar jangkaan?
“ Saya risau lah,” Naurah merungut.
“ Apa yang awak nak risaukan. Saya kenal
Dhiera tu, masa dia marah memang macam-macam yang dia cakapkan, lepas dah sejuk
dia akan ok. Percaya lah.” Mustaqim cuba menenangkan Naurah walaupun dalam
hatinya turut merasa gusar.
Naurah memandang lama wajah Mustaqim yang
sedang tenang memandu. Mustaqim menoleh lalu mengangkatkan keningnya.
“ Kenapa pandang saya macam tu? Terlebih
handsome ye hari ni?” sengaja Mustaqim ingin bergurau. Berbincang tentang
Dhiera menimbulkan rasa tegang di antara mereka.
“ Awak hati-hati ye,” lirih sahaja suara
Naurah. Hati Mustaqim tersentuh. Tangannya mengusap kepala Naurah. Cepat-cepat
Naurah menepis.
“ Hei...kepala ni bayar zakat tau!” bentak
Naurah.
“ Tak apa, tak lama nanti saya juga yang
akan bayarkan zakat tuk awak.” Kali ni dia cuba mencuit pula pipi Naurah. Naurah
sempat mengelak lalu menjelirkan lidahnya.
Mustaqim tersenyum girang.
“Ha...kita dah nak sampai dah ni. Saya
pulak rasa teruja, sebelum ni tengok Janda Baik dari tv je tak pun majalah.”
Naurah mengecilkan matanya melihat papan tanda.
“ Hei...jauh lagi lah! Mimpi je pakcik ni.”
“ Tahu...saja nak tengok awak peka atau
tak. Kalau awak tak perasan, silap-silap kita dah ada kat sempadan Thailand je
nanti.” Mustaqim belum puas mengusik.
“ Huh...tak habis-habis dengan Thailand,
takde modal lain ke?” Balas Naurah.
“ Tak sabar nak jadi suami awak lah, sebab
tu lah.” Mustaqim menarik hidung Naurah.
Pap!! Satu tepukan kuat hinggap di lengan
Mustaqim.
“ Sakit lah! Aduh....” sambil memandu, dia
sempat mengusap lengannya yang perit.
“ Padan muka, gatal tak habis-habis. Dah la
cuba duduk diam-diam. Awak tu tengah memandu, kalau accident nanti macam mana?”
Maka perbalahan bermula, masing-masing
berdebat untuk menang. Bahagia mula menyelubungi hati masing-masing. Tentang
Dhiera dibuang jauh-jauh, yang ada hanya Naurah dan Mustaqim.
Lewat jam 10 malam mereka tiba di
pengkarangan rumah Pak Said. Sebaik sahaja mereka berdua tiba di pintu rumah,
Naurah tergamam. Sangkanya ingin buat kejutan pada Pak Said, tapi berlaku
sebaliknya. Dia yang terkejut bila melihat ada tetamu lain di rumah Pak Said. Bila
tetamu itu dan Naurah saling bertentang mata, dia juga turut terkejut sama.
Masing-masing menjadi kaku, kelu.
♥♥ **************************************************** ♥♥
Hmm...rasa-rasanya Naurah jumpa dengan siapa eh..?

4 comments:
mama dia !!!!
suspen neh....sape yek?? nk ggggg smbg cepat yer dek..
lelaki mcm mustaqim niee..patut campak jauh2 je.....
naurah terserempak ngan mama die..
Post a Comment