Wednesday, April 3, 2013

AI'NYRA VS AIRUL - 2

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Kau tak payah nak gelak sangat lah. Aku seligi kepala kau, terus lupa macam mana nak gelak!” Hati Airul yang sedari panas semakin panas bila dia diketawakan oleh kawan sendiri.

“ Okey, okey aku minta maaf. Tapi kau pun satu, tak perlu rasanya kau nak berkeras dengan perempuan siap keluarkan spanar bagai.” Salleh melabuhkan punggungnya di sebelah Airul sambil memegangang sebuah majalah.

“ Macam mana lah aku tak angin, aku dah minta maaf. Lepas tu boleh pula dia marah-marah aku lagi. Apa dia ingat aku suka-suka nak langgar dia? ” Airul cuba membela diri.

“ Tak cukup dengan marah, boleh pula dia kata aku cuba ambil kesempatan la sambil buat muka jijik bila dia nampak tangan aku yang kotor. Kalau kau di tempat aku, apa yang kau rasa? Aku baru lepas usik-usik enjin BMW Mr. Wong tu, tentu-tentunya lah tangan aku kotor, kau pun tahukan kalau cuci macam tu saja mana nak hilang. Budak tu kecik besar, kecik besar je aku tengok tau!” sambung Airul lagi. Salleh sekadar tersenyum-senyum mendengar cerita Airul.

Dia baru sahaja mengambil cek daripada pelanggannya. Hatinya berbunga riang bila pemilik kereta BMW lama yang dia betulkan itu memberikan bayaran lebih atas alasan hanya Airul sahaja yang mampu membaiki keretanya, sudah banyak bengkel yang gagal membetulkan kereta lamanya kerana tiada lagi alatganti untuk kereta itu dipasaran. Bila di bawa ke Airul, tidak sampai seminggu Airul berjaya membaiki kereta lama itu, namun kegembiraannya diragut oleh gadis itu.

“ Kalau macam ni la perangai kau, sampai ke tua la kau akan jadi bujang trang tang-tang.” Sindir Salleh sambil membaca majalah.

“ Aku tak kira, kalau aku jumpa perempuan tu lagi siap lah!”

“ Hei..kau jangan nak cari pasal, Negara ni ada undang-undang. Kau nak ke tidur dalam hotel free?”
“ Kau ni langsung tak nak support aku. Sibuk dengan majalah masakan lah, menjahit lah. Jantan lah sikit.” Salleh menurunkan sedikit cermin matanya sambil memandang Airul.

“ Kau jangan sempitkan fikiran tu. Kalau perempuan boleh buat kerja lelaki. Lelaki pun boleh buat kerja perempuan. Tengok Chef Wan tu, dah jadi Chef bertaraf antarabangsa. Dia tu lelaki kan? Pereka-pereka fesyen zaman sekarang ni macam Rizwan Ruzaini, Hatta Dolmat, orang lelaki yang monopoli tau. Berjaya juga.”
“ Sama spesis macam kau la, sotong. Orang ambil automotif kat kolej dulu, dia ambil bidang fesyen.” Salleh kembali ke pembacaannya bila Airul mula mengutuknya. Dia sudah lali dengan sindiran Airul, sedikit pun tidak terkesan di hatinya.

“ Sesotong-sotong aku pun, aku ada juga tunang. Yang menyayangi dan menerima aku seadanya. Kau ada? Lelaki la sangat, dengan perempuan garang nak mampos!” Sindiran Salleh buatkan Airul terdiam. Sidir balas dari Salleh, sedikit pun tidak terkesan di hatinya. Airul sempat menjeling sekilas majalah yang berada di tangan Salleh. Bagai ada sesuatu yang membuatkan dia merenung lama kulit majalah itu. Cepat-cepat dia merampas majalah itu dari tangan Salleh.

“ Eh kau ni, tak ada adap la. Kalau nak baca pun minta la baik-baik. Aku boleh bagi lah!” Salleh kurang senang dengan tindakan kasar Airul.

“ Minah Sewel ni…..Minah Sewel ni.” Airul menunjuk-nunjuk wajah wanita yang menghiasi kulit majalah Seni Masakkan itu. Salleh mengerutkan wajahnya, tidak faham apa yang cuba Airul katakan. Bagaikan dirasuk hantu sahaja lagaknya.

“ Kau ni dah kenapa? Kena sampuk? Sesuka hati panggil dia ni Minah Sewel. Dia ni Sofia, dia ni la yang mewakili Malaysia dalam rancangan Chef Dessert bertanding dengan Chef pembuat pastry dan dessert terkenal dari seluruh Asia dan dalam ramai-ramai tu, dia boleh dapat nombor tiga tau walaupun dia bukan belajar bidang masak memasak ni. Bangga Mak.” Beriya Salleh bercerita. Kejadian tengahari tadi kembali bermain-main dibenak Airul. Terbayang-bayang wajah gadis yang membengis memarahi dia. Berbeza sungguh dengan apa yang dilihat di kulit majalah.



 “ Huh…Minah Sewel ni la yang sepuk aku dengan kek dia tadi!” Jawab Airul dengan nada keras.

“  Wah….bertuahnya kau dapat rasa kek dia!” Salleh teruja.

“ Banyak lah kau punya bertuah. Kalau kau nak makan kek sangat, tu kedai kek berlambak. Pergi je beli. Sama juga rasanya. Tak pun kau buat saja, macam lah kau tak tahu kan?” Airul kembali menyindir Salleh.

“ Kau jangan tak tahu, kek yang dia buat sedap tau. Kelmarin, budak kat tempat kerja aku order lima puluh biji cup cake daripada dia untuk majlis bertunang. Aku sempat merasa seketul, sedapnya….tak tergambar dek kata-kata. Rugi lah kau, patutnya kau jilat je kek yang ada kat muka tu, mesti sedap.”

“ Ah sudah lah, kalau kau bagi aku seribu ringgit sekali pun untuk aku makan kek Minah tu pun aku tak mahu!” Bentah Airul, dia bingkas bangun meninggalkan Salleh sendirian di ruang tamu.

“ Nama cantik dah Sofia, orang pun boleh tahan, tapi perangai serupa Sopiut!” gumam Airul dalam hati sambil membayangkan wajah Sofea. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri dan kembali menyebut Sopiut.

“ Sopiut sangat sesuai dengan kau! Hahahaha…” Airul tertawa sendiri.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Ai'nyra memusing-musingkan kek yang siap direka, dia menarik nafas lega. Mujur lah dia ada buat dua biji kek yang sama. Berpuluh kali dia meminta maaf kepada pelanggannya dan berjanji untuk menyiapkan sebiji lagi kek dalam masa yang terdekat dan dia sangat-sangat bersyukur bilamana pelanggan itu mahu mengambil kek itu sendiri di kedainya.

Ai’nyra sempat memerhatikan keadaan kedai keknya. Teringat akan kejadian tengahari tadi, dia tersenyum sendirian. Walaupun hatinya remuk bila keknya musnah, tapi dalam masa yang sama dia berasa puas bila dia dapat melepaskan geramnya kepada lelaki itu. Lagak lelaki itu seperti seorang mekanik lebih kurang macam watak Iskandar dalam sitcom bersiri Spanar Jaya.

“ Boleh tahan handsome, tapi perangai berlawanan sungguh!” rungut Ai'nyra

“ Ai'nyra, dah kenapa tu cakap sorang-sorang?” Ai'nyra tersentak lalu dia tersengih.

“ Tak ada apa-apa lah kak, Nyra cuma geram je dengan mamat tadi tu.” Luah Ai'nyra kepada pembantu kedainya Kak Syikin.

“ Perkara nak jadi Nyra, marah macam mana pun tak guna. Sudah-sudah lah tu. Ni ada order baru.” Kak Syikin menghulurkan sekeping kertas pesanan kepada Ai'nyra. Ai'nyra meniliti kandungan nota itu.

“ Lima dozen Mini Palvova, nak minggu depan. Hmm…boleh ni kak. Kita closed deal dengan customer ni nanti ye.” Ai'nyra menyerahkan kembali nota kecil itu kepada Kak Syikin, sedikit catatan dibuat di dalam diarinya. Tiba-tiba loceng pintu kedainya berbunyi, Ai'nyra dan Kak Syikin memandang ke arah pintu serentak.

“ Eh Puan Rozi, masuk lah.” Pelawa Ai'nyra mesra.

“ Terima kasih, macam mana dengan kek saya dah siap?” soal Puan Rozi dengan sopan. Ai’nyra menganggukkan kepalanya lalu dia menujukkan kek yang baru sahaja siap dihias kepada Puan Rozi.

“ Russian Black and White Cake siap untuk Puan. Maaf sekali lagi pasal kek yang hancur tu.” Ucap Ai'nyra sambil memberikan isyarat kepada Kak Syikin untuk memasukkan kek itu ke dalam kotak.

“ La..dah berapa kali awak nak minta maaf. Saya faham awak tak sengaja. Okey lah, ini bayaran untuk kek. Awak tahu, kawan-kawan anak saya puji Rainbow Cake yang awak buatkan untuk hari jadi anak saya kelmarin. Bukan budak-budak je yang suka, mak budak pun suka juga.” Celoteh Puan Rozi sambil tertawa.

“ Terima kasih puan. Untuk kek yang ini saya bagi diskaun 20% sebab atas kejadian kelam kabut ini. Nanti sudi-sudi lah tempah lagi ye puan.”

“ Siap ada diskaun? Wah bagus betul awak ni. Boleh saya minta beberapa keping Business Card awak, masa majlis tu nanti boleh la saya edarkan pada kawan-kawan saya.” Pinta Puan Rozi sambil menghulurkan wang.

“ Boleh puan, terima kasih banyak puan.” Ucap Ai'nyra, sambil mencapai beberapa kad yang berada tidak jauh daripadanya.

“ Sama-sama, saya minta diri dulu, Assalammualaikum.”

“ Wah..makin berkembang la perniagaan Nyra nanti.” Sampuk Kak Syikin sebaik sahaja Puan Rozi hilang dari pandangan.

“ Alhamdulillah, mudah-mudahan. Tanpa bantuan akak, Nyra tak mampu nak buat semua ni sendirian.”

“ Sekiranya tempahan makin banyak, akak rasa kita patut ambil pekerja lagi. Terutamanya dalam servis penghantaran. Sejak Noni berhenti, payah juga kan?”



“ Nyra pun ada terfikir juga. Tak apa lah kak, kita tengok macam mana nanti ya. Akak dah siap kemas dapur kan? Jom lah kita balik. Kita tutup awal sikit hari ini, letih pula rasanya badan ni.” Adu Ai'nyra. Wajah Kak Syikin berbunga riang. Dia segera mengagguk lantas menanggalkan apron dan berkemas-kemas untuk pulang.

Ai'nyra memboloskan tubuhnya ke dalam kereta, matanya memerhati Kak Syikin mengunci pintu kedai manakala tangannya cuba memulas kunci untuk menghidupkan kereta. Dua kali dia pulas, enjin kereta masih tak mahu hidup. Dahinya berkerut, dicubanya sekali lagi namun gagal.

“ Nyra…kenapa kereta ni, tak boleh start?” soal Kak Syikin.

“ Entah apa kena dengan kereta ni kak, tak mahu hidup pula dia. Tadi ok je.”

“ Nyra tinggalkan saja lah kereta di sini, kawan suami akak mekanik, nanti akak minta suami akak telefon dia tuk tengokkan kereta Nyra.”  Kak Syikin sudah mula mendail nombor suaminya di telefon. Ai'nyra keluar daripada kereta dengan wajah hampa.

“ Nyra, bengkel dah tutup. Esok baru mekanik tu datang. Macam mana, nak cari mekanik lain atau nak balik?” Soal Kak Syikin.

“ Nyra letih la kak, akak hantarkan Nyra balik je la. Esok pagi, Nyra cari teksi untuk ke sini.”

“ La…kenapa nak panggil teksi pula. Tak payah, esok akak keluar pergi kerja akak ambil la Nyra sekali. Bukan susah mana, satu jalan pun. Apa lah Nyra ni, macam tak biasa pula dengan akak.” Ai'nyra tersengih.

“ Bukan macam tu, tak nak susahkan akak je. Nak hantar anak-anak ke sekolah lagi, nak ambil Nyra lagi.”

“ Tak ada susah mana pun. Dah jom lah kita balik. Tadi kata penat kan?” Ai'nyra mengangguk lalu membontoti Kak Syikin ke keretanya.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Akan berlaku kah pertemuan kali ke dua antara Ai'nyra & Airul...?? (^_^)
p/s : susah ye nak sebut AI'NYRA ? macam ni sebutannya.. Ai-Nie-Ra

3 comments:

ein said...

nak lagi....

MaY_LiN said...

hihihi
da cam gung gung ngan meow meow da..
huhuhu
chegu ajar sebutan ya
:)

Anonymous said...

I pay a quick visit daily some blogs and information sites to read content, except this webpage presents feature based articles.



my site: este usuario