Saturday, December 29, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 51

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥
 
Seminggu berlalu, Mustaqim belum berkesempatan untuk berbicara dengan Dhiera kerana Dhiera di hantar ke Singapura bagi menghadiri satu pertunjukkan fesyen. Hubungan Naurah dan Mustaqim mula rapat kembali, cuma berlaku perbalahan kecil bila mana Naurah menerima perlawaan Arman untuk makan tengahari bersama-sama Aniq.

“ Awak tak sepatutnya keluar dengan Arman.” Bentak Mustaqim

“ Saya bukan buat apa, temankan Arman makan lagipun hari tu hari jadi dia. Saya keluar dengan Aniq sekali bukan berdua.” Naurah mempertahankan diri.

“ Alah, dia sengaja gunakan Aniq. Kalau tiada Aniq tentunya dia tak dapat keluar dengan awak.”

“ Oh...tahu pun awak cemburu ya. Macam mana awak rasa sakit, macam tu juga la sakitnya malah lebih sakit, bila awak sering kali batalkan janji kita hanya kerana Dhiera. Lagi lah pula dia tu tunang awak! Cuba letak diri awak di tempat saya, apa yang awak rasa?” Kata-kata Naurah buatkan Mustaqim tersedar.

“ Jadi awak nak balas dendam?” Mustaqim masih tidak mahu mengalah.

“ Saya dengan Arman tiada sebarang ikatan istemewa macam awak dengan Dhiera. Kami hanya kawan tidak lebih daripada itu. Jika awak rasakan yang saya mahu membalas dendam, terpulang!” suara Naurah semakin nyaring. Talian telefon di matikan. Namun perbalahan itu berlaku hanya beberapa jam dan akhirnya mereka berbaik semula bila Mustaqim kembali menghubungi Naurah dan terus memohon maaf.

“ Itu saja lah kerja awak, dah buat salah minta maaf. Kalau saya tak mahu maafkan macam mana?”

“ Dah salah minta maaf lah. Kalau awak tak mahu maafkan saya, saya datang culik awak bawa lari pergi sempadan Thailand sana, kita kahwin.” Ugut Mustaqim.

 “ Eleh, itu je la modal dia. Saya tak takut lah.”

 “ Betul tak takut. Saya cakap, saya buat tahu. Macam tak pernah melaluinya.” Naurah sedikit gentar. Lelaki ini tahu sahaja di mana kelemahannya.

 “ Mengada lah!” akhirnya perbalahan mereka di akhiri dengan gelak tawa.

 ♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Assalammualaikum...” Sapa Arman mesra.

“ Eh Cikgu Arman, nanti saya panggilkan Aniq.” Balas Naurah.

“ Tak perlu, dia ada di depan tu. Muncung dah mulut dia sebab lewat ambil. Maafkan saya ya.”

“ Saya dah faham sangat cikgu.”

 “ Terima kasih, errr...Nurien kalau saya nak ajak awak keluar malam ni boleh?” permintaan Arman buatkan Naurah terdiam sejenak. Teringat kembali perbalahan antara dia dan Mustaqim tempoh hari buatkan dia rasa keberatan.

“ Malam ni?”

“ Ya. Dhiera balik petang ni. Dia nak raikan hari jadi saya. Kita keluar ramai-ramai, macam mana setuju tak?” wajah Arman penuh mengharap.

“ Err...saya tak boleh janji. Takut ada hal lain je malam ni.” Dalih Naurah. Dia berasa berat hati.

“ Awak fikir dulu, petang nanti dalam pukul 5 saya call awak ya.” Cadangan Arman dibalas dengan anggukan sahaja. Arman tersenyum, tangan Aniq dipimpin menuju ke keretanya. Sebaik sahaja kelibat Arman hilang, Naurah mencapai telefonnya lalu nombor Mustaqim didail.

 “ Assalammualaikum sayang ku...rindu ye?” Jawab Mustaqim ceria. Ada segaris senyuman dibibir Naurah.

“ Wa’alaikumsalam.. saya nak tanya awak sikit boleh?”

“ Banyak pun boleh...tanya lah.”

“ Dhiera balik hari ini betul ke, dia ada call awak?” soalan Naurah buatkan Mustaqim terdiam. Memang Dhiera baru sahaja menalifon dia dan kemudiannya pula Naurah.

“ Mana awak tahu, Dhiera call awak dulu?” soal Mustaqim kembali.

“ Tak, Arman bagi tahu. Erm..dia ajak saya keluar makan malam ni, tapi katanya dengan Dhiera sekali....”

“ Nak sambut birthday Arman kan?” pantas sahaja Mustaqim memotong. Dhiera juga ada maklumkan kepadanya sebentar tadi. Memang dia keberatan untuk bersetuju namun setelah rengekkan demi renggekkan daripada Dhiera akhirnya Mustaqim setuju.

“ Yupp...Dhiera dah bagitahu dulu la ye. So ok ke kalau saya ikut sekali?”

“ Ok, boleh sebab saya pun ada sekali. Kalau Si Arman tu nak menggatal dengan awak, siap la dia nanti.”

“ Amboi..garangnya.." ketawa mereka bersatu.

♥♥ **************************************************** ♥♥
 

Arman dan Naurah tiba lebih awal, sementara menunggu Dhiera datang bersama Mustaqim sengaja Naurah melayan Aniq berbual. Agak canggung bilamana Arman sedari tadi tidak lepas-lepas memandangnya. Dia tahu lelaki itu sukakan dirinya cuma malu untuk meluahkannya. Naurah lebih senang begitu, berpura-pura tidak tahu dia tidak mahu berkata tidak pada lelaki itu, dia tidak mahu lelaki itu kecewa lagi.

“ Amboi pasangan merpati dua sejoli ni, praktis nak jadi ibu bapa penyayang ke?” entah dari mana Dhiera datang, tiba-tiba sahaja muncul di hadapan mereka sambil membawa sekotak kek. Naurah dan Mustaqim sempat bertentangan mata, ada riak kurang senang terpamir di wajah Mustaqim.

“ Lagi lima minit Dhiera tak datang kami dah nak balik dah, betul tak Nurien?” Sengaja Arman mahu mengusik adiknya. Naurah sekadar tersenyum tidak mampu berkata apa bila melihat wajah Mustaqim yang tegang itu.

“ Kuat cemburu juga ye mamat ni.” Bisik hati kecil Naurah.

Orang lambat sebabkan kek abang ni tau.”

Ceria betul Dhiera pada malam itu. Dia meletakkan kek di tengah meja dan secara kebetulan makanan yang dipesan turut sampai. Penuh meja mereka dengan makanan.

 “ Kak...Aniq...jom kita nyanyi lagu Happy Birthday.” Pelawa Dhiera, Naurah terus bangun dan mula mengikut Dhiera menyanyi sambil bertepuk tangan dalam masa yang sama sempat Naurah dan Mustaqim saling menjeling. Naurah tersenyum, Naurah ketawa bukan kerana Arman tapi kerana melihat api cemburu Mustaqim yang sedang bernyala-nyala. Usai acara memotong kek, mereka mula menjamu selera.

“ Abang, lepas ni kita karaoke eh. Kat depan tu ada tempat karaoke.”

 “ Best juga tu, lama abang tak nyanyi.” Balas Arman.

“ Kak...nak nyanyi sama? Akak duet dengan Abang Man, Dhiera duet dengan abang sayang Dhiera ni.” Dhiera memaut tangan Mustaqim mesra. Mustaqim hanya membiarkan sahaja walaupun dia kurang selesa. Matanya memandang ke arah Naurah, sengaja mahu melihat reaksi Naurah. Naurah menjeling lalu memalingkan pandangannya ke arah lain.

 “ Yes!” bagaikan satu kemenangan bila Mustaqim dapat membalas dendam, dia berjaya juga membuatkan Naurah cemburu.

“ Tak apa la Dhiera, akak tak pandai nyanyi. Segan lah.” Naurah menolak lembut.

“ Ala...akak ni sama je macam Abang Mus. Tiap kali Dhiera ajak nyanyi mesti tak mahu.” Dhiera mencebik.

“ Kita makan la dulu, lepas ni boleh nyanyi.” Tungkas Arman. Selang beberapa minit, Mustaqim bangun terus menuju ke atas pentas kecil yang disediakan oleh pihak restoran untuk pengunjung berkaraoke. Masing-masing terpinga-pinga dengan tindakan Mustaqim.

“ Eh.. Abang Mus pandai nyanyi ke?” soal Dhiera kepada Arman.

 “ Kita dengar saja lah.” Balas Arman. Dia merasa kurang senang dengan tingkah laku Mustaqim dan juga Nurien. Dia seolah-olah dapat merasakan ada sesuatu di anatara mereka berdua. Pandangannya kini terarah ke hadapan melihat Mustaqim duduk di tengah pentas bersama sebuah gitar di tangan.

“ Lagu ini ditujukan khas buat orang-orang yang tersayang di belakang sana. Untuk Abang Arman, selamat hari lahir.” Ucap Mustaqim.

 Jari jemarinya mula memetik gitar, matanya dihalakan ke arah Naurah. Dek kerana Dhiera duduk di hadapan, pastinya orang akan berangaapan yang dia sedang memandang Dhiera. Mustaqim tersenyum sendiri, tempat duduk Naurah sangat strategik. Lagu kegemaran mereka berdua Tercipta Untukku bergema di restoran pada malam itu. Matanya tidak lepas-lepas memandang Naurah, saat itu dia merasakan seolah-olah hanya ada dia dan Naurah sahaja.

Sebaik sahaja selesai menyanyi, Mustaqim mendapat tepukan yang gemuruh daripada semua pengunjung termasuk lah Dhiera. Meleret-leret senyumannya melihat Mustaqim. Setiap bait patah lagu yang dinyanyikan oleh Mustaqim seolah-olah meresap ke dalam hatinya. Begitu juga yang dirasakan oleh Naurah, mata mereka kadangkala bersatu dan setiap kali itu la akan terbit sebuah senyuman yang bermakna buat mereka. Namun bila melihat Dhiera, hatinya dipungut sayu. Pastinya gadis itu berbesar hati dengan Mustaqim, pastinya gadis itu beranggapan lagu itu ditujukan khas buatnya. Tapi hakikatnya berlaku sebaliknya. Naurah mengeluh perlahan, timbul pula rasa bersalah di dalam hati.

♥♥ **************************************************** ♥♥
  

Terus balik, jangan singah mana-mana. 

Cepat-cepat Mustaqim menaip SMS dan terus dihantar ke Naurah. Perasaan cemburunya tidak pernah hilang setiap kali dia melihat Naurah bersama dengan Arman.

 “ Abang...sorry la lambat, tandas penuh pula tadi.” Tiba-tiba sahaja Dhiera muncul.

“ Tak apa, jom lah kita balik dah lewat ni.” Balas Mustaqim bersahaja. Dhiera mengerutkan dahinya, sukar untuk membaca sikap Mustaqim. Tadi dia sangat santai, ceria sahaja wajahnya namun bila kembali berdua di dalam kereta Mustaqim mula menunjukkan sikap dinginnya.

“ Tak faham aku dengan dia ni.” Dhiera mengeluh perlahan.

“ Dhiera kata apa tadi?”

“ Err...tak, sedapnya suara abang. Tak sangka pula abang pandai nyanyi. Kenapa sebelum ni Dhiera ajak abang nyanyi abang tak mahu, tak tahu menyanyi lah konon, tapi tengok tadi dah macam penyanyi terkenal.” Dhiera mengubah topik, dia tidak mahu suasana yang tenang bertukar kembali menjadi tegang.

“ Entah lah, tiba-tiba rasa nak nyanyi.” Jawab Mustaqim pendek. Mustaqim kembali diam dan teruskan pemanduan. Di dalam kepalanya sedang menyusun ayat, bagaimana untuk berterus terang dengan Dhiera tentang perkara yang sebenar.

“ Hmm...adakah sebab kita berjauhan, maka timbul rasa rindu. Sebab tu abang menyanyi?” duga Dhiera.

“ Mungkin....so macam mana dengan Singapore, seronok?” Mustaqim mengubah topik. Dia rasa sangat-sangat bersalah terhadap Dhiera ketika ini. Lagu itu untuk Naurah bukan untuk Dheira.

“ Tak seronok mana, jadi kuli je. Kena buat itu, kena buat ini. Kena marah itu dan ini.” Dhiera memuncungkan bibirnya.

“ Tak apa lah, dari situ Dhiera boleh belajar cara menguruskan model-model agar pertunjukkan fesyen berjalan dengan lancar.”

“ Kot ye pun nak ajar, cakap la elok-elok tak perlu jerit sana sini. Dhiera belum pekak lagi, rasa macam nak menangis pun ada, sabar je la. Mujur dah selesai.” Rungut Dhiera lagi.

 “ Kena tahan sikit lah, mana ada kerja yang tiada tekanan.”

“ Ada......jadi surirumah tangga sepenuh masa. Jadi isteri kepada Encik Mustaqim Mansur. Pastinya hari-hari yang Dhiera lalui indah belaka.”

Kata-kata Dhiera itu bagaikan seketul batu besar yang sedang jatuh di atas kepalanya. Dia menelan air liurnya perlahan, dia sedar perkara ini tidak boleh dilengahkan lagi.

“ Err...jauh nya berangan. Esok Dhiera free tak? Abang ada benda nak bincang dengan Dhiera.”Ucap Mustaqim teragak-agak.

“ Pasal apa tu? Sekarang tak boleh?”

“ Tak sesuai, abang tak mahu Dhiera terkejut.” Dhiera mengangkat keningnya, pelik dengan kata-kata Mustaqim.

 “ Kenapa mesti terkejut pula? Ok lah, lepas habis kerja nanti kita jumpa,”

“ Kalau macam tu, nanti abang jemput Dhiera.” Perbualan mereka mati di situ, Dhiera mula memikirkan perkara apa yang bakal dibincangkan oleh Mustaqim nanti.

“ Dia nak percepatkan perkahwinan ke? Eeee...seronoknya!!” jerit Dhiera di dalam hati. Sekali lagi dia memandang Mustaqim lalu tersenyum lebar.


♥♥ **************************************************** ♥♥
Mampukah Mustaqim berterus terang dengan Dhiera, 

p/s : kasihannya Dhiera......dah berharap benar...(-__-)"

2 comments:

nurul iqa dania said...

kcian kt dhiera.. tp lbih suke mus ngn naurah..

MaY_LiN said...

ya betul tu