Monday, February 25, 2013

AKU,DIA & TZM - PART 54

...HAPPY READING... 
♥♥ **************************************************** ♥♥


Hujan turun dengan lebatnya pagi Jumaat itu. Sebelum mereka meninggalkan rumah menuju ke chalet, tidak pula hujan, sebaik sahaja mereka tiba hujan turun dengan lebatnya. Penghuni chalet yang diusahakan oleh Pak Said pun sepi, mungkin masih berselubung dengan selimut walaupun waktu sudah menjejak ke 10 pagi. Naurah berdiri menghadap sungai yang berada tidak jauh daripanya sambil menadah air hujan dengan tapak tangannya. Bau air hujan itu sangat menenangkan hatinya. 

Pagi ini dirasakan sangat berbeza daripada sebelumnya. Kebahagiaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini, giliran untuknya mengecapi bahagia telah tiba dengan adanya keluarga bersama dengan Mustaqim, hidupnya dirasakan cukup lengkap. Tidak putus-putus dia memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas kurniaan ini.

“ Oit..berangan!” Naurah tersentak bila bahunya dicuit Mustaqim.

“ Kacau orang je,huh!” Naurah merungut.

“ Ala...mentang-mentang la ada mama dia, sikit-sikit nak marah. Manja terlebih.” Ajuk Mustaqim, sengaja dia mahu menyakat Naurah.

“ Biar lah, kalau tak kita asik kena buli dengan orang tu je. Sekarang ni mama kita dah ada, cuba la buli kita kalau berani.” Naurah menjuihkan lidahnya ke arah Mustaqim. Gelagat mereka diperhatikan Zalia dan Mak Diha dari jauh. Mereka tersenyum sendiri bila melihat kemesraan yang terjalin di antara Naurah dan Mustaqim.

“ Menyesalnya saya pisahkan mereka dulu,” lirih sahaja suara Zalia.

“ Tak usah la dikenangkan perkara yang lepas lagi puan. Tengok lah tu, kuat jodoh mereka kan puan? Saya rasa tak boleh biarkan lama sangat budak berdua tu. Seeloknya kita percepatkan sahaja pernikahan mereka.” Mak Diha bersuara.

“ Hmm...memang itu rancangan saya Mak Diha. Kesian mereka, lama terpisah. Biarkan Mustaqim selesaikan segala urusan dia dahulu, kemudian kita mula merancang, macam mana?” soal Zalia pula. Nada suaranya kembali ceria, dalam kepalanya terbayang-bayang majlis perkahwinan Naurah.

“ Elok sangat lah tu puan, moga Allah permudahkan segalanya.” Mata Mak Diha masih lagi tidak lepas-lepas memandang ke arah Naurah dan Mustaqim.

“ Assalammualaikum...” semua menoleh ke arah suara garau yang memberi salam itu.

“ Abah.....abah pergi memancing dalam hujan lebat macam ni?” Naurah separuh menjerit, cepat-cepat dia pergi mendapatkan Pak Said.

“ Pergi carikan udang galah tuk anak abah, nah...tak banyak dapat, ini sahaja.” Pak Said menghulurkan enam ekor udang galah yang saiznya sebesar ibu jari kaki. Membulat mata naurah melihat udang yang masih berkutik-kutik itu. Memang itu kegemarannya.

“ Terima kasih abah. Hari ni biar Naurah masak.” Ucap Naurah dalam nada teruja.

“ Naurah pandai masak udang  ni ?” soal Zalia yang sedari tadi menjadi pemerhati.

“ Nanti mama cuba la rasa, tak rasa tak tahu kan abah?” Pak Said sekadar tersenyum lalu mengangguk.

“ Baik kalau macam tu, biar mama tolong. Naurah nak masak apa?” kini Zalia pula teruja, kali pertama merasa masakan anak gadisnya. Dia tahu dulu Naurah rajin juga menolong Mak DIha ke dapur namun dia tidak berkesempatan merasa, kali ini sudah pasti dia tidak akan lepaskan peluang.

“ Eh...tak apa..semua duduk. Biar Naurah je yang masak, boleh kan? Naurah nak masak udang masak lemak cili padi, ” ucap Naurah teruja.

“ Biar saya tolong,” Mustaqim pula menawarkan diri.

“ Awak pun sama, belum masanya lagi nak tolong saya. Semua makan kat sini ya tengah hari nanti.” Naurah terus menghilangkan diri ke dalam menuju ke dapur chalet.

“ Mus..mari sekejap, saya nak bincang sikit dengan awak.” Mustaqim kelihatan teragak-agak, namun dia akur dan terus duduk menghadap Zalia. Mak Diha pula bingkas bangun meninggalkan mereka.

“ Macam mana projek di Johor?” soal Zalia terus.

“ Hampir 80% siap puan, cable dan paip dah siap dipasang. Yang tinggal sekarang ni cuma nak touchup bahagian bangunan yang telah dipasang kotak suis dan tar kan jalan. Lepas ni boleh bungkus balik.” Ucap Mustaqim tenang.

“ Bagus la tu, saya nak awak uruskan projek kita di Gombak.” Mustaqim tercengang, projek itu projek pembangunan yang besar, dia tidak layak untuk menguruskan projek itu.

“ Tapi puan, itu projek besar. Saya tak layak puan.”

“ Apa awak fikir saya akan hidup lama dan terus menerus uruskan Nordin Group Corporation tu? Awak kena belajar dari sekarang, tidak lama lagi awak pula yang akan ambil alih syarikat itu. Pada siapa lagi yang boleh saya harapkan kalau bukan awak.” Mustaqim merasakan bagaikan ada sebuah batu yang menghempap bahunya.

“ Awak jangan risau, saya dan yang lain-lain akan membantu. Kalau boleh saya nak awak mula awal bulan depan, kerja-kerja di Johor minta Rohaizad yang tengok-tengokkan. Saya juga akan minta Datuk Karim turun padang sama, itu projek dia, dia perlu ada di sana.” Sambung Zalia lagi.

“ Baik lah puan, terima kasih kerana berikan kepercayaan pada saya.”

“ Awak selesaikan cepat-cepat urusan awak dengan Yassir dan anak dia, kita boleh tumpukan urusan awak dengan Naurah pula. Saya dah tak sabar.” Senyuman yang lahir dari bibir Zalia seolah-olah telah menyuntik semangat baru dalam dirinya. Benar kata Zalia dia perlu cepat-cepat pergi bertemu dengan Yassir untuk selesaikan segalanya.

Mustaqim mengeluh sendirian saat nama Yassir disebut. Lelah rasanya bila dia memikirkan bagaimana dia mahu berhadapan dengan lelaki itu. Keluarga itu memang banyak membantunya namun dalam masa yang sama seringkali juga menyesakkan fikirannya. Belum sudah tentang Dhiera, masuk pula kisah Arman.

Tolong tengok-tengokkan Dhiera,
Aku dan Aniq nak balik Seremban, ada kursus di sana. - Arman

Patutkah dia menghiraukan pesanan dari Arman? bagaimana pula dengan Dhiera, buatnya dia lakukan perkara yang bodoh, siapa yang akan dipersalahkan? pasti semuanya berbalik kepada dirinya juga. Mustaqim mengeluh lagi.


♥♥ **************************************************** ♥♥


Dhiera merenung dirinya lama di hadapan cermin. Sekejap-sekejap dia menarik skrit yang dikenakan ke bawah. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, kawan-kawannya akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi dia merenung cermin memerhatikan dirinya daripada atas hingga ke bawah. Rambutnya yang ikal dilepaskan, dress hitam berpotongan pendek pemberian kawannya dikenakan. Ini lah kali pertama dia berpakaian sebegitu. Dress yang menampakkan pangkal pehanya, bahagian dada terbuka luas dan tidak berlengan.

“ I tak biasa lah Janet pakai dress pendek macam ni.” Adu Dhiera sebaik sahaja dia menerima pakaian itu daripada Janet.

“ Macam la you tak biasa pakai skrit, sama sahaja cuma kali ni pendek sikit. Body you lawa, kaki you pun lawa kenapa you nak sorokkan. You simpan untuk lelaki tu, apa yang you dapat? You kena tinggalkan juga. Pakai sahaja, malam nanti I datang ambil you.” Beria ia Janet menyakinkan Dhiera dan akhirnya Dhiera termakan juga kata-kata Janet.

“ Aku kah ini?” Satu suara halus membisikkan ke telinganya.

“ Ah....pedulilah, aku perlukan perubahan. Aku akan buktikan yang tampa lelaki bodoh itu aku pun boleh hidup, aku juga boleh berseronok!” suara hatinya menjerit.

Sakitnya masih terasa akibat perbuatan Mustaqim yang meninggalkan dirinya kerana perempuan lain. Baginya, kesetiaan tidak memberi apa-apa makna kepada lelaki itu jadi untuk apa dia mempertahankan lagi. Kerana lelaki itu segala keseronokkan yang ada di hadapan mata tidak dihiraukan, hatinya dunianya hanya pada Mustaqim dan kini lelaki itu memusnahkan segalanya. Hanya kerana seorang perempuan dia dibuang bagaikan sampah! Itu tidak adil!

“ Malam ini aku mahu berseronok, lupakan segala masalah dan esok, esok adalah hari kemusnahan kau Mus. Tunggu lah.” Dhiera tersenyum sendiri, dia sudah merancang sesuatu cuma tinggal untuk dilaksanakan sahaja.

Lamunannya terhenti bila terdengar bunyi hon kereta dari luar, cepat-cepat dia mencapai tas tangan dan kasut dan bergegas keluar ke rumah.

Malam ini, malam aku!

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Nah...you cuba minum ni.” Janet menghulurkan segelas air berwarna kuning keperangan kepada Dhiera. Dhiera teragak-agak untuk mengambilnya.

“ Come on Dee... you kata you nak lupakan semua masalah you. Ini la caranya, I guarantee lepas you minum you akan lupa dengan semua masalah you.” Janet masih lagi tidak berputus asa memujuk. Akhirnya Dhiera mengambil gelas itu, namun tidak terus diteguknya. Hatinya masih berbelah bahagi, dia sedar dia tidak sepatutnya menyentuh air kencing syaitan itu, haram baginya.

“ Tunggu apa lagi, minum lah.” Janet memegang bahu Dhiera lembut. Tiba-tiba datang seorang lelaki memaut pinggang Janet. Janet ketawa mengekek, senang dengan tindakan lelaki itu. Dhiera hanya menjadi pemerhati.

“ Take your time ok. I nak menari dengan David depan sana.” Janet pergi meninggalkan Dhiera terkebil-kebil sendiri. Mungkin bosan dengan sikap Dhiera yang teragak-agak. Dhiera memerhatikan gerak geri Janet dari jauh. Badannya meliuk lentik menari, kelihatan sangat seronok. Dhiera mula mengambil gelas di hadapannya, sebaik sahaja dia ingin meneguk, tiba-tiba tangannya ditepis kuat. Gelas yang berada di tangannya terlepas jatuh ke lantai.

“ Dhiera..!!!!” Dhiera terkejut melihat lelaki yang berada di hadapannya. Dia tergamam.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Agak-agaknya siapa lelaki yang muncul dihadapan Dhiera? 
Tunggu minggu depan eh..dah siap dah.. ;)

2 comments:

Anonymous said...

hmmm....x sabar nak tggu nie..hhheee

MaY_LiN said...

arman ke tu