Monday, March 4, 2013

AKU,DIA & TZM - PART 55

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥
Mustaqim memandu tenang menuju ke destinasi yang telah dijanjikan dengan Dhiera pagi tadi. Fikirannya mula teringatkan akan panggilan telefon yang diterima dari Dhiera. Seperti biasa, banyak perkara yang perlu disemak sebelum dia menyerahkan tugasnya kepada Rohaizad, di samping itu dia perlu selesaikan urusannya dengan Dhiera. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, nama Dhiera tertera di skrin telefonnya. Entah kenapa hatinya bergetar saat dia ingin menjawab panggilan itu.

“ Assalammualaikum abang..”

“ Wa’alaikumsalam.” Mustaqim kematian kata-kata.

“ Abang...Dhiera nak jumpa abang petang ni boleh, tentang hal kita.” Dhiera terus menyatakan tujuannya, masing-masing merasa canggung.

“ Boleh, lepas kerja nanti abang ambil Dhiera kat butik.”

“ Tak payah lah, Dhiera boleh pergi sendiri. Kita jumpa kat tempat hari tu.”

“ Err...ok lah kalau macam tu.”

“ Hmm...ok. Bye abang, Assalammualaikum.” Talian di matikan.

Mustaqim mengeluh perlahan, kereta dipakir di ruang yang disediakan dan mula menyusun langkah. Dari jauh kelihatan Dhiera telah pun menantinya. Pada Allah dipanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya.

“ Dhiera.....” sapa Mustaqim sebaik sahaja dia menghampiri gadis itu. Pantas Dhiera menoleh, cermin mata hitam yang menutupi matanya segera ditanggalkan. Satu senyuman mesra dilemparkan ke arah Mustaqim.

“ Duduk lah bang.”

“ Maaf buatkan Dhiera menunggu.”

“ Dah biasa....” Dhiera ketawa sendiri, Mustaqim menelan sahaja sindiran yang dilemparkan.

“ Ok lah, kita terus saja pada tujuan asal kita. Dhiera tak mahu lama-lama di sini.” Sambung Dhiera lagi.

“ Baik lah kalau macam tu, kita nak mulakan daripada mana? Dhiera ok ke dengan keputusan abang?” Sedaya upaya Mustaqim berlagak tenang cuba menyembunyikan kegusaran di hati. Dia tidak dapat membaca apa yang sebenarnya bermain dalam fikiran gadis itu. Adakah gadis itu punyai agendanya tersendiri, Mustaqim kenal benar dengan Dhiera. Apa yang dia mahukan, dia pasti akan dapatkannya. Mustaqim gentar kalau-kalau perjumpaan dia pada hati ini bakal menjerat dirinya sendiri. Dhiera kelihatan sangat berlainan daripada biasa.

“ Mulanya memang tak boleh terima, mujur lah Allah berikan pertolongan. Allah berikan dia untuk sekat Dhiera dari tersasar jauh.” Berkerut dahi Mustaqim cuba mencerna kata-kata Dhiera.

“ Maksud Dhiera?”

“ Dhiera sedar bang, dah lama Dhiera sedar yang abang tak cintakan Dhiera. Tapi biasalah, Dhiera kan degil nak juga dan akhirnya diri sendiri juga yang merana. Setelah dia hadir, Dhiera dah boleh terima semuanya. Dhiera setuju untuk memutuskan pertunangan kita. Nanti kita sama-sama balik Seremban, kita sama-sama terus terang pada ayah. Dhiera pasti ayah akan faham.”

Mustaqim merenung lama wajah Dhiera, hatinya lega dengan penerimaan Dhiera namun dalam masa yang sama, dia bingung siapa Dia yang Dhiera maksudkan itu. Apa Dhiera dah bertemu kekasih baru?

“ Kenapa abang pandang Dhiera macam tu?”

“ Tak...cuma...boleh abang tahu Dia yang Dhiera maksudkan tu siapa?” soal Mustaqim teragak-agak.

Dhiera tidak segera menjawab, dia hanya tersenyum bila wajah lelaki yang berjaya menyedarkan dirinya mula bermain-main di benaknya. 

“ Biar lah Dhiera cerita segalanya, abang jangan terkejut sudah lah ye.”


Fikirannya mula merewang pada malam itu, terkejut bukan kepalang bilamana dia melihat lelaki itu berdiri dihadapannya.

“ Awak dah gila ke? Dah tak ingat Allah?” Dhiera hanya tunduk tidak berani mengangkat muka.

“ Hei...hei...kenapa ni? Apa hak you nak marah-marah dia? Biarlah dia nak buat apa pun, its her life!” Janet tiba-tiba datang membela Dhiera.

“ Aku ni abang dia. Aku memang ada hak ke atas dia! Sudah Dhiera, mari balik!” lelaki itu bersuara tegas, legan Dhiera direntap dan terus menarik Dhiera keluar daripda kelab malam itu. Dhiera pula bagaikan dipukau hanya menurut terus masuk ke dalam kereta.

“ Nah, ambil ni tutup badan awak.” lelaki itu menghulurkan jaket miliknya kepada Dhiera. Tampa banyak soal Dhiera menurut. Enjin kereta dihidupkan dan terus meluncur laju menginggalkan pengkarangan kelab itu.
Agak lama masing-masing mendiamkan diri akhirnya Dhiera bersuara.

“ Macam mana awak tahu saya ada di kelab tu?” soal Dhiera.

“ Saya ikut awak daripada rumah lagi.” Dhiera tersenyum sinis bila mendengar jawapan itu.

“ Taat betul ye awak pada Abang Mus, sampai bila nak jadi balaci dia? Mesti dia yang suruh awak tengokkan saya, seperti selalu dia akan hantar awak tuk temankan saya.” telah Dhiera.

“ Sangkaan awak salah. Ya memang Encik Mus ada cerita pada saya tentang hal dia dan awak, gerak hati saya yang membawa saya menjejaki awak hingga ke sini.” Dhiera mengangkat wajahnya lalu dipaling ke arah lelaki itu mencari kebenaran disebalik kata-kata lelaki itu.

“ Saya bukan budak kecil, tak perlu awak nak menyebelahi bos awak tu. Lepas ni tak perlu awak ambil tahu hal saya lagi. Saya dengan dia dah tiada apa-apa ikatan, suka hati saya nak buat apa!” Bentak Dhiera.

“ Awak memang bukan budak kecil, tapi pemikiran awak tu macam budak kecil. Kenapa awak harus musnahkan diri hanya kerana Encik Mus tinggalkan awak? Apa awak fikir dia akan kembali ? Silap haribulan dia bahagia dan awak pula merana dengan jalan yang awak pilih sekarang ni, mahu ke macam tu? ”
Dhiera merengus kuat, ada benar kata-kata itu namun dia sukar untuk menerimanya.Kenapa segala tindakan ditentang, dihalang. Kenapa dia harus faham perasaan orang lain, sedangkan perasaan dan kehendaknya sendiri tiada siapa yang mahu faham.

“ Yang awak sibuk tu kenapa? Suka hati saya lah nak buat apa pun. Saya dah cukup merana, saya dah lali dengan semua ni lah. So tiada bezanya kalau saya merana dikemudian hari. Awak tak faham apa yang saya rasa. Awak tahu tak bertahun-tahun saya setia dengan dia, saya tunggu cinta dari dia walaupun saya maklum sangat dengan perasaan dia pada saya. Tapi bila dia jumpa dengan perempuan lain, terus sahaja hatinya berubah, terus putuskan hubungan kami. Apa semua tu?” Dhiera mula meluahkan kekecewaannya.

“ Awak silap Dhiera, perempuan yang Encik Mus jumpa tu dah lama bertakhta dalam hatinya malah sebelum Encik Mus kenal dengan keluarga awak lagi, perempuan itu dah ada. Mereka terputus akibat halangan dari orang lain. Dia terpaksa korbankan cintanya untuk kebahagiaan kekasihnya itu. Namun takdir menemukan mereka kembali dan kali ini Encik Mus tidak mahu melepaskan peluang itu untuk kali ke dua. Cukup baginya untuk terus berkorban untuk orang lain, dia juga perlu kecapi bahagianya dan bahagia dia ada pada kekasihnya itu. Kalau awak ada di tempat Encik Mus, pastinya awak faham bukan. Merasa saling mencintai.”

Hati Dhiera semakin sakit bila mendengar cerita lelaki itu.

“ Saya juga sangat cintakan Abang Mus, jadi apa bezanya. Saya juga mampu membahagiakan Abang Mus. Cuma dia yang tak mahu buka hatinya untuk saya. Kenapa harus saya yang berkorban, saya juga mahu kecapi bahagia saya!”

“ Jika awak dengan Encik Mus, awak takkan bahagia Dhiera, apa lah ertinya jika cinta hanya bertepuk sebelah tangan, mungkin awak akan rasa bahagia hanya seketika dan pengakhirannya awak juga akan merasa perit. Awak berhak mencintai dan dicintai Dhiera.”

Dhiera menekup telinga dengan kedua belah tangannya. Semua mengatakan perkara yang sama baik emaknya mahupun rakan baiknya Husna. Nak mengharapkan ayahnya jauh sekali, pasti ayahnya akan menyebelahi Mustaqim bukan dirinya.

“ Ah...!! kenapa semua orang kata benda yang sama. Apa semua dah tak sayangkan saya? Biar lah saya mati kalau macam tu, baru puas hati semua orang.!” Dhiera seakan-akan menjerit. Air matanya berjuraian jatuh. Perlahan-lahan kereta diberhentikan di tepi jalan.

“ Dhiera.... mereka sayangkan awak, kerana tu mereka minta awak lepaskan Encik Mus. Buka hati awak untuk yang lain. Awak juga berhak bahagia Dhiera.”

" Kenapa saya yang perlu buka hati untuk orang lain, kenapa Abang Mus tak boleh buka hati dia untuk saya? kenapa saya sahaja yang perlu berkorban, tapi bukan dia?" 

" Awak tak mahu hidup bahagia ke Dhiera? sedangkan sekarang ini pun awak cukup merana, boleh bayangkan bagaimana kehidupan awak yang akan datang nanti? mencintai tak bererti memiliki Dhiera. Kadang kala kita perlu berkorban untuk kita kecapi kebahagiaan kita sendiri." 

Kata-kata lelaki itu terasa lembut masuk ke telinga dan terus ke hati. Dhiera menangis dan terus menangis, perlahan-lahan kata-kata itu mula dicernakan oleh otaknya, perlahan-lahan baru dia sedar ada kebenaran disetiap kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu.

“ Saya ni degil, jahat. Mungkin tak berhak untuk bahagia.” Lirih sahaja suara Dhiera bagaikan pasrah dengan apa yang berlaku.

“ Jangan kata begitu Dhiera, cuba awak padang saya....” Dhiera hanya menurut, matanya kini bertentangan.

“ Saya dah lama sukakan awak, saya dah lama cintakan awak. Tapi saya pendam kerana awak tunang Encik Mus. Awak tahu, saya paling gembira bila Encik Mus minta saya temankan awak. Saya sedar saya ni tak sehebat Encik Mus, jika awak beri saya peluang saya berjanji akan bahagiakan awak sehingga akhir hayat saya.” Dhiera tersentak dengan kata-kata lelaki tu. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengari. Memang sebelum ini ada perasaan halus mengusik nalurinya saat bersama dengan lelaki itu.

“ Jangan kerana Abang Mus, awak pula yang sanggup bekorban. Jangan hanya kerana kasihankan saya awak tegar meluahkan kata-kata tadi. Jangan, saya tak perlu semua itu.”

“ Saya benar-benar ikhlas Dhiera, apa yang saya luahkan lahir daripada hati saya. Bukan rekaan, bukan kerana Encik Mus mahupun simpati pada awak. Saya benar-benar cintakan awak.” Dhiera merenung dalam ke anak mata lelaki itu. Hatinya tersentuh.

“ Rohaizad........benarkah semua ini?”

  **************************************************** ♥♥

“ Rohaizad?” Mustaqim bagaikan terkejut dan dalam masa yang sama tiba-tiba sahaja Rohaizad muncul dan terus duduk di sebelah Dhiera.

“ Hai Encik Mus.” Rohaizad tersengih. Tawa Mustaqim terhambur keluar.

“ Kenapa la awak tak bagitahu saya terus pasal Dhiera, mudah sikit saya nak adjust.”

“ Slow sikit dia ni bang.” Dhiera menyambung sambil menyiku perut Rohaizad. Mustaqim tersenyum lagi senang hatinya melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah pasangan itu.

“ Abang....Dhiera minta maaf ye.” Sambung Dhiera lagi.

“ Abang yang patut minta maaf sebab banyak sakitkan hati Dhiera.”

“ Kita seri la kalau macam tu. Kosong-kosong, nanti kita sama-sama jumpa dengan ayah . Dhiera pasti ayah boleh terima kalau kita jelaskan dengan baik.”

“ Baik lah, erm...Abang Arman dah tahu ke pasal kita?” Tiba-tiba Mustaqim teringatkan Arman.

“ Hmm...dia belum tahu lagi, sekarang ni tengah sibuk nak rujuk balik dengan bekas isteri dia.” Sekali lagi Mustaqim menerima kejutan, dalam masa yang singkat macam-macam kejutan yang dia terima.

“ Sungguh ke ni. Baguslah kalau macam tu, moga mereka tak terpisah lagi lepas ni. Kasihan Aniq.”

“ Dhiera pun harap macam tu juga. Tak apa lah nanti kita ajak Abang Arman balik sekali dengan kita, erm..abang tak mahu kenalkan kekasih awal dan akhir abang tu pada Dhiera ke? Rohaizad cerita dia anak boss abang eh?” Dhiera mula mengorek cerita. Mustaqim hanya tersenyum, wajah Naurah mula memenuhi fikirannya.

“ Dhiera dah kenal pun dengan dia sebelum ni. Tak apa lah nanti abang bawa dia jumpa dengan Dhiera.”

“ All right, Dhiera akan tunggu. Tak sabar nak jumpa dia.” Ceria sahaja Dhiera bercerita. Lama Mustaqim tidak melihat Dhiera sebegitu gembira.

“ Maafkan abang Dhiera....” bisik hati kecilnya. Rasa bersalah sangat kerana sering sahaja menyakiti hati Dhiera sebelum ini.

“ Rohaizad...terima kasih untuk semuanya. Jaga adik saya ni baik-baik. Dhiera, kalau Rohaizad buli Dhiera bagitahu abang, biar abang sekeh kepala dia.”

“ Kalau Dhiera buli saya macam mana pula Encik Mus?” Rohaizad pula mencelah.

“ Awak sekeh la kepala awak sendiri..” Tawa Mustaqim dan Dhiera terhambur keluar, kasihan Rohaizad yang terkebil-kebil sendiri.

Mustaqim memandang langit, hatinya lapang.

“ Terima kasih Allah di atas segalanya, terima kasih..Alhamdulillah.”


  **************************************************** ♥♥
Jeng..jeng...jeng......kali ini pembaca tak dapat nak teka siapa lelaki yang selamatkan Dhiera...hehehe... (^_^)

Ingat lagi tak saya pernah kata yang saya akan pendekkan cerita ini? ha...di sini lah saya pendekkan. Kalau ikutkan jalan cerita asal, panjang lagi. Dhiera buat kerja jahat cuba perangkap Mus dan akhirnya berjaya membuatkan Mus bersetuju untuk berkahwin dengannya dalam masa terdekat. Timbul konflik antara Fika dan Syafiq, Naurah lagi. Kalau ikutkan cerita asal pasti lambat lagi akan habis.

Tapi saya dah 'cut'...so cerita ni hampir sampai ke penghujungnya. Ada lah dalam beberapa episod lagi. Nantikan eh. Terima kasih sudi luangkan masa di sini. (^_^)V

1 comment:

ein said...

tq.... suka .... mereka bakal bersatu...