Wednesday, December 19, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 50

...HAPPY READING... 
  ♥♥ **************************************************** ♥♥
 
“ Assalammualaikum cikgu!” seorang budak lelaki keluar dari perut kereta terus berlari-lari mendapatkan Naurah yang sedang berdiri di tepi pagar tadika. Memang itu la rutin hariannya setiap pagi, dia akan menyambut kedatangan pelajar-pelajarnya. Naurah tidak terkejut bila melihat akan kehadiran anak kecil itu. Anak kecil itu segera memeluk Naurah erat.

“ Cikgu....boleh tak Aniq sekolah kat sini semula? Kat rumah atok, sekolah tak best, kawan pun tak ada.” Anak itu masih lagi tidak melepaskan pelukan sambil mengandu domba kepada Naurah.

 “ Boleh, ini kan sekolah Aniq. Dah pergi la masuk, kawan-kawan dah tunggu.” Ucap Naurah mesra. Saat dia mengangkat wajahnya, seorang lelaki dan juga seorang perempuan cantik berdiri di hadapannya. Naurah melemparkan pula senyumannya kepada mereka.

“ Saya nak hantar Aniq sekolah di sini semula, boleh kan cikgu?”

“ Boleh saja Cikgu Arman, tempat Aniq pun masih kosong. Tapi kenapa?” soal Naurah,

“ Dia tak seronok di Seremban. Eh lupa pula, kenalkan ini adik saya Dhiera.” matanya sempat melirik ke arah wanita yangberdiri di sebelah Arman. Ini lah kali pertama dia bertentangan dengan tunang Mustaqim. Memang cantik dan bergaya orangnya. Dhiera menghulurkan tangan untuk bersalam, Naurah menyambut dengan mesra walaupun hatinya bergetar di saat mereka bersalaman.

“ Dhiera ikut pindah di sini?” sengaja Naurah bertanya.

“ Sementara saja kak, Dhiera praktikal dekat sini. Tak jauh pun, itu yang boleh tolong abang hantar dan ambil Aniq dari sekolah.” Naurah menganggukkan kepalanya tanda faham.

“ Hmm...macam tu la ceritanya Cikgu Nurien. Mulai esok, Dhiera akan hantar Aniq ke sekolah. Sebelah tengahari pun mungkin saya atau Dhiera yang ambil.”

Sedang mereka berbual, Dhiera mengeluarkan telefonnya.

“ Hello abang sayang, hari ni Dhiera dah start praktikal. Wish me luck!” Hati Naurah terguris bila dia terdengar perbualan Dhiera, pastinya itu Mustaqim.

“ Orang tengah angau bercinta. Sanggup dia minta ditukarkan ke Johor semata-mata nak dekat dengan tunang dia.” Tampa dipinta Arman bercerita. Naurah sekadar tersenyum. Lega hatinya bila melihat muridnya yang lain tiba.

“ Maaf ya cikgu.” Naurah meminta diri. Tidak kuasa dia melihat drama yang sedang bermain di hadapan mata. Hatinya sakit, perasaan cemburunya meluap-luap.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Sayang... Sorry, hari ni kita tak dapat nak keluar lunch sama. 
Dhiera kacau lah. 
Next time ok. 
I promise.

Naurah mengeluh, hampir sebulan Dhiera di sini, selama itu juga la hubungannya dengan Mustaqim semakin renggang. Dia merasakan bagaikan pesalah di tempat sendiri. Setiap kali ingin bertemu pasti kena berhati-hati jangan sampai Arman dan Dhiera tahu. Adakalanya Mustaqim tidak dapat menepati janjinya hanya kerana Dhiera.

“ Macam ni nak suruh aku hidup bermadu. Lupakan saja lah.” Gumam hatinya.

Bila terkenangkan Dhiera, Naurah sendiri menjadi keliru. Dhiera seorang gadis yang baik, seorang gadis yang teramat cintakan tunangnya. Setiap kali Dhiera datang ke tadika untuk mengambil Aniq, mereka pastinya berbual. Perbualan itu biasanya banyak bercerita tentang Mustaqim dan ada juga dia memberikan beberapa petunjuk yang abangnya itu sukakan dirinya. Sehinggakan satu tahap, Naurah mulai jemu. Jika ada kesempatan dia pasti akan mengelak daripada bertemu dengan Dhiera.

Melalui cerita-cerita Dhiera, Naurah dapat merasakan yang gadis itu begitu mencintai Mustaqim. Setiap kali bercerita pasti mata galaknya bersinar-sinar. Adakalanya gadis itu mengeluh dengan sikap acuh tidak acuh Mustaqim namun cintanya pada lelaki itu tidak pernah goyah. Naurah mula menjadi serba salah, dia sendiri merasakan dia adalah perampas, perosak kebahagiaan gadis itu. Sekiranya Dhiera tahu perkara yang sebenar pastinya gadis itu rasa dirinya dikhianati.

“ Kak Nurien....” Lamunannya terhenti bila tersedar namanya dipanggil. Dhiera muncul di muka pintu pejabatnya bersama-sama dengan Aniq.

“ Eh Dhiera, maaf lah akak tak perasan pula Dhiera datang. Nak ambil Aniq balik ye.”

“ Akak ingatkan siapa tu, buah hati eh?” Dhiera serkap jarang.

“ Tidak lah,” Naurah tersenyum.

“ Ha...senyum. Betul la tu. Alamak, melepaslah Abang Man.”

“ Ada-ada saja Dhiera ni.” Dhiera tertawa kecil.

“ Ok lah, Dhiera minta diri dulu. Nak bawa Aniq makan tengahari dengan Abang Mus.” Cerita Dhiera dengan nada ceria. Naurah tersenyum mesra dalam masa yang sama, hatinya menangis.

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Abang...jom keluar, boring la duduk kat rumah.” Dhiera merengek-rengek di hujung talian.

“ Tak nak, banyak kerja yang perlu di siapkan.” Jawab Mustaqim dalam nada tegas. Lelah rasanya bilamana terpaksa melayan karenah Dhiera. Sejak Dhiera duduk di Johor, Mustaqim merasakan seolah-olah terikat dengan Dhiera.

“ Malam macam ni kerja apanya?”

“ Ada lah kerja yang perlu diselesaikan. Petang tadi kan dah keluar tak puas lagi ke? Sudah lah abang nak sambung kerja ni. Assalammualaikum.” Tampa menunggu balasan Dhiera, Mustaqim terus mematikan talian. Sengaja dia memberikan alasan kepada Dhiera. Hatinya galau bila terkenangkan sikap Naurah yang kebelakangan ini semakin dingin dengannya.

Panggilan telefon amat payah untuk dijawab ini kan pula SMS. Mustaqim tahu Naurah terasa hati dengannya kerana sejak akhir-akhir ini dia banyak melebihkan Dhiera daripada Naurah. Namun apa yang berlaku bukanlah dirancang. Hati gadis itu perlu dipujuk, dia tidak boleh membiarkan Naurah terus jauh daripadanya. Itu tidak boleh terjadi. Kunci kereta yang tergantung dicapai dan terus meluru ke luar. Keretanya dihidupkan dan meluncur laju ke rumah Naurah.

Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Naurah, terus sahaja Mustaqim mendail nombor Naurah. Namun seperti biasa, tiada jawapan.

Saya berada di hadapan rumah awak, saya bagi awak lima minit sahaja untuk bersiap.

Sementara itu, Naurah baru sahaja siap berbaju tidur. Saat dia mula merebahkan tubuhnya SMS daripada Mustaqim pun tiba. SMS daripada Mustaqim itu buatkan dia terbagun daripada pembaringannya. Cepat-cepat dia menyelak langsir daripada biliknya. Ternyata Mustaqim tidak main-main. Memang dia kini berada di hadapan rumahnya.

Gila! Tak mahu, saya nak tidur.

“ Apa dia ingat dia sorang je boleh keras kepala. Siapa dia nak arah-arah aku..huh!” Naurah mengomel sendiri.

Lebih daripada lima minit, saya akan pecah masuk rumah awak. Apa nak jadi,jadi lah saya tak kisah!

Membulat mata Naurah membaca balasan SMS Mustaqim. Mustaqim telah pun keluar daripada keretanya. Naurah kecut perut membayangkan kekecohan yang bakal berlaku nanti. Segera dia menyarung jeans, t-shirt beserta baju panas ke tubuhnya. Tudung yang tersangkut kemas di dalam almari segera ditarik. Telefon dan dompet dicapai dan dia bergegas turun. Lelaki itu gila, gila!

Tidak sampai lima minit, Naurah telah pun berdiri di hadapan Mustaqim. Mustaqim tersenyum lebar, namun tidak Naurah. Wajahnya masam mencuka.

“ Awak nak apa?”

“ Masuk lah dulu, nanti saya cerita.” Naurah tiada pilihan selaian menurut. Dia sempat memandang kiri dan kanan, bagaikan sedang buat salah sahaja lagaknya. Senang hati Mustaqim bila melihat Naurah patuh, hatinya yang gundah sebentar tadi hilang di saat Naurah berada di hadapan mata.

“ Bagus, ada ciri-ciri seorang isteri yang taat.” Mustaqim meneruskan pemanduan. Senyumannya masih meleret. Rindunya terhadap gadis itu kini terlerai sudah.

♥♥ **************************************************** ♥♥

“ Awak nak makan apa?” Mustaqim memilih sebuah restoran yang agak jauh daripada rumah mereka.

“ Kenyang lah, saya dah gosok gigi nak tidur.” Jawab Naurah acuh tidak acuh.

Hatinya masih sebal dengan sikap Mustaqim yang suka memaksa. Dia bertanya kepada dirinya sendiri, kenapa lah dia begitu bodoh patuh pada setiap arahan dan desakkan Mustaqim. Sedangkan dia memang seorang yang keras kepala, dengan mamanya sendiri dia berani melawan tapi kenapa tidak dengan Mustaqim?

“ Bukan kah itu ciri-ciri lelaki idaman kau?” bagaikan ada satu suara halus membisik ke telinganya. Hatinya memilih Mustaqim, kenapa harus dia mempersoalkan lagi.

“ La...balik nanti kan boleh gosok gigi semula. Kita makan yang ringan-ringan saja lah ya, biar saya order kan.”

“ Suka hati awak lah...”

Naurah melepaskan pandangannya ke seluruh restoran. Lewat malam begini tidak ramai pengunjung. Ada sekumpulan pekerja kilang yang baru habis kerja duduk berkumpul makan bersama. Naurah persan ada mata nakal yang mencuri-curi pandang ke arahnya. Sengaja Naurah melemparkan senyuman, dan tindakan itu membuatkan Mustaqim cemburu. Mustaqim segera mengubah tempat duduknya bagi menghalang kumpulan lelaki tersebut terus menerus mencuri pandang ke arah Naurah.

Mahu sahaja Naurah tergelak dengan tindakan Mustaqim, namun segera ditahan, dia sudah mengumpulkan semangatnya untuk meluahkan segalanya kepada Mustaqim. Kesakitan yang dia rasakan sejak akhir-akhir ini harus dihentikan. Baginya biarlah sakit sekarang tapi bukan dikemudian hari.

“ Sayang......” sapa Mustaqim.

“ Hmm.....” jawab Naurah malas.

“ Awak marah saya ya?”

“ Ada buat salah ke?”

“ Saya tahu kebelakangan ini saya banyak mungkir janji. Terpaksa melayan Dhiera lebih daripada awak. Maafkan saya ya.” Lirih sahaja suara Mustaqim.

“ Awak nak tahu tak apa yang saya rasa sekarang ini?” kata-kata Naurah membuatkan hari Mustaqim gusar.

“ Mesti lah nak, cepat lah bagitahu saya.”

“ Saya rasa....baik kita putuskan sahaja hubungan ini. Awak boleh tumpukan perhatian dengan Dhiera, tidak perlu lagi kisahkan hal saya.” Mustaqim mula gelisah, kenapa harus begini akhirnya.

“ Tak...awak tak boleh kata macam tu. Saya cintakan awak bukan dia. Tak boleh, saya tak mahu!” bentak Mustaqim.

“ Tapi Dhiera sangat cintakan awak. Saya yakin dia boleh bahagiakan awak dengan cintanya yang sangat telus itu. Dia penyayang orangnya, pasti mudah untuk awak cintakan dia nanti. Saya dah penat lah, hari-hari bertemu dengan dia, bercerita tentang awak buatkan hati saya sakit. Macam mana la awak boleh terfikir tuk kahwin dua, sedangkan sekarang ini saya sudah rasa sakitnya. Saya manusia biasa, saya takkan selama kuat untuk bersabar dengan ini semua, saya tak kuat. Saya rela undur diri, mungkin ini takdir kita.” Air mata Naurah mula bergenang. Mustaqim pula beberapa kali mengusap kepalanya.

“ Sayang...tolong lah jangan mengalah. Saya tak boleh hidup tampa awak. Awak dah lupa pada perancangan kita?” Sedayanya Mustaqim cuba meyakinkan Naurah.

“ Saya atau awak yang dah lupa? Awak sibuk dengan Dhiera, ke sana ke sini. Apa jadi dengan perancangan awak yang beria-ia itu? Terus terang saya katakan saya tak mahu berkongsi, awak kena pilih.” bagaikan sedas peluru menusuk ke hati Mustaqim. Ada benarnya kata-kata Naurah itu. Mustaqim hanya mengeluh dan terus mengeluh. Naurah mulai bosan dengan sikap Mustaqim,

“ Saya tahu awak susah untuk buat pilihan, jadi izinkan saya buat pilihan saya sendiri. Tinggalkan saya, mudah bukan!” Naurah bangun dan meluru keluar daripada restoran itu. Air matanya mula mengalir mencurah-curah, hatinya bagaikan mahu pecah menahan perasaan. Kaget melihat perbuatan Naurah, tampa sempat menyentuh makanan yang telah dipesan, Mustaqim menyelitkan wang lima puluh ringgit di bawah cawan dan terus bergegas mengejar Naurah.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Naurah menyusuri di tepi Pantai Lido, berjalan seorang diri sambil menangis. Nafasnya mula terasa sesak, sukar untuk bernafas.

“ Naurah................” Mendengar suara itu, Naurah mempercepatkan langkahnya, namun langkah pemilik suara itu lebih pantas, mudah sahaja dia memahut bahu Naurah.

“ Naurah....tolong jangan tinggalkan saya, tolong...saya merayu jangan tinggalkan saya.” Mustaqim sudah pun melutut di hadapan Naurah. Air mata Mustaqim turut mengalir sama. Hati Naurah dipungut sayu. Kali kedua dia melihat air mata lelaki itu menitis. Dia tidak sanggup berdiam diri, tubuh lelaki itu disentuh lembut.

“ Awak bangun lah, jangan buat macam ni.” Rayu Naurah.

“ Tidak, saya akan terus begini sampai awak janji yang awak tidak akan tinggalkan saya. Biarlah maut sahaja yang memisahkan kita. Saya janji saya akan jumpa dengan Dhiera untuk jelaskan kedudukan yang sebenar. Saya akan kotakan janji saya.” Jawab Mustaqim beria-ia. Air mata Naurah tumpah lagi.

“ Baik lah saya berjanji tidak akan tinggalkan awak, sudah bagun lah...”

Perlahan-lahan Mustaqim bangun, mata mereka yang sama-sama basah dek air mata kini bertentangan. Naurah mengelap air mata Mustaqim sambil tersenyum,

“ Tak malu lelaki menangis.” Dalam masa yang sama air matanya kembali bergenang di tubir mata dan perlahan-lahan air mata itu jatuh juga. Giliran Mustaqim pula mengesat air mata Naurah. Dia tidak berkata apa, hanya tersenyum.

“ Jom lah balik, ramai sangat yang dah tengok drama kita,” Kata-kata Naurah mengundang tawa antara mereka. Ya memang ada mata-mata yang memandang, dek kerana sedang sibuk berperang dengan perasaan sedikit pun mereka tidak endahkannya.

♥♥ **************************************************** ♥♥
Keadaan menjadi sepi disepanjang perjalanan pulang. Masing-masing melayan perasaan, Mustaqim memasukkan CD ke dalam CD Player keretanya lagu kegemaran mereka Tercipta Untuk Ku mula berkumandang. Mustaqim turut menyanyi sambil memandang Naurah dengan penuh pengertian sehinggalah mereka tiba di hadapan rumah Naurah.

Mustaqim meraih tangan Naurah,

“ Kau tercipta untuk ku.......” ucap Mustaqim perlahan. Naurah sekadar tersenyum.

“ Ok lah, saya masuk dulu dah lewat sangat ni.” Ucap Naurah tanggannya ditarik, namun Mustaqim enggan melepaskannya.

“ Awak...tak baik buat macam ni.” Mustaqim tidak mengendahkan, pegangan tangannya makin kejap.

“ Sayang.............” Naurah menoleh memandang Mustaqim.

“ Esok saya jumpa Dhiera,” Naurah mengagguk tanda faham.

“ Terima kasih kerana berikan peluang untuk saya,” Ucap Mustaqim lagi.

“ Terima kasih juga kerana memilih saya.” Balas Naurah, tangannya ditarik sekali lagi dan dia segera keluar daripada kereta Mustaqim. Sempat dia melambaikan tangannya sebelum dia menghilang ke dalam rumah. Mustaqim tersenyum lagi, dia merasakan bagai mendapat kekuatan yang baru untuk berhadapan dengan Dhiera.

“ Apa nak jadi pun jadi lah...” Gumam Mustaqim, dia memecut laju keretanya pulang ke rumah. Dia cuma mampu berharap agar segala urusannya esok dipermudahkan.

♥♥ **************************************************** ♥♥
 Adakah Mustaqim berjaya berterus terang dengan Dhiera...?

4 comments:

MaY_LiN said...

mus kena gak terus terang..
nak mus ngan naurah

Anonymous said...

Rasa2nya mcm ada halangan besar utk Mustaqim berterus-terang dgn Dhiera utk memutuskan pertunangannya.... Firasatku saja...

ein said...

terus terang aje... jgn tergugat lak.... tabah kan hati

hai simpati ngan naurah... cepat-cepat lah mus selesai kan segera







Anonymous said...

klu klise harus la tak berpeluang..draggggg..klu berpeluang pula dhiera la buat hal..smpi mus xleh nak tggl dhiera...