Setelah puas bergambar, mereka kembali masuk ke dalam hutan tembakau
dan terus menuju ke arah jeti yang biasanya menjadi lubuk kaki pancing.
Angin masih kuat tapi tidak la sekencang seperti tadi. Mustaqim dan
naurah sempat bersantai menikmati pemandangan lautan yang luas yang
cukup indah. Dari jauh kelihatan kapal-kapal besar bergerak, anak-anak
ikan bermain-main di kaki jeti.
“ Macam mana seronok tak?” soal Mustaqim.
“ Seronok, tapi tak berapa selesa. Rasa bersalah pun ada juga.”
“ Pulak dah, kenapa?”
“ Sebab, saya tak patut keluar dengan tunang orang dan tampa saya sedar saya telah merampas tunang orang. Kalau la tunang awak tahu, pasti dia sedih, pasti dia marah.” Naurah mengeluh perlahan.
Sudah lama kata-kata ini terbuku di hatinya. Beberapa kali dia cuba luahkan kepada Mustaqim, tapi dia tidak sampai hati bila melihat wajah Mustaqim yang sangat ceria tiap kali bertemu dengannya. Setiap kali nama Dhiera disebut, pasti mood Mustaqim akan berubah dan pastinya dia akan cuba mengubah ke topik yang lain. Tapi tidak pada hari ini. Naurah harus luahkan, perkara ini harus diselesaikan.
“ Malas la macam ni, kita bawa dia datang sampai ke sini untuk lupakan segala masalah yang ada, tapi dia bawa juga ke sini. Tukar topik lain boleh, lain kali je kita bincang.” Seperti yang diduga tonasi suara Mustaqim mula berubah.
“ Tak boleh, sampai bila nak biarkan perkara ni tergantung? Sampai Dhiera tahu, baru awak nak bertindak?”
“ Bagus juga kalau dia tahu, senang kerja saya. Tak perlu nak jelaskan pada dia panjang lebar.” Jawab Mustaqim acuh tidak acuh.
“ Awak.....saya perempuan, dia juga perempuan. Kalau la saya ditempat Dhiera, saya pasti akan rasa sakitnya. Sakit dikhianati. Saya tak mahu digelar perampas. Awak kena selesaikan masalah ini sebelum melarat.”
“ Awak nak saya buat apa?”
“ Awak kena pilih, antara saya ataupun Dhiera.” Naurah bersuara tegas. Mustaqim mendengus kasar. Mana mungkin dia buat pilihan, andainya tubuhnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian, pastinya segala masalah akan selesai. Dia tidak mahu kehilangan Naurah dalam masa yang sama dia juga tidak mahu kecewakan harapan Yassir.
“ Mana boleh buat pilihan macam tu. Erm...kalau saya miliki kedua-duanya boleh tak?” tiba-tiba sahaja idea itu datang menerjah fikiran Mustaqim. Naurah segera berpaling, membulat matanya memandang Mustaqim.
“ Maksud awak?” Entah kenapa soalan dari Naurah itu buatkan dia tersenyum lebar.
“ Kahwin dua lah,” jawab Mustaqim pendek, senyumannya semakin melebar.
Pap!! Satu tepukan kuat singgah dilengan Mustaqim.
“ Gatal! Bukan main lebar lagi senyum dia ye. Awak ingat poligami itu mudah? Apa boleh awak berjanji yang awak boleh berlaku adil dari segi zahir dan batin? Apa boleh ke awak berjanji yang takkan ada di antara isteri-isteri awak makan hati, berkecil hati mahupun cemburu antara satu sama lain?” Naurah mula menujah dengan pelbagai soalan.
Soalan-soalan itu buatkan Mustaqim terfikir sejenak, mampu kah aku? Tapi aku tiada pilihan lain.
“ Ini sahaja caranya. Saya dah tak nampak cara lain dah.” Senyuman yang melebar tadi kini lenyap di bawa angin laut.
“ Awak tak boleh tamak, awak tak boleh memiliki kedua-duanya. Awak kena buat pilihan Mustaqim. Saya faham, awak tak mahu ada yang terluka dengan pilihan awak. Tapi ianya tidak dapat dielakkan. Sejujurnya saya tak mahu hidup bermadu. Saya rela kalau awak pilih Dhiera dari hidup berkongsi kasih dengan dia, saya tak sanggup.” Nampaknya Naurah tetap dengan pendiriannya. Mustaqim hanya mampu mengeluh. Dia melepaskan pandangannya ke arah laut yang terbentang luas, cuba melapangkan fikirannya. Dia tidak mahu kehilangan Naurah buat kali ke dua, tidak!
Mustaqim memandang tepat ke anak mata Naurah dalam, perbuatan itu buatkan Naurah terkedu seketika.
“ Sayang.....kita kahwin nak?” ayat yang terpacul di bibir Mustaqim buatkan Naurah tersentak.
“ Saya akan pastikan yang awak tidak akan didua kan, saya takkan berkahwin dengan Dhiera.” Naurah masih lagi kelu, tidak tahu untuk berkata apa.
“ Firstly, kita pergi jumpa dengan mama awak dulu minta restu. Lepas tu kita nikah sahaja dulu, untuk majlis biar lah segala perkara selesai baru kita buat majlis. Kita jemput semua saudara mara kita. Macam mana setuju tak?”
Terkebil-kebil mata Naurah memandang Mustaqim. Apakah dia salah dengar? Jumpa dengan mama? Dia masih belum bersedia. Bagaimana pula dengan Dhiera?
“ Sayang..........kenapa diam? Tadi suruh saya buat pilihan, saya dah buat pilihan dah. Apa jawapan awak?” soal Mustaqim lagi.
“ Err...saya tak tahu nak kata apa. Betul ke awak pilih saya? Dhiera pula macam mana?”
“ Betul la sayang. Tentang Dhiera, biar kita nikah dulu baru kita bagitahu pada dia. Dhiera pun macam awak juga, tak mahu hidup bermadu. Paling-paling pun dia akan tarik diri. Kita dah kahwin, apa sahaja la yang dia boleh buat, betul tak?”
“ Kasihan Dhiera.....”
Kesabaran Mustaqim mula goyah, dia memegang bahu Naurah lalu memusingkan tubuh itu mengadapnya. Dia perlu jelaskan segalanya pada Naurah, baginya itu lah yang terbaik. Entah dari mana datang kekuatannya, dia bersedia untuk berhadapan dengan Dhiera mahupun Yassir. Dia sedar selama ini hidupnya seperti robot, dia akan menurut sahaja apa kata Yassir. Semata-mata kerana terkenangkan budi Yassir. Dia juga punya perasaan dan kehendak dalam hidup. Sekiranya Yassir memintanya untuk membayar ganti rugi sekali pun dia sanggup.
Misi dia kali ini cuma ingin hidup bersama Naurah hingga ke akhir hayatnya, dengan adanya Naurah di sisi segalanya mungkin. Naurah adalah kekuatannya. Peluang kedua ini tidak akan disia-siakan.
“ Naurah...dengar sini. Saya tak mahu sia-siakan peluang yang kita ada. Saya mahu sehidup semati dengan awak. Saya dah tak sanggup lagi kehilangan awak. Asalkan awak menyokong saya, kita pasti dapat selesaikan masalah ini bersama. Awak kena yakin dengan saya. Saya terlalu menyayangi awak, kita jangan mengalah Naurah. Cukup lah sekali.”
Kata-kata yang penuh semangat dan harapan daripada Mustaqim buatkan hatinya tersentuh hiba. Lelaki ini benar-benar serius, dengan air mata yang masih lagi berlinangan, Naurah memandang tepat ke anak mata Mustaqim dia mengangguk lalu tersenyum.Senyuman yang terbit dari bibir Naurah secara langsung telah membakar semangat Mustaqim tuk mempertahankan cinta mereka. Mustaqi turut tersenyum bahagia. Mahu sahaja dia merangkul tubuh kecil itu, namun dia sedar akan batas-batasnya. Dia hanya menahan dirinya.
“ Sayang...terima kasih. So...langkah pertama kita jumpa mama awak dulu, ok?” Naurah kelihatan teragak-agak untuk bersetuju.
“ Sampai bila awak nak macam ni Naurah? Selagi ada hayat mama awak tu, baik awak pergi jumpa dengan dia. Dia sangat rindukan awak, sejak akhir-akhir ni pun dia sering sakit, lemah sahaja. Pergi lah Naurah, sebelum terlambat.” Kata-kata Mustaqim itu seolah-olah mencengkam hatinya. Ada benarnya kata-kata Mustaqim, sampai bila dia harus tunggu?

♥♥ **************************************************** ♥♥
“ Ish..mana la orang tua ni. Dari tadi
tutup telefon.” Dhiera merungut sendiri.
Dari pagi bawa ke petang dia cuba
menalifon Mustaqim, namun gagal. Lebih
menyakitkan hati bila perkara yang sama berlaku bila dia cuba menalifon
Rohaizad.
“ Dieorang ni pergi dating ke apa ni?
Dua-dua tutup handphone.” Hatinya mulai panas, telefon ditangan dicampakkan ke
atas sofa. Dia memeluk tubuh sambil menyilangkan kakinya, sedaya upaya menahan
marah. Yasmin yang sedari tadi memerhatikan tingkah anaknya hanya mampu
mengeleng perlahan.
“ Marahkan orang, kenapa talifon itu
dicampak pula?” Dhiera dengan muka cemberutnya memalingkan wajah ke arah
Yasmin.
“ Dhiera geram lah mak. Payah benar nak
call dia.”
“ Mungkin dia ada hal. Luar kawasan ke,
sebab tu tak dapat nak hubungi.” Yasmin cuba menyedapkan hati anaknya.
“ Ke mana saja dia pergu hari minggu macam
ni, takkan kerja juga?”
“ Dhiera sendiri kata yang Mus tu gila
kerja, betul tak? Dhiera kena la faham dia. Macam mana nak kahwin ni, dalam
perkahwinan harus saling memahami. Kalau macam ni dah bermasalah, dah kahwin
nanti lagi huru-hara.”
“ Dhiera je yang nak faham dia. Dhiera ni
siapa nak faham?” bentak Dhiera. Yasmin tersenyum sinis. Ada ruang untuk
menyedarkan Dhiera tentang kedudukannya di hati bakal Mustaqim.
“ Dhiera yang beria mahukan Mustaqim kan?
Jadi Dhiera la harus mengalah. Cuba Dhiera cari lelaki lain, lelaki yang
memahami Dhiera, pastinya anak mak ni takkan tertekan macam ni.” Kata-kata
emaknya menusuk terus ke hati Dhiera. Ada benarnya kata-kata itu. Dhiera terus
membantukan diri tidak bersuara.
“ Sebelum terlambat, baik Dhiera fikir
masak-masak. Jangan menyesal dikemudian hari.” Sambung Yasmin lagi.
“ Ala mak ni...Dhiera tak kira, Dhiera nak
Abang Mus juga. Tak mahu yang lain. Tak apa lah, betul juga kata mak tadi.
Dhiera kena sabar sikit je lagi. Bila dah kahwin nanti, tahu la Dhiera nak
tundukkan dia, nanti di mata dan di hati dia hanya Dhiera seorang.” Melebar
senyuman Dhiera, tapi Yasmin berlaku sebaliknya. Dia bimbang dengan kata-kata
anaknya itu. Seolah-olah dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran
Dhiera ketika itu
.“ Dhiera cakap apa ni? Jangan nak buat
benda-benda syirik, berdosa besar tahu.” Yasmin member amaran
.“ Tak ada apa-apa lah mak. Saja je Dhiera
cakap macam tu.” Dhiera tersenyum lagi, senyuman penuh makna.
“ Ha Dhiera, kenapa tak siap lagi? Lambat
abang tinggal eh, dah la jauh nak drive ni. Cepat pergi siap!” Arman yang
tiba-tiba muncul di ruang tamu itu telah mematikan perbualan antara Yasmin dan
Dhiera. Yasmin mengeluh perlhan, bimbang dengan perilaku Dhiera yang sukar
untuk dijangka.
♥♥ **************************************************** ♥♥
Masa bagaikan mencemburui pasangan itu,
pantas benar ianya berlalu. Hari yang penuh dengan kegembiran. Ada senyuman,
ada gelak tawa, ada perbalahan mahupun air mata. Hari yang sangat-sangat membahagiakan. Hari telah menganjak ke malam, usai makan Mustaqim terus
menghantar Naurah pulang ke rumahnya. Terasa berat hatinya untuk melepaskan
Naurah pergi.
“ Ok...dah sampai.” Ucap Mustaqim pendek.
Naurah masih diam membatu. Dia turut merasakan apa yang dirasakan oleh Mustaqim
“ Tak mahu turun?” soal Mustaqim.
“ Ye la..orang dah tak suka, kita turun
lah.” Naurah bingkas mengambil bag dan bersedia untuk keluar, namun lengannya
ditarik oleh Mustaqim.
“ Merajuk pula dia. Saya kalau boleh tak
mahu pun awak balik. Kalau lah boleh hentikan masa, kan bagus. Biarkan kita
macam ni sahaja sampai bila-bila.”
“ Kalau macam tu, bumi akan hancur lah
sebab tiada pergerakkan.”
“ Tak apa lah, biar kita mati
bersama-sama.” Mustaqim tersenyum.
“ Tak mahu lah mati dulu, saya masih banyak
dosa ni. Belum sempat bertaubat. Ok lah wak, tak elok la duduk lama-lama macam
nanti. Kena tangkap nanti payah.” Ngomel Naurah, bila dia ingin keluar sekali
lagi Mustaqim menarik, tidak membenarkan dia keluar.
“ Tak apa lah, boleh kahwin free. Saya
rela.” Mustaqim menyengih. Satu cubitan hinggap di lengan sasa Mustaqim.“ Aduh...bisa betul!”
“ Padan muka, gatal eh.” Puas hatinya dapat
mencubit Mustaqim.
“ Tak gatal tak normal. Ikutkan hati nak je
saya bawa awak jumpa tok kadi malam ni juga, kita nikah. Tak perlu lagi
berpisah macam ni tau.”
Mustaqim menyengih lagi sambil menggosok-gosok
tangannya yang terkena cubitan Naurah.
“ Ok lah....saya masuk dulu, lagi lama
layan awak, lagi menjadi-jadi gatalnya.” Naurah cepat-cepat memboloskan diri
keluar dari kereta Mustaqim. Mustaqim pula menurunkan cermin, tidak puas
rasanya berbual dengan Naurah.
“ Good night sayang. Thanks sudi temankan
saya hari ini.” Suaranya mula mendatar.
“ La...nak nangis ke?” Naurah tergelak
kecil. Serta merta Mustaqim menjengkilkan matanya.
“ Mana ada...dah la pergi masuk. Saya
tunggu sini sampai awak masuk ke dalam.” Naurah tersenyum lagi.
“ Yes Sir!!! Good night juga tuk awak.
Assalammualaikum.” Naurah melambaikan tangannya dan terus masuk ke dalam rumah.
Setelah Naurah melambaikan tangannya sekali lagi dari dalam rumah, baru lah
Mustaqim berlalu pergi, pulang ke rumahnya.Jarak antara rumahnya dan Naurah, tidak lah
jauh mana, tidak sampai sepuluh minit dia sudah tiba di rumahnya. Saat dia
menghampiri rumahnya, kelihatan kereta Arman berada di hadapan rumahnya.
Mustaqim cepat-cepat keluar. Hatinya tertanya-tanya kenapa Arman berada di
rumahnya?
“ Abang.........!!” Terkejut bukan kepalang
bila melihat Dhiera keluar daripada kereta Arman dan terus meluru ke arahnya.“ Apa Dhiera buat kat sini?”
“ Macam tak suka je bila nampak Dhiera,
lama Dhiera tunggu kat sini tau. Abang pergi mana? Puluh kali call tak dapat.”
Dhiera mula merengek.
“ Dah jumpa kan? Jom lah balik, Aniq dah
letih tu esok nak sekolah.” Sergah Arman. Mustaqim bingung melihat kedua
beradik ini.
“ Dhiera tak bagitahu pada kau apa-apa ke?”
soal Arman, Mustaqim mengangkat keningnya lalu mengelengkan kepalanya.
“ Haih budak ni!” Arman menjeling tajam ke
arah Dhiera. Dhiera mula mencebikkan bibirnya.
“ Abang ni...orang nak bagi surprise kat
Abang Mus lah. Dhiera kena buat praktikal kat sini. Sebab tu Dhiera ikut
sekali. Dah dekat sangat kita ni kan, nanti boleh la kita selalu jumpa.” Dhiera
tersenyum lebar. Mustaqim turut tersenyum sekadar mahu mengambil hati.
“ Sudah...cepat balik.” Dhiera hanya
menurut, dia terus masuk ke dalam kereta Arman. Saat kereta Arman dia masih
sempat melambaikan tangannya ke arah Mustaqim.Mustaqim menepuk dahinya beberapa kali. Dia
dapat merasakan dugaan yang hebat sedang menanti. Dia cepat-cepat mengeluarkan
telefon, nombor Naurah di dail namun tiada jawapan. Sudahnya dia menghantar SMS
kepada Naurah.
Dhiera dah ada di sini. :(
♥♥ **************************************************** ♥♥
Adakah Dhiera akan menghuru harakan keadaan atau akur pada takdir..?
Nanti sambung lagi yupp, saya akan cuba pendekkan cerita ni, payah bagi saya untuk cari masa yang terluang untuk sudahkan cerita ni, macam biasa kerja datang dulu. Terima kasih sudi mengerti dan masih sudi mengikuti cerita ini. (^_^)

10 comments:
Mustaqim, nah ambik kau.... Apasal taknak berterus terang ajer dgn Yassir dan Dhiera? Not surprised if u might lose Naurah again and this time would be forever.... Oh no......
aduih .... cepatlah naurah ngan mus kawin....
akak nak happy ending yerk... nak naurah dan mus jadi wife n husband...
uish nape cenggini
tamo pisahkan naurah ngan mus
Please let me know if you're looking for a article writer for your site. You have some really great posts and I feel I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd
love to write some content for your blog in exchange for a
link back to mine. Please shoot me an e-mail if interested.
Many thanks!
my site :: teen hardcore
I always spent my half an hour to read this web site's articles or reviews all the time along with a cup of coffee.
My web page free tube porn
Hi, i read your blog from time to time and i own a similar one and i was just wondering if
you get a lot of spam responses? If so how do you stop it, any plugin or anything you can advise?
I get so much lately it's driving me crazy so any support is very much appreciated.
My page - Fingering at Bosses Desk
It's fantastic that you are getting ideas from this post as well as from our dialogue made at this place.
My blog post - Most Recent Videos
Hello friends, how is everything, and what you desire to
say concerning this piece of writing, in my view its truly
awesome in favor of me.
Review my web blog : porntube
essayez ceci Dolabuy Gucci trouvez sacs répliques de bonne qualité cliquez ici pour enquêter https://www.dolabuy.su
Post a Comment