Tuesday, December 13, 2011

AKU,DIA & TZM - PART 30


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Zalia tidak senang duduk, kejap berdiri kemudian dia duduk.Gelisah menantikan kepulangan anak gadis tunggalnya itu.Kedatangan Syafiq petang tadi membawa perkhabaran yang kurang enak tenang anaknya.Pekhabaran itu la yang buatkan dia tidak senang duduk.

Lain yang dirancang, lain pula yang jadi.

“ Syafiq taknak Naurah tersalah langkah, terjebak dengan benda-benda tak elok. Syafiq tahu Naurah akan marah kalau dia dapat tahu, tapi demi Naurah, Syafiq tak kisah, yang penting dia selamat. Auntie, Syafiq sayang sangat pada Naurah.Tolong lah nasihatkan dia.”

Zalia mengeluh lagi, telefon bimbitnya dicapai.Nombor telefon Naurah didail, malangnya dia tidak dapat menghubungi Naurah.Telefon Naurah ditutup.

Selang beberapa minit, kedengaran bunyi enjin motor dari luar rumah. Zalia segera menyelak langsir untuk melihat motor siapa yang berhenti di hadapan rumahnya. Berderau darahnya apabila melihat Naurah baru sahaja turun dari motor tersebut.

“ Naurah…!!” jeritnya dari dalam hati.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Tergamam Mustaqim apabila melihat rumah Naurah yang besar tersergam gah di depan mata. Kalau nak dibandingkan dengan rumahnya di kampong, sangat lah jauh perbezaannya ibarat langit dan bumi. Mustaqim meneguk air liurnya, berat rasa kakinya untuk melangkah masuk ke pengkarangan rumah itu.

“ Jom lah, Mama tak balik lagi ni. Kereta dia tiada.”Naurah menarik tangan Mustaqim, dengan perasaan berat hati Mustaqim menurut.

“ Awak duduk kat sini kejap, nak pergi tengok Mak dah tidur atau belum, bukan saya tak nak ajak awak masuk ke dalam, awak faham kan ?”

“ Eh, tak mengapa. Saya faham, saya tunggu di sini je.Awak pergi la masuk dulu.”

Naurah tersenyum riang, dia meninggalkan Mustaqim yang berdiri di tepi pintu masuk rumahnya dan terus masuk ke dalam rumah.

“ Assalammualaikum…Mak……….Naurah dah balik ni…” laung Naurah dengan riangnya. Namun Mak Diha tidak kelihatan.

“ Mak…….Naurah bawa………” kata-katanya terhenti apabila melihat Mamanya keluar dari dapur dan berdiri betul-betul di hadapannya.

“ Bawa siapa…bawa jantan balik….? Sejak bila Naurah pandai bawa jantan balik rumah…” Sergah Zalia.

“ Ma….apa ni. Naurah bawa balik kawan la, dia tolong hantar balik.”

“ Kawan ke kekasih? Macam mana Naurah pilih kawan ni hah?” Zalia menghamburkan kemarahannya.Suaranya bergema di seluruh rumah.Mustaqim yang berada di luar terkedu. Mak Diha pun begitu. Dia duduk di dalam bilik mendiamkan diri, dalam hatinya tidak henti-henti berdoa agar tiada pertengkaran berlaku pada malam itu.

“ Belajar tinggi-tinggi, tapi mat rempit tu juga yang Naurah pilih? Mana Naurah letak fikiran tu? Sedar tak yang budak tu hanya nak ambil kesempatan pada Naurah, dah berapa banyak duit Naurah habis pada budak tu ?”

“ Mama !! apa ni? Dia bukan Mat Rempit, mana ada Naurah berhabis untuk dia. Mama pernah nampak dia merempit ke? Tentu ada yang sampaikan pada Mama, betul kan?” bidas Naurah. Darahnya mendidih, mengenangkan yang berada di hadapannya itu adalah ibunya sendiri, sedaya upaya dia cuba kawal perasaannya.

“ Dari mana itu Naurah tak perlu tahu. Mama tak kira, mulai dari hari ini Mama tak mahu Naurah berkawan lagi dengan Mat Rempit tu, kalau la kawan-kawan Mama nampak, kenalan-kenalan arwah ayah nampak mana Mama nak letak muka? “

Naurah memandang wajah Zalia sambil tersenyum sinis.

“ Oh…fikirkan apa orang kata la yer? Perasaan Naurah, kehendak Naurah ada Mama fikirkan? Ala selama ni pun, mana ada Mama ambil tahu. Ye la Naurah ni siapa lah kan, sejak Naurah dalam perut lagi memang Mama tak mahukan Naurah. Mama terpaksa lahirkan Naurah sebabkan ayah, betul kan? ” Akhirnya Naurah menghamburkan semuanya yang selama ini terbuku di hati.

“ Naurah!!!! Jangan nak kurang ajar ye, sedar sikit dengan siapa Naurah bercakap sekarang ini!"

“ Salah ke apa yang Naurah kata kan? Naurah sedar dengan siapa Naurah bercakap. Naurah juga sedar, Naurah hanya menumpang di sini. Jadi sekarang ni Mama tak perlu ambil tahu lagi tentang Naurah, Naurah dah besar Ma, Naurah juga tahu mana baik mana buruk. Naurah boleh hidup sendiri. Sekiranya orang bertanya katakan saja yang Naurah bukan anak Mama..!!”

Kemarahan Zalia memuncak. Satu tamparan melayang hinggap ke pipi Naurah. Naurah terjelopok jatuh. Naurah menyentuh pipinya yang perit, matanya yang basah dek air mata memandang tepat ke arah Zalia.

“ Terima kasih Mama, terima kasih.”

Naurah bingkas bangun, terus meluru ke arah pintu rumah yang terbuka luas dan terus keluar.

“ Naurah….jangan pergi. Naurah..!!” jerit Zalia.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Mustaqim tidak betah untuk tunggu di situ, hatinya perit apabila terdengar caci maki yang keluar dari mulut Zalia, dia juga tidak sanggup untuk mendengar perbalahan di antara dua beranak itu. Dia mula melangkah meninggalkan banglo mewah itu. Motorsikalnya dihidupkan dan bersedia untuk pergi.

“ Awak….tunggu…!!!!” kedengaran suara Naurah menjerit daripada belakang. Naurah terus naik ke atas motor.

“ Awak, cepat wak..cepat ! kita tinggalkan tempat ni.” Mustaqim hanya menurut.

Mustaqim menunggang motosikalnya membelah malam, menyelusuri jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur tampa arah tujuan. Fikiran dia juga bertambah serabut dengan esak tangis Naurah. Apa yang perlu dia lakukan untuk tenangkan gadis itu. Luluh hatinya bila mendengar Naurah menangis.

“ Awak, kita berhnti di sini dulu ya,” Enjin motor dimatikan, Naurah ikut turun dari motor.

Mustaqim menghampiri Naurah, helmet di kepala Naurah dibuka perlahan. Sekali lagi hatinya dihambat dek rasa sayu bila melihat wajah Naurah yang pucat, matanya basah lagi bengkak dek air mata. Tiada lagi raut wajah yang ceria seperti selalu. Mustaqim mengesat lebihan air mata yang mengalir di pipi Naurah dengan jarinya. Mustaqim memimpin tangan Naurah menuju ke bangku yang terletak berhampiran dengan mereka.

“ Apa kita nak buat sekarang?” soal Mustaqim. Naurah hanya mendiamkan diri.

“ Saya hantar awak balik rumah nak tak? Rumah sewa awak.” Naurah mengeleng-gelengkan kepalanya, tidak setuju dengan cadangan Muastaqim.

“ Tak mahu, nanti Mama cari saya kat sana.”

“ So sekarang ni apa plan awak?”

“ Awak….” Mata Mustaqim dan mata Naurah saling bertentangan.

“ Kita kahwin…….” Kata-kata Naurah menyentap jantungnya.

“ Lepas kita kahwin, tiada siapa pun yang boleh pisahkan kita.”

Mustaqim menundukkan wajahnya, nafas ditarik dalam-dalam. Bukan dia tidak mahu menjadikan gadis yang berada di hadapannya itu sebagai permaisurinya. Cuma dia tidak mahu Naurah hidup susah. Naurah anak orang berada, boleh kah dia hidup bersamanya nanti. Dia belum bersedia, tidak lama lagi pasti hidupnya akan berubah dan saat itu lah dia akan menyunting cinta hatinya untuk menjadi temannya seumur hidup. Itu lah perancangannya.

“ Saya ni orang susah Naurah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya risau kalau saya tak mampu nak bahagiakan awak, berikan kesenangan hidup untuk awak. Saya masih belum mampu.”

“ Kalau macam tu, kita putus ! lepas ni awak tak perlu cari saya la……..” kata-kata Naurah terhenti apabila Mustaqim meletakkan jarinya di bibir Naurah.

“ Jangan sebut perkataan itu sayang, tolong lah jangan. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya sayangkan awak sangat-sangat, lebih dari nyawa saya sendiri.” Air mata Mustaqim mula bergenang.

“ Kita tiada jalan lain lagi. Kalau awak tak mahu kahwin dengan saya, apa lagi yang boleh kita buat. Saya tak kisah, saya sanggup hidup susah dan senang dengan awak, asalkan kita bersama. Duit kita boleh cari.” Naurah mulai sebak, bila-bila masa sahaja air matanya akan tumpah.

Mustaqim mengenggam erat tangan Naurah, dan akhirnya air matanya dan juga air mata Naurah sama-sama jatuh di atas tangan mereka.

“ Baik lah, kita balik jumpa Abang Ali. Minta pendapat dia ya.” Naurah mengangguk setuju dengan cadangan Mustaqim. Senyuman mula terukir di wajah Naurah begitu juga dengan Mustaqim.


♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Ok, kami nak gerak dah ni, kita jumpa di rumah ye bang, Assalammualaikum” Lapang hati Mustaqim setelah bercakap dengan Ali.

Mustaqim dan Naurah bingkas bangun menuju ke motorsikalnya. Apabila dia mula bersiap-siap untuk meninggalkan tempat tu, tiba-tiba mereka di datangi oleh sekumpulan lelaki bermotor berhenti berdekatan dengan mereka. Naurah memegang tangan Mustaqim erat. Hatinya berasa kurang enak bila melihat kumpulan lelaki tersebut.

Kumpulan lelaki itu turun dari motor dan mula menghampiri Naurah dan Mustaqim.

“ Awak……….apa yang diaorang nak ni?” Naurah mula risau.

Kumpulan lelaki bermotor mula mengepung mereka. Kumpulan lelaki tersebut menuntup wajah mereka dengan helmet.

“ Apa kau orang nak ha? Jangan ganggu kami.” Tempik Mustaqim.

“ Apa yang aku nak? Aku nak perempuan kat belakang kau tu. Betul tak geng?” Salah seorang dari kumpulan itu bersuara lalu disambut dengan yang lain.

“ Hei…kau jangan kurang ajar yer…” Mustaqim memberani kan diri.

“ Kalau kau berani, mari lah kita lawan, cakap banyak tak guna lah. Satu lawan satu, amacam berani? ” Bentak lelaki itu tadi.

Maka bermula lah sesi pergelutan di antara Mustaqim dan lelaki yang tidak dikenali, dia cuba menggunakan sepenuhnya dengan ilmu pertahanan diri yang pernah dia pelajari semasa di kampong suatu ketika dahulu. Namun konsentrasi Mustaqim terganggu apabila dia terdengar Naurah menjerit. Saat dia mengerling ke arah Naurah, satu tumbukan padu hinggap ke perutnya.

Saat dia melihat dua lelaki lain mengheret Naurah ke tempat lain, hatinya mula risau. Cepat-cepat dia mengejar lelaki itu untuk selamatkan Naurah. Baru sahaja beberapa langkah, tiba-tiba dia menerima satu pukulan yang keras di belakang badannya.

“ Allah…………”

Tubuhnya serta mereta rebah di tanah. Satu lagi pukulan hinggap di kepalanya, saat itu dia betul-betul lemah tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

“ Ya Allah, jika ini la pengakhiran hidupku, aku redha. Namun aku mohon pada Mu Ya Allah, tolong selamatkan Naurah, jangan biarkan lelaki-lelaki itu apa-apakan dia……”

Pandangan Mustaqim semakin lama semakin kabur dan terus gelap.

“ Mus….!!!!” Naurah menjerit memanggil Mustaqim apabila dia melihat tubuh Mustaqim terlantar kaku. Naurah mengumpulkan segala kekuatannya untuk melepaskan diri dari pegangan dua lelaki tersebut, malangnya dia tidak mampu.

Satu tamparan kuat singgah di pipinya. Perit akibat tamparan yang diterima dari Mamanya masih belum hilang lagi, kini ditambah pula dengan penampar dari kudrat seorang lelaki, dia tidak mampu bertahan. Tubuhnya melayang dan rebah ke bumi.


♥♥ **************************************************** ♥♥

Apa nasib Mustaqim dan Naurah selepas ini?


3 comments:

ila said...

sedihnye bca n3 kali nie..ntah2 geng2 moto tue krja syafiq apa..mntak2 la xjdi apa2 kt mus dgn naurah.smbg cpt2 ya

MaY_LiN said...

ala..
tamo jadi ape2 kat naurah n mus..
pls....

Anonymous said...

ahhh....takutnya apa akan jd dgn diorg....