Tuesday, December 27, 2011

AKU,DIA & TZM - PART 31


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

“ Mus…….Mus…….Mus…..” Hanya nama itu bermain-main dibibir Naurah sambil matanya terpejam. Dia meracau.Suhu badannya makin meninggi.

Zalia dan Mak Diha memerhatikan sahaja Doktor Zamil memeriksa Naurah. Mengalir air mata Mak Diha melihat keadaan Naurah. Nampak sangat tersiksa.

“ Bertahan lah anak ku, bertahan lah…” bisik hati kecil Mak Diha.

“ Puan, kenapa dengan Naurah? Suhu badan dia naik meninggi, meracau-racau memanggil nama Mus, siapa Mus itu?”

Zalia tidak segera menjawab, dia memberikan isyarat tangan kepada Doktor Zamil untuk mengikutinya. Doktor Zamil akur dan terus keluar dari bilik Naurah.Dia terus mengikuti Zalia menuju ke balkoni yang terletak tidak jauh dari bilik Naurah.

“ Teruk ke keadaan Naurah?” Soal Zalia pula.

“ Tidak la teruk mana, cuma dia stress. Boleh saya tahu apa yang buatkan dia jadi begitu dan saya perasan ada kesan lebam di kedua belah pipinya seolah-olah ditampar dengan kuat. Paling ketara pipinya di sebelah kanan, kenapa?”

Zalia mengeluh berat, hatinya juga panas melihat kesan lebam itu.

“ Budak-budak zaman sekarang, degil. Tak mahu dengar nasihat orang, tengok lah sekarang. Hmm…”

Doktor Zamil mengerutkan dahinya, dia masih kurang faham apa yang Zalia cuba sampaikan.

“ Macam ni Mil, Naurah berkawan dengan seorang Mat Rempit. Bila saya marah, bila saya minta dia putuskan hubungan dengan Mat Rempit tu. Dokter pasti faham kan, mana ada ibu yang biarkan anaknya berkawan dengan orang yang tak tentu hala. Naurah marah, dia lari dari rumah ikut Mat Rempit yang dia cintakan sangat tu. Nak dijadikan cerita, malam tu juga Naurah dengan budak tu kena serang dengan geng Mat Rempit yang lain.”

“ Itu kes serius, tak report polis?”

“ Tak, saya malas nak besar-besarkan cerita. Mujur la Naurah tak sempat di apa-apa kan, saya sempat minta tolong anak buah saya cari Naurah.”

Doktor Zamil menganggukkan kepalanya,

“ Budak lelaki tu?”

“ Saya dah suruh anak buah saya hantar ke hospital. Hospital mana saya tak nak ambil tahu, saya dah bayar semua kos perubatan dia dengan syarat dia tidak akan datang lagi cari Naurah.”

“ Faham lah saya situasi yang sebenar, ye la ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. Kalau macam tu saya balik dulu. Kalau suhu badan Naurah meningkat lagi, cepat-cepat hubungi saya ya, boleh bawa maut jika dibiarkan.”

♥♥ **************************************************** ♥♥


Mak Diha menatang dulang berisi bubur ayam bersama segelas susu panas menuju ke bilik Naurah. Sudah seminggu Naurah tidak makan.Naurah hanya duduk dibirai jendela merenung ke luar.Sepatah perkataan pun tidak keluar dari bibirnya.

“ Naurah…….” Sapa Mak Diha. Naurah hanya mengerling dan kemudian kembali merenung ke luar jendela.

“ Makan sikit ye, mak ada buat bubur ayam, dekat seminggu Naurah tak makan. Tak lapar ke?”Mak Diha menghampiri Naurah lalu mengusap kepala Naurah lembut.

Naurah melentokkan kepalanya ke tubuh Mak Diha, dia menangis.

“ Jangan menangis Naurah,” Naurah kini memeluk pula tubuh Mak Diha. Mak Diha senang dengan perlakuan Naurah.

“ Mak…………” akhirnya Naurah bersuara.

“ Ada apa Naurah?”

“ Mana Mus……apa jadi pada dia? Naurah…Naurah rindu……”Naurah menangis lagi. Hatinya luluh dengan pertanyaan Naurah, mengenangkan amaran keras yang melarang dia untuk membuka mulut dari Zalia berikan sebelum ini, buatkan dia mengunci sahaja mulutnya.

“ Mak…..mak tak pasti Naurah, mama Naurah tak mahu bercerita.” Mak Diha berbohong.

“ Mana telefon Naurah, puas Naurah cari, tak jumpa. Mak boleh tolong Naurah. Tolong telefon Mus, tanyakan keadaan dia. Dia masih hidup lagi kan Mak? Naurah nampak dia kena pukul teruk sangat. Dia tak mampu nak lawan. Kesian dia mak, Naurah tak dapat nak tolong dia.” Air mata Naurah mengalir lagi. Bersungguh-sungguh Naurah bercerita.

“ Sudah….tak payah nak ingat lagi pasal dia. Dia selamat tapi dia dah berjanji yang dia takkan jumpa dengan Naurah lagi.” Suara Zalia bergema di hujung pintu bilik Naurah.

Naurah dan Mak Diha terkejut, serentak mereka memandang ke arah pintu. Apabila Naurah melihat Mamanya, dia kembali memeluk Mak Diha erat. Perasaan cemburu mula menguasai diri Zalia. Hatinya bersuara, kenapa bukan dia dalam pelukan Naurah, kenapa harus Mak Diha?

“ Naurah………” panggil Zalia, sedikit pun Naurah tidak menyahut mahupun mengangkat muka.

“ Dengar tak mama panggil ni ?” Zalia geram.

“ Mak Diha, tolong tinggalkan kami, saya nak bercakap dengan budak ni.” Mak Diha akur, dia meleraikan pelukan Naurah dan terus keluar dari situ. Keadaan menjadi sepi seketika.

“ Mana Mus? Apa yang mama dah buat dengan dia?”Naurah bersuara dalam nada sinis.

“ Naurah jangan cakap yang bukan-bukan ye, kalau tidak kerana Syafiq entah-entah Naurah dah dirogol dengan mat-mat rempit tu tahu!. Lelaki macam tu ke pilihan Naurah? Budak-budak motor tu dendam dengan dia sebab tu la dia kena serang, mujur tak mati ”

“ Mujur la ada Syafiq yer? Dia datang menyelamatkan keadaan, jadi superhero? Superhero upahan mama..” Sindir Naurah. Hati Zalia semakin panas dengan tuduhan Naurah.

“ Naurah..jangan kurang ajar! Naurah dengar sini baik-baik. Dua minggu dari sekarang Naurah akan bertunang dengan Syafiq, sebulan selepas itu kamu berdua akan bernikah.”

“Mama !!” Naurah yang sedari tadi hanya memandang ke luar kini memalingkan wajahnya ke arah Zalia.

“ Naurah memang tak boleh diberi muka, keputusan mama muktamad. Kalau Naurah nak marah, marah lah. Ini untuk kebaikan Naurah. Suatu hari nanti, pasti Naurah akan berterima kasih pada mama sebab buat semua ini.”Zalia mendengus kasar dan terus keluar dari bilik Naurah.

“ Apa? kahwin..terima kasih untuk apa? Terima kasih kerana mengelapkan masa depan aku?”

Naurah berperang dengan perasaannya sendiri. Dunia terasa gelap bila mendengar kata-kata mamanya. Naurah lelah, seakan sukar bernafas, air mata berjuraian jatuh membasahi pipi. Kenapa harus begini? Dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang bernama Syafiq. Apa yang harus dia lakukan?

“ Mak Diha……..dengar sini, jangan benarkan Naurah keluar dari rumah ni bila saya tiada di rumah, faham tu?” Dari jauh kedengaran suara Zalia sekali lagi bergema. Zalia yang dulu telah kembali.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Seminggu berlalu, Naurah masih terperuk di dalam biliknya, dari sehari ke sehari wajahnya semakin cengkung, tiada lagi kata-kata yang keluar dari bibirnya, senyuman apatah lagi. Naurah hanyut dengan dunianya sendiri. Mak Diha hanya mampu memerhatikan dari jauh, sedih melihat keadaan Naurah. Zalia seakan-akan tidak peduli akan anaknya. Dia kini sibuk menguruskan majlis pertunangan yang bakal berlangsung tak lama lagi.

“ Assalammualaikum Mak Diha..” Mak Diha tersentak,

“ Eh Nabilah, baru sampai?” Nabilah segera bersalaman dengan Mak Diha.

“ Baru je, saja Ila ikut abah, Ila nak jumpa dengan Kak Naurah boleh?” anak gadis Pak Said sangat sopan orangnya, sejuk mana-mana mata memandang.

“ Ila pergi la ke bilik dia, dah berminggu Naurah macam tu. Cuba Ila pula nasihatkan dia.”Nabilah sekadar mengangguk dan terus mengatur langkah menuju ke bilik Naurah.

“ Assalammualaikum Kak Naurah” Nabilah menyapa di muka pintu. Naurah mengerling sekilas dan kemudian kembali termenung. Nabilah menghampiri Naurah, simpati melihat keadaan Naurah.

“ Kak…..akak sihat?”

Naurah tiba-tiba tersenyum, tersenyum sinis dengan soalan Nabilah.

“ Ila rasa akak sihat ke?” Naurah menyoal kembali.

“ Maafkan saya kak, saya tau itu soalan bodoh, saja nak memulakan perbualan dengan akak.”

“ Akak da tak ada mood tuk bercakap apatah lagi untuk berbual. Nak hidup pun akak tak ada mood..” luah Naurah.

“ Astagfirullah Al-Azim….apa yang akak cakapkan ni? Ila tahu akak tertekan dengan apa yang dah terjadi, tapi percaya lah kak, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Akak tak boleh terus menerus hidup dalam keadaan macam ni. Ini semua bukan satu pengakhiran.”

“ Apa maknanya hidup kalau kita kena hidup dengan orang yang kita tak suka? Apa maknanya jika kita kena habiskan sisa-sisa hidup kita dengan orang yang kita sedia maklum macam mana sikapnya? Apa maknanya kalau kita dapat membayangkan betapa siksanya hidup kita nanti?”

Nabilah mengeluh, Naurah semakin jauh tersasar.Naurah tidak boleh dibiarkan, dia perlu diselamatkan.

“ Kak…..jagan macam ni, Allah kan ada? Sentiasa ada untuk akak, untuk kita. Allah takkan berikan ujian kalau hamba-Nya tak mampu untuk laluinya. Dugaan ini salah satu tanda yang Allah sayangkan akak..”

“ Kalau sayang Dia takkan buat akak macam ni, Dia takkan pisahkan akak dengan Mus dan sekarang ni Dia aturkan untuk hidup dengan buaya tu…itu kah namanya sayang?” Naurah bercakap seolah-olah dia sudah hilang kepercayaan pada agamanya sendiri.

“ Akak…..! mengucap kak, mengucap. Cara akak cakap ni seolah-olah sudah tidak percayakan Allah, astagfirullah al-azim…….” Nabilah beristigfar panjang. Naurah membatukan diri.

“ Kak….jangan jauhkan diri akak dengan Allah, sujud lah kepada-Nya, mengadu lah kepada-Nya, dalam masa yang sama cuba lah akak muhasabah diri. Fikir dan ingat kembali apa yang akak dah buat sebelum ini, mungkin apa yang terjadi ini di sebabkan salah silap akak yang lepas.”

“ Apa yang akak dah buat sampai Allah hukum akak macam ni? Jahat sangat ke? Besar sangat ke kesalahan yang akak buat?”

“ Itu..Ila tak tahu. Jawapannya ada pada akak. Kita tiada hak untuk mempertikaikan apa yang tertulis dalam hidup kita, berdosa kalau kita menyalahkan qadak dan qadar Allah! semuanya sudah termaktub. Kita sebagai orang islam kena terima hakikat tu. Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang Allah dah ditentukan. Mungkin kita tak nampak hikmahnya sekarang tapi satu hari nanti kita pasti rasa bersyukur dengan apa yang berlaku.”

Naurah terdiam lagi. Dia memikirkan semula kata-kata Nabilah. Sedikit sebanyak kata-kata Nabilah menyedarkan dirinya.

Nabilah menghampiri almari Naurah, telekung dan sejadah dikeluarkan, Al-Quran yang terletak di atas meja turut dicapai, lalu dihulurkan kepada Naurah.

“ Kak Naurah, kembali lah kepada-Nya…….Allah sayangkan akak, jangan pernah sekali pun bersangka buruk pada Allah.”

♥♥ **************************************************** ♥♥

Mak Diha terkebil-kebil memandang siling biliknya. Matanya tidak mahu lelap. Kata-kata Zalia sedari tadi bermain-main dalam fikirannya, masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Semasa ingin menghantar baju bersih yang sudah dilipat ke bilik Zalia, secara tidak sengaja dia terdengar perbualan Zalia melalui telefon.

“ Apa cerita dengan budak tu?” soal Zalia melalui telefonnya.

“ Itu la, auntie tak suruh pun pukul separuh mati. Kalau mati budak tu tak pasal-pasal kena mengadap dengan polis.”Sambung Zalia lagi.

“ Tak apa lah Fiq, semua dah settle kan? Budak tu pun dah keluar hospital. Rasanya bila dah kena sogok dengan duit, budak tu takkan berani tunjuk muka lagi. Orang-orang macam tu duit je jawapannya. Kita dah tak perlu risau lagi, ha Syafiq get ready yer tuk majlis pertunangan hujung minggu ni. Auntie dah tak sabar.”

Mak Diha terdiam buat seketika, tepat lah tekaannya. Semua yang berlaku di bawah perancangan Zalia dan Syaffiq, malam itu telah membuktikan segalanya.

“ Zalia……..kenapa la sampai macam ni..” Mak Diha mengeluh berat. Tiba-tiba dia teringatkan Naurah. Simpati dengan nasib yang menimpa gadis itu. Mak Diha bangun dari pembaringannya dan terus meniti anak tangga naik ke atas menuju ke bilik Naurah.

Dari jauh kelihatan bilik Naurah masih terang, hatinya tertanya-tanya apa saja lah yang dia tengah buat ketika ini. Pintu bilik Naurah tidak ditutup rapat. Apabila Mak Diha menguak sedikit daun pintu itu, kelihatan Naurah lengkap bertelekung sedang bersolat. Mak Diha mengukir senyuman, lega hatinya.Ternyata kedatangan Nabilah petang tadi tidak lah sia-sia.

“ Moga Kau perkenankan doa-doanya, Kau tabahkan hatinya untuk melalui dugaan yang Kau berikan Ya Allah Ya Tuhanku….kasihani lah dia.” Mak Diha berdoa dalam hati.


♥♥ **************************************************** ♥♥

Rasa geram tak dengan Zalia? apa jadi pada Mus? tunggu episod seterusnya ya...

4 comments:

ila said...

geram sangat dgn mak naurah tue.buat la naurah lari dri rumh and kawen dgn mus.plizz.biar mrka sma2 harungi cabaran.

MaY_LiN said...

tula..
geram sangat kat mama naurah ngan c syafiq tu..
moga mak diha selamatkan naurah n bawa keluar dr umah tu..

Anonymous said...

bila nak sambung?

Unknown said...

Kesalahan mus sbb larikan anak org.kesalahan ke dua sbb mus x bawa terus pegi kg dia.