Saturday, January 7, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 32

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Dek kerana kondisi Naurah yang tidak menentu, majlis pertunangan ditangguh ke minggu berikutnya, itu pun atas permintaan Datuk Karim sendiri walaupun Zalia dan juga isterinya membantah keras. Datuk Karim kasihan melihat Naurah yang terpaksa menerima anaknya sebagai pasangan hidup. Namun bila memikirkan kehadiran Naurah sedikit sebanyak mampu mengubah cara hidup anak lelaki tunggalnya, dia hanya mampu berdoa agar Naurah terbuka hati untuk menerima Syafiq seadanya.

“ Macam mana keadaan Naurah sekarang Lia?” soal Datuk Karim melalui telefon.

“ Tak pasti saya, nanti dia ok la tu. Jangan risau segala yang dirancangkan pasti akan berjalan dengan sempurna, saya akan pastikan itu.” Balas Zalia yakin.

“ Kalau Naurah masih murung, nanti-nanti la kita tunangkan dia dengan Syafiq.”

“ Bila lagi? Perkara baik tak elok di tangguh-tangguhkan. Tak boleh nak ikutkan sangat budak tu, jangan risau tahu la Lia nak pujuk Naurah tu.”

Talian telefon di matikan.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Macam-macam yang sedang bermain di kepala Zalia ketika ini, walaupun hanya majlis pertunangan dia mahu semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Dia membelek-belek wajahnya di cermin, setelah berpuas hati dia langsung keluar dari biliknya menuju ke bawah. Ada mesyuarat penting yang perlu dia hadiri pagi ini.

Sebaik sahaja dia memasuki ruangan makan, kelihatan Naurah sedang mengirup air sambil membaca surat kabar. Gaya Naurah persis arwah suaminya Nordin, saling tak tumpah. Perasaan rindu kembali mengetuk pintu hatinya. Dia mula terbayang-bayangkan arwah suaminya. Alangkah bagusnya sekiranya suaminya berada di sisinya ketika ini.

“ Puan……..” Sapaan dari Mak Diha buatkan Zalia tersentak.

“ Mari la sarapan, tu Naurah pun ada sama.”

“ Ha…iya lah. Dia dah tak merajuk lagi?”

“ Nampak gayanya dia dah ok. Pagi-pagi lagi dia dah bangun, bagi ikan dan burung-burung kat belakang rumah tu makan.”

Zalia mengukir senyuman, lega melihat perubahan positif Naurah. Zalia tersenyum lagi bila membayangkan perancangannya akan berjalan lebih lancar selepas ini.

“Naurah……..” Sapa Zalia sebaik sahaja tiba di meja.

“ Hmm…..” jawab Naurah pendek, matanya masih tertumpu di dada akhbar.

Keadaan menjadi canggung. Zalia kematian kata-kata.

“ Hari ni Naurah nak ke kolej, nak uruskan beberapa hal yang tertunggak. Lama sangat tinggal. Buku-buku yang Naurah pinjam dari library pun belum di pulangkan lagi ” Tiba-tiba Naurah bersuara. Untuk seketika kedua beranak itu bertentangan mata.

“ Keluar dengan siapa..Fika?”

“ Sorang, itu pun kalau boleh la.”

“ Kenapa tak pergi dengan Fika je?”

“ Malas la nak ganggu orang, masing-masing ada hal tersendiri.”

“ Hmm….betul ke nak pergi library ni?” soalan Zalia berbaur curiga.

Naurah mengeluh perlahan,

“ Tak boleh tak pe la, duduk je kat rumah.” Naurah meneruskan semula bacaannya.

Zalia merenung sejenak wajah anak gadisnya, timbul pula rasa kasihan. Sejak akhir-akhir ini Naurah ibarat banduan di rumah sendiri. Tapi apa yang dia buat untuk kebaikkan Naurah juga.

“ Hmm….pergi lah jangan balik lambat sangat.”

“ Ok, terima kasih. Naurah naik atas dulu tukar baju.”

Naurah tersenyum, senyuman yang dah lama hilang itu kini kembali. Hati Zalia juga senang walapun dalam masa yang sama terselit kebimbangan. Bimbang kalau-kalau Naurah lari dari rumah, lari bersama-sama mat rempit itu. Jika ikutkan rasa bimbangnya mahu sahaja dia melarang.

Zalia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor telefon. Sedang menanti pangilannya berjawab, Mak Diha datang menghampiri Zalia.

“ Puan……..biar lah Naurah keluar. Tak usah kongkong dia. Dah lama dia terperuk di rumah. Kalau Naurah tahu Puan hantar orang untuk intip dia, pasti dia akan lebih marah. Untuk kali ni biar lah dia bebas buat seketika.”

Zalia tersentak, Mak Diha seolah-olah tahu apa yang sedang bermain dalam fikirannya. Telefon di matikan.

“ Buatnya dia lari dan pergi jumpa dengan budak tu macam mana?” Zalia melahirkan kebimbangannya.

“ Entah lah, tapi saya pasti Naurah takkan lari dari rumah. Mungkin dia sekadar ingin melihat dunia luar.”

Zalia mengeluh berat,

“ Baik lah, tapi pastikan Naurah ada di rumah sebelum pukul lapan. Saya percayakan Mak Diha, sekiranya Naurah buat hal, saya akan pastikan Mak Diha bertanggungjawab atas kesemuanya.” Kata-kata Zalia berbaur amaran.

Timbul sedikit kegusaran di hati Mak Diha, namun dia cepat-cepat menepis perasaan itu, dia mengangguk perlahan.

“ Bagus, saya pergi dulu. Ada mesyuarat pagi ni, dalam pukul sembilan malam nanti saya balik.”

♥♥ **************************************************** ♥♥

Naurah memandu keratanya dengan kelajuan sederhana, melepasi tol Sungai Besi perjalanan diteruskan menuju ke arah Selatan. Port Dickson itu lah destinasinya. Mustaqim, wajak lelaki itu tak pernah hilang dari ingatannya. Dia harus menemui lelaki itu walaupun telah dilarang keras oleh mamanya. Namun dia nekad.

Hampir sejam lebih memandu dan akhirnya dia tiba betul-betul di hadapan rumah Mustaqim. Motor Mustaqim ada di hadapan rumah, saat itu hatinya berdebar hebat. Pelbagai andaian keluar dari benaknya. Bagiamana agaknya penerimaan Mustaqim, Abang Ali dan juga isterinya Ayu akan kehadirannya. Segala andaian ditepis, dia memulakan langkah menuju ke rumah Mustaqim.

“ Assalammualaikum…..”

Ali yang sedang membaca surat kabar tersentak, Ayu yang sedang sibuk di dapur menjengukkan kepalanya untuk melihat tetamu yang datang.

“ Naurah……….” Sapa Ayu dalam nada terkejut.

“ Eh mari lah masuk,” pelawa Ayu ramah. Naurah sekadar tersenyum dan terus melangkah masuk ke dalam.

“ Duduk lah dulu, akak buatkan air.” Ayu menghilang ke dapur, yang tinggal hanya lah dia dan Ali. Ali tidak mengendahkan langsung kehadiran Naurah. Dia meneruskan pembacaannya. Meliar mata Naurah meninjau-ninjau keadaan sekeliling, mencari kelibat Mustaqim.

“ Kalau kau cari Mustaqim, hentikan lah, dia tiada di sini.” Ucap Ali dalam nada yang tegas.

“ Dia ke mana bang? Dia sihat? Boleh saya jumpa dengan dia?” soal Naurah bertalu-talu.
Rimas dengan soalan Naurah, Ali mencampakkan surat kabar ke tepi.

“ Untuk apa lah kau datang sini, kenapa kau cari dia lagi? Nanti tak pasal-pasal mak kau dengan Si Syafiq tu hantar orang-orang bunuh Si Mus nanti.” Naurah tersentak dengan kata-kata Ali yang lantang, Naurah tersenyum sinis.

“ Betul la ye, mama dengan Syafiq terlibat dalam hal ni.” Naurah mengeluh hampa. Memang dia sudah menjangkakannya.

“ Apa la agaknya yang mak kau dah canang pada kau kan? Bercerita yang bukan-bukan tentang Mus.” Ali menyindir.

“ Saya minta maaf atas apa yang terjadi. Saya pun tak mahu semua ini berlaku, semua ini diluar jangkaan saya. Saya……saya sayangkan Mus…..”

Naurah tidak dapat meneruskan kata-kata, air matanya terus menerus keluar membasahi pipi. Mana mungkin dia tegar melihat Mustaqim disakiti, tapi dia tiada kudrat untuk melawan apatah lagi untuk menyelamatkan Mustaqim. Seingat dia, semasa dia dan Mustaqim dikepung, Mustaqim sempat memberikan telefonnya kepada Naurah. Naurah terus mengambil telefon tersebut dan mengirin SMS kepada Ali, minta pertolongan.

Naurah masih ingat lagi, kiriman SMS yang cukup ringkas dan dia sempat memberitahu di mana mereka berada ketika itu. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan, selepas daripada di tampar dengan kuat, dia sudah tidak ingat apa-apa.

“ Maaf…..cakap memang senang la, kalau la Si Mus mati malam tu. Aku takkan maafkan kau sekeluarga seumur hidup aku.” Ali menghamburkan kemarahan dia lagi walaupun dia tahu bukan salah Naurah.

“ Bang…….dia tak salah, jangan marahkan dia. Dia juga mangsa seperti Mus.” Ayu mencelah. Ayu duduk di sebelah Naurah, tubuh gadis itu diraih dan dipeluk erat. Tangisan Naurah semakin menjadi-jadi.

“ Kau balik lah jika kau sayangkan Mus, kami dah ambil duit mak kau, dan kami juga dah berjanji takkan ganggu hidup kau lagi. Kalau kau tak mahu Mus di apa-apa kan, kau pergi lah. Tinggalkan dia!!”

Ali tak mampu menahan perasaan, dia meninggalkan Naurah dan Ayu dan terus masuk ke biliknya. Hatinya sakit melihat kesengsaraan yang terpaksa di tanggung oleh Naurah dan juga Mustaqim. Hatinya masih panas, masih banyak lagi kata-kata yang ingin diluahkan, akan tetapi dia sedar Naurah tidak bersalah, dia tidak sepatutnya menerima hamburan kemarahannya. Kerana itu la Ali masuk ke bilik, dia tidak betah berada lama-lama di hadapan Naurah.

Masakan dia boleh lupa, sebaik sahaja mendapat SMS itu, dia terus bergegas ke tempat kejadian seorang diri, dia tahu tindakan dia itu berbahaya namun semuanya diletakkan ke tepi. Mustaqim dan Naurah perlu diselamatkan. Bila tiba, kelihan Mustaqim sudah rebah ke tanah dan dia disepak dan dipukul bertalu-talu oleh sekumpulan lelaki yang memakai helmet di kepala mereka.

“ Hoiii……….” Jerit Ali sekuat hati dan terus pergi mendapatkan Mustaqim. Tubuh Mustaqim yang tidak bermaya dipapah. Matanya meliar mecari Naurah, namun dia tidak kelihatan di mana-mana.

“ Mus…..Mus…buka mata Mus…..mana Naurah? ” tiada jawapan dari Mustaqim, Ali merenung sorang demi seorang lelaki yang berada di hadapannya dengan perasaan marah.

“ Apa kau orang semua ni nak hah? Apa dosa dia? Mana Naurah?”

Seorang lelaki, bergaya kemas tampil kehadapan dan terus mencampakkan berpuluh keping duit ke atas tubuh Mustaqim yang tidak bermaya itu. Ali semakin berang, dia bangun dan terus menyerang lelaki tersebut. Namun tindakannya di halang oleh lelaki-lelaki yang lain.

“ Tentang Naurah kau tak payah risau, aku dah selamatkan dia. Kau patut risaukan mamat ni. Duit yang aku bagi ni lebih dari cukup untuk tanggung kos-kos ubat dia. Kalau dia mati lagi bagus, kau boleh ambil semuanya. Ucap lelaki itu beserta dengan senyuman sinis.

“ Hoii…kau jangan kurang ajar..!!” Ali meronta-ronta cuba melepaskan diri.

“ Kau jangan sombong sangat, kalau kau taknak mamat tu mati. Baik kau pergi dari sini sekarang, nah kau bawa dia ke sini..” Lelaki itu mencampakkan pula kad nama kepada Ali.

“ Semua kos perubatan akan ditanggung. Kau jumpa je doktor yang ada dalam kad tu. Dia akan uruskan semuanya. Tapi kau kena janji dengan aku yang dia takkan datang jumpa dengan Naurah lagi sampai bila-bila. Mak dia tak suka anak dia berkawan dengan mat rempit macam dia ni. Jika berdegil, tahu la nasib dia macam mana nanti, sekarang ni hampir separuh mati dan tak mustahil selepas ni dia boleh mati.” Lelaki itu tersenyum lagi.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Bersama esak tangisnya Naurah membuka bag, sekeping sampul surat berwarna kuning dikeluarkan, lalu sampul itu diserahkan kepada Ayu.

“ Kak….kalau Mus balik nanti tolong serahkan sampul ni pada dia ya. Katakan pada dia yang saya datang cari dia. Tolong yer kak, saya minta maaf…sungguh-sungguh minta maaf dengan apa yang berlaku. Sekiranya kehadiran saya hanya membawa bala dalam keluarga ini, saya mohon undur diri. Saya berjanji takkan datang ke sini lagi.”

Naurah bingkas bangun, berlari keluar dari rumah itu. Bila tiba di dalam kereta, Naurah menangis lagi. Menangis semahunya. Perasaannya bercampur baur, sakit, benci, dendam dan rindu. Rindu teramat sangat pada Mustaqim. Naurah memejamkan matanya rapat-rapat.

“ Awak…………..saya rindu….rindu sangat-sangat. Maafkan saya…maafkan saya..kerana saya, awak jadi macam ni…maafkan saya……Ya Allah, jika penyiksaan ini salah satu pembalasan atas dosa-dosa aku, aku redha. Namun aku mohon, berikan lah aku kekuatan, kekuatan untuk hadapi segala ujian Mu, bantu lah aku Ya Allah……” Naurah merintih di dalam hati.

Naurah tersentak apabila cermin kertanya diketuk. Air matanya cepat-cepat diseka. Pintu kereta dibuka,

“ Lusa…Mus ada di KL, katanya Matt minta dia menyanyi di restoran dekat dengan Pasar Seni. Mungkin Naurah tahu di mana. Naurah cari lah dia di sana. Tapi akak minta hati-hati lah, jangan sampai mama Naurah tahu. Teruk Mus kena nanti.” Rayu Ayu.

Senyum terukir di bibir Naurah,

“ Terima kasih kak, kalau saya dapat tengok dia dari jauh pun jadi lah. Saya janji saya akan berhati-hati. Terima kasih kak…terima kasih..”



♥♥ **************************************************** ♥♥

...Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua pembaca...


3 comments:

MaY_LiN said...

so sad..
nape buat naurah cenggitu

nabila said...

harap2 naurah dapt jumpa mus.

radhua said...

bile nk smbg yg sterusnyer...xsaba r...huhuhu