Thursday, December 1, 2011

AKU,DIA & TZM - PART 29



...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Syafiq memandu dengan tenang menyelusuri jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Lagu yang keluar di corong radio diikuti patah demi patah. Hatinya yang sedari tadi panas, tapi kini tenang semula. Syafiq tersenyum sendiri apabila membayangkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja dia tiba di destinasi yang akan dituju sebentar lagi.

“ Siap lah kau..! Ini Syafiq, apa yang aku nak, aku pasti akan dapat.”

Syafiq tersenyum lagi, senyuman yang penuh dengan dendam. Petang tadi dia bersiap-siap ke rumah Naurah. Memang dia dah merancang dengan Fika yang dia ingin membawa Naurah keluar bersama-sama dengan Fika. Malangnya perancangannya tidak menjadi. Setelah dia tiba di rumah Naurah, dia disambut mesra oleh Fika.

“ Duduk lah…” pelawa Fika. Syafiq meninjau sekeliling rumah, kosong. Kelibat Naurah tidak kelihatan.

“ Cari siapa, Naurah ?” soal Fika lagi.

“ You tak payah cari lah, dia memang tiada. Dah keluar dengan Mus.”

“ Hah? Bukan ke kita dah rancang nak keluar, siapa Mus tu boyfie dia ke? “ hati Syafiq mula panas.

“ Iye la, siapa lagi. I takkan la nak halang pula. Kalau I ajak dia keluar sekalipun, mesti dia menolak. Antara I dengan Mus, tentunya dia akan pilih tuk keluar dengan Mus.”
Syafiq merengus kasar. Fika duduk di sebelah Syafiq rapat. Tangannya membelai lembut rambut Syafiq. Syafiq tidak menghalang, dibiarkan saja tangan Fika bermain-main di kepala dan tengkuknya.

“ Apa yang Mus ada yang I tiada..? macam-macam cara I cuba untuk dapatkan dia, tapi semua tak menjadi..” keluh Syafiq.

“ Naurah tu bodoh, buta dek cinta. You ni dah cukup lengkap, tapi sikit pun dia tak pandang. Dia masih tergila-gilakan Mus yang tiada apa-apa tu. Kalau nak dibandingkan antara Mus dengan you, you jauh lebih baik dari Mus. You tahu Mus kerja apa?”

Syafiq memalingkan wakahnya ke arah Fika,

“ Kerja apa? Bagus sangat ke? Apa lagi yang you tahu, cerita semuanya.” pinta Syafiq.

“ Dia tu kerja buruh binaan, ada la sebiji motor itu je. Dah gaya mat rempit pun ada juga. Sebab tu la I kata Naurah tu bodoh, tak pandai menilai.

“ Buruh binaan?"

“ Iye lah, kenapa you tak percaya? Tu la..bodohkan naurah tu. Apa la yang buatkan dia tergila-gilakan sangat pada Si Mus tu. Entah-entah Si Naurah dah kena manderam dengan dia.”

“ Ish, takkan la sampai macam tu sekali.”

“ Zaman sekrang ni, apa pun boleh. You pun, kalau Naurah tak mahu, buat apa la you bazir masa kejar cinta dia. Masih ramai yang boleh berikan cinta pada you. Masih ada yang boleh berikan segalanya pada you, yang boleh menyayangi you dengan sepenuh hati.”

“ Tapi……..” kata-kata Syafiq terhenti apabila Fika meletakkan jari ke bibirnya. Wajahnya didekatkan kea rah telinga Syafiq lalu membisikkan sesuatu pada Syafiq.

“ I kan ada, I boleh bahagiakan you. Apa saja yang you mahu I boleh beri. I jauh lebih baik dari Naurah. Apa yang I boleh beri belum tentu you boleh dapat dari Naurah.”

Bila ikan sudah berada di depan mata, mana ada kucing yang menolaknya. Perkara yang mungkar berlaku di antara Syafiq dan Fika pada petang itu. Buatkan Syafiq terlupa sebentar tentang Naurah. Namun, semua itu takkan buatkan dia melupakan Naurah. Walaubagaimana sekali pun dia tetap akan dapatkan Naurah, baru lah dia puas.

Syafiq telah tiba di destinasi yang dituju. Kereta Balu Datuk Nordin ada dipengkarangan rumah.

“ perfect timing…..mak dia ada rumah.” Syafiq tersenyum sinis.

Racangannya diteruskan.


♥♥ **************************************************** ♥♥

“ Awak…..lepas ni takmo buat macam tadi lagi eh.”

“ Hmm…saya minta maaf. Berlaku diluar jangkaan. Maafkan saya.”

“ Awak takde lesen besar lagi tuk buat saya macam tu tau.”

Mustaqim tergelak kecil, perkara yang berlaku waktu tengahari tadi memang tidak diduga. Hanyut dengan bisikan syaitan. Mujur lah cepat sedar. Naurah pun segera bagun dan kembali ke tempat duduknya. Makan tengah hari berlangsung dalam keadaan yang senyap daripada biasa. Tidak lama selepas itu baru la Naurah bersuara dan kembali ceria.

Perkataan maaf memang sudah lama berada di hujung bibir, namun dia tak mampu untuk luahkan. Dia tak mahu mood Naurah berubah lagi. Lewat petang baru la Naurah bersuara tentang apa yang telah berlaku.

“ Ketawa pulak dia,” Marah Naurah.

“ Tidak la..lucu bila awak sebut pasal lesen. Dah macam nak mohon lesen memandu pula.”

“ Eh dah tentu lah,”

“ Ok sayang, insya’Allah saya akan dapatkan lesen besar tu untuk bersama dengan awak.”

Naurah tersenyum puas.

“ Sebelum ambil lesen kena ambil test dulu kan? Lepas tu buat prkatikal then baru lulus betul tak?”

“ Ha..betul tu.”

“ Kalau macam tu kita mulakan ujian pertama boleh tak awak..?” Duga Naurah.

Dahi Mustaqim berkerut.

“ Ujian apa pula tu?”

“ Awak boleh tolong hantar saya balik rumah ?”

“ Itu je ke ujiannya? Ala macam tak biasa pula hantar awak balik.”

“ Eh….bukan hantar kat rumah sewa tau, rumah saya kat Taman Melawati tu.”


Mustaqim tergamam, hati kecilnya tertanya-tanya adakah Naurah mahu dia bertemu dengan Mamanya?. Mustaqim mulai gusar, risau Mamanya tak suka. Orang seperti dia yang tiada apa-apa, mana ada ibu yang suka anak gadisnya berkawan dengan lelaki seperti dirinya.

“ Errr, awak nak suruh saya jumpa Mama awak?” Mustaqim inginkan kepastian.

“ Boleh ke?” Naurah menduga lagi.

“ Errr….” Mustaqim kehilangan kata-kata. Dia belum bersedia untuk semua ini. Dia belum siap. Dia ingin bertemu dengan Mama Naurah setelah dia peroleh kejayaan, bukan dalam keadaan yang sekarang.

Naurah menekup mulutnya menahan gelak. Dia yakin lelaki yang berada di hadapannya ini mulai gusar. Bagaikan menghulurkan leher untuk disembelih jika dia mahu Mustaqim bertemu dengan Mama ketika ini. Sudan tentu Mamanya akan membantah seratus peratus. Naurah tak mahu kehilangan Mustaqim !

“ Awak…….saya nak awak jumpa dengan Mak, bukan dengan Mama. Saya selalu cerita pasal awak dekat Mak. Mak yang nak jumpa. Boleh tak..? Ala itu pun kalau dapat jumpa la, biasanya Mak suka tido awal.”

Mustaqim menarik nafas lega. Leganya hanya sedikit, hatinya tetap berasa kurang enak.

“ Erm….ok la sayang, boleh. Nanti saya hantarkan.”

♥♥ **************************************************** ♥♥


Setelah empat hari berturut-turut dia terpaksa menghadiri mesyuarat dengan ahli lembaga dan para pelabur, akhirnya lewat tengahari itu mensyuarat itu berkahir dengan jayanya. Masing-masing telah mencapai persetujuan. Nordin Group Corporation akan terus mengorak langkah maju kehadapan.

Segala appointment dibatalkan dan terus pulang ke rumah. Rehat, itu lah yang dia perlukan ketika ini. Memikirkan yang Naurah juga akan pulang, hatinya betambah girang. Dia mula merancang untuk habiskan masa bersama anak tunggalnya itu.

Dia cemburu bila mendengar cerita Mazni merangkap PA nya yang rapat dengan anak gadisnya ibarat kawan, apa sahaja anak gadisnya itu pasti akan berkongsi dengan Mazni. Adakalanya dia menyesal kerana mengabaikan Naurah selama ini. Walau apa pun yang berlaku, dia masih belum terlambat untuk perbetulkan segalanya walaupun agak payah untuk mendekati Naurah, tapi dia akan cuba.

“ Pak Said bawa la balik kereta ni, esok pergi servis ye. Gunakan kad kredit untuk isi minyak bayar kos servis kereta tu. ” Zalia berpesan kepada Pak Said.

“ Baiklah, esok Puan tak kerja?”

“ Tak, saya penat ingat nak rehat sahaja di rumah. Motor Pak Said biar saja la di sini. Kalau Pak Said nak ke mana-mana malam ni, guna saja kereta saya.”

“ Tak mengapa Puan, saya ada kereta.”

“ Oh…maaf lah saya tak pernah nak ambil tahu sebelum ni.”

“ Tak mengapa puan, saya balik dulu la kalau macam tu.”

“ Ha…iye la. Hati-hati, kirim salam pada isteri kamu ya.”

Pak Said sekadar mengangguk, baik betul angina majikannya hari ini. Benar lah kata Mak Diha, Zalia dah banyak berubah. Berbeza benar dari sikapnya yang dulu.

Sebaik sahaja kereta keluar dari pengkarangan rumah, Zalia ternampak kelibat Syafiq berjalan masuk ke dalam rumah. Hatinya bertambah senang melihat pemuda itu.

“ Syafiq, masuk lah.” Pelawa Zalia riang.

“ Assalammualaikum auntie,” Syafiq cepat-cepat dapatkan tangan Zalia untuk bersalam.

“ Syafiq cari Naurah ke? Dia belum balik lagi malam nanti baru sampai.”

“ Erm, tak auntie. Tapi Syafiq nak cakap sikit pasal Naurah. Syafiq rasa Syafiq memang patut bagitahu pada auntie, demi kebaikkan Naurah juga.”

Hati Zalia berdebar-debar, kenapa dengan Naurah ? apa yang Naurah sudah lakukan?


♥♥ **************************************************** ♥♥

Si Syafiq dah jadi batu api. Apa nasib Naurah dan Mustaqim? tunggu...........emo13


1 comment:

MaY_LiN said...

isk xsuka syafiq ni la..
abis la naurah ngan mus kali ni