Saturday, November 19, 2011

AKU,DIA & TZM - PART 28

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Fika mengeluh kesah, dua tiga kali badannya dipusingkan, tidurnya terganggu dengan bunyi-bunyian yang datangnya dari bawah, dalam mata yang masih lagi terpejam tangannya merabaaa-raba telefon bimbit yang terletak di atas meja sisi katilnya.

Perlahan-lahan matanya dibuka,

“ hmm….baru pukul 10 pagi….apa la yang bising-bising tu……” rungut Fika.

Fika bangun dan terus keluar dari biliknya, dengan mata yang terpisat-pisat dia turun ke dapur.

Betapa ku cinta padamu….
Kata kan lah…kau cinta pada ku…..

Kelihatan Naurah sedang leka menghiris sayur sambil menyanyi kecil, bau ayam goreng semerbak memenuhi ruang dapur.

“ Oii makcik……..!” Sapaan dari Fika buatkan Naurah terkejut, pisau di tangannya hampir terlepas.

“ Kau ni, terkejut aku !” ucap Naurah sambil mengurut dadanya.

“ Tu la…berangan banyak sangat, sampai aku datang pun tak sedar dah tu siap nyanyi-nyanyi lagi.Orang tua-tua pesan,tak elok nyanyi kat dapur nanti kawin denganorang tua. Mahu….?”

“ Mana ada aku berangan, ini namanya fokus. Ala memang bakal laki aku tua pun tapi tua sikit jer la….” Ucap Naurah girang sambil mengenyitkan matanya ke arah Fika.

“ Ish, gatal…..” Fika mencuit pinggang Naurah, terjerit Naurah dibuatnya. Fika tahu bahagian pinggang merupakan bahagian sensitif Naurah.

“ Kau ni pulak apa cerita….matahari dah tinggi baru ingat nak bagun….?” Sindir Naurah sambil tangannya ligat memasukkan lauk sambal ayam yang telah siap di masak separuh ke dalam mangkuk dan selebihnya ke dalam bekas plastik.

“ Ala…hujung minggu macam ni biasa lah, aku lupa nak tanya, kau sibuk-sibuk masak ni kenapa…?”

“ Erm………” Naurah tidak segera menjawab soalan Fika, dia hanya tersengih.

“ Pulak dah, yang kau sengih-sengih ni kenapa?”

“ Teka la, kalau kau pandai.”

Fika terdiam sejenak, otaknya ligat mencari jawapan.

“ Haa, kau nak pergi picnic dengan Syafiq ke….?”


Membulat mata Naurah apabila Fika menyebut nama Syafiq. Fika tersenyum sinis,memang dia sengaja menyebut nama Syafiq. Dia mahu lihat reaksi Naurah, sejauhmanakah Naurah membenci lelaki yang bernama Syafiq itu.

“Haish…..ape lak Syafiq…Mus lah………” bentak Naurah.

“ Oppps...silap cakap lah. Sorry..”

Segalanya sudah jelas, hatinya menyanyi girang. Perancangannya untuk memiliki Syafiq semakin mudah.

“ Takpe la, kau tak sengaja. Tapi kenapa tiba-tiba kau sebut nama dia eh..? Mesti kau teringat pada dia kan, ha……jangan-jangan kau dah suka pada dia tak?” Naurah sekadar menguji.

Merah padam wajah Fika,

“ Ha..kau jangan nak memandai eh. Aku tersebut je bukan bermakna aku suka.” Fika cuba menidakkan telahan Naurah.

“ Kalau kau suka, kau bagitau lah pada aku, boleh aku adjust kan. Tapi dia tu buaya la Fika, aku taknak kau kecewa nanti.”

“ Haish….aku tak suka dengan dia lah, kau nak keluar pukul berapa ni..?” Fika cuba mengubah topik.

“ Eh, dah lambat dah ni ! aku naik dulu la. Ni aku ada masak lebih tuk kau, makan tau.” Naurah bergegas meninggalkan Fika lalu berlari naik ke atas.

“ Hmm..have fun la eh, jangan korang buat perkara yang bukan-bukan sudah la..” Fika seakan menyindir.

“ Eh hello…..kot pun tengah madly deeply in love, tapi tidak la sampai nak buat yang bukan-bukan, menangis ayah aku dalam kubur nanti tau.” Jerit Naurah dari atas.

“ Yer la, aku ingatkan je…”

Fika tersenyum sendiri, perbincangan dia dan Syafiq semalam kembali bermain-main di fikiran, diluar pengetahuan Naurah, Fika sudah beberapa kali bertemu dengan Syafiq. Tetapi buat masa ni hubungan mereka hanya lah sebagai kawan. Syafiq bertemu dengan Fika pun semata-mata kerana Naurah. Otaknya ligat mengatur rancangan, dia tidak akan lepaskan peluang ini untuk dapatkan Syafiq.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Di mana ? dah setengah jam tunggu – Mustaqim

SMS dari Mustaqim buatkan hati Naurah terasa sebal. Dia faham, Mustaqim memang seoarang yang menepati masa, dia tidak suka menunggu. Malah sudah beberapa kali Naurah dimarahi kerana lewat. Tapi hari ini dia terlewat disebabkan dia sibuk menyiapkan makanan tengahari untuk mereka berdua.

Perancangan awal, memang Naurah sengaja ingin buat kejutan untuk Mustaqim. Sengaja nak beri Mustaqim rasa masakkannya. Perasaan teruja, gembira mulai luntur sebaik sahaja menerima SMS itu. Naurah meneruskan perjalanannya ke taman tasik sepertimana yang dijanjikan. Tempat itu kini menjadi tempat kegemaran mereka, banyak masa dihabiskan di situ.

Sebaik sahaja tiba, Mustaqim sedang merenung ke arah tasik, sedikit pun dia tidak menyedari yang Naurah berada di belakangnya. Hati Naurah yang sedari tadi sebal bertambah sebal. Naurah menhentakkan bag yang berisi bekal makanan di atas meja. Mustaqim terkejut, serta merta dia memalingkan wajahnya ke belakang.

“ Ya Allah……terkejut saya ! Dah tak reti bagi salam ?” Mustaqim mengurut dada.

Naurah hanya diamkan diri, wajahnya masam mencuka.

“ Eh dia buat muka pula ? kenapa lambat, awak ke mana tadi ?” soal Mustaqim, suaranya mulai kendur.

Naurah telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sedang marah. Pasti ada yang tidak kena. Jika memang salah Naurah, bila di marah pasti Naurah akan tersengih sahaja, paling tidak pun dia akan berlagak seolah-olah tidak bersalah. Mustaqim sudah masak dengan perangai Naurah.

“ Sayang………dengar tak saya tanya ni?”

Perkataan sayang sedikit sebanyak buatkan hati Naurah lembut, namun dia masih lagi bermasam muka. Mustaqim perlu di ajar. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya memarahi dia. Itu lah Mustaqim, baran orangnya cepat panas tapi cepat juga sejuknya.

Mustaqim mengeluh, lalu dia tinjau bag yang berada di hadapannya. Isi dari bag dikeluarkan satu persatu. Melihat kotak-kotak plastik yang penuh dengan makanan buatkan Mustaqim tersenyum bahagia. Kini dia sedar, Naurah lambat kerana menyiapkan makanan ini untuk dia. Rasa bersalah mula bersarang dalam hati.

“ Dia dah merajuk, mati la….macam mana nak pujuk?” Monolog Mustaqim.

Mustaqim membuka penutup bekas plastik itu, aroma sambal ayam mula menerjah rongga hidungnya.

“ Wah….sedapnya bau, mesti sedap ni. Sayang masak eh?”

Seperti tadi, tiada sebarang respond dari Naurah. Mustaqim masih tidak berputus asa, dia mencari helah lain pula.

“ Ooo…sebab ni la awak lambat yer, masakkan untuk abang sayang awak ni yer?”

Naurah memandang sinis ke arah Mustaqim. Dia masih memberontak. Namun hakikatnya dia hampir tergelak apabila Mustaqim membahasakan dirinya Abang Sayang. Seboleh-bolehnya dia cuba mengawal perasaannya. Mustaqim perlu di ajar ! perkataan itu la yang ayik berlegar-legar di fikirannya.

“ Sayang…..jom kita makan. Kalau awak taknak makan takpe, rezeki jangan di tolak, maut jangan di cari. Saya makan dulu la eh?”



Mustaqim terus mengambil sudu, seketul ayam masuk ke dalam bekas yang berisi nasi.

“ Bismillahhirahmannirahim…” Mustaqim terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.

“ Ya Allah…..sedapnya Sayang !!” satu lagi suapan masuk ke dalam mulutnya.

Hati Naurah berbunga girang apabila di puji.

Tiba-tiba Mustaqim tersedak, tangannya menepuk-nepuk dadanya. Naurah panik. Dia mencapai air mineral, pantas dia bagun lalu menyuakan kepada Mustaqim.

“ Tu la…lahap sangat sampai tersedak, minum air ni cepat..” Arah Naurah sambil tangannya mengurut-urut belakang badan Mustaqim.

Seteguk demi seteguk air masuk ke dalam kerongkon Mustaqim, akhirnya tekak dan dadanya terasa lapang.

“ Terima kasih…..ingat dah tak sayang saya lagi dah…” Tangan Naurah digenggam erat.

“ Huh..!! orang tu je yang tak sayang kita. Sikit-sikit nak marah.” Naurah mencebikkan bibirnya.

“ Ala…orang sayang sebab tu la marah.”

“ Eleh, sayang la sangat ! baran tak habis-habis, ikutkan hati tadi nak je patah balik ke rumah tau.”

“ Ok lah, sorry. Lepas ni saya cuba tak marah lagi.”

“ Ha? Cuba je ?”

“ Ye la sayang, mana boleh berubah mendadak, sayang tu jangan la merajuk je. Payah la nak pujuk. Kalau saya marah pun, nampak muka awak saya dah ok. Kalau awak ? nasib baik saya tersedak tadi. Kalau tak sampai sekarang awak tarik muka empat belas awak tu kan ?”

Naurah menjeling,

“ Hmmm…yer la saya cuba….!” Naurah cuba menekan kan perkataan cuba, sengaja dia ingin menyindir Mustaqim.

“ Oooo…sindir saya la ni yer…” Mustaqim mengeletek pinggang Naurah.

Naurah terjerit kecil dan cuba melarikan diri. Namun Mustaqim pantas menarik tangan Naurah dari belakang. Naurah terduduk di atas pangkuan Mustaqim. Wajah mereka sangat dekat, suasana tiba-tiba menjadi sepi, yang kedengaran hanya lah dengupan jantung dia dan Mustaqim.

Seakan-akan tidak dapat mengawal perasaan, mereka saling berpandangan buat seketika. Naurah cepat-cepat bagun apabila dia tersedar yang dia tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Naurah kembali duduk menghadap Mustaqim. Dia tidak berani memandang wajah Mustaqim, wajahnya terasa panas. Malu.



♥♥ **************************************************** ♥♥

apakah rancangan Fika untuk mendapatkan Syafiq berhasil...? tunggu episod seterusnya ya...


1 comment:

MaY_LiN said...

tamaula konflik2..
xsuka fika ngan syafiq