Wednesday, November 9, 2011

AKU,DIA & TZM - PART 27

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Tepat jam 3 petang, kereta Yassir masuk ke pengkarangan deretan rumah kedai dan kemudiannya berhenti betul-betul di hadapan kedai runcit, di bahagian atas kedai runcit ini la merupakan pejabatnya. Yassir E Sdn Bhd, itu la yang terpapar di luar bahagian pejabatnya.

Mereka bertiga menaiki anak tangga menuju ke atas. Sebaik sahaja tiba, mereka disambut dengan senyuman Farah selaku kerani di situ. Mustaqim membalas senyuman Farah sambil matanya melepaskan pandangan di sekeliling pejabat Yassir.

Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya di sini, sejak Farah mula bekerja susun atur pejabat juga turut berubah. Ruangan pejabat lebih teratur dan ceria. Sedang leka dia memerhati, dia perasan Farah juga sedari tadi memerhatikan dirinya.

“ Hai Farah, pandang Mus sampai tak berkelip mata. Minat ke…?” tegur Yassir

“ Ish En Yassir ni, tunang saya tu nak campak kat mana ? Bukan, saya tengok Mus dengan En Yassir seiras, macam anak dengan bapak…..”

Mustaqim dan Yassir saling berpandangan, lalu mereka ketawa.

“ Ada-ada saja awak ni Farah…..” Yassir cuba menidakkan kata-kata Farah.

Namun jauh di sudut hati, mengiyakan kata-kata Farah. Wajah Mustaqim juga mengingatkan dia kepada seseorang.

“ Farah…..budak-budak lain kalau dah sampai suruh mereka tunggu sekejap, ada perkara yang saya nak bincang dengan Ali dan Mus terlebih dahulu….” Arah Yassir, Farah sekadar mengangguk tanda faham akan arahan yang diberikan.

“ Duduk lah……” pelawa Yassir.

“ Ok kita mulakan. Ada dua perkara yang aku nak bincangkan dengan kau berdua ni, yang pertama sekali tentang projek kita di Kelantan…”

Mustaqim dan Ali mendengar dengan tenang.

“ Macam ni….aku kena bahagi budak-budak site kepada dua bahagian.”

“ Erm…..kenapa bang? Bukan ke semua akan ke Kelantan…?” soal Mustaqim.

“ Rezeki Allah nak bagi, kebetulan kita dapat job di Rasah. Sebab tu aku nak bahagi jadi dua kumpulan, kumpulan kau dan juga Amir.”

“ Jadi kumpulan mana yang akan ke Kelantan…?” soal Ali.



“ Kau dengan Mus jaga di Kelantan. Amir jaga di Rasah. Kau pilih lapan orang yang kau rasa serasi dan rajin kerja tuk di bawa ke sana, campur kau berdua bermakna sepuluh orang akan ke Kelantan. Rumah dengan van adik ipar aku yang duduk di sana dah sediakan.”

Mustaqim dan Ali menganggukkan kepala, faham dengan apa yang telah dijelaskan oleh Yassir.

“ Jadi….kau dah fikir nak bawa siapa?” Soal Yassir

“ Mus…kau tentukan,aku ikut ja” Arah Ali.

Mustaqim menongkat dagunya, satu persatu wajah rakan sekerja menerjah kotak fikiran. Setelah agak lama berfikir akhirnya Mustaqim bersuara.

“ Saya nak bawa team yang ada sekarang la bang.Sekarang ni, kita ada dua belas orang yang selalu tak datang Farid dengan Haziq. Saya rasa biarlah budak berdua tu join team Amir. Bukan apa bang, saya tak nak budak berdua tu bawa masalah bila kita di Kelantan nanti. Mana nak cari orang ? ”

Yassir menghela nafas, Farid dan Haziq memang selalu memberi masalah kepadanya. Kerja mereka bagus tapi disiplin mereka bermasalah. Ini la masalah pekerja melayu lagi-lagi anak muda seperti Farid dan Haziq, pelajaran tak setinggi mana, nak duit tapi malas bekerja. Asal penat sedikit ponteng kerja. Berbeza betul dengan pekerja warga asing, beri lah apa kerja sekali pun mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh demi mencari rezeki untuk mereka dan keluarga di kampong halaman.

“ Kalau kau rasa itu yang terbaik, aku setuju. Lagi pun kau yang kena handle kerja-kerja di sana, aku nak kau dengan yang lain selesa, aku taknak ada masalah. Bab pertama dah selesai, kita masuk bab kedua pula.”

Mustaqim memandang tepat ke arah Yassir, dia sudah bersedia mendengar.

“ Mus, aku nak kau pergi Jabatan Pelajaran dan daftar untuk ambil SPM. Aku ada perancangan untuk kau.”

Terlopong mulut Mustaqim, dia sungguh tidak menyangka yang Yassir akan membangkitkan hal ini, namun belum sempat dia membalas, Yassir menyambung kata-katanya.

“ Keputusan PMR kau baik, lama dah aku perhatikan kau. Kau boleh berbahasa Inggeris, membaca dalam bahasa Inggeris pun boleh. Bab komputer pun dah terbukti kau boleh gunakan. Kau ada potensi untuk pergi jauh. Kalau boleh aku nak kau bantu aku di sini….” Cerita Yassir panjang lebar.

Mustaqim hilang kata-kata, dia memandang Ali dengan harapan Ali faham apa yang bermain di fikirannya.

“ Yang benarnya Si Mus dah lama daftar tuk ambil SPM, kalau ikutkan hujung tahun ni dia dah boleh ambil periksa.” Ucap Ali dengan tenang.

“ Alhamdulillah, kenapa kau tak bagi tau aku Mus? Bagus la tu, lepas habis SPM. Aku akan taja kau sambung belajar, kalau keputusan baik kau boleh terus buat Diploma. Kalau tak pun kau ambil sijil je dulu…macam mana..?”




Yassir semakin bersemangat memberitahu perancangannya kepada Mustaqim, memang dia sudah lama memerhatikan pekerja-pekerja yang berpotensi dan dia yakin Mustaqim adalah pilihan yang tepat. Bagi Yassir ini merupakan pelaburan jangkapanjang, untuk kemajuan syarikatnya kelak. Dia mahu Mustaqim membantunya menguruskan perniagaan. Amran anak lelaki nya sudah pun menjadi guru, yang tinggal hanya lah puteri bongsunya Adira yang baru sahaja tamat SPM.

“ Tapi tak menyusahkan ke nanti ?”Mustaqim masih lagi ragu-ragu dengan tawaran Yassir.

“ Macam ni Mus, aku akan taja segala perbelanjaan kau masa kau belajar nanti dengan syarat kau kena berjanji takkan kerja di tempat lain, kau akan jadi pekerja tetap aku. Bila cuti semester, kau kena datang kerja sini, kau tak boleh la ikut cuti macam budak-budak lain. Ha macam tu la sampai kau habis belajar.”

Sekali lagi Mustaqim memandang Ali, mohon pendapat.

Mustaqim menundukkan kepalanya, dalam masa yang sama otaknya ligat menimbang tawaran daripada Yassir. Risau kalau-kalau dia terperangkap dengan tawaran Yassir. Memang dia akui Yassir baik orangnya, namun dia masih lagi ragu-ragu. Persoalan demi persoalan mula memenuhi fikirannya.

“ Takpe la Mus, aku bagi kau masa seminggu tuk fikirkannya. Fikir betul-betul, samada kau setuju atau tak kau kena bagi tau aku…boleh…?”

Mustaqim mengangkat mukanya dan terus memandang Yassir .

“ Terima kasih bang, akan saya pertimbangkan semasak-masaknya nanti.”



♥♥ **************************************************** ♥♥

adakah Mus menerima pelawaan Yassir atau pun tidak...? nantikan episod seterusnya ya...

1 comment:

MaY_LiN said...

for good sake..
uuurrrrmmm
accept or reject