Saturday, October 22, 2011

AKU,DIA & TZM - PART 26

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Kawasan tapak pembinaan hingar bingar dengan bunyi jentera yang sedang menceracakkan tiang besi masuk ke perut bumi. Mustaqim mengurut perlahan dahinya. Bunyi bingit daripada besi itu buatkan kepalanya berdenyut-denyut.

" bila la nak berhenti ni....." Mustaqim menrungut sendirian.

Seolah-olah mendengar rungutan Mustaqim, kerja-kerja menceracak besi dihentikan dan selang beberapa minit kemudian, bunyi siren pula bergema menandakan waktu rehat untuk para pekerja sudah bermula. Para pekerja mula meninggalkan tapak pembinaan, ada yang menuju ke arah ruang rehat yang disediakan khas buat pekerja, ada juga yang berjalan keluar dari kawasan tersebut.

Mustaqim berjalan perlahan sambil membawa botol air di tangan kirinya menuju ke ruang rehat. Ruangan rehat itu lengang kerana kebanyakkan pekerja sudah mula bergerak ke gerai berhampiran untuk mengisi perut, yang tinggal cuba sekumpulan pekerja warga Myanmar yang sedang makan bekalan yang mereka bawa dari rumah.

Dia tidak makan seperti pekerja yang lain. Badannya agak lemah ,kepalanya terasa berat, tekaknya terasa perit, selera makannya juga hilang. Mustaqim mencapai botol yang berisi air, diteguknya dengan rakus. Terasa nyaman apabila air melalui kerongkongnya dan terus masuk ke dalam tubuh.

" jangan lah demam......." desis hatinya.

Mustaqim menyandarkan tubuhnya di tiang, matanya dipejam rapat. Saat fikirannya mula melayang, dia dikejutkan dengan bunyi telefon menandakan ada SMS untuknya. Hatinya girang, walaupun belum melihat siapa pengirimnya namun hatinya kuat mengatakan yang pengirim perasanan itu adalah kekasih hatinya.

ASK – Naurah

Berkerut dahi Mustaqim apabila membaca SMS dari Naurah. Dia tertanya-tanya apa la yang Naurah cuba sampaikan. Mustaqim tersenyum sendiri bila membayangkan wajah Naurah.

“ apa saja lah dia ni……ada je idea dia…” Mustaqim tersenyum lagi.

Hari tu…sayang bagi TOU … maksudnya Thinking Of You.. Kelmarin….IMU…maksudnya I Miss You… Kali ni…. ASK…maksudnya apa pula…? – Mustaqim

Teka la…kalau betul…..saya bagi hadiah… -Naurah

Hmm….tak dapat fikir la sayang….. – Mustaqim

Ala……kalau tak boleh jawab…awak yang kena bagi hadiah..ok…? – Naurah

Apa saja untuk mu sayang…. – Mustaqim

Selang beberapa saat SMS dihantar, Mustaqim menerima panggilan dari Naurah.


“ ASK……” ucap Naurah

“ ASK tu apa sayang….?” soal Mustaqim, terdengar tawa kecil Naurah di hujung talian.

“ aku sayang kamu……….” balas Naurah manja.

Berbunga riang hati Mustaqim apabila mendengar kata-kata cinta dari Naurah. Tubuhnya yang sedari lemah, kepalanya yang sakit kini hilang. Betapa hebatnya aura cinta yang Naurah bawa, sehingga mampu melenyapkan kesakitan yang dia alami, dalam tesenyum-senyum, otaknya ligat memikirkan sesuatu.

“ ACK……” giliran Mustaqim pula membalas.

“ ACK……..?” ulang Naurah

“ iyer…….giliran sayang pulak teka…ACK itu apa…”

“ erm……..aku…..” jawab Naurah pendek.

“ aik…aku je…?”

“ aku cinta kamu……betul tak…..?”

“ pandainya sayang saya ni……..”

“ tengok la girlfriend siapa kan…? hmm…cuba cakap sikit……ack tu apa…” Naurah memang sengaja mendunga Mustaqim

“ erm…….aku cinta kamu……” jawab Mustaqim perlahan.

Tiba-tiba sahaja mukanya terasa panas. Entah kenapa dia masih malu untuk mengucapkan kata-kata cinta secara terus. Dia lebih senang meluahkannya melalui lagu.

“ tak dengar la sayang…….”

“ aku cinta kamu……….” Mustaqim meninggikan sedikit suaranya.

“aku juga cinta…sayang kamu bangat….!!” Naurah menjawab dengan nada yang ceria.

“ alahai…ni yang cair ni…..hmm…sayang dah makan….?”

“ dah….awak…?”

“ dah jugak…..”

“ iyer ke…..macam tak je…ha…suara tu pun macam lemah je…tak sihat ke….?” soal Naurah.

“ errr….sihat la sayang…betul dah makan dah tadi…..”

Sengaja Mustaqim tidak bercakap benar, ikutkan hati memang dia ingin mengadu kepada Naurah tentang kesihatannya yang sedikit terganggu ketika ini. Namun keinginannya dipendamkan sahaja, dia tidak mahu Naurah risau.



“ jangan tipu tau…Allah marah……..”

“ betul sayang……”

“ ok lah…..kalau tak sihat…..rehat tau….makan ubat…..”

“ iyer la….jangan risau…..”

“ hmm…bagus la tu…..dah solat…?”

“ belum….baru nak gerak ni……”

“ ha…sama lah…jom la kita solat…..awak jadi imam saya boleh…?”

Permintaan dari Naurah buatkan Mustaqim terdiam.

“ Imam……mampu kah aku jadi imamnya…?” bisik hati kecil Mustaqim.

“ boleh tak…?” ulang Naurah.

“ boleh….bila tiba masanya nanti……..” jawab Mustaqim bersahaja, sebolehnya dia cuba sembunyikan getar di hati. Perkataan Imam tu terasa berat baginya.

" layak kah aku...?" Mustaqim bermonolog lagi.

“ Insya’Allah....ok lah…kita stop dulu…petang sikit saya kacau awak lagi ok sayang……”

“ ha….satu lagi…kenang daku dalam doa mu….buybye……….!!!”

Belum sempat Mustaqim membalas, talian dimatikan. Mustaqim dapat mengagak, tentu Naurah malu kerana itu la dia cepat-cepat mematikan talian. Senyuman demi senyuman tak lekang dibibirnya, lagi-lagi bila dia cuba membayangkan keletah Naurah yang bersahaja itu.

Mustaqim lantas bangun dan mengatur langkah menuju ke deretan kontena yang dijadikan surau untuk para pekerja solat. Selang beberapa langkah, Mustaqim terdengar namanya dipanggil, dengan segera Mustaqim menoleh. Kelihatan Yassir selaku majikannya sedang berjalan beriringan dengan Ali.

“ nak ke mana….?” soal Yassir .

“ nak solat kejap bang….”

“ baju kau kotor ni….kau tarik kable ke tadi…?”

“ ha’ah….saja tolong Madi dengan Yanto…kesian..takde orang tolong……”

“ rajin kau ni….bagus la tu…dah pergi tukar baju…..kita solat kat luar…..lepas tu pergi makan…aku nak semua budak-budak balik office petang ni…ada meeting sikit…..”

“ meeting pasal apa tu bang…?”

“ tentang projek kita di Kelantan nanti…dah pergi tukar baju…aku tunggu kat kereta….”Mustaqim sekadar menagguk dan akur pada arahan Yassir.



♥♥ **************************************************** ♥♥


kita ulang siar bab 26 yupp....nak bagi refrsh semula......pang

6 comments:

MaY_LiN said...

tamau la dorang pisah..
nak naurah ngan mus

nabilah_2908 said...

Hye May Lin ;

buat masa ni..mereka takkan terpisah....huhu.. ;)

Dilla Ady said...

ohhh...romantik setik btul diorang nih...huhu

pssttt...jom jengah pelangi hati...suda update!

nabilah_2908 said...

Hye Dilla ;

sudah terjah..... :)

sambung lagi.... ;)

Anonymous said...

cinta memang manis..
tpi bila di uji dgn tekanan org tua...
segala2nya...kucar kacir dlm sekelip mata..
ur story da nk same dgn kisah dri ni..
the more worst part ialah..dia bkn org sini...
wat should i do..
sya ada mase 2 thun ag to be a doctor..
is it really love or juz a crush..
tpi hti ni rase x sgp je nk lepaskan kenangan tu..
5 tahun yg berlalu..

Azlina Manan said...

cite ni xde smbungan ke...?