Wednesday, August 17, 2011

HEY DIELYLA - PART 4

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Panggilan dari Kak Ani membuatkan hati Dielyla tidak keruan kerisauan.Wajah gadis kecil putih mulus berumur tiga tahun mula bermain-main di benaknya.

“ Sabar yer sayang....”

Dielyla mempercepatkan langkahnya, dek kerana kasut bertumit tinggi dan kain kurung moden yang dipakainya sedikit ketat dibahagaian kaki, menyukarkan sedikit pergerakannya. Beberapa kali kakinya hampir tersandung, mujur dia tidak terjatuh.

Setelah tiba di kereta, cepat-cepat Dielyla memboloskan dirinya ke dalam dan terus menghidupkan kereta.Percubaan pertama gagal, dicubanya sekali lagi.Namun keretanya tetap tidak mahu hidup.

“ Ya Allah….kenapa dengan kau ni kereta oii..tak pernah-pernah buat hal, malam ni lak kau tak mahu hidup. Don’t do this to me. Please,hiduplah..”

Dielyla cubamenghidupkan kembali keretanya, dia tetap gagal. Dielyla mengeluh hampa, keretanya masih tak mahu hidup. Dia mula buntu, tak tahu apa yang harus dilakukan. Pada siapa dia harus minta pertolongan.

“ Rabbi yassir wala tu assir, rabbi ta’min bil hairi. Ya Allah permudahkan jangan kau susahkan..”

Dielyla sempat berdoa di dalam hati. Amalan yang di ajarkan oleh arwah datuknya tidak pernah dia lupakan. Sudah menjadi amalan hariannya bukan sahaja dikala kesusahan, malah dia juga mengamalkannya ketika memulakan sesuatu pekerjaan mahupun urusan.

Dielyla terkejut bila cermin keretanya diketuk. Pantas dia menoleh,

“ dap..dup..dap..dup…dap..dup…..” jantungnya berdenyut laju.

Saat matanya dan mata Arman bertemu, terasa seolah-olah ada satu tenaga yang memasuki tubuh Dielyla dan menyebabkan jantungnya berdegup hebat. Panahan mata Arman masih berbisa, masih seperti dulu.

Dielyla tersentak lagi apabila Arman mengetuk cermin keretanya. Perlahan-lahan pintu kereta dibuka.

“ Awak ok ke Dielyla..?” soal Arman.

“ Errr…kereta saya tak boleh start. Puas saya cuba.”

“ Takpe, cuba buka bonet kereta biar saya tengok..” arah Arman.

Dielyla hanya menurut, dia meraba-raba punat yang terletak di sisi kanan tempat duduknya, setelah pasti punat yang betul dia terus menariknya.

“ Saya dah buka, tengok la. Rasanya takde apa pun dalam bonet tu..”

Arman tersenyum, lalu tergelak kecil.

“ Awak…..enjin awak dekat depan ke belakang ?”

“ Tentunya di depan, kenapa?” soal Dielyla kebingungan.

“ Dah tu, kenapa awak buka bonet belakang, buka la yang depan.”

Masam manis wajah Dielyla menahan malu,

“ Yang kat depan tu pun orang panggil bonet ke..? macam pelik je..”Dielyla merungut sendiri.

Cepat-cepat dia menarik punat yang terletak di bawah stereng keretanya. Berbekalkan lampu jalan yang betul-betul terletak di hadapan kereta Dielyla, Arman terus memeriksa.

“ Bila kali terakhir awak tukar bateri kereta..?” soal Arman.

“ Err…tak pernah tukar sejak beli..” jawab Dielyla jujur.

“ Patutlah..bateri awak dah kena tukar. Sebab tu la kereta awak tak boleh start..”

“ Ala….mana nak cari bateri malam macam ni..saya nak cepat..”

“ Mari lah saya hantarkan,” pelawa Arman.

Its ok, saya cari Cab…”

“ Kat sini mana ada Cab,”

Arman mengeluarkan dompetnya, sekeping kad dikeluarkan lantas dihulurkan kepada Dielyla.

“ Ini kad teksi, call this number. Tapi saya tak jamin dia akan sampai dengan cepat..”

Telefon Dielyla berbunyi lagi,

“ Kak….kejap lagi saya sampai,”

“ Awak…takde masa dah ! tolong hantarkan saya cepat…!!”

♥♥ **************************************************** ♥♥



Wajah Dielyla sugul, resah hatinya apabila membayangkan wajah anak kecil yang terbaring lemah di atas katil. Sarah Najwa atau nama manjanya Wawa diserang astma ketika ketiadaan dia di rumah. Pembantu rumahnya Kak Ani panik dan terus menalifon Dielyla. Mujurlah Dielyla tiba di rumah awal, dengan bantuan Arman, Wawa segera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan. Tidak tahu di mana silapnya, sehinggakan Wawa terpaksa ditahan di wad untuk pemantauan lanjut.

Dielyla memainkan jarinya di atas permukaan cawan kertas yang berada di hadapannya. Waktu malam begini keadaan di ruang legar hospital lengang. Dielyla mengagkat wajahnya lalu melemparkan pandangannya ke arah kolam ikan yang terletak berhampiran dengannya. Sedang leka memerhatikan ikan-ikan koi berenang, tiba-tiba dia terlehat bayang-bayang susuk badan lelaki di kolam tersebut.

“ Awak tak balik lagi ?” sapa Dielyla tampa menoleh.

“ Belum, tunggu awak…”

Arman duduk di sebelah Dielyla lalu mengeluh perlahan.

“ Awak balik la, tentu isteri awak tertanya-tanya awak di mana..”

“ Isteri?”

“ Yer la, Zarra….anak awak lagi..awak balik la dulu. Terima kasih sebab bantu saya.”

Arman terdiam apabila Dielyla menyebut nama Zaara.

“ Saya dah bagitahu Zaara dah, dia ok. Awak macam mana ?”

“ Saya pun ok, cuma risaukan Wawa.”

“ Doktor kata keadaan Wawa dah ok, dah..tak perlu risau sangat. Tak esok, lusa Wawa dah boleh balik rumah.”

“ Mana awak tahu semua ni ?”

“ Doktor yang bagi tahu lah, dia ingatkan saya ni suami awak dan Wawa tu anak kita..lucu kan…?” Arman ketawa kecil.

“ Hmm…hakikatnya tidak..Wawa itu bukan anak awak, tapi anak saya.” Tawa Arman mati di situ.

“ Eh…bukan ke anak buah awak ? Kak Ani bagi tahu saya tadi Wawa anak abang awak, sekarang ni dia dan isteri bekerja di Arab Saudi..awak tolong jagakan Wawa untuk mereka…”

Kopi suam yang baru sahaja masuk ke dalam kerongkong hampir terkeluar semula, Dielyla tak sangka Kak Ani telah ceritakan segalanya kepada Arman. Wajahnya mulai panas, menahan malu.

“ Awak ni..kenapa la nak tipu benda-benda ni..hmmm..?”

“ Saya terlupa perkataan saudara…anak saudara” balas Dielyla pendek.

“ Iyer lah…erm...Dielyla…boleh saya cakap sikit…?”

“ Bukan dah banyak ke yang awak cakap tadi?”

Arman tidak segera membalas, dia mendiamkan diri. Dielyla dapat mengagak apa yang ingin diperkatakan oleh Arman, ikutkan hatinya dia malas mahu mendengarnya. Namun secara tiba-tiba hatinya berubah.

“ Ok lah…awak nak cakap apa, cakap lah..”

“ Lama dah saya tunggu saat-saat ni, syukur lah Allah berikan saya kesempatan ini. Rasanya awak dah boleh agak kan apa yang saya nak cakapkan ni ?”

“Kalau awak rasa macam tu, kenapa nak cakap juga?” bidas Dielyla

“ Hanya satu benda je….maafkan lah atas kesalahan yang saya dah buat pada awak sebelum ni. Maafkan saya, selagi saya tak minta maaf pada awak, selagi tu la hati saya takkan tenang.”

“ Mudah kan mengeluarkan kata-kata maaf. Tapi yang menanggungnya apa awak fikir ianya mudah ?”

Arman mendiamkan diri, beri peluang pada Dielyla melempiaskan segala yang terbuku di hatinya.

♥♥ **************************************************** ♥♥




“ Seumur hidup saya, saya tak pernah terima penghinaan yang sebegitu teruk dari awak dan juga Zaara. Saya tahu saya banyak kelemahan, saya ni buruk. Dah la buruk, gemok lak tu. Saya sedar itu semua tapi saya tak minta semua ini. Apa salah saya, apa dosa saya sampai awak sanggup memalukan saya?” luah Dielyla dalam suara yang agak keras namun tenang.

“ Awak yang buatkan saya jatuh cinta pada awak. Seingat saya, saya tak pernah pun terhegeh-hegeh pada awak macam perempuan-perempuan yang gila kan awak. Awak yang datang pada saya, awak buat macam-macam semata-mata mahu saya tersenyum betul tak..? awak yang kata macam tu, ingat lagi ?”

Arman sekadar mengangguk perlahan. Masakan dia boleh lupa.

“ Selagi awak tak senyum, selagi tu saya takkan berhenti menyanyi. Selagi awak tak senyum, selagi tu saya takkan berhenti memanggil nama awak….” Kata-kata yang pernah diucapkan suatu ketika dahulu dan hingga kini ianya masih lagi terngiang-ngiang di telinga Arman.

“ Saya tak minta perasaan itu datang, malah sekeras-kerasnya saya cuba nafikan perasaan yang ada untuk awak. Saya dah cuba, namun semuanya tak berhasil. Saya tak dapat halang perasaan cinta itu. Walaupun saya cintakan awak namun saya sedar siapa diri ini, saya tahu saya tak layak berdamping dengan awak. Saya sedar diri saya..”

Saat itu air matanya mula merembes keluar. 5 tahun dia memendam perasaan dan malam ini barulah dia mendapat kekuatan untuk meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

“ Zaara ambil diari saya, dia datang ke café kemudian dia baca kuat-kuat sampai semua orang yang berada di café boleh dengar. Sana sini tersenyum sinis ke arah saya, bila saya nampak awak berlari ke arah saya, saya ingatkan awak nak bela saya. Malangnya awak bela kekasih awak, awak turut sama mencaci maki saya. Besar sangat ke doa saya sehinggakan saya diperlakukan sebegitu? Awak buatkan saya hilang keyakinan diri.”

♥♥ **************************************************** ♥♥



Arman sebak. Dia akui memang itu la kesilapannya, memang dia sedar dia silap, dia cuba mencari Dielyla pada keesokkan harinya. Namun Dielyla sudah tiada, terus pergi tampa sebarang khabar.

“Maafkan saya Dielyla, awak tak salah, tapi saya..fikiran saya serabut..”

“Sudah la Arman, awak balik lah dah malam sangat dah ni, beribu kata maaf pun takkan merubah apa-apa, perkara dah terjadi yang sudah, sudah lah. Saya pun rasa lega juga bila dapat luahkan semuanya pada awak.” Dielyla memintas kata-kata Arman.

Arman mengeluh kasar, sungguh pun kata-kata Dielyla menunjukkan dia sudah memafkan dirinya, namun perkataan ‘saya maafkan awak’ masih tidak keluar lagi dari mulut Dielyla. Arman mengalah, dia bagun lalu berdiri di hadapan Dielyla.

“ Baiklah, saya gerak dulu. Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk saya. Saya tak pasti samada awak maafkan saya ataupun tidak. Tak mengapa lah saya sedar saya tak layak untuk semua ini. Awak jaga diri baik-baik, moga satu hari nanti hati awak terbuka tuk memafkan saya” Arman tersenyum pahit, berat rasa kakinya untuk melangkah, namun digagahinya juga.

Dielyla hanya menghantar Arman dengan sorotan matanya sahaja. Fikirannya kini kosong, entah kenapa mulutnya sukar melahirkan kata-kata maaf walaupun jauh di sudut hatinya dia sudah pun memaafkan Arman.

“Apakah aku benar-benar memaafkan Arman ? apakah aku benar-benar ikhlas maafkan dia ?” bisik hati kecilnya.

“ Ya….aku ikhlas maafkan dia…aku ikhlas……Arman..tunggu…..” hati kecilnya menjerit.

Dia pantas melangkah mengejar Arman, semakin lama langkahnya semakin laju sehinggalah dia terdengar satu bunyi dentuman yang kuat saat dia berada di luar pengkarangan hospital.

“ Armannnnnnn…………………!!!!”

Dielyla segera menerpa ke arah Arman yang terbaring tidak sedarkan diri. Arman baru sahaja berlanggar dengan sebuah motosikal, penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak lalu terus melanggar Arman.



1 comment:

Anonymous said...

wah cerita nie sangat menarik , saya tak sabar nak tunggu the new n3, cepat2lah akak post ye:)