Saturday, July 2, 2011

HEY DIELYLA - PART 3

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Setengah jam perjalanan, akhirnya Dielyla tiba di destinasi. Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, itu lah tempat yang telah ditetapkan untuk Majlis Reunion ini. Kereta dipakir berdekatan dengan pintu masuk, Dielyla berjalan perlahan masuk ke dalam, lagaknya seperti orang yang tenang namun hakikatnya di dalam hatinya bergoladak dengan seribu satu perasaan. Namun sedayanya cuba di sembunyikan. Dielyla memilih untuk duduk-duduk terlebih dahulu di ruangan lobi sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Sebaik sahaja punggung dilabuhkan, kelihatan seorang wanita mengenakan kaftan hitam dan bertudung senada dengan bajunya meniti anak tangga turun ke bawah. Anggun sekali wanita itu walaupun wajahnya sedikit sembab. Dielyla memerhatikan sahaja gerak geri wanita tersebut seolah-olah sedang mencari seseorang.

“ Zarra…….” Kedengaran suara garau dari arah belakang memanggil wanita tersebut.

Wanita itu segera berpaling,

“ Abang……..abang ke mana ? Puas Zarra cari kat atas, acara dah nak mula dah ni…..”

Dielyla tersenyum sendiri. Sedar lah dia kini bahawa wanita itu adalah Zarra dan suaminya Arman. Dielyla terus memerhatikan pasangan itu. Mereka kelihatan begitu mesra. Terasa hatinya bergetar tatkala melihat Zarra menarik tangan Arman mengajaknya untuk ke atas. Dielyla menghantar pasangan itu dengan sorotan matanya sahaja sehinggalah mereka hilang dari pandangan.

Entah kenapa hatinya sekali lagi diserang perasaan cemburu, Dielyla bingkas bangun dan mula melangkah keluar dari Kelab Golf tersebut. Langkahnya terhenti apabila terdengar namanya dipanggil.

“ Eh Lyla….kau nak ke mana tu….?” soal Farah, nada suaranya sedikit tinggi.

“ Errr……aku…aku…..” Dielyla kehilangan kata-kata.

“ Kau jangan gatal nak balik eh….”

“ Tak la, tertinggal barang…nak pergi ambil sekejap…” Dielyla memberi alasan.

“ Dah…dah….nanti-nanti je kita pergi ambil, jom lah naik….dah nak mula dah tu. Ramai yang nak jumpa kau tau….dah jom..jom….” Farah menarik-narik tangan Dielyla.

♥♥ **************************************************** ♥♥



VVIP Ball Room, perkataan itu la yang terpampang di dinding saat Dielyla dan Farah tiba di tingkat atas.

“ wah….VVIP Room...” Dielyla teruja.

“ Ha, Zarra tempah khas tuk kita-kita je tau. Yer la..tak ramai pun campur kau dengan aku baru lima belas orang…” bebel Farah.

Pintu yang rengang tidak ditutup rapat, dikuak lantas Dielyla melangkah masuk, ketika itu acara telah pun bermula. Zarra yang baru sahaja mengucapkan kata-kata aluan terhenti apabila dia terpandang ke arah Dielyla. Zarra meneguk air liurnya, secara tiba-tiba lidahnya kelu. Orang yang dinanti-nantikan kini berada di hadapan mata. Zarra menarik nafasnya dalam-dalam dan menyambung ucapannya.

“ Maaf….ok..kita sambung semula. Terima kasih kerana sudi hadir, saya sangat gembira bertemu dengan rakan-rakan semua walaupun hanya sebahagian, tapi ini sudah memadai buat saya..terima kasih, moga dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Kalau dalam masa terdekat ni diadakan sekali lagi perjumpaan, mungkin trip percutian..macam mana..?”

Dewan yang kecil itu bergema dengan suara, nampaknya ramai yang setuju. Sementara itu, tampa Dielyla sedar ada sepasang mata yang ayik memerhatikannya dari jauh.

“ Makin cantik kau sekarang ni…..makin comel..” gumam hatinya.

Arman tersenyum sendiri apabila melihat Dielyla sedang ketawa bersama rakan-rakannya yang lain. Memori lama kembali menerjah fikiran Arman. Perasaan bersalah dan menyesal terhadap tindakkannya yang terburu-buru itu tidak pernah hilang. Dia tahu dia salah, entah mana hilangnya akal warasnya ketika itu.

Setelah dia sedar, semuanya sudah terlambat. Semuanya telah berakhir saat Dielyla menghilangkan diri. Hari ini takdir menemukan mereka kembali. Ingin sekali dia menemui Dielyla, dia ingin memohon kemaafan dari Dielyla, namun langkahnya terasa berat seolah-olah ada batu yang besar terikat di kakinya.

“ Adakah kemaafan ada untuk ku……” hatinya mula gusar.

Sedang dia berperang dengan perasaan sendiri, matanya terpandang akan DJ yang sedang sibuk memilih CD lagu. Arman mengatur langkah menghampiri DJ tersebut lalu menulis sesuatu di atas kertas dan terus menyerahkan kepada DJ tersebut .DJ tersebut sekadar tersenyum lalu mengagguk-anggukan kepalanya sahaja.

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Assalammualaikum…hai Dielyla..” suapan Dielyla terhenti,

“ Hye Zarra……” balas Dielyla beserta senyuman.

“ Boleh aku duduk di sini..?”

“ Boleh..sila la, tak makan sekali…?” balas Dielyla ramah.

Zarra sekadar menggeleng, manakala Farah yang sedari tadi duduk di sebelah Dielyla mula bangun meninggalkan meja.

“ Eh…kau nak ke mana tu Farah…?” soal Dielyla yang mula keresahan apabila ditinggalkan berdua dengan Zarra.

“ Aku nak pergi jumpa kawan lain la pula. Kau bual-bual la dengan Zarra yer, pasti banyak perkara yang korang berdua nak bualkan…..” Farah cepat-cepat berlalu meninggalkan Zarra dan Dielyla.

Sebaik sahaja di tinggalkan, keadaan menjadi sepi buat seketika.Masing-masing kematian kata-kata, tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan.

“ Err…biar aku berterus terang saja lah pada kau. Kau tahu kan aku tak boleh hidup lama?”

“ Itu aku tak tahu, bukan ke hidup mati itu urusan Allah ?” bidas Dielyla,

"Pelik, secara tiba-tiba Zaara bercakap soal mati. Dek kerana itu ke dia beria-ia nak minta maaf dari aku ?" bisik hati kecil Dielyla.

“ Aku tahu tu, tapi aku telah diberikan ingatan supaya bersedia..tak gitu ?”

“ Hmm…ada betulnya juga..”

“ Aku banyak buat salah dengan kau kan..? Sebelum terlambat, aku susun sepuluh jari untuk mohon maaf pada kau atas kesilapan aku..”

Dielyla tergelak kecil, Zaara mula terasa hati, terasa seolah-olah sedang dipermainkan.

“ Kenapa kau ketawa Dielyla..?”

“ Maaf….tapi cara kau minta maaf lucu lah, dah macam hari raya pulak..” Dielyla tergelak lagi, tapi Zaara hanya membatu.

" And takperlu la kau jadikan sakit kau tu sebagai satu sebab untuk kau minta maaf, ikhlas la. Andainya kau tak sakit, rasa-rasanya kau akan minta maaf macam ni tak ?" sambung Dielyla lagi.

“ Zaara…..yang lepas tu…lepas la. Tak perlu nak ungkit lagi, kita buka lembaran baru. Aku dah lama maafkan kau, sudah-sudah la tu yer..”

Mata Zaara mula berkaca, dalam diam dia bersetuju dengan kata-kata Dielyla. Walaupun kata-kata itu ada berbaur sindiran, tapi ada betulnya. Jika dia tidak sakit, mahukah dia merendahkan diri, membuang segala egonya datang mohon maaf pada Dielyla. Tentu sekalinya tidak. Kerana penyakitnya ini lah membuatkan dia berubah, berubah menjadi Zaara yang baru. Menjadikan dia Zaara yang disayangi ramai.

Zaara memanjatkan syukur, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih Dielyla.

“ La….kau nak menangis ke Zaara..?”

“ Sikit…” balas Zaara pendek sambil mengelap air mata yang hampir jatuh.



Dielyla merasakan yang hatinya lapang, dia tidak pernah merasakan perasaan ini sebelum ini. Baru kini dia dapat merasakan betapa manisnya apabila memberikan kemaafaan dengan penuh keihklasan. Entah kenapa hatinya mula lembut apabila mula bertentang mata dengan Zaara. Dielyla tersenyum lagi, tangan Zaara diraih lembut.

“ Dah la…tak cantik nanti kalau kau menangis. Janji dengan aku yang kita takkan ungkit lagi hal-hal yang lepas..ok..?"

Zaara turut tersenyum lantas menganggukkan kepalanya. Mereka mula berbual mesra tentang kehidupan masing-masing. Dielyla tersenyum, Dielyla juga ketawa. Namun segalanya terhenti secara tiba-tiba apabila dewan itu bergema dengan lagu Hey There Delilah nyanyian kumpulan Plain White T’s. Dielyla terkedu. Lagu yang paling dia benci kini berkumandang.

Rakan-rakannya yang lain memandang Dielyla sambil tersenyum, ada juga yang menepuk tangan. Dielyla malu, mahu tak mahu dia terpaksa memaniskan mukanya walaupun hatinya membukam rasa benci, benci kepada lagu ini, benci dengan kisah lalu.

“ Kenapa kau tak boleh ikhlaskan hati tuk memaafkan dia…kenapa kau tak ikhlas sama sepertimana kau maafakn Zaara…..” seperti ada suara halus yang berbisik di telinga Dielyla.

“ Lagu favorite kau kan Dielyla….” Kata-kata Zaara menusuk hatinya. Dielyla sekadar tersenyum.

Zaara memanjangkan lehernya, memerhatikan keadaan sekeliling. Lagaknya seperti mencari seseorang.

“ Kau cari siapa tu Zaara…?”

“ Ish dia ni…selalu sangat hilang….kejap eh Dielyla…” Zaara bingkas bangun meninggalkan Dielyla, soalan dari Dielyla dibiarkan tampa jawapan.

Selang beberapa minit, Zaara kembali lagi. Ketika itu Dielyla sedang berbual dengan rakan yang lain.

“ Dielyla………” panggil Zaara girang. Pantas Dielyla menoleh.

Seperti batu besar menghempap kepala saat dia bertentangan mata dengan Arman. Dielyla mula rasa tidak keruan. Terasa darahnya bergerak lajutampa arah tujuan. Titik-titk peluh mula membasahi dahinya.Dielyla tergamam.

“ Pasti banyak perkara yang korang berdua nak bualkan…” ucap Zaara, dan sekali lagi Zaara menghilang meninggalkan Arman dan Dielyla.

Arman hanya berdiri di hadapan Dielyla tampa suara, begitu juga dengan Dielyla. Wajahnya ditundukkan, jari-jemarinya mula menjadi mainan. Keadaan menjadi bisu, seoalah-olah masa terhenti buat seketika. Dielyla kembali berperang dengan perasaan. Apa yang harus dia katakan, apa yang harus dilakukan.

“ Hey Dielyla……” Arman memulakan bicara.

Bergetar hati Dielyla saat mendengar namanya disebut. Lenggok suara Arman masih sama seperti dulu, cara dia menyapa juga masih serupa. Dielyla mengangkat wajahnya perlahan dan memandang tepat ke mata Arman buat seketika. Arman terkesima saat menerima senyuman dari Dielyla, hatinya yang sedari tadi berkocak hebat kini reda.

“ Apa khabar Dielyla…..” soal Arman lagi.

Belum sempat Dielyla menjawab, telefon Dielyla berbunyi, dengan pantas Dielyla menyeluk bagnya dan mengeluarkan telefon. Dahinya dikerutkan saat melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon.

“ Hello….yer Kak Ani, kenapa dengan Wawa…?” soal Dielyla cemas,

Arman hanya mendengar, dalam hatinya tertanya-tanya siapakah Wawa.

“ Ya Allah…anak aku.!!” Ucap Dielyla separuh menjerit.

“Anak?Dielyla dah berkahwin?” gumam hati Arman.

Dielyla kelihatan cemas, lantas dia mencapai bagnya dan berlari-lari kecil meninggalkan Arman, meniggalkan dewan tampa sebarang pesan mahupun kata-kata.





Apakah ada kemaafan buat Arman ?pang

6 comments:

gadis bertudung hitam said...

interesting :) good job..x saba tgk cite strusnye

http://bertudunggadis.blogspot.com/
pls komen aftr bace ok :)

Anonymous said...

bla nk kuar n3 terbaru..x sbar nk tau apa yg terjadi strusnye.. :)

Anonymous said...

bla nk kuar n3 terbaru..x sbar nk tau apa yg terjadi strusnye.. :)

Anonymous said...

ke anak dielyla dgn arman.mana tau ada kisah silam antara mereka...pandai2 je..hehehe
nabila cpt la smbg crta nie..kmi nk tau sapa bdak tu <3

Anonymous said...

(:tak sabar nak tahu apa sebenarnya yg terjadi,bila post new n3? dah lama saya tunggu:)nice story

Anonymous said...

apa yg terjadi selepas tu? betul ke budak wawa tu anak dielyla, saya nak tahu sangat2,cepatlah sbmg kak nabila