Monday, June 20, 2011

HEY DIELYLA - PART 2

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


5 tahun kemudian,

“ ok…ok….saya faham…tunggu saya balik office…”

“ kau ni Lyla…busy bebenor….masa makan pun cakap pasal kerja…”

“ kerja bidang service macam ni la Farah….ada apa-apa complain dari customer..aku kena handle…” jawab Dielyla bersahaja.

“ lama kan kita tak jumpa….nasib baik kita terserempak kat Petrol Station semalam…kalau tak..sampai ke sudah kita tak jumpa….”

“ itu la yang dinamakan jodoh..”

“ hahaha…betul tu…eh..aku tengok…..kau dah kurus sikit la Lyla……semakin bergaya..” Puji Farah.

Dielyla tergelak besar apabila mendengar pujian teman lamanya semasa mereka sama-sama menuntut di kolej dulu.

“ kurus tang mana tu Farah….aku macam ni jer la..tak berubah…kalau turun sikit jer la..tapi kalau naik..hmmm……tak tau aku nak gambarkan macam mana….” Dielyla ketawa lagi.

Farah turut sama ketawa,

“ eh aku puji kau ni ikhlas tau..takde nak sindir-sindir” sambung Farah.

Dielyla semakin anggun sungguh pun bentuk badanya tidak banyak berubah. Farah kagum dengan keyakinan diri yang Dielyla miliki.

“ suka la kau eh….ha..kau apa cerita sekarang ni Farah..?” sambung Dielyla.

“ takde cerita yang menarik selain menjadi suri rumah sepenuh masa…kadang-kadang boring juga….”

“ la….suami kau tak bagi kerja..?”

“ tak…..elok-elok aku kerja kat Koperasi Polis tu….dia suruh berhenti bila aku mula mengandungkan Dhiya…katanya dia mampu sara aku anak beranak…”

“ suami kau kan polis pangkat tinggi..tentu-tentunya dia mampu…..”

“ hmm…macam tu la….aku duduk rumah keje pun tak banyak mana…bila petang tu…aku layan Facebook…ha…blog pun aku ada…itu lah dunia aku sekarang ni…”



“ ok la tu Farah…tak la jadi macam aku..keluar rumah gelap..balik rumah pun gelap…sibuk dengan kerja-kerja aku…nak mengadap internet untuk suka-suka memang tak kuasa lah…”

“ boleh jer kalau kau nak..tapi kau saja sibuk kan diri kan?”

Dielyla tidak segera menjawab soalan Farah, dia lebih selesa memilih untuk senyum sahaja.

“eh….kau ada Facebook tak..? add la aku..puas aku cari nama kau..tak jumpa-jumpa…” sambung Farah.

“ ada…tapi tak aktif…kawan pun ada dua tiga ketul je..malas la Farah…”

“ ish…ada pulak macam tu…tak kira…aku nak email kau…nanti kau approve friend request aku tau…ramai weh yang cari kau….lagi-lagi Si Zarra…”

Suapan Dielyla terhenti apabila nama Zarra disebut.

Zarra….Sudah lama nama itu luput di ingatan, sejak dari peristiwa di café itu, memang sedaya upaya dia cuba melupakannya, sehinggakan dia sanggup ikut abangnya pindah dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk memulakan hidup baru. Kejadian di café itu mengganggu kehidupan sehariannya. Setelah sekian lama, kini nama itu timbul kembali. Secara tiba-tiba peristiwa itu kembali bermain-main di benaknya.

Farah yang tidak perasaan akan perubahan riak wajah Dielyla meneruskan ceritanya.

“ ha….kau tau tak…Zarra dan Arman……..”

Sekali lagi Dielyla tersentap,jika sebentar tadi nama Zarra disebut, kini nama Arman pula.

“ hmm…kahwin juga yer mereka tu…..” Monolog Dielyla, nafasnya mula sesak, perasaan cemburu mula bersarang di dalam hati tatkala membayangkan Zarra yang kini hidup bahagia bersama Arman. Dia tak mampu mendengar lagi cerita Farah.

“ Farah…boleh tak kalau kita tak sebut nama-nama tu…cerita lain ke….” Dielyla mencelah, sekaligus mematikan kata-kata Farah.

“ err….maafkan aku…kau tak selesa yer….kau masih ingat lagi kisah tu…?”

Dielyla hanya menjungkitkan bahunya.

“ sampai sekarang ke kau tak boleh maafkan mereka..?” soal Farah.

“ aku dah lama maafkan…cuma….nak melupakan je itu yang payah….”

“ ermm…ok lah…maafkan aku sekali lagi….tapi aku harus sampaikan juga tentang satu perkara ni…”

“ perkara apa tu Farah?”

“ macam ni….aku dapat invitation dari Zarra….dia nak buat reunion…sesama batch kita je..semua nama dia dah senaraikan…nama kau dalam list yang teratas..Zarra memang nak sangat jumpa dengan kau Lyla…”

Dielyla merenung anak mata Farah dalam, kelihatan Farah bersunguh-sungguh dengan kata-katanya.

“ ada apa dia cari aku…?”

“ kalau kau nak tahu, Zarra dah banyak berubah, lagi-lagi sejak dia dah kawin dan ada sorang anak, lain sangat…dulu seksi seksa kan dia tu…sekarang ni dah bertudung dah”

Dielyla sekadar mendengar sambil menghabiskan sisa-sisa makanan yang berada di dalam pinggannya.

“ kau nak tau sebab apa dia nak adakan reunion ni…?” Farah cuba memancing Dielyla agar lebih berminat dengan cerita yang dia sampaikan.

“ kenapa…?”

“ Zarra…dia takkan dapat hidup lama….sebab tu dia beriya sangat nak buat reunion ni…dia sedar dulu dia banyak buat silap….dia nak minta maaf pada semua…...”

“ hah….tak dapat hidup lama… sakit ke dia?”

“ doktor sah kan dia ada breast cancer…dah lama sel cancer tu bersarang, cuma dia je tak tahu….masa dia dapat tahu pun lepas setahun dia melahirkan anak….sebelah dari breast dia dah kena buang..yer la..untuk elakkan sel itu merebak, malangnya sel itu makin aktif…kini sampai ke paru-paru pula…kau tahu…sepanjang lima tahun ni..pelbagai musibah menimpa dirinya…tapi dia kelihatan tabah harunginya…aku kagum dengan semangat dia tapi dalam masa yang sama..simpati..lagi-lagi memikirkan nasib anak kecilnya tu…umur lebih kurang macam Dhiya…”

“ Ya Allah….sampai macam tu sekali…?” rasa simpati mula bersarang di hati Dielyla. Dia sama sekali tak menyangka Zarra kini di ambang maut.

“ yupp…sebaik sahaja doktor kata harapan untuk dia sembuh semakin tipis, jangka hayat dia pun dah tak lama…Zarra ambil keputusan untuk hentikan rawatan kimoterapi…dia hanya ambil ubat sahaja..selebihnya dia redha….”

Dielyla kehilangan kata-kata, dia tidak tahu apa yang perlu diucapkan kepada Farah, perasaannya kini bercampur baur di antara simpati, dendam, marah dan benci. Bila dia teringatkan Arman, hatinya bertambah sayu, kasihan pada Arman yang bakal kehilangan isteri tercinta dan anaknya yang bakal kehilangan ibu.

“ Lyla….” Sapa Farah.

“ hmm…….”

“ kenapa kau diam…?”

“ entah…aku tak tau nak kata apa Farah……tak sangka boleh jadi macam ni….”

“ takpe la…..aku dah cerita panjang lebar ni…..erm…kita pergi eh reunion tu…?”

“ hmmm…tengok la macam mana nanti…biar aku fikir dulu…aku tak pasti samada aku kuat tuk berdepan dengan kisah lampau aku atau tidak..”


Sedang mereka berbual, tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam restoran dan berjalan terus menghampiri mereka.

“ hye sayang…maaf lah lambat….” Sapa lelaki tersebut, dia terus menarik kerusi dan terus duduk di sebelah Dielyla.

Farah terpinga-pinga melihat lelaki tersebut, manakala Dielyla pula sekadar tersenyum.

“ sape pulak ni Lyla…..muka ni…familiar la….macam selalu nampak…tapi aku tak ingat kat mana…” soal Farah sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“ hye….saya……..” kata-kata lelaki tersebut terhenti saat Dielyla menyentuh lembut tangannya.

“ biarkan Farah teka dulu…..” ucap Dielyla beserta senyuman.

“ aish…nak main teka teki la pulak…..”

“ cuba kau renung betul-betul….aku rasa kejap lagi..pasti kau akan ingat…”

Farah menongkat dagu sambil memandang wajah lelaki yang berada di hadapannya itu.

“ eh…..aku ingat dah…awak ni…Afdhal kan….abang senior kite orang masa kat kolej dulu….?”

Dielyla ketawa lagi seraya mengangguk-anggukkan kepalanya.

“ Ya Allah…kecil nya dunia…..” ucap Farah separuh menjerit, apabila dia perasaan orang yang duduk berdekatan dengan mereka memandang, Farah menekup mulutnya. Dielyla ketawa lagi. Terhibur rasa hati dengan keletah Farah yang lucu.

“ awak….kalau awak nak tahu..ini la secret admirer awak…lama dah dia syok kat awak tau…” cerita Dielyla.

“ ish kau ni Lyla….buat malu aku je…” pintas Farah.

“ ooo…iyer ke…..kenapa tak terus terang je dari dulu….tak sangka pula..saya ada peminat…ingatkan saya je yang jadi peminat….” Balas Afdhal sambil menjeling manja ke arah Dielyla.

“ macam mana la nak terus terang…orang tu asyik kejar Dielyla je…kita sikit pun tak pandang…ish…dah-dah la tu cerita kisah lama…ni nak tanya ni…bila korang berdua nak kawin…?” soalan dari Farah buatkan Afdhal tergelak besar.

“ Sayang saya ni masih belum ready…nak kerja dulu katanya…saya pun sibuk ke sana ke sini atas urusan kerja…nak sattle down dulu…lepas tu baru boleh fikir pasal ni…kan sayang….” Balas Afdhal sambil menyiku lembut bahu Dielyla.

“ ish..ish..ish..jangan tunggu lama-lama….eh..seronok tau dah kawin ni….” Farah berikan senyuman nakal kepada Dielyla.

“ Astaghfirullahhalazim……” tiba-tiba Farah menepuk dahinya, cepa-cepat dia melihat jam di pergelangan tangannya.

“ kenapa Farah…?”

“ kalau dah berbual..macam ni la…tak ingat dunia….aku dah lewat ni..nak pergi ambil Dhiya kat rumah mak mertua aku….a…a…aku minta diri dulu eh Lyla..thanks tau belanja aku…nanti kita calling-calling eh…ha…jangan lupa pasal reunion tu tau…bye…..” Farah tergesa-gesa bangun meninggalkan Dielyla dan Azfar berdua.

“ Farah tu….tak sudah-sudah dengan kalutnya…” ucap Dielyla sambil menghabiskan minumannya.

“ seronok jumpa Farah yer….nak buat reunion ke sayang…?” soal Afdhal.

“ hmm…macam tu la…awak nak ikut tak….reunion dengan budak-budak kolej dulu….”

“ tak boleh nak janji sayang…..awak comfrim kan tarikh dulu…nanti saya check schedule…”

“ hmm….ok lah….”

♥♥ **************************************************** ♥♥

Dielyla berdiri di hadapan cermin, membelek-belek wajahnya dan baju kurung moden berwarna merah yang tersarung kemas di tubuhnya. Hatinya bergitu berat untuk hadir ke majlis reunion tersebut. Dia resah, serba tidak kena. Ikutkan hati mahu sahaja dia membatalkannya, namun bila mengenangkan janjinya dengan Farah, dia mula jadi serba salah.

“ sorry sayang…saya tak dapat nak temankan awak ke majlis tu….saya masih ada urusan di Singapura..” kata-kata Afdhal melalui telefon petang tadi telah mematahkan semangatnya.

Macam-macam perkara dan kemungkinan yang bermain di fikirannya kini, mampu kah dia berhadapan dengan Zarra, tegar kah dia apabila melihat Arman, lagi-lagi bila melihat Arman bersama Zarra. Mampu kah dia melupakan peristiwa dulu, apakah Zarra benar-benar ikhlas mahu meminta maaf atau sengaja ingin menunjuk kepadanya yang dia kini telah memilik Arman.

“ Argh…serabut…!!!!”

Dielyla mencapai tas tangan dan kunci keretanya yang terletak di atas meja dan terus berlalu meinggalkan rumah.

“ apa nak jadi, jadi lah…….” Gumam hatinya.



wokeh...nanti sambung lagi yupp........kalau ada part-part yang tak ok...teguran dari kamu..kamu semua sangat di alu-alukan..pang

5 comments:

Diahperi said...

sy suke cita ni ..best..cpt smbung ye..nk tau cam na dielyla bila b`jumpa ngan arman n zara..harap2 dia buat cam x de apa2 berlaku lah ye...

nabilah_2908 said...

Hye Sadiah ;

terima kasih..nnti sy update lagi yupp.. :)

nntikan sambungan seterusnya... :)

Dilla Ady said...

dear,

dilla perasan kan, kalu dialog... mesti ade titik-titik yg panjang sebelum memulakan ayat yang baru...

tak tau la benda tu betul atau salah tp dalam novel biasenye takde camtu kan? cuba nabilah rujuk yg arif, boleh atau tak ye penggunaan titik-titik yang panjang tu?

dilla cume bagi pendapat jek tau la btul ke tak dilla punye kemusykilan ni..

(contoh: "hmmm....macam tu la...awak nak ikut tak...reunion dengan budak-budak kolej dulu...")

bukan sepatutnya ----- > "Hmmmm.....macam tu la. Awak nak ikut tak, reunion dengan budak-budak kolej dulu?"

nabilah_2908 said...

HYE DILLA ;

Yupp..sy perasan tu...tp mls nak edit2... :)

taip ikut sesedap rasa je...kalau2 terjumpa typo..maaf la yer..huhu.. :)

Ayu Zan said...

kak bila sama dgn sy..tulis ikut suka..jns xedit balik..hehe