Saturday, August 20, 2011

HEY DIELYLA - PART 5

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Dielyla bergegas ke wad yang menempatkan Arman. Perkara yang berlaku semalam terasa seolah-olah bagaikan mimpi, namun dia harus terima hakikat bahawa ianya realiti. Melihat Arman terkulai layu, hatinya merintih hiba, tidak putus-putus dia memanjangkan doa agar Arman selamat. Keadaan malam itu kalut, sementara menanti keluarga Arman tiba, Wawa pula mula sedar dan menangis-nangis mahukan dia berada di sisi. Mujur Zaara tiba dulu setelah diterangkan segalanya dia bergegas bertemu Wawa.

Pagi ini baru lah dia berkesempatan untuk bertanya keadaan Arman. Dia pula yang diselubungi perasaan bersalah. Mungkin Arman begitu sedih kerana dia tidak memaafkannya, kerna itu dia hilang tumpuan sehinggakan dia berlanggar dengan motosikal.

Saat dia tiba di wad, sekali lagi dia bertemu dengan Zaara. Kelihatan seolah-olah Zaara sedang menunggu seseorang.

“ Assalammualaikum…..” sapa Dielyla lembut. Zaarasegera menoleh menjawab salam lalu tersenyum.

“ Lama dah aku tunggu kau, kenapa lambat..?”

Dielyla mengerutkan dahinya, pelik dengan pertanyaan Zaara.

“ Kalau kau cepat sikit boleh jumpa dengan Arman. Tapi sekarang ni dah terlambat..” kata-kata Zaara mati di situ.

“Hah…!! Kenapa dengan Arman?” kata-kata Zaara buatkan Dielyla cemas. Zaara tersenyum. Tangan Dielyla diraih, lalu digengam erat.

“Relax dear, jangan fikir yang bukan-bukan. Arman dah di trasferkan ke hospital lain, di JB.”

“Kenapa pula?”

“Senang ada orang nak tengok-tengokkan dia, buah pinggang Arman rosak akibat dilanggar motor semalam, sekarang ni keadaan dia agak kritikal la juga sebab buah pinggang dia yang sebelah lagi memang dah lama rosak. Dia bergantung hidup dengan buah pinggang dia yang satu ni je la, tapi sekarang ni..hmmm entah lah, kalau ada rezeki dia, ada yang sudi menderma buah pinggang dapat la dia diselamatkan, jika tidak…….”

“ Ya Allah……..” Dielyla terduduk, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi.

“ Sebab itu la dia di transfer ke JB, famili kami semua di sana..”

“ Semuanya salah aku……”

Zaara menyentuh lembut bahu Dielyla.

“ Ini semua takdir. Nasib kami la agaknya, tak dapat hidup lama.”

“ Zaara…jangan la cakap macam tu.”

“ Takde apa lah..eh..nanti kau datang JB yer, aku SMS alamat hospital and wad berapa Arman ditempatkan..” Zaara cuba mengubah topik.

“Erm…kau sayangkan Arman tak ?” Soalan dari Zaara buatkan dia tersentak. Berkerut dahi Dielyla memikirkan jawapan.

“Takpe la tak perlu jawab, dari reaksi kau pun aku boleh agak..” Zaara tertawa kecil, dia nampak begitu gembira.

“ Ya Allah...hampir-hampir aku terlupa..” Zaara menyeluk bag dan terus mengeluarkan sesuatu.

“ Ini..Arman minta aku beri pada kau..diari dia ni..” Zaara menyerahkan sebuah buku berwana hitam kepada Dielyla.

“ Korang ni sama je suka tulis diari.” Zaara ketawa lagi.

“ Nanti kau baca tau. Jangan skip mana-mana page. Bila kau dah baca dari muka depan sampai muka belakang, kau akan tahu segalanya.”

“ Segalanya? Tentang apa ni Zaara? Kenapa bagi pada aku ?”

“ Kau baca je la yer..jangan banyak tanya..” Dielyla yang masih terpinga-pinga kebingungan mengambil diary hitam tersebut. Zaara tersenyum puas.

“Bagus..selesai satu hal. Lastly, sebelum aku pergi aku nak buat satu permintaan, boleh tak kau tunaikan?”

Dielyla bertambah bingung, mana dengan masalah Arman dan kini permintaan Zaara pula.

“ Permintaan apa tu Zaara, ?”

“ Andainya aku pergi nanti, kau boleh tak tolong jagakan anak aku? Kau dengan Arman sama-sama jaga dia, berikan dia didikan sempurna. Aku tak mahu dia jadi macam aku.” Mata Zaara yang bulat itu mulai berkaca.

“Kau dah mula lagi yer Zaara. Jangan la kata macam ni… Insya’Allah kau akan ok…” pintas Dielyla.

“Aku benar-benar berharap pada kau, boleh yer Dielyla?” Zaara merenung mata Dielyla dalam-dalam, mengharapkan persetujuan dari Dielyla.

Ternyata Zaara bukan main-main, dia benar-benar serius mahukan Dielyla menjaga anaknya.Dielyla teragak-agak dan akhirnya dia mengangguk tanda setuju.

Wajah Zaara kembali ceria, sebuah senyuman terukir di bibirnya. Zaara memeluk Dielyla erat.

“Terima kasih Dielyla…terima kasih..sayang kau sangat-sangat..”

♥♥ **************************************************** ♥♥



Dielyla duduk bersila di atas katil, padangannya dilepaskan ke sekeliling biliknya yang berselerak, dalam masa yang sama otaknya ligat berfikir.

“ Hai la diari…mana kau pergi ? di mana dah aku cicirkan kau? Jenuh aku mencari, tengok saja bilik aku sekarang ni, dah macam tongkang pecah..” Dielyla membebel sendirian.

“ Afdhal……….!!” Ucapnya separuh menjerit. Dielyla lantas mencapai telefon bimbitnya dan terus mendail nombor Afdhal.

“ Hello Sayang………apa mimpi call saya ni..rindu ?” Ucap Afdhal riang.

“ Erm…Afdhal…nak tanya sikit…”

“ Nak tanya bila saya nak masuk meminang awak ke..?” Seloroh Afdhal.

“ Awak ada nampak tak buku hitam dalam kereta awak, kot-kot tertinggal kat situ ?” Dielyla tak melayan seloroh Afdhal, dalam kepalanya hanya memikirkan diari Arman.

“ Buku yang awak pegangan masa balik dari hospital petang tadi ke ?”

“ Ha….itu lah. Agaknya tercicir, sebab masa dalam kereta awak saya tertidur..”

“ Nanti saya tengok kan..penting sangat ke buku tu ?” soalan Afdhal berbaur cemburu, namun Dielyla tak dapat mengesannya.

“ Kalau awak jumpa, jangan baca tau. Terus bagi pada saya…boleh eh?”

“ Ok…ok…saya pergi cari kejap. Kalau jumpa saya call balik.”

“ Thanks awak….saya tunggu..”

♥♥ **************************************************** ♥♥




Afdhal merengus kasar, dia sangat berkecil hati dengan sikap Dielyla. Sejak awal perhubungan lagi, Dielyla bersikap dingin. Payah untuk dengar kata-kata sayang yang lahir dari bibir Dielyla. Hati perempuan itu begitu keras, sangat payah untuk ditawan.

Hubungan ini terjalin pun atas desakkan dari Afdhal. Dia sendiri meminta Dielyla belajar untuk menerima dirinya, sayangi sekaligus mencintai dirinya sama seperti dia mencintai Dielyla. Silap dia kerana memaksa. Bukan kah cinta itu tak boleh dipaksa?

Afdhal menjeling tajam buku hitam yang berada di atas meja yang terletak tidak jauh dari Afdhal. Memang dia dah baca isi kandungan diari itu tampa pengetahuan Dielyla. Afdhal mengeluh lagi. Kini dia sedar, di mana tempatnya di hati Dielyla.

Afdhal mengambil kunci kereta berserta diari hitam itu. Nombor Dielyla di dail.

“ Sayang…..saya on the way ke rumah awak. Saya dah jumpa buku hitam tu..”

“ Betul ke..??? kat mata awak jumpa ?” Jawab Dielyla dalam nada riang dan separuh menjerit.

Hati Afdhal terguris lagi. Namun sedaya upaya dia cuba kawal perasaannya.

“ Bawah seat, kejap lagi saya sampai. Assalammualaikum..”

Afdhal tersenyum sendirian. Otaknya ligat merancang sesuatu. Dia mahu Dielyla bahagia, dia sayangkan Dielyla, biar lah Dielyla bahagia walaupun bukan di sampingnya. Benar lah kata pepatah bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

♥♥ **************************************************** ♥♥




1 comment:

Anonymous said...

sambung lgi , best:) thumbs up