Thursday, February 17, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 14

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Setelah 40 minit perjalanan akhirnya mereka tiba di Pantai Telok Kemang. Naurah lah manusia yang paling gembira apabila mereka tiba di destinasi. Belum sempat Mustaqim mematikan enjin motor, Naurah sudah pun turun dari motornya. Kakinya dipijak-pijakkan di atas tanah.

Lega ! itu la perasaan yang Naurah rasakan.

Mustaqim tertawa kecil melihat keletah Naurah. Dalam masa yang sama, timbul juga rasa kasihan. Dia langsung tidak menyangka yang Naurah takut dengan motor. Jika dia tahu, sudah tentunya dia tidak akan bawa motornya bertemu dengan Naurah.

“ anak manja……” bisik hati kecil Mustaqim.

Tiba-tiba tawa Mustaqim terhambur keluar apabila melihat Naurah terkial-kial untuk membuka tali helmet yang terpasang kemas di dagunya. Naurah menjeling tajam kepada Mustaqim. Serta merta dia mencebikkan bibirnya.

“ mari sini…..saya buka kan…” Mustaqim turun dari motornya dan berjalan menghampiri Naurah.

“ tak mau..saya boleh buat sendiri….” bentak Naurah, Mustaqim dapat rasakan yang Naurah sedang merajuk dengannya.

“ salah tu sayang….mari lah sini saya buka kan…”

“ yer lah….” akhirnya Naurah mengalah,

“ comel……” puji Mustaqim.

“ apa comel-comel…..cepat la buka….dah rasa macam angkasawan je ni…” rungut Naurah.

“ hahahaha……ada-ada je dia ni…ok…ok…saya buka la ni…” ketawa Mustaqim meledak lagi.

Sebaik sahaja helmet dibuka, Naurah terus melihat wajahnya di cermin sisi motor.

“ tengok……dah rosak dah tudung saya…hrumm….”

Naurah merungut lagi, tangannya pantas membetulkan tudungnya. Hatinya bertambah sakit apabila melihat Mustaqim sedari tadi asyik mentertawakannya.



“ suka yer…..suka la sangat….awak kena teman saya pergi toilet…..sekarang gak..jom lah…jommm……” desak Naurah, tawa Mustaqim masih lagi bersisa dan akhirnya dia turutkan sahaja kehendak Naurah.

“ argh serabainya…!!! ni semua pasal awak tau….tak kira…lepas ni kena belanja saya ice cream pulak…kalau tak saya merajuk…” protes Naurah.

“ ice cream lagi…..tak takut gemuk ke….?”

Membulat mata Naurah bila dia mendengar kata-kata yang terpacul keluar dari mulut Mustaqim.

“ gemuk ke saya ni…?” soal Naurah

“ tidak la…gebu-gebu je….tu pipi awak selalu jadi sasaran saya…boleh bayangkan tak bila awak gemuk…dah tentu nya pipi awak tu semakin best untuk saya cubit…mahu…?” Mustaqim cuba mencubit pipi Naurah, namun Naurah sempat mengelak.

“ ish…..cubit la pipi sendiri…..huh..!! tak kira nak ice-cream jugak…” bentak Naurah, gayanya tak ubah seperti anak kecil yang sedang merujuk.

“ iyer lah….kejap lagi kita beli…dah pergi betulkan tudung tu….”

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ nah….ice cream awak………” Mustaqim menghulurkan ais krim kepada Naurah.

Naurah menyambutnya dengan senyuman. Naurah menikmati ais krimnya sambil melepaskan pandangan ke arah laut yang terbentang luas di depan mata. Bayu laut yang bertiup sangat mendamaikan jiwa Naurah.

“ awak nak…?” pelawa Naurah.

“ dah dekat separuh baru ingat…?” sindir Mustaqim.

“ ok la tu kan dari tak ingat langsung….”

“ takpe la…saya tak suka sangat…awak makan lah….”

“ oh ya….hampir saya terlupa….nah pegang jap…” Naurah menghulurkan ais krimnya kepada Mustaqim.

Dia segera membuka bag nya lalu mengeluarkan sebuah kotak yang dibaluti dengan kertas pembalut hadiah berwarna merah.

“ ini untuk Superman saya……” Naurah menghulurkan kotak itu kepada Mustaqim, ais krim di tangan Mustaqim diambil semula.

“ untuk apa ni..?”

“ birthday awak……”

“ tapi…..birthday saya lambat lagi…bulan depan….”

“ tau…saja bagi awal…..rasanya tak sempat nak jumpa awak nanti…awak kerja…saya pula akan ke Johor…praktikal di sana…”

“ wah…kira advance la ni….terima kasih….boleh tak saya buka….?”

“ boleh…buka la….”






hrumm...apa la hadiah yang Naurah bagi pada Mustaqim yer....?? nantikan Part 15 yupp..

2 comments:

MaY_LiN said...

ala...
hikhikhik..
suwit nye dorang ni

lalink7 said...

naurah..sedap nama tue.. =))