Thursday, February 10, 2011

AKU, DIA &TZM - PART 13

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥




Mustaqim datang menghampirinya lalu menghulurkan sebuah helmet hitam jenis full face kepadanya.

“ eh….nak buat apa ni…?” soal Naurah

“ kita nak main bowling dengan helmet ni….” selamba sahaja Mustaqim menjawab soalan Naurah.

“ main bowling….??” soal Naurah kebingungan.

“ pakai la sayang oii…kejap saya pergi ambil motor….”

“ hah….motor….??” terlopong mulut Naurah, perkara yang dia bimbangkan terjadi juga.

Naurah memang fobia dengan motor. Baginya motor merupakan satu-satunya kenderaan yang tidak selamat. Peratusan terdedah kepada bahaya sangat tinggi. Dia lebih rela bersesak-sesak menaiki bas daripada terpaksa menggadaikan nyawanya dengan menaiki motor.

Tidak lama selepas itu, sebuh motor Yamaha TZM berwarna hitam dan kuning berhenti di hadapannya. Membutag matanya melihat motor Mustaqim.

“ Ya Allah…ini ke motor dia…? macam mana aku nak naik ni…..ish…tempat duduk tu…tinggi semacam je…kalau jatuh macam mana….” pelbagai soalan mucul di kotak fikiran Naurah, persoalan yang dia sendiri tidak mampu untuk menjawabnya.

Mustaqim membuka visor helmet nya, dan terus memandang Naurah dengan wajah yang pelik.

“ kenapa…? macam nampak hantu je…jom la naik…”

Naurah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ kenapa pulak….?”

“ erm…..erm…..kita naik bas je….boleh tak…?”

“ naik bas…? motor ni pulak nak letak mana….atas bas…?”

“ ala………..” Naurah mencebikkan bibirnya.



“ kenapa tak mahu naik…?”

“ saya…..saya takut la nak naik motor…tak selamat….” balas Naurah dalam nada kebimbangan.

“ sayang……..tengok saya ni…dah bertahun-tahun bawak motor…ok je…”

“ itu awak…..hrumm…..” Naurah masih lagi berdegil.

“ sayang…..saya kan ada….insya’Allah awak selamat….saya bawa motor slow..slow…awak pakai helmet..kalau takut jatuh….awak peluk saya kuat-kuat….boleh…?”

“ kena pakai helmet la pulak….habis rosak la tudung aku…ish……” Naurah merungut kecil.

“ awak cakap apa…?” soal Mustaqim

“ erm …tak…erm…kalau tak pakai helmet boleh…? nanti tudung rosak….”

Mustaqim menggeleng-gelengkan kepalanya.



“ tadi kata tak selamat…..kalau tak pakai helmet lagi la tak selamat sayang oii…..tudung tu nanti kan boleh betulkan…macam mana buruk pun rupa awak…perasaan saya tetap takkan berubah…dah..jom la sayang….panas ni…..jangan risau….” Mustaqim sabar melayan kerenah Naurah yang sama sekali tidak dia jangkakan.

Naurah masih lagi ragu-ragu. Dia masih belum berganjak, dia merenung wajah Mustaqim mohon simpati.

“ sayang….bukan kah awak pernah kata yang saya Superman awak…? saya penyelamat awak….saya ada…jangan risau…..”

Mustaqim masih belum putus asa cuba meyakinkan Naurah

Naurah mengeluh berat, akhirnya dengan hati yang berat dia terpaksa akur.

“ mari sini….saya tolong pakaikan….” Mustaqim mengambil helmet dari tangan Naurah, lalu dipakaikan di kepala Naurah. Naurah hanya mencebikkan bibirnya sahaja.

“ ala….ala…comelnya sayang saya ni……” puji Mustaqim.

Naurah menjelirkan lidahnya.

“ itu jer la modal dia…potong lidah tu nak…? dah..dah….cepat naik……” arah Mustaqim.

Naurah takut-takut untuk naik ke atas motor. Beberapa kali percubaan diselangi dengan rungutan kecil, baru lah dia berjaya duduk di atas motor tersebut. Bahu Mustaqim dipegang erat sebaik sahaja motor Mustaqim mula bergerak.

Takut, ya Naurah memang takut. Terasa ngilu apabla ada kereta ataupun bas yang berselisih dengannya. Dia merasakan seolah-olah kenderaan itu akan menggesel kakinya. Setiap kali dia merasa ngilu setiap kali itu la dia menguatkan lagi pegangan di bahu Mustaqim.

Hampir sepuluh minit perjalanan, Mustaqim memperlahankan motornya dan berhenti di tepi jalan.

“ kenapa berhenti ni…?” soal Naurah.

“ sayang…….kot yer pun takut…jangan la sampai macam ni…rasa macam nak tercabut je bahu saya…” rungut Mustaqim sambil mengurut-urut bahunya yang perit dicengkam oleh Naurah sebentar tadi.

“ erm….sorry……..kan saya dah kata tadi..saya takut…awak tak nak percaya….” ucap Naurah perlahan.

“ takpe lah….”

Mustaqim sempat mencapai kedua belah tangan Naurah lalu diletakkan di pinggangnya. Naurah pula hanya menurut.

“ lepas ni kalau awak takut….awak peluk saya kuat-kuat tau….tapi jangan la kuat sangat..sampai saya tak boleh bernafas..”

Mustaqim masih sempat menyindir Naurah. Mustaqim meneruskan perjalanannya menuju ke Port Dickson.



♥♥ **************************************************** ♥♥

maaf yer lewat pula publish episod baru..

2 comments:

aliesha kirana said...

aaa..sweetnye..teheee.. terus terbayang tgh naik tzm ni smbil peluk kuat2..ahahah!

MaY_LiN said...

oho..
sudah pandai ya kamu naurah..
cakap sama mama..