Thursday, February 24, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 15

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Mustaqim membuka pembalut hadiah itu dengan cermat, tidak sabar rasanya untuk dia mengetahui isi kandungan hadiah tersebut.

“ perfume…..” bisik hati kecilnya.

Kotak itu dibeleknya lama. Dari cara pembungkusan Mustaqim dapat mengagak berapa harganya. Sudah pastinya mahal.

Pembalut plastik yang membaluti kotak tersebut dibuka perlahan. Minyak wangi berjenama Hugo Boss kini berada di tangan Mustaqim. Perasaannya berbelah bahagi, bukan dia tidak suka akan pemberian Naurah, tidak layak rasanya untuk dia menerima hadiah semahal ini. Kenapa Naurah perlu bersusah payah membelikan hadiah yang mahal ini untuknya.

Untuk menjaga hati Naurah, dia menyembur sedikit minyak wangi tersebut ke tubuhnya.

“ bestnya bau perfume ni…pandai awak pilih….erm…berapa harganya..mesti mahal kan...?”

“ tak perlu la awak tau berapa harganya….”

“ awak….terima kasih yer…tapi lepas ni jangan la beli mahal-mahal…saya tak mampu nak membalasnya…lagi pun awak belajar lagi...kan bagus kalau beli buku-buku awak….”

“ setahun sekali wak….tak mahal mana pun…..lagi pun saya tak minta awak bagi saya hadiah yang mahal-mahal juga..ikut kemampuan awak…tak bagi pun tak pe…yang penting kasih sayang awak pada saya…itu paling berharga…ngerti…?" dalam keseriusan kata-kata Naurah, dia masih sempat lagi bergurau dengan menyelitkan bahasa Indonesia dalam kata-katanya.

Mustaqim tertawa kecil.

“ ok lah sayang…terima kasih sekali lagi….”



“ kasih mu ku terima……erm…kalau awak rindu kan saya..boleh la gunakan minyak wangi ini….itu pun kalau rindu lah…..”

“ eh…dah tentu la rindu….sentiasa rindu pada awak tau…” kali ni giliran Naurah pula tersenyum, senyuman yang penuh kebahagiaan.

Keadaan menjadi sepi seketika, tiada satu suara pun kedengaran, yang ada hanyalah bunyi deruan ombak yang menghempas pantai sesekali disulami dengan siulan sang burung yang sedang bertenggek di dahan pohon rhu.

“ sayang…….” sapa Mustaqim.

“ hmm………..” Naurah menoleh ke arah Mustaqim yang duduk di sisinya. Mustaqim merenung anak mata Naurah dalam.

“ I love you……..” ucap Mustaqim perlahan.

Naurah terkesima apabila mendengar kata-kata itu, namun dalam masa yang sama timbul idea nakalnya. Naurah cuba menyembunyikan perasaannya, dia cuba untuk tidak memberikan sebarang reaksi. Naurah hanya memberikan pandangan kosong kepada Mustaqim.

“ pertama kali saya ucapkan pada awak secara terang-terangan kan..?” ucap Mustaqim lagi.

Naurah masih meneruskan lakonan. Namun di dalam hatinya melonjak riang. Benar kata Mustaqim, ini lah kali pertama Mustaqim melafaskan kata-kata cinta secara live. Sebelum ni Mustaqim hanya menyampaikannya dengan cara tersirat iaitu melalui lagu, ada tidak pun Mustaqim hanya mengucapkan kata-kata cinta itu melalui SMS.

“ awak tak nak cakap apa-apa ke..?” soal Mustaqim kehairanan.

“ awak nak saya cakap apa…?” Naurah pura-pura bingung.

Akalnya masih ligat memikirkan cara untuk mengenakan Mustaqim. Baginya ini la peluang keemasan, bukan mudah untuk dia mengenakan Mustaqim. Tidak seperti dulu, Mustaqim semakin bijak menangkis serangan dari Naurah. Namun tidak pada kali ini.

“ ala…..malas la macam ni…..awak dengar tadi kan…?”

“ awak cakap apa tadi….sebenarnya saya tak dengar…bunyi ombak kuat sangat kot…boleh awak ulang..?”

“ tak dengar ke…penat saya practis ….awak ni….” rungut Mustaqim.

Naurah menahan gelaknya.

“ iyer saya tak dengar…nampak bibir awak gerak-gerak..tapi tak pasti apa…ulang la lagi sekali….please…….”

Mustaqim mula gelisah, memang payah untuk dia melafazkan kata-kata cinta kepada Naurah. Bukan bermakna dia tidak ikhlas, tapi perasaan malu itu menjadi penghalang.



Apabila melihat Naurah bersungguh-sungguh merayu agar dia mengulagi kata-katanya semula, akhirnya Mustaqim mengalah. Mustaqim menarik nafasnya dalam-dalam, mecari kekutan, sedaya upaya dia cuba membuang perasaan malu yang sedang menebal dalam diri.

“ Naurah……” Naurah segera menoleh

“ dengar baik-baik……kalau tak dengar juga lepas ni…malas dah nak ulang lagi…”

Naurah mengagguk perlahan. Hatinya mengelodak menahan tawa bila dia melihat Mustaqim ketika itu benar-benar serius dengan kata-katanya.

Mustaqim memusingkan bahu Naurah dan kini mata meraka saling bertentangan.

“ bersaksikan ombak dan pantai...bersaksikan pohon-pohon rhu dan burung....I just want to say that.....I love you………I love you Naurah.....” akhirnya Mustaqim mengulangi kata-kata keramat itu.

Melebar senyuman Naurah. Gembira helahnya menjadi dalam masa yang sama hatinya berbunga riang. Jelas terpancar keihklasan pada riak wajah Mustaqim saat dia melafazkan kata-kata keramat itu. Kini Nuarah semakin yakin dengan cintanya.

“ Mustaqim bin Mansur………..I love you too…..three….four….five…..six…..till infinity…..” jawab Naurah girang.

Giliran Mustaqim pula tersenyum lebar. Terhibur hatinya melihat gelagat Naurah. Bila bersama Naurah, buatkan dia terlupa seketika dengan dunia luar, buatkan dia terlupa dengan segala masalah yang sering mengganggu fikiran. Seolah-olah di dalam dunia ini hanya ada dia dan Naurah.

“ comel……” puji Mustaqim.

“ time kasih…..erm…awak……….saya ada satu pengakuan nak buat….”

“ apa..?”

“ janji tak marah…..”

“ kenapa nak marah pula..?”

“janji dulu……” desak Naurah.

“ ok…ok…saya janji…..”

“ sebenarnya………..tadi….erm….”

“tadi apa…?” soal Mustaqim tidak sabar.

“ tadi…..saya dengar apa yang awak katakan…tapi buat-buat tak dengar….” ucap Naurah, dia terus lari meninggalkan Mustaqim.

“ dah agak dah….ish…Naurah…..!!” jerit Mustaqim

“ awak dah janji tak marah….ha…tak baik tau mungkir janji…” Naurah semakin jauh meninggalkan Mustaqim.

“oo…kenakan saya yer….tunggu…. jangan lari….” Mustaqim geram, lantas mengejar Naurah.



♥♥ **************************************************** ♥♥

buat ku tersenyum....anda bagai mana...?pang

3 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
kiut nya

 mai-naruchan said...

first time tgk sini, boleh tahan la cite ni, keep it up!

aque said...

napew romentik sangat.... aler... kite yg tesengeh2... hhahahha...