Monday, October 18, 2010

NOTA CINTA - PART 68

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥




Adam sudah boleh menarik nafas lega, segala urusan pertukaran nama telah pun selesai. Kini dia sudah boleh menumpukan seratus peratus perhatiannya terhadap Liams Holdings yang kini sedang dikendalikan oleh Johari. Sepatutnya pada hari ini dia sudah boleh pulang ke Malaysia, namun hatinya masih berat, dia masih belum mahu pulang. Hatinya yang kecewa masih lagi belum terubat dan dia yakin jika dia kembali ke Malaysia, sakitnya akan menjadi semakin parah apabila melihat Sarah dan terpaksa menerima hakikat yang Sarah bukan miliknya lagi. Adam belum bersedia lagi untuk menghadapi semuanya.

Sedang dia berbaring sambil membaca buku lewat petang itu, akhirnya Adam terlena dan dalam lenanya Adam bermimpi lagi tentang Sarah. Mimpi yang sangat menyenangkan di mana dia dan Sarah berjalan berdua-duan di pesisir pantai yang indah. Gelagat Sarah yang tersenyum dan ketawa membuatkan Adam berasa sangat bahagia. Namun mimpi hanya tinggal mimpi apabila dia dikejutkan dengan deringan loceng rumahnya. Adam terpisat-pisat bagun sambil merungut.

“ siapa pula yang datang petang macam ni…mengganggu saja….”

Selang beberapa minit, loceng itu berbunyi lagi. Adam menjenguk ke luar biliknya mencari kelibat Hanim, Naufal mahupun Malik. Kelibat mereka bertiga tidak kelihatan, hanya muzik yang agak kuat berentak balada memenuhi ruang kamar Hanim. Adam menggeleng-gelengkan kepalanya, pasti Hanim tidak akan mendengar dalam keadaan yang begitu.

Adam menuruni anak tangga dengan pantas, sebaik sahaja dia membuka pintu tiada siapa pun yang kelihatan. Adam mulai geram,dia menutup pintu dan ingin kembali semula ke biliknya. Setelah beberapa langkah, loceng ditekan lagi.

“ siapa yang nak main-main ni….” rungut Adam.

Dia turun kembali dan pintu terus dibuka dan kali ini agak kasar. Sebaik sahaja pintu terbuka, dia terlihat seorang wanita berkot labuh berwarna hitam dan bertudung unggu sedang berjalan menginggalkan pengkarangan rumahnya.

“ miss…..miss….” Adam memanggil perempuan itu.

Mungkin agak lewat Adam membuka pintu menyebabkan perempuan itu pergi meninggalkan pengkarangan rumah itu.

“miss……” Adam meninggikan suaranya.

Perempuan itu segera menoleh ke arah Adam. Perempuan itu mengukir senyuman buat Adam. Adam kehilangan kata-kata sebaik sahaja melihat wajah perempuan tersebut. Perempuanyang manis bertudung itu berjalan perlahan menghampiri Adam yang sedang tercegat di hadapan pintu.

“ Sarah…….”

Perempuan itu menggaguk dan tersenyum lagi.

“ betul ke Sarah….?” soal Adam lagi.

“ yupp….Sarah la ni…..Adam tak percaya….?” kali ini giliran Sarah pula menyoal Adam.

“ Sarah datang dari Malaysia terus ke sini…?”

“ iyer……”

Adam masih lagi terkebil-kebil, seolah-olah tidak percaya perempuan yang bertudung unggu yang berdiri di hadapannya adalah Sarah.



“ la…..kenapa tak ajak tetamu masuk….takkan nak biarkan dia diri kat luar je…sejuk ni….” bebel Hanim.

Tiba-tiba sahaja Hanim terjengol di muka pintu. Sarah melemparkan senyuman dan dalam masa yang sama hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan perempuan yang sedang berdiri di sebelah Adam.

“ siapa pula ni….girlfriend baru Adam ke…takkan la semudah itu mencari pengganti…” rungut hati kecil Sarah.

“ ini tentu Sarah……” ucap Hanim mesra, Sarah hanya mengangguk.

“ saya Hanim….tunang Naufal….saya lah orang gaji kat sini…..” sambung Hanim lagi sambil ketawa. Dia dapat membaca apa yang sedang bersarang di hati Sarah sekarang.

Hanim menarik tangan Sarah masuk ke dalam rumah dengan mesra. Sarah dan Adam ditinggalkan berdua di ruang tamu manakala Hanim menghilang masuk ke dapur. Keadaan menjadi sepi buat seketika. Adam duduk betul-betu di hadapan Sarah dan matanya tidak lepas-lepas memandang Sarah. Sarah mulai kurang selesa apabila diperhatikan begitu.

“ kenapa Adam pandang Sarah macam tu…?”

“ macam tak percaya…..macam sedang bermimpi….” jawab Adam pendek.

Sarah tergelak kecil, dia dapat menjangkakan ini semua akan terjadi. Semua ini memang telah dirancang, memang dia sengaja mahu berikan kejutan kepada Adam. Setelah selesai urusan di antara dia, Uzair dan Zakirah. Sarah segera berjumpa dengan Johari dan meminta alamat Adam. Pada seluruh keluarganya dimaklumkan tentang pemergiannya untuk bertemu dengan Adam, untuk mendapatkan kembali cinta hatinya yang sedang rawan memendam rasa. Sarah harus memperbetulkan keadaan.

Pada awalnya, keluarganya agak keberatan membenarkan Sarah pergi. Namun setelah diterangkan keadaan sebenar baru lah ayahnya Tajuddin memberi keizinan dengan syarat membawa kakaknya bersama sebagai teman. Akhirnya, dia dan Farah tiba juga di bumi Boston, meredah negara asing semata-mata kerana Adam.

“ Adam……bagun lah dari mimpi-mimpi mu….kembali ke alam nyata…ini Sarah….the real one…” ucap Sarah.

“ cantik……..”

Sarah mengangkat keningnya, bingung dengan sikap Adam.

“ kenapa la dengan mamat sorang ni…cuaca sejuk sangat gaknya sampai otak di jadi beku….” Sarah bermonolg sendiri.

“ apa yang cantik…?”

“ Sarah la….cantik bertudung……” akhirnya Adam tersenyum mempamerkan barisan gigi yang tersusun cantik.

“ Ya Allah…..dia tersenyum juga akhirnya…..rindunya aku pada senyuman itu…..” Sarah bermonolog lagi.

“ terima kasih….”

“ ini tudung yang Adam beri tu kan…?” soal Adam, wajah Sarah merona merah. Dia hanya mampu mengangguk-anggukan kepalanya sahaja.

Sebelum dia bertolak lagi, dia sudah berniat untuk bertudung. Kali ini dia bertudung di atas kemahuannya sendiri, bukan kerana Adam mahupun paksaan sesiapa. Dia kini sudah bersedia untuk bertudung.

“ terima kasih kerana Sarah sudi ke sini…tapi...kenapa Sarah ke sini….sangup Sarah datang jauh-jauh..tentu apa perkara penting yang Sarah ingin khabarkan..betul tak…?”

Adam sendiri tidak dapat menduga apa hajat sebenar Sarah ke sini. Adakah dia ingin mengirimkan undangan perkahwinannya, atau ingatan Sarah sudah kembali? . Adam berperang dengan persoalan yang Adam sendiri tidak dapat merungkaikannya.

“ ada beberapa perkara yang perlu Sarah jelaskan pada Adam….”

“ katakan lah Sarah…Adam dah sedia…”

first of all….Sarah nak minta maaf pada Adam….sebab dah banyak sakitkan hati Adam dengan sengaja…”

“ dengan sengaja....? maksud Sarah macam mana..?”

“ sebenarnya…..selama ni…Sarah hanya berpura-pura sahaja hilang ingatan….bukan hanya pada Adam…tapi pada semua….”

Adam sangat terkejut dengan pengakuan Sarah bagaikan halilntar membelah bumi. Tidak semena-mena hatinya menjadi panas.

“ apa ni Sarah….?? kenapa….??”

“ semua kerana Jess…..Sarah buat ini semua demi keselamatan Adam…semasa Adam dipenjarakan..Jess dan Sarah bertemu….Jess sendiri mengaku yang dia perangkap Adam dan untuk menyelamatkan Adam..Sarah kena berjanji kepadanya agar memutuskan hubungan Sarah dengan Adam dan tidak akan bertemu lagi….jika Sarah ingkar…Jess tidak akan teragak-agak membunuh Adam…”

“ masih kah Adam ingat malam di mana Sarah kemalangan…..itu semua kerja Jess…sepatutnya kereta itu melanggar Adam…dan ketika Sarah koma…Jess ada datang bertemu dengan Sarah…dan sekali lagi dia mengugut yang dia akan cederakan Adam jika Sarah masih lagi berdegil dan ingkar dengan janji-janji Sarah…” sambung Sarah lagi.

Adam bangun, pandangannya dilepaskan ke luar jendela. Fikirannya berkecamuk, hatinya semakin panas dan mula menyangka Sarah sengaja mahu mempermain-mainkan dirinya. Nafasnya ditarik dengan perlahan, sesungguhnya ketika ini dia sudah tidak dapat menahan kemarahannya, namun sedaya upaya dia cuba juga mengawal perasaan.

“ bukan kah itu semua boleh dibawa berbincang Sarah…kenapa harus berlakon sampai macam ni…Sarah tak kesian ke buat Adam macam ni…sampainya hati Sarah….” Adam meluahkan kekesalan.



“ masakan Sarah tiada perasaan itu….setiap kali Sarah lukakan hati Adam setiap kali itu lah Sarah menagis…..Sarah buat ini semua kerana Adam….kerana Sarah sayangkan Adam…..”

“ entah lah Sarah…..susah nak cakap…macam-macam dah berlaku……Adam..tak boleh terima semua ini.....jadi semua masih tak tahu lagi lah yer dengan lakonan Sarah…?”

Sarah mengelengkan kepalanya sahaja.

what..!!!!! jadi semua dah tahu kecuali Adam…begitu…??” suara Adam mula meninggi.

Seingat Sarah, Adam tidak pernah meninggikan suaranya walaupun sekali. Namun kini jelaslah yang Adam sangat-sangat marah. Sarah mulai pasrah dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Dia sedar ini semua kesilapannya dan jika Adam tidak dapat memaafkan kesalahannya, dia tetap akan terima.

“ maafkan Sarah……..”

“ Adam diperbodoh-bodohkan selama ini….sampai hati Sarah buat Adam macam ni……”

Adam menggenggam tangannya menahan marah yang sedang membara. Entah kenapa dia langsung tidak boleh menerima penjelasan Sarah.

“ Sarah dah faham sekarang ini…mungkin tiada kemaafan buat Sarah….tak mengapalah Adam….Sarah tahu ini semua silap Sarah….Sarah terima…..tujuan Sarah ke sini cuma satu….”

“ cuma apa…..Sarah datang sini untuk minta maaf dan kemudiannya dengan mudah Adam akan memaafkan Sarah….dan kita kembali semula seperti dulu….ini ke rancangan Sarah…?”

Sarah hanya mendiamkan diri. Jauh di sudut hatinya mengiyakan kata-kata Adam.

“ tidak semudah itu Sarah...tidak semudah itu...terlalu banyak keperitan yang telah Adam telan…..dan semuanya hanya sia-sia…tak semudah itu…. ”

“ tak mengapa lah Adam…..Sarah cuma ingin memohon maaf dari Adam…nampaknya Sarah tidak akan dapat kemaafan yang Sarah inginkan…Sarah sedar..Sarah perlu dihukum dengan segala tindakan bodoh yang Sarah dah lakukan…Sarah terima ini semua dengan rela hati….Adam…..semoga suatu hari nanti…hati Adam akan terbuka untuk memaafkan segala kesilapan Sarah….I’m sorry….”

Air mata mulai bergenang di kelopak mata dan akhirnya air mata itu jatuh juga membasahi pipi. Dia langsung tidak menjangka perkara seperti ini akan terjadi., keadaan akan menjadi serumit ini.

“ ok lah Adam….itu sahaja yang ingin Sarah sampaikan….Adam jaga diri baik-baik…jika ada umur yang panjang…kita akan bertemu lagi…..selamat tinggal Adam….Sarah doakan semoga hidup Adam akan lebih bahagia selepas ini…Sarah pergi dulu….”

Melihat Adam yang tidak memberi sebarang tindak balas, air matanya jatuh lagi, tapi kali ini lebih deras. Dia terus bangun menyarung kot nya dan berlari keluar dari rumah tersebut. Sarah melangkah dan terus melangkah bersama esak tangisnya tanpa berpaling ke belakang lagi. Harapan setinggi gunung untuk kembali bahagia bersama Adam kini punah.



“ Ya Allah…jika ini lah yang terbaik untuk ku….aku redha menerimanya…aku mohon kau berikan aku kekuatan untuk tempuhi segala dugaan ini Ya Allah……..” hatinya merintih

“ Selamat tinggal Adam...selamat tinggal..walau apa pun yang terjadi….percayalah…cinta Sarah untuk Adam tidak akan pudar buat selamanya……semoga ada sinar kebahagiaan buat Adam selepas ini...biar lah Sarah sahaja yang menelan pahitnya....selamat tinggal sayang ku.....”


7 comments:

imannuraisha said...

dah abes ke???
nk sarah dgn adam.......=(

MaY_LiN said...

sedihnya..
napa adam layan sarah camtu..

Strawberi Comei said...

alo adam nie..nk mjuk mnje la plak..cpat laa kjer sarah tue..

Anonymous said...

kenapa wani yg rasa terluka ni eheheheheeh over lak kn....
nty adam akan sedar juga apa yg sarah lakukn hanya kerana sarah menyayangi adam.....

nabilah_2908 said...

HYE IMAN ;

rs2nya dah habis ke tu..? hehehe

HYE MAY LIN ;

bila marah n ego menguasai diri..mcm ni la.. :)

HYE MINAH ;

hehehe...lama tk jumpa Sarah..harus la merajuk..biar Sarah rasa sakitnya pula.. :)

HYE WANI ;

yupp...tunggu hari jumaat ni :)

Ibu Hafiz said...

trill betul mengikuti cerita nabilah ni sejak beberapa hari yg lepas...

good writing... suker sgt bacer dan tertunggu-tunggu next n3... congrates buat citer yg best ni...

jalan ceriter yang menarik, mcm2 feelings ada...

hopefully happy ending dgn sedikit pengajaran buat Sarah kerana ambil keputusan sblm ni yang melukakan hati Adam.. biaselah cinta perlukan pengorbanan... semua org dah temui kebahagiaan masing2, so bagilah pula kat Adam & Sarah...

x sabar dah nak tau ending...

nabilah_2908 said...

HYE IBU HAFIZ ;

tunggu hari jumaat ini ye..mereka pasti memiliki kebahagiaan itu.. :)