Wednesday, October 13, 2010

NOTA CINTA - PART 67

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Membuntang matanya apabila dia melihat Uzair sedang tersenyum ke arahnya. Serta merta tangannya direntap dari pegangan Uzair. Dadanya berombak menahan marah, wajahnya merona kemerahan menahan malu dan dalam masa yang sama hatinya sakit apabila terasa dirinya dipermainkan oleh Uzair.

“ apa maksud semua ni…..” bentak Zakirah,

“ Zack…..sabar la dulu…bagi aku peluang untuk jelaskan semuanya….lepas tu kalau kau nak pergi..pergi lah..kalau kau nak marah aku sekali pun aku terima Zack….tapi tolong dengar penjelasan aku dulu…” rayu Uzair, dengan perlahan dia cuba bagun dan bersandar di kepala katil.

Akhirnya Zakirah mengalah dengan pujukan Uzair dan dia kembali duduk sambil memeluk tubuhnya menahan geram. Perasaannya kini bercampur baur, sehinggakan memandang wajah Uzair pun dia tidak mahu. Apabila melihat Zakirah kembali tenang, Uzair menarik nafas sedalam-dalamnya lalu memulakan bicaranya.

“ Zack……” Zakirah tidak memberi sebarang tindak balas, wajahnya dipalingkan menghadap jendela.

“ aku minta maaf..bukan niat aku nak mempermainkan kau….aku buat ni semua untuk kita juga…sebenarnya….aku pun dah lama juga simpan perasaan pada kau…sama macam kau…perasaan itu lahir sejak kita di UK lagi…tapi aku pendamkan juga bila tengok kau macam takde perasaan je pada aku….”

Zakirah terkejut dengan luahan Uzair, dia benar-benar tidak menyagka Uzair turut mempunyai perasaan seperti dirinya, namun dia tetap membatukan diri.

“ kau ada sebut pasal Susan tadi kan…? aku sengaja je ajak kau pura-pura berlakon dengan aku…aku nak tengok kau macam mana…ketika itu….aku memang sukakan kau…dan dalam masa yang sama juga turut sukakan Susan..tapi bila berlakon tu…kau relax jer…gelak-gelak….seolah-olah menggalakkan lagi aku dengan Susan…so aku pun on jer la dengan Susan dan lupakan kau…”

Sekali lagi Zakirah terkejut, dia merenung mata Uzair dan cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata Uzair.

“ kenapa…kau terkejut…?? itu lah kebenarannya…bodoh kan kita ni….saling pendam rasa…kalau tak lama dah kita jadi couple of the year…" Uzair cuba bergurau dengan Zakirah, namun seperti biasa tiada sebarang tindak balas yang diterima dari Zakirah.

"even aku dengan Susan…aku tak happy…kau sendiri perasan..aku masih lagi cari kau…hang out dengan kau….aku tak salahkan Susan bila dia cari yang lain..aku tahu…dia bosan dengan aku….aku sikit pun tak kisah masa putus dengan dia…sebab aku tau..kau sentiasa ada dengan aku kan…?”

Soalan Uzair tidak dibalas, Zakirah hanya menundukkan wajahnya. Dia kehilangan kata-kata. Hatinya yang sedari panas kini semakin reda dengan penjelasan Uzair. Dia yang pada mulanya malu, kini perasaannya bertukar menjadi girang, gembira kerana Uzair juga mempunyai perasaan yang sama dengannya. Ingin sahaja dia menjerit keriangan namun perasaan itu dipendamkan sahaja.

“ hmm…marah sangat kau pada aku kan…? tak mengapa lah…yang penting aku juga lega macam kau…sebab dah luahkan segalanya..terpulang pada kau nak terima atau tidak…terima kasih juga pada Sarah kerana dah meyedarkan aku….” ucap Uzair perlahan.

“ Sarah….?” Zakirah mula bersuara.

“ apa yang dia dah buat…?” soal Zakirah.

“ Sarah dah lama nampak yang kau suka kan aku…aku jer yang buta tak nampak…perasaan yang dulu..dah lama aku lupakan….sebab itu lah aku tak nampak…namun bila Sarah tolak lamaran aku...baru lah kau sedar…betul kata Sarah…aku keliru dengan perasaan aku sendiri…keliru dengan perasaan di antara cinta dan suka….aku sebenarnya cinta kan kau….aku tak boleh hidup tanpa kau…baru aku perasan…kenapa secara tiba-tiba kau nak ke New Zealand…semuanya sebab aku kan…? kau kecewa bila aku nak melamar Sarah…betul kan…?” Zakirah terdiam lagi, berat mulutnya untuk mengiakan kata-kata Uzair.

“ Zack….dengan seikhlas hati aku katakan yang aku cintakan kau…berilah aku peluang sekali lagi untuk perbetulkan semua ini…kita dah habiskan masa bertahun-tuhun…tidak kah kau rasa rugi..”



Zakirah mengangkat wajahnya ke arah Uzair. Mata Zakirah berkaca dengan air mata. Dia sangat terharu dengan penjelasan Uzair.

“ sungguh ke ni Uzair…?” soal Zakirah pendek.

“ demi Allah….apa yang aku katakana tadi..ikhlas dari hati aku….”

“ terima kasih….tapi aku tak boleh terimanya selagi……” Zakirah tidak meneruskan kata-katanya.

“ selagi apa….?” soal Uzair kehairanan.

“ selagi aku tak pukul kau……” Zakirah terus menepuk-nepuk tangan Uzair dengan kuat.

“ eh..kenapa pula…sakit tau….”

“ pukulan pertama…sebab hati aku sakit…kau pakat dengan Sarah pura-pura sedang kritikal….padahal tak..aku malu tau tak…” balas Zakirah,

kali ini satu cubitan hinggap di lengan Uzair. Uzair mengadu kesakitan.

“ sakit kan….? aku sakit hati sebab kau ni dungu sangat…kenapa kau tak berterus terang dari dulu je kan senang….boleh kau harapkan aku mulakan dulu…walaupun lagak aku kasar macam lelaki..hati aku tetap perempuan….malu la kalau aku yang mulakan dulu….”

Kemudian Zakirah kembali memukul-mukul dan mencubit tangan Uzair

“ eeeee…..geram……!!” Zakirah melepaskan geramnya.

“ eh…eh..sakit la……ni sebab apa pula…..?”

“ tak de pape….saja lepaskan geram….” Zakirah terus memukul tangan Uzair.

“ arghh!!!!!” tiba-tiab Uzair menjerit kesakitan sambil memegang perutnya, dengan tidak sengaja Zakirah terpukul perutnya yang masih lagi sakit akibat tendangan dan tumbukan oleh Razif tempoh hari.

“ Uzair….sorry….sorry…..sakit kat mana…sorry….” ucap Zakirah cemas.

Uzair hanya tersenyum, lantas dia menarik tangan Zakirah dan Zakirah terjatuh di atas badannya. Sekali lagi Zakirah terkejut, dia cuba untuk bangun, namun tangan Uzair sudah pun melingkar di belakang tubuhnya. Buat seketika Zakirah merasakan sangat tenang dan selamat apabila berada dalam dakapan Uzair. Perasaan yang sudah lama diimpikan.

“ Zack…..I love you……” bisik Uzair.



Belum sempat Zakirah membalas, terdengar bunyi ketukan di luar bilik Uzair. Serta merta Zakirah bangun.

“ Hye…..Sarah ganggu ke…?” Sarah mengengulkan mukanya di pintu.

“ tak la…mari lah masuk…” pelawa Zakirah.

“ wah……semua dah ok eh…?” soal Sarah sambil tersenyum.

“ beres…terima kasih Sarah…kalau Sarah tak plan macam ni…sure Zack dah fly ke New Zealand…tinggal la saya seorang diri di sini….sedih kan…?” soal Uzair.

Sarah tergelak kecil apabila melihat mimik muka Uzair. Lapang hatinya bila dia sudah berjaya menyatukan Zakirah dan Uzair. Wajah Zakirah pun kelihatan semakin berseri dengan senyumannya. Zakirah berjalan menghampiri Sarah. Tangan Sarah dipegang erat.

“ terima kasih Sarah….terima kasih sangat-sangat….” ucap Zakirah.

“ ala tak de apa la….nama pun kawan…harus la saling bantu membantu..anggap lah ini balasan saya pada Uzair sebab dah selamatkan saya…” senyuman masih lagi tidak lekang di bibir Sarah.

“ erm….apa plan seterusnya Sarah….?” soal Uzair.

“ erm.....nak pergi mencari cinta yang hilang….doa-doakan lah semoga saya berjaya….ha….pasangan ni…bila pula nak kawin…cadangan saya….tak perlu la tangguh-tangguh lagi..on jer terus….kalau nanti-nanti…macam-macam masalah pula yang akan timbul….”

Uzair tersengih sambil menjeling ke arah Zakirah. Zakirah pula pura-pura tidak melihatnya, dia sebenarnya malu dengan Sarah.

“ Insya’allah…lepas saya keluar hospital ni….destinasi pertama yang saya tuju adalah ke rumah Zack…tak pun pergi jumpa terus pak cik dia di office…macam mana Sarah…ok tak…?”

“ amboi…gelojoh nya…….” balas Zakirah.

Sarah mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tertawa kecil, jelas terpancar riak kebahagiaan di wajah mereka.

“ cantik sangat tu Uzair…lagi cepat lagi bagus….tak sabar nak tunggu berita gembira….erm….ok lah….saya minta diri dulu….kakak dah tunggu kat luar tu….nanti kita jumpa lagi….”

“ ok…hati-hati…..” balas Zakirah.

“ erm..boss…..saya nak minta cuti seminggu boleh…? cuti saya banyak lagi tu…boleh yer boss…?” Sarah meminta izin dari Uzair.

“ ok..lulus…..”

“ terima kasih boss…..” ucap Sarah, dia mula mengatur langkah keluar dari bilik Uzair.

Sarah sempat mengerling ke arah Zakirah dan Uzair, meraka saling usik mengusik di antara satu sama lain. Sarah tersenyum melihat kemesraan mereka.

" semoga kalian berbahagia....." bisik hati kecilnya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

pendek sangat ke....?? tak kan.....

nak masukkan episod akhir...tapi rasa macam panjang sangat la pulak....tak pe tunggu next episode yupp....kisah Adam & Sarah pula.....pang


5 comments:

Minah Gendot said...

eee...suke2...
rindu ngn adam..
hrp next n3 ade cter adam..
adam...i miss u laahhh...
hehehehe..:)

MaY_LiN said...

hihihi
nak adam ngan sarah lak

azwani azman said...

SARAH MENGAMBIL CUTI UNTUK MENCARI CINTA YANG HILANG......ADAM TGGU KETIBAAN SARAH BERSAMA CINTA YANG TAK PERNAH PUDAR.

Anonymous said...

bile nk masok kn episod akhir? da x saba nk bace.. upload cpt2 ye. (^,^)

Anonymous said...

bile nk masok kn episod akhir? da x saba nk bace.. upload cpt2 ye. (^,^)