Friday, October 22, 2010

NOTA CINTA - EPILOG


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Kereta Ford Harrier berwarna hitam masuk ke dalam kawasan pengkarangan rumah. Apabila kereta dihentikankan, kelihatan seorang gadis kecil berumur empat tahun berlari-lari ke arah kereta tersebut dengan girangnya.

“ papa…papa…..” jerit gadis kecil itu.

Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut sambil tersenyum mesra lalu mendukung gadis kecil itu dan membawanya masuk ke dalam rumah.

“ anak papa macam mana hari ini….good girl tak…?” soalnya mesra.

“ mesti la papa…..tak caya tanya mama….” jawab gadis itu.

“ ha…macam tu la anak papa…tak susahkan mama…..”

“ papa…...ingat tak dengan janji papa hari ni…?”

Lelaki itu terdiam sejenak.

“ janji apa tu….?”

Riak wajah gadis kecil itu yang sedari tadi girang kini berubah masam. Dia segera memboloskan diri dari pelukkan papanya dan terus berlari ke ruang tamu. Tubuh kecilnya itu dihenyakkan ke atas sofa. Dia terus menghidupkan television dengan alat kawalan jauh. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah papanya.

Papanya yang sudah sedia maklum gelagat anak gadisnya hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Lantas dia mendapatkan isterinya yang sedang sibuk di dapur.

“ Hye sayang……sibuk sangat ke…sampai abang balik pun tak perasan….” sapanya dengan lembut sambil memeluk isterinya dari belakang dengan penuh mesra.

“ eh abang…….sorry tak perasan….”

Isterinya yang sedang mengelap pinggan tersentak apabila diperlakukan sebegitu rupa. Tangan suaminya diraih dan diciumnya dengan penuh hormat. Satu kucupan singgah pipi isterinya. Mata mereka saling bertentangan buat seketika.

“ untuk abang tak de ke….?” soal lelaki itu sambil menunjukkan pipinya.

Isterinya tersenyum tersipu-sipu malu. Wajahnya didekatkan ke wajah suaminya. Tiba-tiba isterinya hanya menarik hidungnya sahaja.

“ wekkk…….tak malu minta kat orang…” isterinya menjelirkan lidah ke arahnya.

“ oh….tak mahu bagi yer….takpe…nanti abang tuntut…..” lelaki itu tersenyum nakal.

Isterinya mencebikkan bibirnya sahaja dan pura-pura tidak faham akan maksud yang tersirat dari kata-kata suaminya.

“ kalau melayan abang…bila nak siap kerja-kerja ni….” isterinya meneruskan kerja-kerja di dapur sambil diperhatikan oleh suaminya.

“ abang tak kisah pun kalau lambat…sayang tu..tak tau nak rehat ke...hmm….anak papa dalam perut ni pulak…apa kabar…notty tak…?” ucapnya sambil mengusap lembut perut isterinya.

Kandungan isterinya sudah memasuki minggu ke 28. Semakin hari pergerakkan isterinya semakin terbatas, sudah banyak kali dia sarankan supaya isterinya berehat dan dia boleh mengupah orang gaji untuk membantu. Namun isterinya berkeras tidak mahukan pembantu rumah, katanya dia masih boleh uruskan rumah mereka sendri.

“ dah siap nanti baru lah boleh rehat....hmm..anak abang ni..boleh tahan juga la..semakin aktif menendang…..”

“ kesian sayang abang ni…..anak papa….jangan notty sangat…kesian mama…..” Isterinya tersenyum, dia merasakan sangat bahagia dan sangat bersyukur kerena dikurniakan suami sebaik ini.

“ sayang….kenapa dengan anak kita yang sorang tu…..tiba-tiba jer muncung sedepa…saling tak tumpah macam mama dia tau….”

“ yer la macam kita…tapi part yang kuat merajuk tu..bukan ke saling tak tumpah macam papa dia…? Merajuk sampai bawa diri….kita datang dari jauh nak pujuk dia….boleh lak buat-buat tak layan….” isterinya mula mengungkit kisah silam mereka.

Lelaki itu hayan tertawa, kenangan enam tahun yang lalu di bumi Boston kembali menerjah fikirannya.

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ haih….tak faham betul la orang lelaki ni…ego melampau sangat….masa dia tak de…asyik la teringat…sampai termimpi-mimpi…bila dah ada depan mata…boleh lak lepaskan dia pergi macam tu je…?” bebel Hanim.

“ akak tak faham…dia dah tipu saya kak….” Adam cuba menegakkan pendiriannya.

“ Adam ada dengar ke tak penjelasan dia….sedar tak kenapa dia tipu Adam….atas sebab apa….boleh tak buang perasaan ego itu..buang perasaan marah itu dan kaji balik….apa yang dah dia jelaskan…?”

Adam terdiam, sedikit sebanyak dia termakan juga dengan kata-kata Hanim.

“ dari Malaysia hendak ke sini…bukan makan masa sejam dua tau…kena pusing separuh dari dunia ini baru boleh sampai ke sini….Adam tak nampak ke ni semua…tak nampak ke usaha dia….kalau benar dia sekadar ingin mempermainkan perasaan Adam…tak de nya dia bersusah payah ke sini….”

Hati Hanim cukup panas dengan tindakan bodoh yang Adam ambil.

“ tanya pada hati itu….kalau masih cintakan Sarah..maafkan lah…bukan salah dia sebenarnya…dia mangsa keadaan…dia harus buat begitu demi keselamatan Adam…tergamak Adam lukakan hati dia….bersusah payah dia ke sini mencari Adam…membawa harapan agar dapat kembali bersama….tapi apa yang Adam dah buat ni…..? Adam pekak kan telinga…Adam tutup pintu hati itu dengan perasaan marah dan ego yang tak sudah……apa ni Adam….?”kalau Adam rasa tersiksa…dia berkali-kali gandanya tersiksa……Adam sedar tak…?”

" tapi akak rasa...memang patut pun Sarah pergi...dia tak layak dapat lelaki macam Adam ni...dia layak mendapat lelaki yang lebih baik..yang lebih menghargai dirinya....."

Hanim terus masuk ke dapur meninggalkan Adam sendirian di ruang tamu.

Setelah mendengar leteran Hanim, baru lah kini dia sedar akan kesilapannya. Dia tidak seharusnya membiarkan Sarah pergi, dia tidak seharusnya meyakiti hati Sarah.

“ Ya Allah…apa yang dah aku buat ni……argghhh…bodohnya aku…..ya..Sarah tak bersalah..kenapa dengan aku ni…..aku cintakan dia….aku sayangkan dia…aku tak mahu kehilangan dia….” hati kecilnya menjerit.

Adam terus berlari keluar, tanpa memakai baju tebal mahupun berkasut. Dia langsung tidak menghiraukan cuaca yang sejuk yang mampu mencengkam sehingga ke tulang hitam. Dia tidak pedulikan itu semua, dia perlu dapatkan Sarah.

“ Ya Allah…berikan lah aku sekali lagi peluang untuk memperbaiki kesilapan ini…berikanlah aku peluang untuk hidup bersama Sarah…kembalikan lah Sarah kepada ku Ya Allah….”

Puas dia perhatikan keadaan sekeliling, namun Sarah tidak kelihatan. Hatinya mulai gusar, namun dia terus berjalan mencari Sarah dan akhirnya kelibat Sarah kelihatan. Sarah sedang menundukkan wajahnya sambil berjalan dengan perlahan.

“ pasti ketika ini dia sedang menangis……bersalahnya aku pada dia..” bisik hati kecilnya.

Adam segera mendapatkan Sarah. Tubuh Sarah dipeluk dari belakang. Sarah menjadi kaget apabila tiba-tiba sahaja dia dipeluk orang. Sarah segera meloloskan diri dari pelukkan tersebut. Saat dia memalingkan wajahnya ke belakang. Dia sangat terkejut apabila melihat Adam berada di belakangnya.

“ Adam…….”

Adam meraih kedua tangannya. Anak mata Sarah direnung dalam. Sebak hati Adam apabila melihat mata Sarah yang bengkak dan basah dek air mata.

“ Sarah…..maafkan Adam….”

Sisa-sisa air mata Sarah dikesat perlahan dan tanpa disedari Adam juga turut mengalirkan air mata.

“ Sarah…maafkan Adam…..Adam dah bertindak bodoh….Adam mahukan Sarah…Adam sayangkan Sarah….Adam tahu Sarah buat itu semua demi cinta Sarah pada Adam…maafkan Adam….bodohnya Adam kerana terlalu mengikut perasaan sehingga tidak perasan akan niat suci Sarah….maafkan Adam….” rayu Adam.

Air mata Sarah mengalir lagi, dia turut membalas renungan Adam . Tanpa sebarang kata, Sarah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja, tangan Adam digenggam erat. Adam mulai tersenyum begitu juga dengan Sarah. Ikutkan hati mahu sahaja dia memeluk Sarah sekali lagi, namun dia cukup pasti sudah tentu Sarah akan menolak. Dia patut sedar akan batas-batasnya.

Akhirnya, mereka berjalan beriringan sambil berpegang tangan pulang ke rumah Adam. Tiada sepatah pun perkataan keluar dari mulut Sarah, begitu juga dengan Adam. Tiba-tiba Sarah berhenti dan duduk di sebuah bangku yang terdapat di tepi jalan. Adam merasa pelik, namun diikutkan juga.

Sarah membongkokkan tubuh dan membuka boot dan stokinnya. Stokinnya telah diberikan kepada Adam kerana Adam hanya berkaki ayam. Sarah yakin Adam pasti kesejukkan. Pada mulanya Adam menolak, namun Sarah tetap menghulurkan stokinnya kepada Adam dan akhirnya Adam menyarungkan juga stokin yang Sarah berikan.

“ terima kasih sayang……”

Mereka bagun dan meneruskan perjalanan mereka semula.

“ Sarah….bila balik Malaysia kita kahwin ye….Adam tak nak kehilangan Sarah lagi….” ucapnya dengan girang.

♥♥ **************************************************** ♥♥




“ abang……berangan pula dia…..” sergah Sarah.

Kenangan lalu kini berterbangan hilang dari fikiran Adam .

“ pergi la pujuk anak tu….tu la jangan suka berjanji kalau tak boleh tepati….”

“ abang dah janji apa ye….lupa lah sayang….”

“ kan abang dah janji nak bawa dia ke taman petang ni…..dah…..pergi lah pujuk….”

Adam menepuk dahinya.

“ Astagfirullahhal azim….yer la…abang ada janji semalam…..”

Adam segera menghampiri anaknya yang sedari tadi memegang alat kawalan jauh dan menukar-nukar siaran television sebagai tanda protes terhadapnya, dengan perlahan dia melabuhkan punggung disebelah anaknya.

“ Amanda Qaisara………” gadis kecil itu langsung tidak memberikan sebarang tindak balas.

“ Amanda Qaisara….anak papa yang cantik…..jangan la merajuk lagi….”

Amanda mencebikkan bibir lalu memeluk tubuhnya.

“ ala…ala…panjangnya muncung….sebiji macam mama dia…..” sambung Adam sambil melirik ke arah Sarah. Sarah pula hanya memberikan jelingan tajam kepada Adam. Adam tertawa kecil.

“ papa ingat la janji papa…….ok..ok….pukul 5.30 nanti kita pergi taman dengan mama….bawa basikal baru Amanda sekali….nanti papa belanja Amanda ice-cream…ha…macam mana….?”

Apabila mendengar papanya ingin membelikan ais kirim, wajah Amanda terus berubah. Dia mulai tersenyum.

“ ok….Amanda nak dua scoop…..” ucapnya sambil mengangkat dua jari ke arah Adam.

“ ok sayang….boleh….tapi bagi la papa mandi dulu…..lepas tu papa nak solat and makan….dah siap semua baru kita ke taman….kesian kat papa penat kerja….”

“ kalau macam tu..esok papa tak payah lah kerja…..”

“ mana boleh….kalau papa tak kerja..macam mana nak dapat duit….kalau tiada duit…macam mana papa nak belikan Amanda baju cantik-cantik…toys…books….betul…?”

Amanda menganggukkan kepalanya tanda faham.

“ ok la….papa pergi la mandi….pergi lah….” Amanda bagun dari sofa dan terus menolak papanya supaya papanya bangun. Adam hanya menurut.

Sedang Adam memanjat anak tangga, tiba-tiba langkahnya dihentikan. Pandangannya dilepaskan ke arah anaknya yang sedang menonton rancangan kartun dan isterinya yang sedang sibuk menyiapkan meja makan untuknya. Siapa sangka yang akhirnya dia juga mampu mengecapi kebahagian setelah ujian demi ujian, kekecewaan demi kekecewaan yang perlu dia tempuhi untuk sampai ke tahap ini.

Dia tersenyum bahagia apabila mengenangkan Liams Holdings sedang pesat membangun, dikurniakan anak yang sering membuatkan hatinya girang dan tidak lama lagi dia akan dikurniakan seorang lagi anak yang bakal menambah keceriaan keluarganya. Dia juga sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik dan secantik Sarah. Bagi Adam, Sarah cukup sempurna di mata dan di hatinya. Sarah lah anugerah Allah yang terindah untuk dirinya.

Sebaik sahaja Sarah disah kan mengandung anak pertama empat tahun yang lalu, Sarah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari Alam Megah Holdings dan menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangganya.

Aktiviti wajib Sarah adalah setiap hari, diluar pengetahuan Adam, Sarah pasti akan ada selitkan nota kecil pada barang-barang Adam. Adakalanya Sarah lekatkan nota di dalam laptopnya, adakalanya Sarah memasukkan nota di dalam dompet, bag kerja mahupun di dalam poket baju atau diseluarnya. Setiap hari Adam pasti akan tercari-cari di mana Sarah akan sembunyikan nota-nota tersebut. Pernah suatu ketika, Adam terpaksa ke luar Negara di atas urusan syarikat. Sarah telah menyelitkan nota-nota kecil di dalam setiap lipatan bajunya.

“ I love you abang……”

“ miss me tak..?”

" I miss you...."

“ abang…balik nanti tolong belikan chocolate….”

“ sayang abang…”

Itu la di antara kata-kata yang biasanya terdapat di dalam nota yang Sarah sertakan. Adam akan kumpulkan nota-nota ini di dalam sebuah kotak tanpa pengetahuan Sarah, perkara yang sama dilakukan ketika mereka di zaman sekolah lagi.

Adam tersenyum lagi apabila mengenangkan gelagat Sarah. Gelagatnya itu membuatkan Adam sentiasa rindu kepada isterinya. Kasih dan sayangnya terhadap Sarah tidak pernah kurang malah semakin bertambah setiap hari.

“ Ya Allah….aku bersyukur dengan apa yang telah kau berikan…..kurnikan lah kebahagiaan yang berpanjangan kepada kami….”

Entah kenapa kata-kata Sarah selepas mereka sah menjadi suami isteri lima tahun yang lalu berlegar-legar di kepalanya.

“ siapa kata cinta monyet tak boleh bersatu…….”

Adam tersenyum lagi.

“ ya sayang…..dengan takdir Allah….cinta kita telah bersatu….Alhamdulillah…...”

♥♥ **************************************************** ♥♥

..TAMAT...

17 comments:

MaY_LiN said...

akhirnya..
congrats sis..

Strawberi Comei said...

akhirnya..tamat suda..
hehe..suke sgt..
nme anak adam n sarah pon tomei..

Anonymous said...

yeaaaaaaa!!!
suke...good writing..

epy elina said...

best2x...
thniah writer....

imannuraisha said...

waaaaa~~~~so sweet....~~~
i wish to be the first reader...
tp tak trcapai plak...
dr siang td tggu n3 ni tau....
brbaloi juge pnntianku....
hehehehehe
tengs for the ending...best skali...
luv u laa...huhuhuhu
peace............=)

aliesha kirana said...

waa..atlast..tahniah nabilah..berjaya siapkan citer ni.. heheeh.. nanti hantar tau.. hehehe..

best2~~~

MiMiEy :) said...

tahniah akk.
kalau akk kuarkan buku confirm mimie beli.
nak baca kat internet susah lah kan.
x kusyuk bacanye.
ape kata akk hantar novel akk nie at alaf 21 ker, prima ker?
dapat mimie beli.
hehehehe

Anonymous said...

wah.......akhirny abis jgak...n3 yg bgus....chayok

aque said...

besh... heheheh

nadia_sakura said...

a very lovely story. besg sgt2! ending yg kreatif1. gud job!!~

♥cikHanNa ♥ said...

wow.. dah tamat..
like d ending~

nabilah_2908 said...

HYE MAY LIN ;

terima kasih...mcm mana endingnya ok tak..? :)

HYE STRAWBERRY ;

terima kasih...nama anak tu hasil gabungan nama Adam & Sarah...hehe.. :)

HYE ANON ;

thnks.. :)

HYE ELINA ;

terima kasih...terima kasih sbb selalu support saya... :)

HYE IMAN ;

maaf lah dah buatkan iman tertunggu2...terima kasih yer... :)

nabilah_2908 said...

HYE AK ;

terima kasih... :)

HYE MIMIEY ;

thnks dear..insya'Allah..akan akk usahakan.. :)

HYE ANON ;

terima kasih.. :)

HYE FARA ;

thnks dear.. :)

HYE NADIA ;

terima kasih.... :)

HYE CIK HANA ;

terima kasih.. :)

nur said...

fuhh...baca punye baca.. dapat jgk habiskn..hihi..
tahniah..!

etern27 said...

Finally....happy ending...❤️❤️❤️❤️👍👍👍👍

SiNa AfInI said...

Hehehe..akak terbaek...best sgnt..huhuhu

SiNa AfInI said...

Hehehe..akak terbaek...best sgnt..huhuhu