Friday, October 29, 2010

AKU, DIA DAN TZM - PART 1

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



“ Naurah…..!!!!!”

“ kenapa….?”

“ jangan lupa…esok kita ada discussion….” jerit seorang gadis dari jauh.

“ ok…..” jawab si gadis yang bertudung biru laut.

Gadis bernama Naurah itu meneruskan langkah meninggalkan pengkarangan Universiti Malaya sebaik sahaja kuliahnya berakhir dan terus menuju ke perhentian bas.

Selang beberapa minit menunggu, bas Rapid KL berhenti betul-betul di hadapannya, degan segera dia memanjat anak tangga bas itu, dua keping wang kertas seringgit dimasukkan di dalam slot, dan apabila tiket keluar dia terus mencari tempat duduk. Sedang dia memperbetulkan duduknya, dia perasan ada mata-mata yang memerhatikan dirinya, namun dia hanya mengendahkan sahaja. Dia sudah biasa dengan keadaan tersebut.

Gadis secantik Naurah Musfirah Nordin , secantik namanya yang membawa maksud sekuntum bunga yang cantik berseri. Naurah Musfirah merupakan gadis yang cukup sederhana begitu juga dengan penampilan dirinya. Walaupun di besarkan di kota metropolitan, ciri-ciri kemelayuan tetap dikekalkan. Arwah ayahnya sering berpesan kepadanya supaya jangan sesekali lupa diri, sentiasa ingat asal usul dirinya. Nasihat ayahnya itu sering dijadikan panduan dalam melalui liku-liku hidup yang penuh dengan ranjau, onak dan duri.

Bila tiba di destinasi yang ditujui, dia segera bangun dan terus turun dari bas tersebut. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5 petang. Naurah mempercepatkan langkahnya untuk pulang ke rumah. Sedang dia berjalan, dia dihampir oleh seorang lelaki dan lelaki itu terus merentap bag sandangnya. Tubuhnya berpusing lalu terjatuh. Naurah terkejut bukan kepalang apabila melihat bag sandangnya dilarikan orang.

“ wei……pencuri….pencuri….!!!!” jeritnya sambil berlari mengejar pencuri tersebut.

Tiba-tiba datang seorang lelaki datang dari arah yang sama berlari dan terus mengejar pencuri tersebut. Sehingalah dia tiba di deretan rumah kedai yang kosong. Dari jauh Naurah nampak lelaki itu sedang membelasah pencuri tersebut. Beberapa sepakkan singgah di perut pencuri tersebut. Naurah mempercepatkan langkah dan menghampiri kedua lelaki itu.

“ kau nak buat lagi….?” soal lelaki itu.

“ ampun bang….ampun….saya janji tak buat lagi…”

Lelaki itu merentap baju pencuri tersebut. Dia mula menghayunkan tangannya ke atas. Namun tingkahnya terhenti apabila Naurah menyentuh bahunya.

“ eh awak….sudah la tu…lepaskan dia….mati la pulak dia kat sini nanti….” Naurah mula bersuara. Timbul pula rasa simpati kepada pencuri tersebut.

“ dia ni tak boleh diberi muka Cik….dengar cerita dah banyak kes ragut berlaku di sini….”

“ tak mengapa lah….kita lepaskan dia….jika berlaku lagi kes ragut di kawasan ini..kita dah tahu siapa punya angkara….kita boleh terus report pada polis….”

Mendengar penjelasan Naurah, lelaki itu melepaskan rentapan baju pencuri tersebut. Pencuri itu bangun dan terus berlari menginggalkan tempat tersebut.

“ ini beg Cik….cuba lah periksa kalau-kalau ada yang hilang…..”

Naurah mengambil begnya kembali. Beg itu dibuka, kelihatan laptop merahnya masih lagi berada di dalam bag tersebut. Malah buku-buku dan beberapa barang yang lain juga turut berada di dalam beg tersebut. Naurah menghadiahkan sebuah senyuman kepada lelaki tersebut.

“ awak….terima kasih ye….tiada apa pun yang hilang…..” senyumannya masih lagi tidak lekang dibibir.

Lelaki itu terkesima buat seketika apabila melihat senyuman Naurah.

“ sama-sama..kebetulan saya lalu di sini…nak pergi makan di kedai mamak kat depan sana….tiba-tiba nampak pula penyangak itu ambil beg Cik….” ucap lelaki itu dengan penuh hormat.

“ oh….awak nak pergi makan yer…jom lah saya belanja….”

“ eh….tak mengapa lah Cik….saya tolong dengan ikhlas…..” lelaki itu menolak.

“ ala….boleh la….boleh temankan saya makan sekali…boleh la yer….yer….”

Melihat Naurah bersungguh-sungguh akhirnya lelaki itu bersetuju. Mereka berjalan beriringan menuju ke restoran mamak yang lelaki itu maksudkan. Mereka memilih tempat duduk yang agak terbuka. Setelah mengambil pesanan, masing-masing mendiamkan diri. Kelihatan lelaki itu agak canggung apabila berhadapan dengan Naurah.

“ boleh tahan handsome juga mamat nih….” bisik hati kecil Naurah.

Lelaki itu berkulit sawa matang, punyai mata yang kecil dan bertubuh agak sasa. Rambutnya yang lurus dan hitam disisir rapi. Bibirnya merah menandakan bahawa dia bukan lah seorang perokok. Naurah juga sempat mengerling ke arah tangan lelaki tersebut.

“ wah….macam selalu pergi gym je mamat nih….tangan dia berotot…..”

Naurah masih lagi memerhatikan lelaki itu. Lelaki itu semakan gelisah apabila dia asyik diperhatikan oleh Naurah.

“ erm…..nama awak siapa….? kita tak kenalkan diri pun…..” Naurah memulakan bicara.

Lelaki itu tersenyum malu.

“ maaf….lupa pula….nama saya Mus…”

Naurah mengangkat keningnya apabila lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“ macam nama aku…..” ucapnya perlahan.

“ yer Cik….?”

“ err….takde….nama awak Mus je ke….?” soal Naurah.

“ tak…na….nama saya Mustaqim…orang biasa panggil saya Mus…”

Lelaki itu teragak-agak menjawab soalan dari Naurah. Dia langsung tidak memandang wajah Naurah ketika bercakap, dia sering melarikan anak matanya dari memandang Naurah.



“ awak ni pemalu yer….jangan la malu-malu dengan saya….saya tak makan orang tau…?” Naurah cuba mengusik Mustaqim.

“ saya segan sikit dengan perempuan….maaf lah….”

Lelaki itu nampak terlalu naïf. Naurah tergelak kecil, akalnya semakin ligat mencari jalan untuk bergurau dengan Mustaqim.

“ jarang saya jumpa lelaki macam ni……pemalu betul awak ni kan…hmm….awak tak nak tahu ke nama saya….?”

Mustaqim agak terkejut dengan pertanyaan Naurah, dia mula berasa serba salah. Tidak keruan rasanya apabila dia berhadapan dengan Naurah. Ingin sahaja dia minta diri dan pulang sahaja ke rumah. Namun dia sedar dia tidak sepatutnya berbuat begitu, mahu atau tidak dia harus berhadapan dengan Naurah. Dia berasa pelik dengan dirinya, seolah-olah dia tidak pernah bertemu dengan seorang gadis seumur hidupnya.

“ maaf…..nama Cik siapa…?”

Naurah menekup mulutnya menahan tawa.

“ nama saya Naurah…..selamat berkenalan…..” ucapnya girang sambil menghulurkan tangannya ke arah Mustaqim.

Mustaqim terpinga-pinga melihat gelagat Naurah, dia menyambut tangan Naurah lalu menciumnya. Naurah terkejut apabila diperlakukan begitu. Bukan maksudnya begitu, dia hanya ingin berjabat tangan sahaja dengan Mustaqim sebagai tanda salam perkenalan.

“ eh…awak buat apa ni….saya cuma dan bersalam dengan awak…bukan minta awak buat macam ni….”

“ err…maafkan saya Cik….maaf….entah apa lah yang saya fikirkan sekarang ni..maaf….” Mustaqim mengelabah lagi.

“ tak mengapa lah…..awak…..relax la….jangan macam ni….” Naurah ketawa lagi. Terhibur hatinya dengan gelagat Mustaqim.

Tawa Naurah terhenti apabila pelayan menghidangkan makanan kepadanya. Mustaqim terus makan dengan penuh selera. Naurah pula sebaliknya, dia asyik memerhatikan Mustaqim. Entah kenapa hatinya mula terpaut dengan Mustaqim.

Tiba-tiba Naurah dikejutkan dengan deringan telefonnya. Bulat matanya apabila melihat nama yang tertera di skrin.

“ Hello Fika…..”

“ wei makcik….!!! Kau kat mana sekarang ni….kata lagi lima minit kau nak sampai rumah….ni dah dekat setengah jam….kau sesat jalan ke…?” Fika bersuara agak lantang, sehinggakan Mustaqim yang berada di hadapannya dapat mendengar bebelan Fika.

“ ish kau ni…..aku kat kedai mamak…makan…..” jawab Naurah pendek.

“ amboi….!! siap makan lagi yer…aku ni…kau nak biarkan mati kering ke kat depan rumah ni…? Cepat la balik….aku dah tak tahan dah ni…..”

“ kenapa dengan kau…..?” soal Naurah

“ aku nak terkencing ler……nak singgah rumah makcik sebelah...dia takde pulak…cepat lah…dah tahap nazak sangat dah ni…kalau aku terkencing kat sini…kau yang bertanggungjawab…”

Mustaqim tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Fika. Wajah Naurah pula merona merah menahan malu.

“ kau ni….tak boleh cakap slow-slow ke…aku tak pekak lagi tau….kau nak tapau tak…?”

“ tak nak la….aku nak kau balik sekarang ni gak…….” Fika kedengaran agak terdesak ketika itu.

“ ok lah..aku balik sekarang…lain kali….bawa kunci sendiri…..” Naurah terus mematikan talian.

Dia bangun menuju ke kaunter dan terus membayar makanan yang dipesan oleh dia dan Mustaqim . Naurah kembali menghampiri Mustaqim yang sedang terpinga-pinga seorang diri.

“ saya balik dulu yer wak….awak sendiri dah dengar kan tadi…?”

Mustaqim tersenyum lagi lalu mengaggukkan kepalanya.

“ ok….nanti kita jumpa lagi…bye……” ucap Naurah dan mula melangkah pergi.

“ Cik…..Cik Naurah….”

Naurah memalingkan wajahnya ke arah Mustaqim.

“ err…..err…….”

Mustaqim tidak dapat bersuara, seolah-olah ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya.

“ awak nak apa…..?” soal Naurah, dia kembali menghampiri Mustaqim.

“ err…saya nak….saya…”

Dia mengambil sehelai tisu lalu dihulurkan kepada Naurah.



“ apa lah mamat nih…gelabah semacam….dia nak apa…kenapa dia bagi aku tisu…aku tak minta pun…” Naurah bermonolog sendiri.

“ erm…..kenapa…baju saya kotor…?” soal Naurah.

Mustaqim segera menggelengkan kepalanya. Naurah merenung wajah Mustaqim, dia dapat merasakan ada sesuatu yang ingin Mustaqim sampaikan kepadanya.

“ tak pe la Cik……ambil la tisu ni…kalau tangan Cik tu kotor ke…boleh guna…” ucap Mustaqim.

Naurah mengambil tisu dari tangan Mustaqim dan merenung tisu itu buat seketika.

“ pasti ada sebab kenapa dia beri tisu ni…..” otaknya ligat memikirkan maksud yang tersirat di sebalik tingkah Mustaqim.

“ err……awak nak nombor saya ke….?”

Mustaqim tergamam buat seketika, dia tidak menyagka yang Naurah dapat membaca isi hatinya.

“ ha….ha’ah…itu pun kalau Cik tak kisah…..” Mustaqim teragak-agak menjawab pertanyaan Naurah.

“ awak ni……jenuh saya fikir tau….nasib baik betul…kalau tak…malu jer…”

Naurah mengeluarkan pen dari dalam bagnya, dia mengambil lagi sehelai kertas tisu yang berada di atas meja. Nombor telefonnya dicatitkan di atas kertas tisu tersebut. Entah kenapa dengan mudah sahaja dia memberikan nombornya kepada Mustaqim. Kebiasaannya jika ada lelaki yang cuba meminta nombornya, sudah tentu dia akan keberatan untuk memberikannya.

“ ok…ni nombor saya….kalau nak call or hantar massage ke…jangan lupa kenalkan diri dulu yupp…saya tak layan nombor yang saya tak kenal…” ucap Naurah dengan mesra.

“ terima kasih Cik….”

“ ha…satu lagi…..lepas ni..jangan panggil saya Cik lagi….panggil Naurah saja…..ok…saya pergi dulu…..” Naurah melambai-lambaikan tangannya dan terus berlalu meninggalkan Mustaqim.

♥♥ **************************************************** ♥♥

any komen untuk episod pertama ini...?? pang

p/s : cantikkan number ni...part 1 di publish pada 291010 jam 10.29 pm... (^_^)


9 comments:

sha said...

hahaha..lwak..
malu2 kucing lak mus 2,,bdn tough!!!

Dr.LoVe said...

ceta nih sweet ssgt....selalunya pompuan yg malu ni tak lelaki lak yg malu...hish tak sabar2 nak tunggu sambungan ceta ni...

MaY_LiN said...

hihihi
nk lg

nabilah_2908 said...

HYE SYA ;

(^_^)

HYE DR LOVE ;

malam ni eh...waktu yg sama 10.29 pm :)

HYE MAY LIN ;

nntikan malam ni yupp..10.29 mlm.. :)

Anonymous said...

kak fiera : MUSFIRAH name tue cam penah ku dengar...tp dimana ya?? hehehehe ~ sya

nabilah_2908 said...

Hye Sya ;

hehehe...terjumpa dalam buku panduan menamakan anak...ngeee...(*_*)

lepat said...

best dan best!memang layan cite nabilah ni!hu..hu!

Dilla Ady said...

ari tiada mood...jalan2 sini cuci mate...

malu2 kucen lak en mus kite ye..

::mak incik:: said...

salam.... hai kak nabila.... alahai kunonye fatin baru tau yang akak ade buat cite novel.. hoho.... ni nak pulun bace ni.... fatin suke novel2 ni.. hoho...