Wednesday, November 3, 2010

AKU, DIA DAN TZM - PART 2

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Malam itu, Naurah dan Fika sedang menonton television di ruang tamu. Sambil menonton, Fika sempat juga melipat baju-bajunya. Naurah asyik termenung dan sesekali dia pasti akan melihat telefonnya.

“ eh makcik…….kau ni lain macam jer malam ni…kenapa…?” Naurah tersentak apabila ditegur oleh Fika.

“ kau ni….lain yang macam mana….aku takde hidung …aku takde mata ke…?”

“ kau cukup semuanya….cuma perangai kau jer lain sikit….mengelamun je…dah tu kejap-kejap kau tengok telefon…macam tengah angau pun yer juga….”

Naurah hanya tersenyum, dia langsung tidak menjawab soalan Fika.

“ angau ke aku…?” bisik hati kecilnya.

Memang tidak di nafikan, peristiwa petang tadi asyik bermain-main di kotak mindanya. Gelagat Mustaqim yang mencuit hati membuatkan Naurah tersenyum sendirian. Naurah dapat rasakan ada sesuatu yang menarik pada lelaki yang bernama Mustaqim itu. Dia merasa gelisah, jiwanya tidak tenang asyik teringat akan Mustaqim.

" muka dia...macam muka siapa eh...familiar betul...." rungut hati kecil Naurah

Tiba-tiba dia terpandang akan iklan drama bersiri Bionik untuk slot Aksi di TV3, serta merta dia tersenyum.

“ Bionik….ya….muka dia mirip pelokon yang melakonkan watak Boinik….Kamal Adli….” bisik hati kecilnya sambil membayangkan wajah Mustaqim.

Dia mengerling telefon bimbitnya, dia mengeluh lagi. Sedari tadi menanti panggilan dari Mustaqim, namun sehingga kini telefonnya sepi.

“ makcik….kau dengar tak aku tanya ni…?”

Fika mula geram apabila Naurah tidak memberi sebarang respond pada soalannya. Naurah seolah-olah hanyut dalam dunianya sendiri.

“ iyer…aku dengar…tapi aku tak tau nak cerita macam mana….”

“ ada sesuatu yang jadi ke petang tadi….?” Fika cuba meneka.

“ yupp….” jawab Naurah pendek, dia tersenyum lagi.

“ ish…tension jer la macam ni…….asik senyum je…tak nak cerita dah…” Fika mulai kurang sabar dengan Naurah.

“ ok lah makcik ku sayang….aku cerita….petang tadi..masa balik ke rumah…beg aku kena ragut…”

Membuntang mata Fika apabila mendengar cerita Sarah.

“ habis tu…apa jadi….kau ni...kalau aku tak tanya….sure kau takkan cerita kan..?” bebel Fika

“ ada la sorang mamat ni datang…kiranya dia jadi superman aku la…dia yang kejar peragut tu…teruk juga budak tu kena belasah..nasib baik aku tahan..kalau tak…arwah dah kot budak tu….”

Fika terlopong mendengar cerita Naurah.

“ lepas tu…”

“ tuk balas budi dia..aku belanja la dia makan….mula-mula dia menolak…puas aku pujuk…akhirnya dia setuju…masa makan tu…..” Naurah tidak dapat meneruskan kata-katanya, dia terus ketawa.

Fika yang tidak tahu jalan cerita yang sebenar terpinga-pinga melihat Naurah ketawa. Apabila Naurah memandang wajah Fika yang kebingungan itu, dia ketawa lagi. Wajah Fika mulai mencuka,

“ sorry makcik…kelakar la kau buat muka macam tu….ok…ok…aku cerita….”

Maka Naurah pun meneruskan ceritanya.

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ hahahahahahaha……….” Ali menekan perutnya, sambil ketawa besar.

Masam manis wajah Mustaqim melihat Ali yang sedang mentertawakan dirinya. Telah diceritakan segalanya kepada Ali tentang apa yang terjadi lewat petang tadi. Seperti yang dijangkakan Ali akan mentertawakan dirinya. Namun sedikit pun dia tidak berkecil hati dengan Ali, dia rasa puas dapat meluahkan segalanya kepada Ali.

“ kenapa la kau dungu sangat ni Mus…adoi….buat malu kaum jer la……” ucap Ali, tawanya masih lagi bersisa.

“ nak buat macam mana bang…..entah la…bila berdepan dengan dia…saya jadi serba tak kena…macam lah saya tak pernah berdepan dengan perempuan sebelum ini…haih…” Mustaqim melepaskan keluhannya.

“ itu la yang aku pelik……cantik ke budaknya….?” soal Ali.

“ cantik……..dia bertudung..muka dia bulat…comel…manis sahaja orangnya….kulit dia putih…mata dia cantik...senyuman dia….hmmm…….macam bidadari bang…..” puji Mustaqim sambil membayangkan wajah Naurah sambil tersenyum malu.

“ aku dah faham sekarang….patut lah kau gabra semacam….berdepan dengan perempuan cantik rupanya…kau ni…..macam-macam lah…..kalau jumpa dengan si Tina..kau lari…siap sembunyi lagi…dengan budak ni…kau gabra….kalau macam ni…membujang la kau sampai tua….”

“ Tina mana pula ni bang…?”

“ budak Indonesia yang keje kilang biskut tu la….takkan kau dah lupa….?”

Wajah gadis Indonesia yang bernama Tina terbayang-bayang diruang matanya. Dia tahu gadis itu sukakannya, dia juga tahu Tina gadis yang baik, namun dia lagsung tidak punyai sebarang perasaan terhadapnya. Dia hanya mengaggap Tina sebagai rakan , tidak lebih daripada itu. Telah diterangkan sejelasnya kepada Tina tentang keadaan yang sebenar. Namun gadis itu seolah-olah tidak mengerti dan terus menerus mengejarnya.

Ali tersenyum lagi, dia menyandarkan tubuhnya di dinding rumah, sambil menghidupkan rokoknya. Ali menyedut rokoknya lama dan akhirnya dia menghembuskan asap rokok itu keluar. Terbatuk-batuk Mustaqim apabila asap rokok itu terkena di mukanya.

sorry la…..terlepas pada kau….aku tahu kau tak suka dengan rokok…”

Mustaqim tidak memberikan sebarang respond, dia bagun dan berjalan ke arah jendela. Langit hitam dihiasi taburan bintang direnungnya lama. Kemudian dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Dia memusing-musingkan telefon yang berada di tangannya. Hatinya berbelah bahagi, patut atau tidak dia menalifon Naurah.

“ lagi tadi aku tengok kau tenung hand phone tu…. call jer la….”

“ segan lah bang….” jawab Mustaqim pendek.

“ apa yang kau nak segan kan…..depan dia tadi kau dah gelabah semacam…masa ni la kau kena tunjukkan sikap gentleman kau yang sebenar…” Ali memberi galakkan.

“ entah la….tak tau apa kena dengan saya ni….rasa berdebar-debar je bang…..”

“ itu maknanya kau suka pada dia lah….”

“ ish….tak mungkin lah…..” Mustaqim cuba menafikan perasaannya.

“ tak mungkin kau cakap…..yang kau puji dia tadi itu apa….kulit cantik putih bersih….kau juga kata kau tak tahan bila dia senyum….itu apa…?”

Mustaqim tertunduk malu,

“ jatuh cinta kah aku…?” Mustaqim bertanya pada hatinya sendiri.

“ kalau kau tak suka pada dia…ambil saja si Tina tu…dah lama syok kat kau….?”

“ tak nak la bang…..letih je saya tengok dia….”

“ cantik apa…kalau la aku tak kawin lagi dengan Kak Ayu kau…dah lama aku tackle si Tina tu tau…”

“ abang ni..ada-ada saja…..”

“ eh…..pergi lah call budak tu…jangan biar dia tunggu lama-lama…..”

“ erm…….tak yakin la bang…..”

“ yakin la sikit Mus oii………”

“ bukan apa bang….bila dah berkawan..sudah tentu dia mahu tahu latar belakang saya...bila saya beri tahu pekerjaan sebenar saya nanti…terus dia tak mahu kawan dengan saya…macam mana….frust jer nanti bang…” Mustaqim meluahkan kebimbangannya.

“ kau kena lah hadapi cabaran sikit….tak semua perempuan macam tu…mana lah tahu dia ni lain dari yang lain….”

“ siapa yang nak pekerja buruh macm saya ni bang… lagi pulak dia budak universiti…takkan dia nak pandang saya ni…”

Mustaqim bekerja sebagai buruh binaan, hampir sembilan tahun, dia hidup secara nomad bersama dengan Ali. Tidak pernah kekal pada satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang lama, di mana ada projek, di mana ada kerja di situ lah dia akan pergi. Namun itu semua dulu, dengan prestasi baik yang ditunjukkan dan minatnya untuk belajar sesuatu yang baru, kini dia tidak perlu melakukan kerja-kerja buruh, mandornya telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk membantu dalam kerja-kerja pendawaian elektrik dan juga pemasangan paip.

“ terpulang lah pada kau Mus….kalau aku..aku on je….sebelum melangkah dengan lebih jauh….kau kena berterus terang dulu….kalau dia tak boleh terima….tak mengapalah…cakap pasal telefon ni…aku nak call bini aku la….” Ali melangkah masuk ke dalam bilik sambil bersiul riang.

Mustaqim merenung lagi telefonnya, hatinya berbelah bahagi dan akhirnya,

“ Bismillah…..” ucapnya, dia terus mendail nombor Naurah.

♥♥ **************************************************** ♥♥

apa terjadi selepas ini...? adakah Naurah akan menyambut salam perkenalan Mustaqim..?

nantikan sambungannya yupp....(^_^)

4 comments:

MaY_LiN said...

mus mus..
gabra sangat la tuh

Lepat said...

Wow!bestlah cite ni..tak sabar nak tau sambungannya!keep up good work!

nabilah_2908 said...

Hye May Lin ;

hehe...jarang nk jumpa lelaki macam mus.. :)

Hye Lepat ;

terima kasih ye... :)

aliesha kirana said...

ehehehe..pemalunye mus tuuuu.....suke2..heheeh~