Saturday, August 21, 2010

NOTA CINTA - PART 57


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Sarah….apa yang dimenungkan tu…? Sarah teringat sesuatu ke…?” soal Adam , sedari tadi Adam memerhatikan Sarah yang sedang merenung pokok tersebut.

“ hah..! err….tak…..sorry…..Sarah tak ingat……maafkan Sarah” lamunan Sarah terhenti apabila di sapa oleh Adam.

Adam berasa sedikit hampa, memang tujuannya membawa Sarah untuk bantu Sarah ingat semula, namun respon yang Sarah berikan seolah-olah mengingati sesuatu, tapi apabila di tanya, dia menafikannya. Adam mengeluh kecil.

“ tak mengapa Sarah….Sarah dengar jer la cerita Adam ye….mana la tahu kalau-kalau ingatan Sarah kembali pulih….” Tersentuh hati Sarah dengan kata-kata Adam, namun tiada kata-kata yang mampu di balas, dia hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum.

Mereka kini berjalan menuruni bukti kecil berhampiran pkok tersebut menuju ke sebuah bangunan dua tingkat. Bangunan itu mempunya enam buah kelas dan terdapat sebuah bilik air di setiap tingkat. Bangunan ini agak terpencil kerana terletak betul-betuh di hujung kelas. Pada waktu itu, ke enam-enam buah kelas ini dipenuhi oleh kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun tersebut. Bahagian atas menempatkan tiga buah kelas untuk para pelajar tingkatan Enam Atas, manakala di tingkat bawah menempatkan sebahagian para pelajar tingkatan lima.

Mereka terus berjalan melewati kelas demi kelas sehinggalah mereka berada di hujung bangunan, di kelas yang paling hujung sekali.

“ Sarah….ini lah kelas kita dulu….kelas 5 Sains 2….sekarang ni dah jadi kelas 3 Hikmah pula….jom masuk..” Adam masih lagi tidak melepaskan pegangannya tangannya.

Sarah melepaskan pandangannya di sekitar kelas tersebut, keadaannya agak tersusun, meja-meja sudah bertukar yang baru. Susunan meja masih lagi tidak berubah cuma bilangan kerusi dan meja sahaja yang bertambah, di bahagian belakang kelas masih belum berubah. Deretan wau kecil yang punyai pelbagai warna dan corak hasil kerja seni Sarah bersama dengan rakan-rakan yang masih lagi terlekat kukuh di bahagian atas dinding kelas tersebut. Cuma papan kenyataan sahaja telah ditukar baru. Kelas ini sudah tidak ceria seperti dulu, keadaannya agak gelap, kusam dan kotor.

“ kotornya kelas ni…sayang betul mereka tak jaga…dulu kelas kita ni cantik…selalu menang dalam pertandingan keceriaan kelas…kita selalu bersaingan dengan kelas 5 Sains 1…” cerita Adam bersungguh-sungguh.

“ ya lah…tengok dinding-dinding kat sini…penuh dengan tapak kaki….sampah pun penuh di belakang kelas tu…” rungut Sarah. Adam memandang Sarah lalu tersenyum. Sudah lama dia tidak mendengar bebelan Sarah.

" kenapa Adam senyum...?" soal Sarah.

" saja....lama dah tak dengan Sarah mengomel macam ni...." jawapan Adam membuatkan Sarah kehilangan kata-kata.

“ Sarah…..dulu kan Sarah duduk di hujung sana…..Adam pula duduk di sini….” cerita Adam lagi.

“ Sarah duduk di mana…?” soal Sarah

“ tu…hujung sekali dari ke dua dari belakang…Sarah duduk di bahagian kiri..Fatin duduk di sebelah Sarah..”

Sarah terus menuju ke tempat duduk tersebut sama sepertimana yang telah Adam katakan sebentar tadi.

“ di sini….?” soal Sarah lagi.

“ ha….betul la tu…..Adam pula duduk di sini…..” Adam duduk di tempat yang dia maksudkan.

Mereka duduk dalam lajur yang sama, cuma barisan sahaja yang berbeza. Adam duduk di barisan yang pertama dari sebelah kiri kelas, manakala Sarah pula duduk di baris terakhir.

“ dulu….Adam selalu curi-curi pandang pada Sarah….macam ni….” ujar Adam sambil menongkat kepala memandang ke arah Sarah. Sarah tertawa kecil.

“ keadaan sekarang ni…memang sama macam dulu….Sarah suka ikat rambut macam sekarang ni…style pony tail….tapi dulu Sarah guna cermin mata…bila Sarah perasan Adam pandang Sarah, Adam terus pandang tempat lain…” sambung Adam, dia pun turut ketawa.

“ Adam masih ingat lagi….masa tu ramai yang tak siap kerja Sejarah yang Cikgu Liza suruh buat…ramai-ramai kena pikul kerusi…tawaf satu bagunan ni sebanyak 20 kali…bagi Adam ia satu kenangan yang manis sebab dapat berjalan sama-sama dengan Sarah, sama-sama mengeluh tidak puas hati dengan Cikgu Liza…walaupun agak malu dengan mata-mata yang memandang….tapi bila Sarah di sisi Adam…perasaan malu tu hilang…”

Adam bercerita dan terus bercerita, seronok betul Adam bercerita tentang kisah kawan-kawan yang lain. Adam kelihatan sangat gembira. Adam tersenyum, Adam juga ketawa. Sarah pula senyum dan sesekali tertawa apabila mendengar cerita Adam.

Sarah memandang Adam dengan rasa sayu, lalu hatinya berkata-kata

“ Adam……….maafkan Sarah.....Sarah buat macam ni demi kebaikkan Adam juga…..bila Sarah tiada nanti….Adam jangan berhenti senyum ya….jangan berhenti ketawa….Sarah tak mahu Adam bersedih dan terus bersedih dengan takdir yang Allah sudah tentukan untuk kita….mungkin kita tiada jodoh…I will always love you….forever always….”

♥♥ **************************************************** ♥♥



Adam sedang kusyuk membaca buku di balkoni bilik hotel. Bilik mereka mengadap ke arah laut. Bayu laut yang bertiup pada malam itu sangat menenagkan Adam. Johari yang ketika itu baru sahaja keluar dari bilik air datang menghampiri Adam.

“ Adam………..” Adam menoleh.

“ ada apa bang….?” soal Adam.

“ tadi kan kau keluar dating dengan Sarah kan…..so macam mana..dia ingat tak…?”

“ entah la bang…sama je…..ok la juga…dia dah tak dingin macam selalu….walau pun dia kurang bercakap….tapi asik tersenyum je….cantik……” jawab Adam, dia turut tersenyum sambil membayangkan wajah Sarah.

“ dah tentu la dia tak tahu nak cakap apa….dia kan tak ingat apa-apa…normal la tu..erm..kalau lah kan...dia tak ingat juga macam mana…?” soalan Johari menggusarkan hati Adam.

“ saya redha je...saya tetap akan pergi ke London bang….saya akan pergi jauh dari hidup dia….saya takkan ganggu dia lagi…..lagi pula dia macam rapat je dengan Uzair..mungkin Uzair lelaki terbaik untuk dia…..saya yakin Uzair mampu menyayangi dan membahagiakan Sarah…” jawab Adam dengan nada perlahan.

“ la….takkan nak mengalah pula…..tak jantan la macam ni……..” balas Johari.

“ saya dah penat bang….penat sangat….hati saya perlu juga di jaga….seandainya sudah ditakdirkan kami tiada jodoh….melawan macam mana sekali pun….kami tetap takkan bersama….” keluh Adam

“ aku doakan semoga kau berdua akan bersatu juga satu hari nanti…..” balas Johari sambil menepuk perlahan bahu Adam.

“ terima kasih bang…..abang pergi la tidur….esok hari yang bersejarah buat abang…nanti terlewat bangun…..tak pasal-pasal tak jadi kawin nanti….. “ Adam mengusik Johari.

“ amboi……iyer la…iyer la….aku tidur dulu….good night…..”

“ Asalammualaikum….” balas Adam sambil tersenyum, dia meneruskan bacaannya. Johari yang baru sahaja merebah tubuhnya ke atas katil terus menjawab,

“ Wa’alaikumsalam………..haih..hari ni tidur sorang-sorang..esok berdua…..” ucap Johari sambil ketawa kecil.

Sebaik sahaja Adam mendengar kata-kata Johari dia juga turut ketawa.

“ ha…kau tak boleh ketawa…kau belum cukup umur untuk fikirkan apa yang aku fikirkan sekarang…” sambung Johari, Adam ketawa lagi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ iyer la bang….mimpi yang indah-indah…….”

Melihat Johari yang sudah lena diulit mimpi beserta dengan dengkuran kecil, Adam menutup bukunya. Dia menghampiri beg galasnya lalu dibuka beg tersebut. Dia mengeluarkan sebuah kotak sederhana besar, di dalamnya terdapat beberapa helai kertas bersaiz A4 yang sudah dilubangkan dan di bahagian tepinya dan telah diikat rapi dengan riben merah. Adam menarik keluar sebatang pen dan mula menulis di atas himpunan kertas tersebut.

♥♥ **************************************************** ♥♥

apa la agaknya yang Adam tulis tu kan...? sorry pendek saja episod kali ni...saya tak berapa sihat....
nanti sambung lagi yupp...muah


3 comments:

MaY_LiN said...

sarah ni sakit pe..
tamaulaaaaa

Anonymous said...

akak...
cepat update cite nie...
sya xsabar nak tau endingnyer nie....
hehe.....

nabilah_2908 said...

x boleh nk cepat sngt la dear..kesuntukkan masa...

tkpe...I'll do my best yupp..thnks..(^_^)