Tuesday, August 24, 2010

NOTA CINTA - PART 58

...HAPPY READING..
♥♥ **************************************************** ♥♥



Hari yang dinanti-nantikan oleh Farah dan Johari telah tiba, akhirnya dengan sekali lafaz, Farah Umairah Tajuddin telah sah bergelar isteri kepada Johari Muhammad. Merembes air mata Farah sebaik sahaja tuan kadi mengesahkan pernikahan mereka.

“ Alhamdulillah….aku bersyukur kepada mu Ya Allah……” bisik hati kecil Farah

Sebaik sahaja tamat upacara akad nikah pada sebelah pagi, majlis diteruskan dengan ucpara persandingan pula di sebelah tengahari. Para jemputan sanak saudara yang hadir memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut. Seisi keluarga tak menang tangan melayan tetamu. Farah kelihatan sangat jelita apabila mengenakan baju pengantin berona hijau keemasan, ramai yang memuji kecantikkan Farah.

Sarah juga tidak kurang hebatnya walaupun penampilannya cukup sederhana. Dia hanya menggenakan solekkan tipas dan memakai kebaya labuh hijau lumut keemasan dari fabrik thai silk, namun dia mampu menarik ramai perhatian sang teruna yang berkunjung di majlis perkahwinan tersebut. Begitu juga dengan Adam dan Uzair, masing-masing terpesona dengan kecantikkan Sarah.

Uzair tidak melepaskan peluang untuk terus bersama Sarah, malah dia berasa bangga apabila ada yang memuji dia dan Sarah sangat sepadan apabila bersama. Sarah kurang selesa dengan tindakan Uzair yang sentiasa mengekorinya, namun dia tetap memaniskan muka di hadapan Uzair untuk menjaga hati Uzair. Adam pula hanya mampu memandang dari jauh, jauh di sudut hatinya memang cemburu melihat kemesraan di antara Uzair dan Sarah, namun dia pendamkan sahaja perasaan itu.

Hari merangkak petang, para tetamu beransur-ansur pulang. Keadaan menjadi semakan lenggang malah keluarga sebelah Johari juga sudah pulang, yang tinggal cuma Adam dan Johari sahaja di rumah itu. Adam memilih untuk duduk sendirian disalah sebuah kemah, dia tidak mahu masuk ke dalam rumah kerana Uzair ada bersama-sama Sarah di dalam. Dia tidak mahu hatinya sakit lagi apabila melihat kemesraan yang terjalin di antara mereka berdua. Dia lebih senang melihat gelagat orang yang kini sedang sibuk mengemas, ada yang sedang sibuk mencuci pinggan dan lain-lain lagi.

“ Adam………..” Adam segera memalingkan mukanya apabila di sapa. Sebaik sahaja terpandang wajah Sarah yang sedang tersenyum , hatinya berbunga riang. Dia tidak menyangka Sarah akan datang mencarinya.

“ Sarah…….duduk la….” pelawa Adam.

“ Adam buat apa sorang-sorang kat sini…tak masuk ke dalam…?” soal Sarah.

Adam menggeleng-gelengkan kepalanya,

“ ramai sangat la Sarah…lagi pun Adam tengah tunggu Abang Joe….dia nak ikut balik ke hotel sekejap lagi….Sarah dah makan…?”

“ belum……Adam…?”

“ dah…makan lauk pengantin tadi…sedap…kenapa Sarah tak makan lagi…?”

“ tak lalu la pula tadi……erm….boleh Adam temankan Sarah makan…?”

“ boleh….Sarah tunggu sini sekejap…Adam pergi ambilkan….”

“ eh…tak pe la…biar Sarah ambil sendiri….”

“ tak………Sarah duduk je…biar Adam buatkan….sekejap ya….” balas Adam,

Dia terus bangun menuju ke arah meja yang menghidangkan makanan dan terus menyenduk nasi dan beberapa jenis lauk ke dalam pinggan untuk Sarah. Selang beberapa minit, Adam kembali membawa sepinggan nasi bersama segelas air.

“ jemput la makan…..” pelawa Adam beserta senyuman.

“ terbalik la pula…patutnya Sarah yang layan Adam….Sarah kan tuan rumah….”

“ ala…..tak salah kan Adam buat macam ni….Sarah makan la…Adam temankan….”

“ Adam…..tak makan sekali..? kalau nak..Sarah boleh suapkan….” Sarah cuba mengusik.

“ ikutkan hati nak la juga...tapi apa pula kata orang nanti…..”

Sarah makan sambil berbual dengan Adam, bermacam-macam perkara yang mereka bualkan sehinggalah Sarah selesai makan. Adam pula terus melayan Sarah bagaikan seorang puteri, makan di ambilkan, ketika Sarah ingin mencuci tanagn, Adam tak benarkan Sarah bangun, dia sendiri yang bagun dan pergi mengambil kendi air untuk Sarah mencuci tangan.

“ terima kasih Adam….” ucap Sarah.

“ sama-sama…..erm….Sarah….Adam ada sesuatu nak bagi tahu Sarah….”

“ Adam nak bagi tahu apa….?”

“ sebenarnya…petang ni…Adam…………….” kata-kata Adam terhenti apabila mereka didatangi Uzair.

“ Sarah……..di sini rupanya awak..puas saya cari dari tadi…..” ujar Uzair, dia terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Sarah.

Adam mengeluh kasah tanda tidak meyenagi kehadiran Uzair di situ.

“ apa lagi la mamat ni nak…dari tadi asik mengekor aku je…ish rimas tau tak….!” bentak Sarah di dalam hati.

“ ada apa awak cari saya…?”

“ ada hal sikit nak bincang dengan awak…..tadi rasa macam tak sesuai je…ramai sangat orang….”

“ err….ok lah Sarah….Abang Joe dah miscall…Adam pergi jumpa Abang Joe ya….”

Adam bagun dan terus meninggalkan Sarah dan Uzair. Dalam hatinya bergelodak dengan rasa marah dan cemburu. Dia harus segera beredar dari situ. Adam bimbang seandainya dia gagal mengawal kemarahannya.

“ Adam……….jangan tinggalkan Sarah…….” jerit hati kecil Sarah,

Ikutkan hati mahu sahaja dia menarik tangan Adam untuk tidak membenarkan Adam pergi meninggalkannya. Dia ingin menghabiskan masa bersama dengan Adam, bukan dengan Uzair. Ada perkara penting yang Adam harus tahu. Namun suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong, Sarah hanya menghantar Adam melalui pandangannya sahaja.

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ perkara apa yang awak nak bincangkan dengan saya…?” soal Sarah.

“ errm….tak sesuai la kat sini…jom kita ke depan sana….ada privacy sedikit….”

“ awak nak buat apa ni…..?” Sarah mula ragu-ragu dengan ajakkan Uzair.

“ eh….awak jangan la fikir bukan-bukan…..percaya lah…saya takkan buat begitu…”

Akhirnya Sarah akur, mereka berjalan beriringan hinggalah ke pintu masuk rumah, di situ terletaknya sebuah gazebo. Gazebo itu telah di bina sendiri oleh Tajuddin. Tajuddin gemar meghias di taman rumahnya. Mereka duduk berdua di situ.

“ ermm….Sarah…..” Sarah memandang wajah Uzair sambil mengangkat keningnya

“ sekejap……” ujar Uzar, dia kembali berdiri sambil menyeluk saku seluarnya untuk mengeluarkan sesuatu.

“ buka la…..” Uzair menghulurkan kotak kecil berbaldu hitam kepada Sarah.

Sarah terkejut apabila melihat kotak tersebut, dia mula berasa tidak sedap hati, dengan perlahan dia membuka kota kecil tersebut. Sebaik sahaja kotak di buka, Sarah terkesima apabila melihat sebentuk cincin emas putih bertakhtakan beberapa butir berlian kecil berada di dalam kotal baldu tersebut.

“ apa ni Uzair….?” soal Sarah kebingungan

“ cincin…..” jawab Uzair pendek

“ saya tahu ini cincin…tapi untuk apa….?”

“ cantik tak….?” soalan Uzair lagi.

“ cantik……..awak nak bagi siapa cincin ini…..?”

“ cincin ini untuk awak lah…..untuk siapa lagi…” balas Uzair bersahaja.

for what...?” Sarah meninggikan sedikit suaranya.

Uzair terus menyentuh lembut tangan Sarah, dia merenung anak mata Sarah dalam-dalam. Sarah mula menjadi tidak keruan apabila diperlakukan begitu.

“ Sarah………saya sukakan awak….saya cintakan awak…saya nak awak jadi teman sehidup semati saya….” luah Uzair.

Sarah terkejut dengan kata-kata Uzair, dia langsung tidak menyanka Uzair akan melamarnya. Dia terus menarik tangannya, dia menjadi kaget, tidak tahu apayang harus dia katakan, tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Sarah kehilangan kata-kata.

“ Sarah…awak tak perlu kata apa-apa....Sarah simpan la dulu cincin ini….saya beri awak masa seminggu untuk buat keputusan….minggu depan kita jumpa di office…masa tu lah awak kena beri saya jawapan…boleh ya….” ujar Uzair sambil tersenyum.

“ err…tapi....o..o..ok….” jawab Sarah tergagap-gagap.

“ bagus la..saya masuk dulu…..nak pergi ambil barang-barang saya..sekejap lagi dan nak bertolak balik ke KL..” balas Uzair sambil meninggalkan Sarah sendirian.

Ketika Uzair menyerahkan cincin dan menyentuh tangan Sarah, mereka tidak sedar dari jauh Adam sedang memerhatikan mereka berdua.

" akhirnya...aku tewas juga...." keluh Adam perlahan.

Air mata Adam mengalir perlahan. Keputusan telah di ambil dan jika sebelum ini dia teragak-agak dengan keputusannya, namun kini dia nekad untuk meninggalkan bumi Malaysia yang amat di sayangi.



♥♥ **************************************************** ♥♥

adakah Sarah akan terima lamaran Uzair...??

nantikan sambungannya yupp...pang


3 comments:

aliesha kirana said...

Nabilah.. heheehe...chaiyok2...

kalu nk hantar, emelkn je dulu 3 bab terawal.. tggu respon dr publisher, kalu dh approve, dorg akan suruh hntr karya tu dlm hard copy pulak.. hehehe.. ni AK dpt tau dari kak Adah Hamidah.. huhu...

MaY_LiN said...

tamau!!!(sambil geleng pala..)
hihihi..
nak adam ngan sarah..
hope sarah sempat kejar adam nnti..

Mr JePz said...

wo0o0...sdeynya cmni..uzair sllu cmtu aw...ish,,