Tuesday, August 17, 2010

NOTA CINTA - PART 56

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://xa1.xanga.com/1a9832e018009114922421/z82211371.jpg

Sarah hanya mendiamkan diri ketika berada di dalam kereta bersama Adam, matanya memandang kiri dan kanan jalan. Hatinya tertanya-tanya ke manakah Adam ingin membawanya. Adam memandu dengan tenang, sambil menghayati lagu-lagu yang berkumandang dari corong radio. Dia perasan akan tingkah Sarah yang agak keresahan, namun dibiarkan sahaja.

“ Adam….dah jauh kita jalan…..kita nak ke mana ni….?” Soal Sarah.

“ kenapa….Sarah risau Adam nak kidnap Sarah yer…?” jawab Adam sambil tersenyum nakal.

“ bukan la macam tu…cuma Sarah nak tahu je kita ke mana….jalan ni..macam menuju ke Bandar Melaka…”

“ Sarah bersabar saja lah…..Adam nak bawa Sarah ke suatu tempat yang Adam rasakan sangat istemewa dalam sejarah hidup kita….”

Sarah memandang wajah Adam sambil mengerutkan dahinya.

“ sejarah hidup kita….banyak ke sejarah kita…?” soal Sarah, seolah-olah dia benar-benar tidak ingat langsung tentang sejarah mereka.

Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia berterus terang, tetapi dia sedar dia tidak boleh terlalu mementingkan dirinya, dia tidak mahu Adam menjadi korban. Biarlah dia berkorban demi keselamatan dan kesejahteraan Adam, dia rela.

“ Adam….maafkan Sarah….Sarah buat ini semua demi kebaikkan Adam…maafkan Sarah…” Sarah bermonolog sendiri.

“ banyak…..kalau nak di tuils..mungkin berhelai-helai muka surat…mungkin melebihi tiga ratus muka..” jawab Adam bersahaja.

“ wah….dah boleh buat novel la macam tu….” balas Sarah.

“ yupp……mungkin kisah kita ini boleh diabadikan dalam novel….Sarah pun suka baca novel…mana lah tahu , dengan minat yang mendalam terhadap dunia penulisan, Sarah boleh menulis semula sejarah kita…”

“ erm……mungkin…itu pun kalau Sarah mampu ingat semula…” jawab Sarah pendek, lalu dia melepaskan pandangannya ke luar.

“ take your time my dear…..pasti Sarah boleh….” Adam memberikan sokongan.

Adam meneruskan pemanduannya, apabila lagu Harapan dari Fazli Zainal yang berkumandang di radio, Adam dengan lancarnya mengikuti setiap bait lagu tersebut, dia seolah-olah menghayati lagu tersebut.

Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka

Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami - Harapan, Fazli Zainal

Sarah terkedu apabila mendengar nyanyian Adam, seolah-olah Adam sedang menyampaikan sesuatu kepadanya. Sarah hanya mendiamkan diri, dia juga turut menghayati setiap bait lagu itu. Sarah dapat rasakan tentang pergolakkan yang berlaku di dalam hati Adam, dia diselubungi dengan rasa bersalah.

Hampir empat puluh minit perjalanan, Sarah melihat setiap papan tanda yang berada di tepi jalan, dia seperti dapat mengagak tempat istimewa yang Adam maksudkan sebentar tadi. Sebaik sahaja tiba di satu persimpangan, terpampang papan tanda yang menunjukkan arah ke tempat istimewa tersebut. Sarah menarik nafas sedalam-dalamnya mencari kekuatan untuk meneruskan lakonannya kerana sangkaannya tepat. Adam ingin membawanya ke tempat di mana pertama kalinya mereka bertemu dan jatuh cinta, segala-galanya bermula dari situ.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://img3.visualizeus.com/thumbs/09/07/04/drawing,love,cute,illustration,boy,girl-d2b66b5f3fe4de14f2ea7b7b03eb034b_h.jpg

Adam memberhentikan kereta betul-betul di hadapan tempat istimewa tersebut, dia segera keluar dari kereta di ikuti dengan Sarah.

“ welcome to Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong…..” ucap Adam, dia tersenyum lebar sambil melapangkan tangannya.

“ jom kita masuk…..” pelawa Adam, Sarah hanya menurut.

Adam menghampiri pondok pengawal,

“ Assalammualaikum Pakcik…..” sapa Adam. Pengawal itu teragak-agak untuk menjawab salam dari Adam. Adam memandang Sarah, dia tersenyum lagi.

“ jangan risau pakcik….saya Islam…” terang Adam, Sarah menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-kata Adam. Setelah mendengar penjelasan Adam baru la pengawal tersebut menjawab salam yang telah diberikan.

“ ada apa kamu datang ke sini…?” soal pengawal tersebut.

“ saya nak jumpa dengan Puan Hanim….”

“ sila la masuk……” pelawa pengawal tersebut. Adam dan Sarah melangkah masuk ke dalam sekolah.

“ Siapa Puan Hanim tu…?” soal Sarah

“ dia ketua kerani kat sini…..Adam minta izin pada dia lah…”

Persekitaran sekolah sudah banyak berubah, terdapat banyak bangunan baru yang telah mengantikan bangunan lama. Hampir enam tahun Sarah tidak menjejakkan kaki di sekolah in, kali terakhir di berada di sekolah ni adalah pada hari keputusan STPM keluar. Sarah masih ingat lagi dia mampu tersenyum bangga kerana keputusan yang diperolehi sangat memberangsangkan, tidak sia-sia hasil usahanya selama ini.

Jika dulu, dia berasa sedih dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang malah dia juga cemburu melihat rakan-rakan sepejuangannya menerima tawaran untuk menyambung pengajian di kolej martikulasi dan juga di IPTA tempatan. Ada juga yang di tawarkan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara, boleh di katakan hampir keseluruhan rakan sekelasnya berjaya, kecuali dia dan beberapa orang sahaja yang kurang bernasib baik. Sarah menjadikan kegagalan itu sebagai dorongan untuk dia bangkit dari kekecewaan yang lepas dan akhirnya mengecapi kejayaan yang di inginkan.

Kenangan suka dan duka semasa dia bersekolah di sini kembali bermain-main di fikirannya. Sarah terpandang akan sebuah taman sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam sekolah tersebut.

“ Sarah…kenapa berdiri kat sini…? Jom la kita pergi jumpa dengan Kak Hanim sekejap…”

“ err….Adam jer la pergi…Sarah nak duduk kat taman ni sekejap…boleh…?” pinta Sarah.

“ ok…..hati-hati….” pesan Adam.

Sarah melepaskan pandangannya ke sekitar taman tersebut. Taman itu merupakan hasil ushasama dia bersama rakan-rakannya yang lain semasa mereka berada di tingkatan enam di bawah nama Persatuan Tingkatan Enam dan Sarah merupakan pengerusi untuk persatuan tersebut. Sebelum ini, taman itu merupakan tanah kosong yang hanya dihiasi dengan beberapa pohon pokok dan terdapat beberapa buah meja kayu yang berkeadaan agak usang. Selepas cadangan untuk mencantikkan taman di persetujui oleh pihak sekolah, maka terhasil lah sebuah kolam buatan sendiri di hiasi pula dengan pancutan air di tengah-tengahnya. Semua warga sekolah memuji hasil kerja mereka.

Malah guru penasihat Persatuan Geografi dan Alam Sekitar telah menyumbangkan empat ekor ikan kap untuk kolam tersebut dan beberapa buah pasu pokok bunga kertas untuk menghiasi taman tersebut. Meja-meja batu di tambah, pagar-pagar kayu didirikan di sekitar taman dan mereka juga telah mendirikan sebuah anjung yang dinamakan sebagai Anjung Seri, di mana di anjung tersebut diletakkan beberapa buah rak buku untuk para pelajar menghabiskan masa mereka dengan membaca sementara menunggu kedatangan bas mahupun ibubapa mereka untuk menjemput mereka pulang.

Banyak badan persatuan yang terlibat seperti Persatuan Silat Cekak, Persatuan Bulan Sabit Merah, Penggangkap dan juga Persatuan Kadet turut sama menghulurkan bantuan, mereka sama-sama membangunkan dan mencantikkan taman tersebut. Sarah tersenyum sendiri, kini taman itu semakin cantik, sudah ada banyak pembaharuan.

Sarah berjalan melewati taman tersebut, dia terpandangkan sebuah papan tanda. Sarah tersenyum lagi kerana papan tanda itu telah di bina khas oleh pihak sekolah bagi memperingati jasa-jasa mereka yang terlibat masih berdiri gah di taman itu. Nama Sarah masih lagi terpahat di belakang papan tanda tersebut termasuk juga nama-nama yang lain.

“ Sarah………” sapaan dari Adam mengejutkannya.

“ sorry dah buatkan Sarah terkejut…”

“ tak pe ….terkejut sikit je….” balas Sarah.

“ lama Sarah tenung belakang papan tanda ni….ada apa-apa yang menarik ke..? “ soal Adam, belum sempat Sarah membalas pertanyaan Adam...

“ eh…..ada nama Sarah la…..” ujar Adam dengan perasaan yang teruja, Adam terus pergi ke bahagian depan papan anda tersebut, lalu membacanya.

“ oh…..Sarah pernah terlibat dalam membangunkan taman ke…?” soal Adam.

“ mungkin…..sebab itu lah agaknya nama Sarah ada di sini…tak pun Sarah yang lain….” Sarah berbohong lagi.

“ ikut tarikh yang tercatat…kalau tak silap masa ni Sarah form 6 kan…? Nama Sarah la tu..tulisan tu pun memang tulisan Sarah….”

“ wah…tajam betul ingatan Adam….sampai tulisan Sarah pun Adam boleh cam….Sarah rasa tulisan Sarah bukan macam ni….lain sikit…”

nope….masih sama..terutama pada huruf S…apa sahaja tentang Sarah, Adam tak lupa pun….dan takkan pernah lupa….” jawab Adam sambil memandang tepat ke anak mata Sarah.

Sarah menjadi tidak keruan apabila melihat renungan Adam, lidahnya kelu untuk berkata-kata, seolah-olah dia telah dipukau oleh Adam, lirikan mata lelaki itu, senyumannya memang mampu membuatkan hati Sarah berkocak.

“ tak pe la tu…jom kita jalan-jalan kat sekitar sokolah ni….nasib baik lah budak-budak tengah cuti sekolah..kalau tak dah tentu kita takberpeluang nak jalan-jalan macam ni…” sambung Adam.

Sarah tersenyum lagi tanpa sebarang kata, melihat sikap Sarah yang hanya mendiamkan diri, akhirnya Adam juga turut mendiamkan diri. Langkah diatur perlahan, Adam melihat keadaan sekeliling, sesekali dia tersenyum apabila terpandang sudut-sudut sekolah yang telah membangkitkan kenangan lama. Adam sempat melepaskkan pandangannya ke arah padang yang terbentang luas.

Jika dulu padang ini lebih dua kali ganda luasnya, banyak acara-acara sukan peringkat sekolah, peringkat daerah dilakukan di sini. Sekolah ini memang terkenal dengan keluasan padangnya. Namun setelah dua buah bangunan empat tingkat didirikan, padang itu tidak lagi sebesar dahulu. Sebatang pohon beringin masih lagi berdiri gah di tepi padang tersebut.

Tanpa sedar, Adam terus menarik tangan Sarah. Sarah menjadi kaget buat seketika namun dibiarkan sahaja tangan Adam menyentuh tangannya. Sarah rasa sangat bahagia, sentuhan Adam membuatkan Sarah rasa selamat dan sangat di sayangi. Mereka berpimpinan tangan menuju ke arah pokok beringin tersebut. Adam menyentuh perlahan pohon itu.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://img3.visualizeus.com/thumbs/08/11/02/boy,child,cute,gift,girl,love-57b071b3aa1708439cafc0066a090c3c_m.jpg


Adam duduk di pangkal pokok tersebut, manakala Sarah hanya berdiri memerhatikan keadaan sekeliling.

“ Sarah……….di sini lah kita selalu bertemu, saling bertukar-tukar buku…….”

“ yang dalamnya terselit nota-nota rahsia…..” bisik hati kecil Sarah.

“ dalam buku tu….ada nota-nota kecil….dulu kita selalu berbalas nota….ala macam ber SMS….tapi old fashion punya….and part yang paling best…kita jarang bercakap…bila bertemu…masing-masing hanya tersenyum..malu-malu…tak sama seperti dalam nota..rancak juga kita berbual…” sambung Adam sambil tertawa kecil.

“ apa yang tertulis di nota tu…?” soal Sarah.

“ macam-macam…cerita pasal sekolah….pelajaran….kawan-kawan…..ha…satu lagi….pokok ni ada nama tau…Sarah sendiri yang berikan nama pada pokok ni….” balas Adam sambil menepuk-nepuk batang pokok itu.

“ masakan aku boleh lupa….nama pokok ini…Giant Tree..sebab pokok ini besar…..” Sarah berkata-kata dalam hati.

“ iyer……..apa nama pokok ini….?” Sarah pura-pura ingin tahu.

Giant Tree……sebab Sarah kata pokok ni besar macam giant….tak sangka pokok ini masih lagi berdiri gah di sini….Sarah tahu tak…suara Sarah comel sangat bila sarah sebut Giant Tree….” Cerita Adam lagi.

Giant Tree…….” ucap Sarah, Adam tersenyum lagi.

see…..masih macam dulu….comel betul…..” Adam ketawa lagi, dia ketawa dengan gembiranya.

Sarah memeluk tubuh, pandangannya dilepaskan ke arah pokok tersebut. Masih dia ingat lagi, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke kelas. Sarah berselisih dengan Adam dan Adam terus memberikan sebuah buku, Adam tersenyum dan berlalu pergi. Saat menerima buku tersebut, hati Sarah berbunga riang.

“ buku apa yang Alex beri tu…?” soal Fatin

“ ni…….kau pun boleh baca sendiri tajuk dia kan..?” Sarah menyuakan buku di tangannya itu kepada Fatin.

“ Sinopsis dan Rumusan Putera Gunung Tahan….” Fatin membaca tajuk buku itu.

“ oh…..buku rujukan la ni…nanti aku nak pinjam juga..boleh…? bagus juga ada buku ni….nanti keluar dalam exam mudah la nak menjawab…”

“ boleh Fatin….tapi…………kau kena bayar kat aku lima puluh sen seminit……” jawab Sarah dan terus lari meninggalkan Fatin.

“ oh…lima puluh sen ya…..sikit sangat tu….boleh…seringgit pun aku boleh bagi…kau nak kenakan aku yer Sarah…siap la kau aku kerjakan……tunggu….jangan lari….!!!” laung Fatin lalu mengejar Sarah dari belakang.

Sarah terus bersembunyi di belakang kelas, buku itu dibuka dan Sarah terus menyelak ke mukasurat sepuluh. Sekeping nota kecil terlekat di mukasurat tersebut. Sarah tersenyum riang.

Sarah…

Hari ni…tak boleh la nampaknya nak sambung perlawanan Chess kita..
Zaki kata petang ni ada extra class..so kita postpone dulu..
Lepas habis extra class nanti, Sarah tunggu kat Giant Tree ya..
Saya nak beri sesuatu pada Sarah.


Alex Lim_25 Mei 2002

Seperti yang dijanjikan sebaik sahaja kelas tambahan tamat, Sarah membiarkan rakan-rakannya pulang terlebih dahulu, selepas itu baru lah dia mengatur langkah menuju ke arah Giant Tree. Dari jauh dia sudah nampak kelibat Adam yang sedang duduk di pangkal pokok sedang menunggu dirinya. Sarah mempercepatkan langkahnya, dia tidak mahu membuat Adam menunggu lama.

“ hi………lama tunggu…?” sapa Sarah

“ tak juga…baru lima minit rasanya….”

sorry….kena tunggu yang lain balik dulu….baru boleh ke sini….”

“ faham…..tak mengapa la….saya nak bagi ini pada Sarah…hope you like it…”

Adam menyerahkan sebuah sampul surat bersaiz A4 kepada Sarah. Sarah mengambil sampul surat itu dan terus membukanya. Dia tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan sampul tersebut. Sebaik sahaja di buka, Sarah kelihatan begitu teruja apabila melihat sebuah lukisan, Adam melukis wajah Sarah ketika dia sedang bermain catur.

“ cantik………” puji Sarah sambil tersenyum gembira ke arah Adam.

“ saya baru buat malam tadi..saja hilangkan bosan…asyik mengadap buku je….”

“ awak teringatkan saya ya malam tadi….?” soalan dari Sarah membuatkan wajah Adam merona merah, dia berasa malu untuk mengakui pertanyaan Sarah itu.

“ cantik la…..saya suka….terima kasih Alex….hmm….tapi saya rasa..saya tidak la secantik sepertimana dalam lukisan ni….”

“ apa yang awak lihat, itu la wajah awak yang sebenar, saya tak ubah sedikit pun….awak memang cantik Sarah…saya selalu rasa tenang bila melihat wajah awak…..” kali ni wajah Sarah pula merona merah, malu di puji sebegitu.

“ err….saya balik dulu yer Alex…dah lewat ni…..terima kasih tau…..” jawab Sarah.

“ kalau awak suka nanti saya lukis lagi….awak jalan elok-elok…..take care ya….kita jumpa esok….”

“ bye Alex…….” Sarah mengatur langkah meninggalkan Adam sambil melambai-lambaikan tangannya, hatinya berbunga riang.

" Sarah......!!" laung Adam dari kejauhan, Sarah segera menoleh.

" kenapa....?"

Adam hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja, dia terus berpaling dari Sarah dan melangkah keluar dari kawasan sekolah. Sarah pula merentasi padang sekolah untuk pulang ke rumah.

♥♥ **************************************************** ♥♥

indah kan zaman persekolahan...?? (^_^)

maaf yer..lambat pula update kali ni....jumpa lagi di episod seterusnya.....

4 comments:

Aliesha Kirana said...

Salam Nabilah,
ble nak terbitkan novel ni? heheheeh... nnti hantar kt publisher ok? kak Adah Hamidah ckp kt AK, Fajar Pakeer jrg tolak manuskrip.. try hantar 3 bab dl kt dorg. then tunggu respond, all da best k! AK baru siap smpai bab 7, lambat lg nak habis, so postpone dl utk try hntr kt publisher...
heheheehee~~~ Gud Luck! AK doakan nabilah berjaya dlm dunia penulisan n dalam hidup Nabilah~amin~

MaY_LiN said...

alahai sarah..
tamaula wat2 lupe cenggini..
cian adam..

nabilah_2908 said...

HYE AK ;

wah..bersemangt lk sy..hehe..

erm...nk hntr pd mereka dgn cara apa..melalui email..or postkn cerita kita..?

terima kasih AK..AK pun mcm tu gak...moga berjaya. :)

nabilah_2908 said...

HYE MAY LIN ;

demi keselamatan insan yg tersyg..dia snggup bekorban..setiap kali dia ingin berterus terang...mimpi ngeri yg dia alami sebelum ini...sentiasa bermain-main di fikiran.. (^_^)