Thursday, July 22, 2010

NOTA CINTA - PART 50

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Sarah hanya mampu menundukkan mukanya, dia sedar dia bersalah. Semenjak seminggu lalu, Farah mula bersikap dingin dengannya. Sarah sendiri bingung kenapa kakaknya tiba-tiba berubah. Semasa dalam perjalanan ke Melaka, Sarah memberanikan diri untuk bertanya kepada Farah.

“ kak……kenapa kakak tiba-tiba je senyap…tak mahu langsung bercakap dengan Sarah…kenapa kak..?” soal Sarah sambil memandang wajah tenang kakaknya yang sedang memandu. Farah pula hanya menjeling sinis ke arahnya tanpa menjawab soalan dari Sarah.

“ kak..jangan lah macam ni…Sarah ada buat salah ke…?” rayu Sarah.

“ Sarah fikir la sedalam-dalamnya….sudah pasti Sarah akan dapat jawapannya…sungguh kakak tak sangka Sarah sanggup buat kakak, buat ayah dan ibu macam ni…” Farah meneruskan pemanduannya.

Sarah terdiam sejenak, dia cuba mencari apa maksud sebenar di sebalik kata-kata kakaknya itu. Sudah puas dia berfikir akhirnya baru lah dia sedar bahawa tembelangnya sudah pecah. Rahsia yang selama ini disimpan, akhirnya bocor juga.

“ kakak dah tahu pasal Sarah ye….?” Soal Sarah kembali, namun tiada jawapan yang keluar dari mulut Farah.

Secara kebetulan doktor yang merawat Sarah telah bertukar dan doktor yang baru ini iaitu Doktor Yati pula merupakan kawan Farah semasa sama-sama belajar di universiti dulu. Sedang mereka berbual, tiba-tiba Yati tersasasul, secara tidak langsung dia telah membocorkan rahsia Sarah. Sarah yang memintanya berbuat demikian, malah dia juga sudah berjanji, namun di atas kelancangan mulutnya akhirnya janji hanya tingal janji. Setelah mengetahui perkara yang sebenar, Farah rasa tertipu, rasa seperti diperbodoh-bodohkan dengan tindakan Sarah, sejak daripada hari itu lah Farah hanya mendiamkan diri, setiap kali dia melihat Sarah setiap kali itu lah hatinya panas membara.

“ Kakak dah tahu rahsia Sarah…? Doctor Yati dah bagi tahu kakak yer…?” soalan demi soalan Sarah ajukan kepada Farah, namun Farah tetap mendiamkan diri.

“ kak……Sarah ada alasan yang tersendiri…sebenarnya……….”

“ ah…..takperlu lah Sarah…kakak tak mahu mendengarnya…Sarah jelaskan lah sendiri dengan ayah dan ibu….kalau Sarah tak kasihankan kakak….kasihankan lah ayah dan ibu kita…mereka berhak tahu…” Farah segera memotong kata-kata adiknya.

“ Sarah……..” panggilan dari Tajuddin telah melenyapkan lamunannya.

Sarah mengangkat mukanya dan memandang wajah ayah dan ibunya. Jelas terpancar di wajah mereka riak kekecewaan.

“ ayah…..ibu….maafkan Sarah…Sarah ada sebab tersendiri kenapa Sarah berpura-pura hilang ingatan…maafkan Sarah…” suaranya sayu.

“ apa alasan Sarah…?” soal Tajuddin dengan nada suara yang tegas.

“ semuanya bermula dengan insident penangkapan Adam…” Sarah mula bercerita tentang ugutan Jessica terhadapnya. Ayah dan ibu Sarah mendengar dengan tenang, Sarah perlu diberikan peluang untuk menyatakan keadaan yang sebenar.

“ memang Sarah ingin putuskan hubungan dengan Adam..demi keselamatan Adam…Sarah sanggup…Sarah takkan tergamak melihat Adam tersiksa di penjara dan menerima hukuman bukan di atas kesalahannya….malah Sarah juga telah berjanji dengan Jess yang Sarah tidak akan bertemu dengan Adam…dan Jessica telah menunaikan janjinya , dia telah tarik balik tuduhannya terhadap Adam..malangnya Sarah pula telah mengingkari perjanjian itu….”

“ kenapa Sarah tak pernah bincang perkara ini terlebih dahulu…?” Maryam bersuara.

“ fikiran Sarah ketika itu buntu…serabut sangat bu…maafkan Sarah….”

“ malam sebelum kejadian..Sarah bersetuju untuk bertemu Adam…Sarah rindukan Adam…rindu sangat-sangat…kerana itu lah Sarah bersetuju untuk bertemu dengan Adam..dalam perjalanan memang Sarah perasan ada kereta hitam yang mengekori Sarah dan Sarah pasti kereta hitam itu juga yang ingin melanggar Adam…Sarah tolak Adam dengan sekuat hati…Sarah tak mahu kehilangan Adam…dan akhirnya………” Sarah kehilangan kata-kata, dia menangis teresak-esak.



Melihat air mata anaknya yang mengalir deras, air mata Maryam turut sama mengalir, kuatnya perasaan cintanya terhadap Adam sehingga sanggup berkorban, dalam masa yang sama Farah juga turut mendengar perbualan dari tingkat atas, dia kini diselubungi dengan rasa bersalah, dia sepatutnya memberi peluang untuk Sarah menjelaskan segalanya.

“ semasa Sarah koma….Sarah tahu siapa yang datang melawat Sarah…Sarah juga dapat mendengar…Sarah tahu ramai yang datang melawat Sarah..berikan sokongan kepada Sarah untuk sedar semula…Sarah dengar semuanya…cuma Sarah tak mampu untuk bangkit semula…walaupun sudah puas Sarah cuba….suatu hari…Jess datang melawat Sarah….dia mengaku kemalangan yang menimpa Sarah…memang rancangannya…dan dia juga sempat memberi amaran..jika Sarah sedar kembali…jangan hampiri Adam…jika tidak mahu Adam diapa-apakan…sejak dari hari itu lah..Sarah jadi malas untuk mencuba…kalau boleh Sarah tak mahu bangun…Sarah tak nak kehilangan Adam..Sarah sanggup berada di dalam keadaan koma buat selamanya….” sambung Sarah.

“ Subahanallah……kenapa kejam sangat perempuan itu….Sarah…jom kita ke balai polis…kita buat report..biarkan perempuan tu meringkuk dalam penjara…”ucap Maryam geram.

“ sabar Yam….sabar…kita tak boleh buat report sesuka hati…kita tiada bukti yang kukuh….” tegas Tajuddin.

“ ya….itu lah kelemahan kita….kita tiada bukti yang kukuh untuk menuduhnya…” balas Sarah.

“ dah tu…takkan nak diamkan saja….?” bentak Maryam, Sarah menjungkitkan bahunya. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“ tapi….apa yang membuatkan Sarah sedar semula…?” Tajuddin mencelah.

“ semua ni..sebab kakak….” jawab Sarah pendek.

“ kenapa dengan kakak…?” soal Maryam

“ Sarah terdengar perbualan di antara kakak dan Adam tentang perkahwinan kakak….kakak cakap…nak tangguhkan perkahwinan sehinggalah Sarah sedar semula….kesian kakak…kesian abang Joe..sebab Sarah…kakak sanggup tangguhkan perkahwinan mereka.." Air mata Farah merembes keluar sebaik sahaja mendengar penjelasan Sarah.

“ macam mana dengan Adam …?” kali ini giliran Tajuddin pula menyoal anaknya.

“ demi Adam…Sarah sanggup berkorban….memang Sarah sengaja menyakiti Adam…Sarah nak Adam membenci Sarah..sekali gus melupakan Sarah…Sarah sanggup….” ucap Sarah bersama juraian airmatanya. Sarah menghampiri ayah dan ibunya lalu melutut di kaki mereka,

“ ayah…..ibu….maafkan Sarah….maafkan Sarah kerana telah menyusahkan ayah dan ibu…maafkan Sarah…” rayu Sarah.

Air mata Sarah dan juga Maryam sama-sama deras mengalir keluar. Dia segera mendapatkan anaknya, lalu mereka berpelukkan. Tajuddin juga sebak melihat mereka berdua, air matanya juga turut bergenang, namun di kesat dengan segera. Selepas berpelukkan dengan ibunya, kini Sarah beralih pula ke ayahnya. Ayahnya juga turut dipeluk erat sambil mulutnya tidak putus-putus memohon maaf.

“ sudahlah Sarah….ayah dan ibu maafkan Sarah….sudahlah jangan menangis lagi…ayah rasa…Sarah patut naik ke atas, bertemu dengan kakak…minta maaf dengan kakak…” pujuk Tajuddin, lalu meleraikan pelukkannya.

Sarah segera berlari ke atas menuju ke bilik Farah, sebaik sahaja Sarah masuk, kelihatan Farah sedang berdiri di birai jendela, melepaskan pandangannya ke luar. Dia tidak ingin Sarah lihat matanya yang basah dek air mata. Hatinya sangat tersentuh dengan penjelasan Sarah sebentar tadi.

“ Kak……..” sapa Sarah, namun tiada jawapan yang keluar dari mulut Farah. Farah membatukan diri.

“ kakak………” ucap Sarah lalu memeluk Farah dari belakang.

“ kak…..maafkan Sarah….maafkan Sarah kak…..” rayu Sarah,

Airmatanya membasahi baju Farah. Farah pula tidak dapat menahan kesedihan, air matanya juga turut mengalir. Dia memusingkan badannya lalu mereka berdakapan.

“ kakak maafkan Sarah….maafkan kakak juga ye dik….kakak langsung tak beri peluang untuk Sarah menjelaskan keadaan yang sebenar….maafkan kakak….” ucap Farah berserta esak tangis yang bersisa.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Suasana di Restoran Seri Melayu yang terletak di Jalan Conlay agak lengang, Zakirah duduk sendirian sambil bermain-main dengan penyedut minuman yang berada di dalam gelasnya. Dia sedang menanti kedatangan Uzair, perbualan mereka pada minggu lepas masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Dia teringat kembali akan peristiwa yang berlaku di kedai emas tempohari.

Ketika itu Zakirah dan Adam baru sahaja selesai makan tengahari di Noodle Station, Mid Valley. Sedang mereka berjalan-jalan, mereka melintasi Habib Jewels, Uzair terus menarik tangan Zakirah masuk ke dalam kedai tersebut.

“ eh…..kita nak buat apa kat sini….” Soal Zakirah kebingungan.

“ ala…ikut jer la….duduk sini….” arah Uzair, Zakirah hanya menurut.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Kenapa pula Uzair menarik Zakirah masuk ke dalam Habib Jewels..??

6 comments:

Anonymous said...

sb dye nk belikn cincin kt srah..
suh zack plih..hehehe

epy elina said...

hhoohho..
hrp2 adam thu napa sara bt mcm 2...
x nak sara ngn uzair....

Mr JePz said...

ak habaq dh ...aduih...uzair2..cian kat adam...

noor said...

sbb die nk blikan ccin utk sarah..die suh zack yg plihkan.. cian kt zack..

Anonymous said...

xnk uzair dgn sarah..nk adam dgn sarah..huhuhuhu

nabilah_2908 said...

hehe...cerita ni dh hampir ke penghujungnya... ;)