Monday, July 19, 2010

NOTA CINTA - PART 49

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥




“ bodoh….!!!!” Jessica melepaskan marahnya sebaik sahaja dia tiba di rumah.

Beg tangannya dilemparkan ke dinding, begitu juga dengan kasutnya. Orang gajinya tidak berani menunjukkan muka, dia sudah faham akan sikap Jessica, dalam keadaan yang begini majikannya tidak suka diganggu. Hati Jessica masih panas dengan apa yang telah terjadi siang tadi, rancangannya gagal disebabkan kehadiran James.

Memang Jessica mempunyai hubungan dengan James, tapi Jessica tidak pernah serius dalam sesebuah perhubungan. Bagi wanita secantik Jessica memang mudah untuk dia bertukar-tukar pasangan, baginya mereka ini hanyalah satu persinggahan sahaja, hanya tempat untuk dia berseronok. Tidak terlintas langsung di fikiran mahupun di hatinya tentang cinta, tentang sayang. Ada yang datang menghulurkan cinta, namun Jessica menolaknya mentah-mentah, sejak dalu hingga kini di hatinya hanya Adam dan perasaan itu tidak pernah berubah.

“ aku tak pernah cintakan kau…dan takkan pernah…!!” kata-kata Adam bermain-main di benak fikirannya.

“ agrh…!!!!” Jessica menekup telinga dengan kedua belah tangannya. Kata-kata Adam itu menghantui fikirannya.

Dia segera bangun menuju ke bar kecil yang terdapat di sudut rumahnya. Sebotol arak dari rak bar tersebut di ambil, penutup botol itu dibuka lalu Jessica meneguk arak tersebut dengan rakusnya.

“ kau takkan pernah cintakan aku ye Adam…..tak mengapa…kau akan jatuh ke tangan aku juga satu hari nanti…samada secara sukarela…ataupun secara terpaksa…kau tunggu saja lah….masanya akan tiba…..” Jessica bermonolog sendiri, arak yang masih lagi bersisa di dalam botol diteguk lagi.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya, dengan malas dia bangun dan mendapatkan telefonnya yang berada di dalam beg tangannya yang telah dibalingnya sebentar tadi. Sebaik sahaja telefon itu di ambil, nama Vincent tertera di skrin telefonnya. Jessica mengeluh kasar, ikutkan hatinya memang dia malas untuk menjawab panggilan dari papanya, akhirnya dengan berat hati dia jawab juga panggilan tersebut.



“ hello pa…..” ucap Jessica lemah.

“ kenapa lambat jawab…buat apa…?” soal Vincent

“ takde apa..phone dalam bag…”

“ so….macam mana dengan perancangan kita…lama dah tak dengar khabar..”

“ susah la pa….”

“ perkara yang simple macam tu pun Jess tak mampu nak buat…?” sindir Vincent, Jessica mengeluh berat, sakit telinganya apabila mendegar sindiran Vincent.

“ anak bodoh..!!!” jerkah Vincent

Air mata Jessica sudah mula bergenang di tubir matanya menahan geram, dia paling benci mendengar perkataan itu.

“ bertindak ikut perasaan, begini lah jadinya…sudah berapa kali aku pesan..guna otak…guna otak….kalau kau tak sumbat si Adam dalam penjara sudah tentu perkara tidak akan jadi serumit ini…!!” Vincent menghamburkan kemarahannya. Jessica pula hanya mendiamkan diri.

“ tak mengapalah..perkara dah berlaku..kita kena tukar plan…” sambung Vincent lagi, suaranya mula mengendur.

“ tukar plan macam mana tu pa…?”

“ untuk buatkan dia bertukar agama..adalah sangat mustahil…jadi tiada pilihan lagi….Jess perlu tukar agama….papa mahu kamu berdua berkahwin…”

“ tapi pa….bukan kah papa melarang Jess tukar agama…?”

“ itu dulu…. kita ni agama apa…? Kalau Buddha..pernah kah kita ke kuil..or..kalau kita ni beragama Kristian…pernah ke kita ke gereja …tidak kan.. jadi apa bezanya….?”

“ hmm..betul juga….” balas Jessica

“ macam mana sekali pun Jess kena kahwin dengan Adam…bila kamu sudah berkahwin…kita akan hapuskan dia…dan bon-bon milik Adam…akan jatuh ke tangan kita….maka….dendam papa selama ini akan terbalas …kita akan hidup senang lenang Jess….ha…satu lagi…papa akan jual syarikat kita..”

“ jual….. kenapa…?” berita penjual syarikat papanya telah mengejutkan Jessica.

“ ada seorang jutawan dari London berminat untuk beli syarikat kita..dia menawarkan 5 juta ringgit…boleh Jess bayangkan….betapa banyaknya duit kita nanti…? lagi pun syarikat itu asalnya milik keluarga Lim juga…alang-alang kita nak hapuskan satu-satunya keturunan Lim…apa salahnya kita hapuskan sekali syarikat itu…”

“ tapi pa…..perlu ke kita hapuskan Adam..? Jess…..Jess sayangkan dia….” ucap Jessica perlahan,

“ kau jangan jadi bodoh…..sudah berapa kali aku pesan….jangan jadi hamba cinta…cinta takkan bawa kau ke mana-mana…malah akan memusnahkan diri kau…” sekali lagi Vincent menghamburkan kemarahannya terhadap Jessica .

Memang Vincent tidak percaya pada cinta, dia berkahwin dengan Anne, mama Jessica pun bukan atas dasar cinta, dia hanya mahukan waris. Perasaan cintanya hilang sebaik sahaja Marry, ibu kepada Adam berkahwin dengan Jeffry Lim. Sejak itulah dia tidak percayakan cinta, malah dendamnya semakin membara.

Apa yang menghairankan Jessica, walaupun Vincent tidak mencintai mamanya, namun mereka masih lagi bersama, Vincent tidak pernah menceraikan mamanya, walaupun mamanya seringkali menjadi sasaran untuk dia melepaskan kemarahannya. Jessica juga kagum dengan mamanya, walau seburuk mana sekalipun layanan suami terhadap dirinya, namun dia tetap setia, dia tetap mencintai Vincent dengan setulus hati.

“ aku tak kira....kau mesti dapatkan Adam…aku bagi kau masa dalam dua bulan lagi…jika kau masih gagal…aku akan masuk campur….faham…?!!” suara Vincent mula meninggi.

“ faham pa……..” Jessica hanya menurut,

“ bagus……” suara Vincent mengendur kembali. Itulah Vincent, dia memang panas baran orangnya, namun kemarahannya tidak lama.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Tinggal seminggu sahaja lagi, Farah akan diijabkabulkan dengan Johari. Segala persiapan sudah mula di buat sedikit demi sedikit. Sarah dan Farah juga sudah mula bercuti dan mereka baru sahaja tiba di Melaka petang semalam. Wajah Farah kelihatan suram, puas Maryam bertanya kepada Farah, namun Farah tetap mendiamkan diri. Dia hanya memberikan alasan kurang sihat sahaja. Jauh di sudut hati seorang ibu, Maryam dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya itu.

Suasana di rumah Tajuddin pada pagi itu agak tegang , Tajuddin dan Maryam terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Sarah. Farah pula hanya memasang telinga dari dalam biliknya

“apa ni Sarah…apa semua ni…?” Tajuddin meninggikan suaranya, hatinya panas .

♥♥ **************************************************** ♥♥

kenapa la agaknya Tajuddin marah sangat dengan Sarah yer...?

nantikan sambungannya yupp... (^_^)

3 comments:

MaY_LiN said...

mesti pasal sarah nak putuskan hubungan ngan adam ni..
makin saspen kisah ni..
jahat tul la papa n jes ni

Mr JePz said...

uish2..keadaan btambah rumit nmpknye..

noor said...

woo..cerita yg smakin mnarik..hurm.. ayh sarah mrh sbb sarah nk btunang dgn uzair kot..huhu..