Monday, July 26, 2010

NOTA CINTA - PART 51

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Uzair melihat deretan cincin emas putih yang berada di dalam kotak kaca di kedai tersebut, lalu dia memanggil jurujual untuk mengambil beberapa cincin yang di rasakan cantik untuk di cuba.

“ bak sini tangan kau…..” pinta Uzair.

“eh…..nak buat apa….?” soal Zakirah kembali.

“ aku nak kau cuba cincin ni…sesuai ke tidak….” balas Uzair.

“ kenapa….cincin ini tuk siapa….?”

“ ala….kau ni banyak tanya pula…..cuba jer la….” bentak Uzair, akhirnya Zakirah hanya menurut.

Uzair menyarungkan cincin di jari manis Zakirah, kemudian dia merenung cincin tersebut. Dia menggelengkan kepalanya lalu menyuruh jurujual mengambil cincin yang lain. Begitu lah gelagat Uzair, hampir lima kali Zakirah bertukar cincin, semuanya tidak berkenaan di hatinya. Akhirnya cincin terakhir telah membuatkan Uzair tersenyum lebar, dia nampaknya berpuashati dengan pilihannya.

“ so….macam mana…cantik tak cincin ni…kau suka tak…?” soalan yang keluar dari mulut Uzair membuatkan Zakirah terkesima.

“ untuk aku kah cincin ini….?” Zakirah bermonolog sendiri dala masa yang sama dia merenung cincin emas putih bertakhtakan beberapa butir berlian di atasnya. Cincin itu sangat cantik.

“ Zack…..aku tanya kau ni….suka ke tak..kalau tak..aku tukar yang lain…” sergah Uzair.

“ err..su….suka….cantik….ok lah ni….”

“ hmm…..bagus…kau memang faham cita rasa aku…” balas Uzair.

Uzair menyentuh tangan Zakirah perlahan, cincin di jari Zakirah dibelek kembali. Dia memandang tepat ke anak mata Zakirah seolah-olah ingin menyatakan sesuatu. Ketika itu jantung Zakirah berdegup dengan laju, dia menjadi kaget diperlakukan begitu namun dalam masa yang sama, dia berasa sangat bahagian dan gembira. Uziar tidak pernah bersikap begini dengannya. Namun Uzair hanya terseyum tiada sepatah pun perkataan keluar dari mulutnya.

“ ok Miss….I take this…..” ucap Uzair kepada jurujual tersebut, jurujual tersebut menangguk lalu tersenyum.

“ eh Zack….tanggalkan lah cincin tu….” Zakira yang ketika itu berada di awang-awangan berasa malu bila Uzair menyergahnya.

Dia segera menanggalkan cincin itu dari jari manisnya lalu memberikan kepada jurujual tersebut, dalam hatinya tertanya-tanya kenapa Uzair membelikan cincin untuknya. Setelah selesai membuat pembayaran, Uzair mengambil kotak yang berisi cincin tersebut lalu memasukkan ke dalam poket seluarnya. Zakirah kebingungan, bukankah cincin itu sepatutnya diserahkan kepadanya.

“ kenapa kau simpan cincin tu…?” soal Zakirah kehairanan.

“ eh mestilah simpan..takkan nak tayangkan kat orang….tiba-tiba datang penyangak ragut cincin tu nanti macam mana…?” jawab Uzair bersahaja. Zakiran terdiam, dalam masa yang sama dia bersetuju dengan tindakkan Uzair.

“ erm…..kau beli cincin itu untuk apa…?” Zakirah cuba mendapatkan kepastian.

“ untuk melamar seseorang…..”

“ iyer ke…..siapa…?” hati Zakirah semakan tidak keruan, adakah Uzair akan melamarnya. Dia perlu mendapatkan kepastian dari Uzair.

“ aku nak lamar kau…..kau terima tak….?” jawapan yang keluar dari mulut Uzair membuatkan Zakirah terkesima, dia kehilangan kata-kata.

Darah menyerbu di seganap wajahnya, wajahnya kini dirasakan panas.Apabila melihat wajah Zakirah yang terkejut dengan kata-katanya, ketawa Uzair meledak.

“ hahahahaha….gotcha…..!!!” jerit Uzair, Zakirah mula keliru.

“ kau jangan la buat muka blur macam tu…sakit perut aku ni ketawa….”

“ dah tu nak buat muka macam mana…?”

“ kau terkejut eh….? Sorry la…aku sedar siapa diri ni…mana sepadan dengan kau yer tak…?”

“ errr….tak…..tak juga…..”

“ hahahaha……aduh…sakit perut aku…kau jangan risau…aku memain jer tadi….aku nak pinang Sarah la…..kau rasa dia terima tak…?” sekali lagi kata-kata Uzair membuatkan dia kehilangan kata-kata.

Ketika itu di rasakan dunianya gelap, hatinya hancur berkecai. Sangkaannya meleset sama sekali, cincin itu bukan untuk dia, tapi untuk Sarah. Perasaannya bercampur baur di antara kecewa dan malu. Hatinya sebak, dia ingin menangis namun dipujuknya hati supaya bersabar, supaya tidak menangis, Uzair tidak perlu tahu. Zakirah memandang Uzair lalu tersenyum.

“ patut la aku rasa pelik je tadi….aku ingatkan kau ni tebiat..tiba-tiba nak beli cincin…untuk Sarah rupanya….” balas Zakirah, dia cuba unutk mengawal perasaannya.

“ yupp….kau rasa dia terima tak…?” Uzair mengulang kembali soalannya, dengan berat hati Zakirah menjawab,

“ terima kot..yer la…kau pun rapat dengan dia kan…mana la tahu..kalau-kalau dia dah jatuh cinta dengan kau….kau pergi la tanya dia…” Zakirah memberikan sokongan kepada Uzair, namun di dalam hatinya kini luka berdarah.

♥♥ **************************************************** ♥♥




“ oit..!!!.” Zakirah tersentak, apabila menyedari bahunya di cuit, dia segera menoleh.

“ Wa’alaikumsalam…..” sindir Zakirah sebaik sahaja melihat Uzair.

“ hahahaha…” ketawa Uzair meledak, dia terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Zakirah.

“ sorry…sorry….Assalammualaikum….” ucap Uzair bersama tawanya yang masih lagi bersisa. Zakirah tersenyum sinis.

“ kau ni….kuat betul berangan kan…? Aku lama dah sampai…sikit pun kau tak perasan….” luah Uzair. Zakirah tersenyum lagi.

“ hmm…..asik senyum jer…jangan la macam tu…bergoncang iman aku tau…” Uzair masih lagi mahu bergurau dengan Zakirah. Zakirah pula hanya meangkat kening dan bahunya.

“ kau ada masalah ke Zack…? Kau dah tak ceria macam selalu….nak call kau punya la azab..mengalahkan Menteri….”

Uzair perasan akan perubahan sikap Zakirah akhir-akhir ini. Dia seolah-olah menjauhkan diri daripadanya, adakalanya panggilan telefon daripadanya pun jarang berjawab.

“ aku ok jer…” jawab Zakirah pendek.

" so...kenapa kau ajak aku jumpa ni...rindu kat aku eh....?" ujar Uzair sambil mengenyitkan matanya. Zakirah tertawa kecil apabila melihat gelagat nakal Uzair.

" rindu la juga....sibuk sikit akhir-akhir ni…aku kena habiskan semua kerja-kerja aku sebelum hujung minggu ni…." Zakirah memberi alasan.

“ aik….kenapa pula….pakcik kau nak bagi projek baru ke…?”

“ tak la…..aku nak berhenti kerja……aku dapat offer buat Masters kat New Zealand….minggu depan aku akan berangkat pergi….” ujar Zakirah perlahan.

“ hah….?? Kau tak pernah cerita pun…kenapa tiba-tiba je ni…kau dapat kat mana...?”

“ aku nak cerita la ni….dapat kat Auckland University...dah lama sebenarnya aku dapat offer tu…tiga bulan yang lepas…mula-mula macam malas nak pergi jauh-jauh...tapi...fikir punya fikir…baik aku pergi je..untuk kebaikkan aku juga...lagi pun takde apa pun yang tinggal untuk aku kat sini….” Luah Zakirah.

“ kau ni kenapa…..aku kan ada….?” Uzair seperti tidak berpuas hati dengan tindakan Zakirah.

“ iyer ke kau ada…? bila kau dah kahwin dengan Sarah takkan la aku nak berkepit dengan kau macam selalu….aku rasa ini la jalan terbaik....aku pun perlu ada jalan hidup aku sendiri…” balas Zakirah lalu menyedut air yang masih lagi bersisa di dalam gelasnya.

“ err….takkan la sampai macam tu..tak best la bila kau takde…” rungut Uzair.

“ kau kan ada Sarah…..kenapa....kau risau eh aku tak datang masa Majlis kahwin kau…? “ soal Zakirah

“ tak la juga…..ada pula macam tu….”

“ kau jangan risau…bila kau kawin nanti aku balik la…janji kau kena bayarlah tiket pergi dan balik aku…” ucap Zakirah lalu dia tertawa kecil, ketawa yang dibuat-buat. Dia mengerling jam di pergelangan tangan kanannya.

“ ok lah Uzair…itu jer yang aku nak bagi tahu pada kau…aku kena balik office ni…kang bising pula pakcik aku tu nanti….apa-apa hal…nanti aku call….aku balik dulu….Assalammualaikum….” ucap Zakirah, dia bergegas pergi dan meninggalkan Uzair terpinga-pinga.

Semakin jauh Zakirah melangkah, semakan deras air matanya mengalir.

“ Ya Allah…berat sungguh dugaan ini….aku mohon pada mu Ya Allah…berikan aku kekuatan untuk melupakan dia....”

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ Alhamdulillah Adam…syarikat Vincent sudah jatuh ke tangan kita…” ujar Malik di hujung talian. Adam ketika itu sedang memandu, memberhentikan keretanya di bahu jalan.

“ sungguh ke ni uncle…tapi macam mana…senyap je…tahu-tahu dah dapat….?” Soal Adam kehairanan.

“ kan uncle dah kata…Adam tak perlu risau..serahkan pada uncle sahaja….”

“ tapi…..saya nak juga tahu uncle…”

“ orang kepercayaan Vincent…telah belot…secara tidak sedar Vincent telah menandatangani surat penyerahan kuasa yang menyatakan bahawa dia telah menyerahkan seluruh syarikat termasuk aset-aset serta pegangan sahamnya kepada kita…” cerita Malik dengan girangnya. Adam pula merasa tidak sedap hati dengan perkhabaran itu.

“ Vincent pula macam mana uncle….dia dah tahu….? Macam mana dengan hidupnya nanti…?” soal Adam.

“ Vincent sudah tahu…dia mengamuk besar…”

“ uncle….tak boleh ke kita beri dia sedikit pampasan….kesian dia…”

“ jangan risau Adam..kita tidak sekeji dia….semuanya telah dirancang dengan rapi…dia akan diberikan pampasan…aset-aset yang dia ada seperti kereta dan rumah…tetap menjadi miik dia…malah dia juga ada buat pelaburan di salah sebuah Kasino di Gold Coast…uncle rasa dia masih boleh meneruskan hidup dia…cuma uncle risau akan keselamatan orang kepercayaan dia yang telah membelot itu…risau kalau di apa-apakannya…” jelas Malik.

“ hmm…bagus la kalau macam tu…” Adam menarik nafas lega.

“ uncle kagum dengan Adam…. walaupun Vincent telah mengkhianati keluarga Adam, tetapi Adam masih lagi memikirkan nasib yang bakal Vincent dan keluarganya terima…bagus Adam….” Puji Malik.

“ tiada bezanya di antara dia dan kita kalau saya buat perkara yang sama macam mana yang dia pernah buat dulu…betul tak uncle…? Kalau boleh saya tak mahu dia terima nasib yang sama macam papa dulu….” balas Adam

" tentu papa Adam bangga dengan Adam..."

“ jadi macam mana dengan syarikat sekarang..?” sambung Adam lagi.

“ hmm…buat masa ni…pembantu uncle akan menguruskannya…Adam kena berhenti kerja secepat mungkin..Adam perlu menerajui syarikat itu….” Jelas Malik.

“ erm…macam sayang pula saya nak berhenti kerja....uncel kan ada….uncle tak boleh bantu…?” soal Adam

“ uncle ada perusahan uncle sendiri….setakat memberikan pandangan…boleh la….selebihnya Adam perlu buat sendiri….ini lah masanya….”

" erm....betul juga tu....baiklah uncle...saya akan hantar notis berhenti kerja esok..."

" bagus....nanti kita jumpa...uncel akan ceritakan dengan lebih terperinci lagi...."

“ Adam……..” sapaan daripada Pak Mat mengejutkan lamunanya. Perbualan di antara Malik dan Adam tempoh hari beterbangan hilang dari fikirannya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

apa yang akan terjadi selepas ini...? nantikan episod seterusnya yupp.. :)

No comments: