Thursday, July 29, 2010

NOTA CINTA - PART 52

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



“ Adam……..” sapaan daripada Pak Mat mengejutkan lamunanya

Sejak mereka tiba di Melaka, Adam tidak terus masuk ke bilik sepertimana saudara mara yang lain. Dia terus menuju ke arah pantai. Pak Mat hanya memerhatikan Adam dari dalam biliknya. Adam duduk termenung sendirian di bawah pokok ketapang yang rendang menghadap ke arah laut laut, walaupun keadaan ketika itu agak gelap hanya lampu-lampu dari hotel disekitarnya sahaja yang menerangi pesisir pantai itu.

Dia faham jiwa anak muda itu sedang bergolak, walaupun Adam cuba menyembunyikannya, namun dia dapat membaca apa yang tersirat di sebalik wajah Adam yang tenang. Lalu dia keluar dari biliknya dan mengatur langkahnya mendapatkan Adam, anak muda itu tidak boleh dibiarkan berseorangan melayan perasaan.

“ eh…abah….terkejut saya…..” Jawab Adam.

“ apa yang Adam buat kat sini…bukan kah dah malam…tiada apa yang menarik pun yang boleh diperhatikan di sini….” Luah Pak Mat.

“ saya cuma menikmati bayu laut yang segar ni jer…kat KL memang tak dapat….lagi pula…saja nak berehat…penat drive tadi…” Adam memberi alasan.

Lewat jam lapan malam, rombongan keluarga Johari sudah pun tiba di Melaka. Mereka tiba sehari lebih awal dari hari pernikahan Johari dan Farah. Mereka menetap di Hotel D Nelayan Beach Resort , hotel yang sama ketika rombongan mereka meminang Farah beberapa bulan yang lepas, cuma bezanya kali ini rombongan mereka lebih besar. Johari sudah mula rasa debarannya, tinggal dua hari sahaja lagi dia akan bergelar suami namun debaran itu cuba disembunyikan dengan sikapnya yang suka mengusik orang-orang di sekelilingnya.

“ Johari tu memang…drive sekejap sangat…lepas tu terus mengadu mengantuk….sudahnya kamu juga yang kena bawa sampai ke sini….” Ujar Pak Mat sambil tersenyum sinis mengenangkan gelagat Johari.

“ takpe la bah…..saya tak kisah pun…lagi pun dia kan bakal pengantin..bagi lah dia rehat-rehat dulu…lepas ni dia kena kerja keras pula….” Balas Adam sambil ketawa kecil, Pak Mat faham apa yang tersirat dari kata-kata Adam, dia pun turut sama ketawa.

“ Adam…..abah tengok Adam lebih banyak mendiamkan diri sejak akhir-akhir ni…kalau ada apa-apa masalah…Adam boleh cerita dengan abah…jangan simpan sendiri…”

“ saya ok jer bah….abah jagan la risau….”

“ Adam risau tentang apa lagi sekarang ni….bukan kah Vincent sudah berjaya disingkirkan….atau…Adam terkenangkan Sarah….?” Pak Mat cuba meneka apa yang tersirat di hati Adam.

“ err………….”

Belum sempat Adam bersuara, tiba-tiba mereka di sapa Johari.

“ wah…buat apa kat sini…? Mengumpat ke…?” Johari datang menghampiri Pak Mat dan Adam.

“ tak la bang…borak-borak kosong je….” Balas Adam

“ hmm…dah hilang ke mengantuk kamu tu…?” Sindir Pak Mat, Johari memandang Pak Mat sambil tersengih.

“ oh ya..lupa lak….abah,……mak cari….” Ujar Johari kepada Pak Mat.

“ mak kau nak apa pula……haih….tak boleh la tengok orang senang” Rungut Pak Mat

“ ala abah ni….mak rindu la tu….mana boleh berjauhan lama-lama….pergi la cepat…..” Johari mengusik Pak Mat, Adam pula menekup mulut menahan ketawa.

“ ah kau ni…ke situ pula….” Balas Pak Mat dan berlalu dari situ.

Johari pula melabuhkan punggungnya di sebelah Adam. Keadaan menjadi sepi semula, hanya deruan ombak yang menghempas pantai sahaja yang kedengaran.



“ kau ni…..termenung sana..termenung sini…macam kucing mati anak tau….apa yang kau fikirkan sekarang ni…?” Soal Johari. Adam melepaskan keluhan berat.

“ nampak sangat yer bang...? tadi abah tanya...sekarang ni abang pula...."

" nampak......kami semua risau tengok keadaan kau...." Luah Johari

" macam-macam bang…..” Jawab Adam pendek, dia menguis-nguis pasir dengan hujung kakinya.

“ sepatutnya…esok kau dah bertunang dengan Sarah…tapi nak buat macam mana kan…” kata-kata Johari terhenti, baru dia sedar dia sudah tersalah kata.

“ hrummm…..takde jodoh…nak buat macam mana…redha jer la….lagi pun saya dah penat fikir pasal ni….”

“ sorry lah Adam…aku tak sepatutnya bangkitkan hal ini…maafkan aku…..”

“ saya tak kisah pun bang…betul la tu….”

“ sabar lah Adam….bila Allah memberikan dugaan…itu bermakna Allah menyayangi hamba-Nya….”

“ ya…..itu lah yang sedang saya buat…lagi pula…dugaan yang lebih besar dari ini pun saya dah harungi….ini pula cuma dugaan kecil… saya ok…jangan la risau…” Balas Adam

“ bagus la macam tu…aku kagum dengan kau ni…kuat betul..kalau aku…aku tak tahu lah..samada aku mampu ataupun tak….”

“ erm…abang……saya ada perkara nak bincang sikit dengan abang…..”

Johari memalingkan mukanya menghadap Adam.

“ perkara apa tu..?”

“ saya akan berangkat ke London minggu depan…mungkin akan duduk di sana buat sementara waktu…”

“ wah…sampai ke London….oh…aku tahu..kau nak uruskan harta peninggalan papa kau tu yer….tapi…berapa lama kau duduk di sana…?” Soal Johari

“ macam tu la…sambil-sambil itu bantu uncle Malik sikit..belajar cara-cara menguruskan syarikat….berapa lama tu…saya tak pasti…mungkin setahun…atau lebih…”

“ lamanya…..kau nak bantu Malik atau kau nak tenangkan perasaan kau..?”

“ lebih kurang macam tu la….terlalu banyak perkara yang menyakitkan berlaku kat sini….” Luah Adam.

Johari terdiam buat seketika, memang benar apa yang diperkatakan oleh Adam, terlalu banyak kenangan pahit yang tercalit di sini.

“ aku faham perasaan kau…..jadi syarikat kau macam mana…?” Soal Johari lagi.

“ ini la yang saya nak bincangkan dengan abang…..mula-mula sekali…saya nak minta maaf…sebab tak dapat hadir kenduri kahwin abang di rumah kita nanti…..”

“ pasal tu..tak kisah….yang penting..kau kena ada masa aku nikah….ok itu selesai…perkara yang lain..?”



Adam mengutarakan hasrat hatinya untuk mengajak Johari bekerja bersama di Liam's Holdings. Adam mahu Johari menjadi pemangku CEO, Adam mahu Johari membantunya menerajui syarikat semasa ketiadaannya nanti. Pengalaman sebagai Pengurus Cawangan Kedai Buku Popular membuatkan Adam yakin dengan keputusannya. Johari memang layak.

Permintaan daripada Adam membuatkan Johari terdiam seketika.

“ kerja aku yang sekarang ni…?”

“ berhenti lah bang…..bekerja dengan saya….saya tak mampu buat seorang diri….buat masa ni..pembantu uncle Malik yang tolong uruskan syarikat itu…sekarang ni..kami telah buat penjenamaan semula…Liam’s Holdings akan mula beroperasi kembali….” Carita Adam bersungguh-sungguh. Johari mula tertarik dengan pelawaan Adam.

“ wah…macam gah saja bunyinya…kalau kau percaya dengan kebolehan aku…aku tak kisah…..aku akan bantu kau seadanya…aku kan abang kau….” jawapan Johari sangat melegakan hati Adam, dia kini mampu tersenyum semula.

“ terima kasih bang….terima kasih…..saya yakin dengan abang..jika abang tak berkebolehan..masakan abang boleh memegang jawatan Pengurus Cawangan kan…? Terima kasih bang…..” ucap Adam lalu memeluk Johari dengan erat.

“ no hal punya…..ingat walau apa pun terjadi…aku tetap abang kau…walaupun kita tak lahir dari rahim ibu yang sama….ingat tu….dunia akhirat…kita tetap adik beradik tau…” ucap Johari sambil menepuk bahu Adam. Adam terharu dengan kata-kata Johari.

“ aku nak call kakak ipar kau kejap…."

" hmm...bakal kakak ipar la bang....tak sabar-sabar...." balas Adam

" iyer la...iyer la....kau jagan duduk kat sini lama-lama sangat…kang kena kidnap dengan hantu laut baru kau tahu….” Johari mengusik Adam.

“ abang ni…ade lak sampai ke situ…saya tahu..nak jalan-jalan sekejap..” Adam lantas bangun dari bangku tersebut, dia menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar dan mula berjalan meninggalkan Johari sendirian.

“ eh si Adam ni…. dia pulak yang blah dulu…..” rungut Johari, lalu dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mendail nombor Farah.

♥♥ **************************************************** ♥♥




tut....tut....

Johari menanti panggilannya di jawab oleh Farah,

" hello....." suara seorang perempuan kedengaran dihujung talian. Johari merasa pelik,suara Farah di dapai berlainan daripada biasa, namun di endahkan sahaja perasaannya itu.

" hello isteri ku sayang..........." balas Johari . Perempuan yang berada dihujung talian terdiam seketika.

" hello sayang.....kenapa dia jer ni...nervous ke bila bercakap dengan suami mu ini...." sambung Johari.

" kau ni dah kemaruk sangat nak kahwin yer...dah tak sabar sangat...sampai mak kau pun...kau dah tak kenal....?" Salmiha menghamburkan kemarahannya.

Johari tersentak, dia melihat skrin telefon bimbitnya. Ternyata dia sudah silap mendail nombor telefon, bukan Farah yang dihubunginya tetapi Salmiha emaknya. Muka Johari mula terasa panas menahan malu.

"aduh....macam mana boleh tak perasan nih......." dia bermonolog sendiri.

Johari menelan air liurnya dalam masa yang sama otaknya ligat berfikir untuk memberi penjelasan kepada emaknya.

" err.....tak...saja je mak...testing....nanti bila cakap dengan Farah...takde la gagap...."

" apa aje la yang kau mengarut malam-malam ni Joe...? sabar....tak lama lagi dah...bini kau tak kemana pun...haih...anak....anak...macam-macam....dah..pergi masuk...tidur...." Salmiha memutuskan panggilan. Johari terdiam , terkulat-kulat menyesali kecuaian diri sendiri.

" tu la kau..gelojoh sangat......" bisik hati kecilnya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

ok lah...nanti sambung lagi ya..... (^_^)

2 comments:

Anonymous said...

kantoiii suda>>>>>>>>>>>

MaY_LiN said...

bile la sarah nak sedar ni..
cian adam..
hikhikhik..
kekantoian..