Tuesday, June 29, 2010

NOTA CINTA - PART 41

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:qE1UDBK1nAhz_M::&t=1&usg=__L_lV2SQuW6o4v3a9Sah1j7DBOZA=

" Sarah......Sarah.....Sarah...!!!!" hanya nama itu meniti bibir Adam.

" Adam....." tiba-tiba Adam terdengar satu suara yang amat dikenali, perlahan-lahan dia membuka matanya. Wajah pertama yang di lihat adalah wajah ibu angkatnya Salmiha.

" mak.......saya di mana...?" soal Adam dengan lemah, dia cuba menggerakkan tangannya,

" arghhh....!!!" Adam mengerang kesakitan apabila menggerakkan tangannya.

" sabar Adam...jangan bergerak...tangan Adam patah..." Salmiha cuba menenagkan Adam.

" Sarah......mana Sarah mak...? " Adam mula mencari Sarah.

" Sabar lah Adam......" tiba-tiba Pak Mat bersuara.

" Abah....kenapa saya perlu sabar...apa yang dah terjadi pada Sarah.." Adam menjadi tidak keruan, dia cuba bangun dari pembaringannya, namun dihalang oleh Pak Mat.

Pak Mat dan isterinya saling berpandangan, berat rasanya mulut mereka untuk memberitahu Adam tentang hal yang sebenarnya. Pak Mat mengalihkan padangannya kepada Adam, lalu mengeluh kasar.

" Sarah selamat....tapi sekarang ni..dia di ICU.."

" kenapa...apa yang da terjadi...." soal Adam kebingungan

Pak Mat menceritakan hal yang sebenarnya. Semasa mereka melintas jalan, seorang lelaki memandu kereta dengan laju dan gagal memperlahankan keretanya lalu merepuh Sarah dengan kuat. Ketika itu Sarah yang baru sahaja perasan akan kehadiran kereta itu terus menolak Adam hingga ke bahu jalan. Adam jatuh tersungkur dan pengsan.

Namun Sarah tidak dapat mengelak, tubuhnya melambung sebaik sahaja dilanggar, Adam dan Sarah dikejarkan ke hospital. Adam cuma patah tangan kanannya dan tidak sedarkan diri selama 2 hari. Namun Sarah pula menerima nasib yang berbeza, keadaan Sarah kritikal dan terpaksa dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi kerana mengalami kecederaan dalaman.

Mengalir air mata Adam sebaik sahaja mendengar cerita dari Pak Mat, dia mula diselubungi rasa bersalah. Akibat kecuaian dia, Sarah menjadi mangsa. Dia yang sepatutnya menjadi penyelamat Sarah.

" lelaki yang melanggar Adam tu yang menghantar kamu berdua ke sini, dia berasa amat bersalah kerana gagal mengawal keretanya..hari-hari dia datang melawat kamu..." sambung Pak Mat lagi.

" saya yang salah....cuai semasa melintas jalan...mungkin kerana seronok sangat...macam ni lah jadinya...." jawab Adam dengan nada yang kesal.

" saya nak pergi jumpa Sarah..." sekali lagi Adam cuba bangun.

" sabar Adam...isghtifar banyak-banyak....kamu masih lemah..." Pak Mat cuba menghalang Adam.

Tiba-tiba Johari masuk ke dalam bilik Adam.

" Alhamdullilah....kau dah sedar...dekat 2 hari kau terlantar kat sini..tak bangun-bangun..." ucap Johari dengan nada girang.

" Sarah...macam mana dengan Sarah bang....?" Adam kembali bertanyakan tentang Sarah.

" kau takperlu risau....Sarah dah dikeluarkan dari ICU...keadaan dia dah stabil...cuma dia masih belum sedarkan diri lagi...doktor kata..dia mungkin akan sedar dalam dua atau tiga hari lagi.."

" Alhamdulillah......."

Adam, Pak Mat dan Salmiha mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebaik sahaja mendengar penjelasan dari Johari.

" saya nak pergi jumpa Sarah...." ucap Adam.

" erm.....kau kan baru sedar....takkan dah nak bagun..?" soal Johari

" saya tak kira bang...saya nak jumpa Sarah sekarang juga..." bentak Adam

" iyer la...kejap...aku pergi panggil nurse ..." Johari terus bangun dan keluar.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:481aTo8__knJ9M::&t=1&usg=__UfzO2gZYgmLwXkUWPhfFg8j_vz8=

Sarah masih lagi tidak sedarkan diri, masih lagi terbaring lesu tidak berdaya. Farah setia menanti adiknya siang dan malam, begitu juga ayah dan ibunya. Semua risau akan keadaan Sarah. Farah merenung wajah adiknya, tangan Sarah di genggam erat.

" Dik....maafkan kakak.....bersungguh-sungguh Sarah minta maaf pada kakak malam tu..tapi kakak tetap berdegil tak mahu memaafkan Sarah.....maafkan kakak yer dik....maafkan kakak...Sarah bertahan lah...jangan pergi tinggalkan kakak...tinggalkan ayah dan ibu...jangan yer dik....bertahanlah....Sarah kena kuat..."

Farah mengesat air matanya yang mengalir, dia bangun lalu mengatur langkahnya ke bilik air. Langkah Farah terhenti apabila Johari masuk ke dalam bilik Sarah sambil menolak Adam yang sedang duduk di kerusi roda. Farah memandang Adam, hatinya sayu melihat keadaan Adam yang mukanya sedikit bengkak pada sebelah kanan, dan tangannya yang bersimen, beralaskan kain anduh.

" Adam...apa kabar...?" sapa Farah

" baik kak...macam ni la..." jawab Adam sambil tersenyum.

" bila sedar...Joe cakap tadi..Adam masih belum sedar..." soal Farah

" baru je ni....pastu terus nak jumpa Sarah...bila nurse kata boleh..terus jer la saya bawa ke sini.." kali ni giliran Johari pula menjawab.

" hmm...macam tu....takpe la..jom Joe...teman saya makan...biarlah Adam kat sini kejap..."

" boleh..jom lah..." Farah dan Johari keluar meninggalkan Adam bersama Sarah.

Kali ini, giliran Adam pula merenung wajah Sarah. Hatinya dihambat rasa sayu apabila melihat kekasih hati terlantar tidak berdaya, semua ini disebabkan kecuaian dirinya sediri.

" sayang......Adam datang...."

Adam mengsusap lembut kepala Sarah.

" maafkan Adam...." air matanya mengalir lagi.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:Bgv_pU9ahhsx7M::&t=1&usg=__EdQiFuNlVCKhJrhA7krRaSVWzWc=

" Bodoh...!!! lain yang aku suruh...lain yang kau buat..." Jessica menghamburkan kemarahannya di hujung talian.

" maafkan saya boss...memang saya nak langgar Adam..tapi lain pula jadinya..." jawab Iddin.

Iddin telah melanggar Sarah, semua ini memang telah dirancang oleh Jessica sebaik sahaja orang-orangnya memberitahu tentang pertemuan Sarah dan Adam. Jessica berang apabila mendapat tahu Sarah melanggar perjanjiannya, lalu dia mengarahkan Iddin mengikut Sarah dan sekaligus mencederakan Adam.

" maaf..maaf..hanya tu jer yang kau tahu....perkara mudah pun tak boleh buat....sekarang ni apa cerita...mati dah ke perempuan tu...?" soal Jessica

" dah dua hari saya pergi melawat Adam, dia tak sedarkan diri lagi...tentang Sarah...dia dah dikeluarkan dari ICU...tapi keadaannya masih belum stabil..."

" nasib baik perempuan tu tak mampos....ok lah...kau teruskan la lakonan kau...tapi jangan lebih-lebih pulak sampai kau teperangkap...aku nak orang semua fikir..itu semua hanyalah satu kemalangan..faham...?"

" faham boss...."

" tap..!!" talian di matikan. Jesicca termenung buat seketika kemudian, jarinya kembali ligat mendail nombor seseorang.

" Liza........kau kerje ke malam ni..?"

" err....ha..ha'ah...shift malam..." jawab Liza

" bagus..kau mesti dah tahu kan..apa yang dah berlaku...kan kau kerja kat situ...lagi pula...takkan lah si Iddin tak bagi tahu kau...." soal Jessica

" ya..saya tahu...tenang Sarah kan..?"

" ha...pasal dia la....malam ni aku nak datang..kau uruskan apa yang patut..boleh...?"

" boleh...." jawab Liza pendek

" bagus...jumpa nanti......"

Lewat jam 11 malam, Jessica tiba di pengkarangan Hopital KPJ Damansara. Jessica masuk ke dalam hospital dengan mudah di atas pertolongan Liza. Tanpa membuang masa dia terus memboloskan diri ke dalam bilik Sarah. Jessica memandang Sarah lalu tersenyum sinis.

" Sarah.....Sarah.....kesian kau...tu la...aku dah warning pada kau..jangan langgar perjanjian kita...tapi kau degil....sekarang ni tengok...apa dah jadi...? Kau nak tahu tak...sepatutnya Adam yang jadi mangsa...bukan kau....tapi....terkena pada kau pula....sorry lah yer...."

" tiba-tiba aku terfikir....mungkin kau pergi jumpa dengan Adam buat kali terakhir...kau bukan bermaksud nak langgar perjanjian pun....betul tak...? aku jer tak sabar....tapi kau tetap salah..kenapa la kau tak bagi tahu aku dulu...kalau kau bagi tahu...dah tentu perkara ni takkan terjadi....takpe la...semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat kau...seandainya kau sedar nanti...jangan lupa pada perjanjian kita yer...tapi.......kalau tak sempat sedar..kita jumpa di syurga je la...." sambung Jessica lalu ketawa.

" haih...penat pula bercakap dengan kau ni....ok lah..aku balik dulu....get well soon...bye darling..."

Jessica melangkah keluar sambil tersenyum puas.

♥♥ **************************************************** ♥♥

..bersambung..(^_^)

5 comments:

MaY_LiN said...

harap2 ader sesiapa denga c jess tu cakap2 ngan sarah..

Anonymous said...

sokonh sokong...biar ada org dengar apa jess cakap tadi....

iVoRyGiNGeR said...

Confirm adam yg dgr. xkan la dia nk tggl kekasih dia sorg2 ja kat bilik 2. tul x writer. hehehe... ;D

epy elina said...

hohohooh...
btul2x....
hrp2 adam dngr smua apa yg jess ckp....

Mr JePz said...

kte tggu n lihat jelah ap yg trjadi pasni..