Thursday, July 1, 2010

NOTA CINTA - PART 42

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



" Assalammualaikum...."

Farah yang ketika itu sedang leka membaca novel terkejut dengan kehadiran Adam.

" Wa'alaikumsalam....Adam...masuk lah..." jawab Farah.

" maaf la kak...mengganggu..."

" its ok Adam...tak ganggu pun...baru balik kerja...?"

" macam tu la kak...pakcik dan makcik mana..?"

" dah balik...pagi tadi mereka jaga..petang ni turn akak pula la yang jaga Sarah.."

Hampir sebulan, Sarah masih lagi terlantar di hospital tidak sedarkan diri, manakala Adam pula sudah lama dibenarkan pulang. Ayah, ibu dan kakak Sarah bergilir-gilir menjaga Sarah, Adam juga tidak melepaskan peluang menjenguk Sarah setiap hari sebaik sahaja pulang dari kerja. Begitu juga dengan Johari, jika ada kelapangan dia pasti akan datang menemani Farah.

" macam mana dengan Sarah...doktor ada cakap apa-apa tak..?"

" ada...tengahari tadi..doktor ada datang buat pemeriksaan, doktor kata sepatutnya Sarah dah sedar...tapi macam ada sesuatu yang menghalang Sarah untuk sedar semula...seolah-olah...ada masalah yang Sarah tak mahu hadapi..sekarang ni..dia dengan dunia dia sendiri.."

Adam mendengar dengan teliti cerita Farah satu persatu.

" masalah apa lagi tu kak...? bukan kah semuanya telah selesai..?" soal Adam kembali

" itu lah...akak pun binggung sekarang ni...tapi...sebelum Sarah pergi berjumpa dengan Adam..memang perangai Sarah pelik..moody..sedih..even bila dia dengar Adam dibebaskan pun..dia macam tak happy...entah la..."

" Adam pun perasan juga kak...masa Adam call...suara dia lain sangat.."

" hmm..betul la tu...doktor nasihatkan orang-orang yang terdekat dengan Sarah..kena beri Sarah semangat untuk sedar semula..tak boleh dibiarkan sahaja Sarah macam ni..." sambung Farah.

Farah dan Adam terdiam, mereka cuba memikirkan masalah apa yang masih lagi membelenggu Sarah.

" macam mana dengan perkahwinan kak Farah...dah tak lama lagi kan..?" tiba-tiba Adam membangkitkan soal perkahwinan Farah dan Johari. Farah melepaskan keluhan, dia melemparkan pandangannya ke luar jendela.

" entah la Adam....belum buat apa-apa persiapan pun...Sarah pula macam ni...kena tangguhkan dulu rasanya...."

" Assalammualaikum...." Johari memberi salam. Perbualan mereka terhenti

" Wa'alaikumsalam..."

" hye Joe..." sapa Farah sambil tersenyum mesra.

" hye sayang...sorry lambat...jumpa Faizol sekejap tadi.."

" tak kisah la tu....." Farah menghampiri Johari dan mempelawanya duduk.

" erm...Faizol dah setuju nak buatkan kad kahwin kita...macam mana...ok ke...?" soal Johari.

Air muka Farah sedari tadi ceria serta merta berubah.

" Joe....jom kita ke cafe...lapar lah..."

Johari hanya mengangguk, lalu dia bangun mengikuti Farah keluar dari bilik Sarah, kini hanya tinggal Adam dan Sarah sahaja.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Suasana di kafeteria KPJ Damansara agak padat, ramai pelawat yang datang untuk menjamu selera di sini, termasuklah para doktor dan nurse yang baru sahaja selesai shift mereka. Johari dan Farah memilih untuk duduk di hujung kafeteria. Johari sedang menikmati sandwich sardin manakala Farah pula hanya memerhatikan Johari sambil bermain-main dengan sudu yang berada di dalam cawannya yang berisi nescafe panas.

" kenapa tengok saya macam tu....awak nak ke roti ni..?" soal Johari, dia berasa janggal bila Farah memandangnya begitu.

" takde la....saja je..tak boleh ke...?" soal Farah kembali

" eh tak boleh la...bergetar hati saya ni tau dengan pandangan awak...tak keruan saya jadinya.." jawab Johari sambil ketawa.

" ada-ada jer la awak ni...."

" erm...awak ni kenapa..macam pelik sikit hari ni..." soal Johari

" pelik...pelik yang macam mana..?" Farah menyoal Johari kembali

" yerla...selalu awak tak macam ni...ada apa-apa yang awak nak bagi tahu saya ke...?"

Soalan Johari dibiarkan sepi tanpa jawapan, dia kembali bermain-main sudu di dalam cawannya sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Mulutnya berat untuk menyatakan apa yang sedang bermain-main di benaknya ketika ini.

" tak perlu la awak nak susun ayat bagai....cakap jer la wak....dari lirikkan mata awak yang menggoda tu...saya dah dapat agak tau..." ujar Johari, dia ketawa lagi manakala Farah pula hanya tersenyum.

" hmm...betul la tu...pandai awak ni..."

" see the leg la....even kita takde la kenal lama sangat...tapi saya rasa..saya dah boleh memahami awak tau..." Johari berseloroh lagi.

" Joe......kita....erm....."

" tangguhkan perkahwinan kita kan...?"

Belum sempat Farah menghabiskan kata-katanya, Johari sudah dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Farah. Farah hanya menganggukkan kepalanya.

" saya faham keadaan awak....takpe la...kita tangguhkan dulu yer sayang...tunggu sampai Sarah dah ok..." jawab Johari bersahaja, wajah mulus Farah ditatap dengan penuh kasih sayang.

" thanks.....awak sangat memahami saya....kekalkan yer sikap ni..." ucap Farah

" insya'Allah....dah...taknak la sedih-sedih...bukan kita nak berpisah pun kan...tangguhkan jer..ke awak nak putus dengan saya...?" Johari sengaja ingin menguji Farah.

Farah membeliakkan mata lalu mengeleng-gelengkan kepalanya.

" eh......tidak la sampai ke situ...minta tangguh jer..." jawab Farah bersungguh-sungguh.

" hahahaha....sayang juga awak pada saya yer...bila saya cakap pasal putus...cuak betul awak kan...hahaha..." ketawa Johari meledak lagi.

" ish....suka kenakan saya jer..." ucap Farah dengan nada yang geram, dia terus mencubit lengan Johari.

" adoi....!!" Johari mengerang kesakitan sambil menggosok-gosokkan bahagian lengan tangan yang telah dicubit oleh Farah, beberapa orang yang duduk berhampiran tersenyum-senyum melihat gelagat mereka berdua.

" sakit lah....." adu Johari.

" sakit yer.....ala...ala...kesiannya dia...nanti buat la lagi...boleh saya bagi lagi..." ujar Farah sambil ketawa.

" tak sayang saya yer..." soal Johari, bibirnya dicebikkan.

Ketawa Farah semakin galak apabila melihat gelagat Johari, Johari kelihatan comel apabila dia mencebikkan bibirnya.

" sayang la.....sebab tu cubit jer...kalau tak sayang....lama dah bagi buku lima...." balas Farah, lalu menunjukkan buku lima tangannya kepada Johari.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Sementara itu Adam masih lagi menemani Sarah di biliknya.

" Sarah...tengoklah..tangan Adam dah hampir sembuh....simen pun dah dibuka...cepat kan..?"

Adam memandang Sarah, entah kenapa setiapkali dia menatap wajah Sarah, hatinya pasti menjadi sebak. Wajah Sarah diusap lembut.

" sayang....bangun lah....sedarlah dari mimpi-mimpi mu...kami semua di sini perlukan Sarah...bangun lah sayang...Adam rindukan Sarah...rindukan gelak tawa Sarah...senyuman Sarah...Sarah tak kasihan ayah dan ibu Sarah..sentiasa risaukan keadaan Sarah...begitu juga dengan Kak Farah...Adam lagi......." ujar Adam dengan suara yang sayu.

" Sarah bangun cepat-cepat yer.....Sarah jangan risau...apa saja masalah yang Sarah hadapi...I'm always there for you sayang....kita akan harungi bersama...." Adam mengambil tangan Sarah, lalu dikucupnya lembut.

Tiba-tiba, Adam dikejutkan dengan kehadiran Uzair. Uzair datang bersama Yasmin sambil membawa sejambak bunga untuk Sarah. Adam segera bangun lalu bersalaman dengan Uzair.

" Sarah macam mana...?" soal Uzair

" macam ni la En Uzair...tiada perkembangan..." jawab Adam

Uzair menghampiri Sarah, kepala Sarah diusap perlahan.

" Sarah.....saya datang ni...." ujar Uzair

" maaf lah...saya baru sempat datang melawat Sarah...sibuk uruskan projek baru di Sabah...tiada perkembangan terbaru ke...?" soal Uzair kepada Adam.

" tak mengapa lah...menurut doktor...kita kena selalau berbual dengan dia..beri dia semangat untuk cepat sedar..." jawab Adam

Uzair menatap kembali wajah Sarah, kali ini tangan Sarah disentuh, lalu digenggam erat. Dia lupa yang dia tidak sepatutnya berpelakuan begitu, apa yang Uzair lakukan lahir dari hatinya sendiri.

" Sarah....ada rose pink untuk awak...tentu awak suka.......awak pernah bagi tahu saya dulu....awak suka bunga rose kan...? Yasmin pun ada sekali....rakan-rakan sepejabat..semua kirim salam pada awak.....semua rindukan awak....awak cepat la bangun yer..."

Adam yang sedari tadi memerhatikan Uzair dari jauh, mula berasa kurang senang dengan Uzair, dirinya diselubungi dengan rasa cemburu. Ingin sahaja dia menepis tangan Uzair darpada menyentuh Sarah, namun dia masih lagi mampu berfikiran waras dan dia juga masih mampu mengawal dirinya.

Yasmin dapat mengesan riak wajah Adam mula berubah, dia yang sedari tadi hanya mendiamkan diri kini mula bersuara.

" err....En Uzair...jom la kita balik...esok-esok boleh datang lagi....dah petang sangat ni...bukan ke En Uzair ada temu janji dengan client malam ni..?"

Yasmin mengingatkan tentang temu janjinya bersama seorang client yang berminat untuk bekerjasama dengan syarikat mereka. Uzair segera mengerling jam di tangan kanannya.

" Ya Allah..betul la..Sarah....saya balik dulu...nanti saya datang lagi ya..." ucap Uzair

" ok lah En Adam..saya minta diri dulu..."

Uzair bangun lalu bersalaman dengan Adam. Mereka saling berpandangan, lalu Uzair menghadiahkan senyuman kepada Adam, senyuman yang membawa seribu satu makna untuk sukar ditafsirkan.

♥♥ **************************************************** ♥♥

ok....nanti sambung lagi yer....mata dah mula berat...(^_^)


4 comments:

MaY_LiN said...

uzair ni kan..
spoil mood adam je..
sabar..sabar..
nasib ade yasmin..
adam kan cool..
sis..ader typing error..
salaing~saling

epy elina said...

hohohoho....
mst sbb sara x snggup khlngn adm sbb 2 dia x nak bngun...
kcian sara...

aqilah said...

mesti adam bengang sgt sbb uzair dok belai-belai kepala sarah........siap tak marah beb!!!

Mr JePz said...

btol2..kcow daun plak uzair,,nk feeling ngn sarah la plak..haha..