Sunday, June 27, 2010

NOTA CINTA - PART 40

...HAPPY READING...
♥♥
**************************************************** ♥♥
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:zXexA2oIxUjSNM::&t=1&usg=__MZE1UiRFnryYASEC-R1SCBz2NaA=

Usai solat maghrib, Adam mencapai Al-Quran yang terletak di atas meja, helaian demi helaian di baca dengan tertib. Memang sudah menjadi kebiasaan Adam, selepas solat maghrib dia pasti akan memperuntukkan masa untuk membaca Al-Quran. Sesudah itu dia bangun dan bersiap-siap untuk berjumpa dengan kekasih hati yang amat dirinduinya. Hampir seminggu mereka tidak berjumpa.

Adam memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana telah dibebaskan dari penjara, dan dia juga bersyukur kerana Sarah mempercayainya. Namun Adam berasa hairan kenapa sikap Sarah tiba-tiba sahaja berubah, dia bersikap dingin tidak ceria seperti kebiasaannya.

" mungkin dia kurang sihat..atau sibuk....takpe la tu..." Adam cuba memujuk hatinya yang resah.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia mencapai kunci keretanya dan bergegas keluar dari rumah. Sebelum bergerak keluar, dia menghantar SMS kepada Sarah.

Sarah sayang..
Adam dah mula bergerak keluar..
Kita jumpa nanti..

I love you... :) - Adam


♥♥ **************************************************** ♥♥

http://decouplingblog.com/wp-content/uploads/2009/05/sad-girl-teddy-bear1.jpg

Sarah tersentak apabila telefonnya berbuyi, dia mengerling ke arah telefonnya, nama Adam tertara di skirn. Sarah melepaskan keluhan, sedari tadi dia duduk merenung wajahnya di cermin. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia mengenakan solekkan lalu membersihkannya semula dan kemudian dia mengenakan kembali solekkan ke wajahnya. Hatinya resah gelisah, serba tidak kena. Setelah berpuas hati, dengan langkah yang berat dia bergerak keluar dari biliknya.

" Sarah.....kau boleh...kau kena kuat...ini semua untuk kebaikkan Adam juga...." Sarah bermonolog sendiri, memberikan kata-kata semangat kepada dirinya.

Sebaik sahaja dia keluar dari biliknya, kelihatan Farah sedang asyik menonton television. Dia menghampiri Farah, lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Farah.

" kak.....Sarah nak pergi dah ni..." tegur Sarah lembut.

Farah hanya membatukan diri, hatinya masih sakit dengan tindakkan adiknya petang tadi. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab, Farah yang merasa pelik dengan sikap Sarah, mula mendesak bertanya itu dan ini kepada Sarah. Sarah pula ketika itu sedang serabut dengan masalah yang berkaitan dengan Adam mula hilang sabar,

" Kakak ni.......Sarah kata takde pape...maknanya takde la....tolong la faham...ish..semak tau tak..!!" tanpa sedar Sarah telah meninggikan suaranya. Sejak daripada itu, Farah mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan Sarah.

Sarah meraih tangan Farah,

" Kak......Sarah minta maaf...bukan niat Sarah nak kecilkan hati kakak...Sarah tak sengaja...seandainya kakak tahu apa yang Sarah alami sekarang...sudah tentu kakak akan faham...maafkan Sarah yer kak....Sarah belum bersedia nak share dengan kakak...Sarah janji tak buat lagi....Sarah sayang kakak....sangat-sangat..." ujar Sarah lalu memeluk Farah dari belakang. Farah masih lagi seperti tadi, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya.

" Sarah pergi dulu......ampunkan segala salah silap Sarah..." ucap Sarah dalam nada yang sayu lalu melangkah keluar dari rumah.

Sarah memandu keretanya dengan kelajuan yang maksimum, perbualan di antara Jessica semalam kembali menerjah di ingatan.

" akhirnya......kau setuju la yer..?" soal Jessica

" hmm....macam tu la...aku nak kau tarik balik semua tuduhan kau esok juga..." Sarah bersuara keras.

" opsss...cepatnya....? hmm...aku ok....tapi kau kena pegang pada janji-janji kau..."

" aku tahu lah.....ok..itu jer kan...?"

" not so fast darling.....masih ada lagi beberapa syarat yang perlu kau patuhi...."

" apa lagi ni Jess...?"

" simple.....kau tak boleh bagi tahu siapa-siapa tentang perjanjian ini....and....kalau rahsia ini terbongkar......kau takkan selamat....faham...?" Jessica memberi amaran.

" hmm..ok..." jawab Sarah pendek

" wow...mudahnya...kalau aku tahu la semudah ini...lama dah aku jalankan rancangan ni...betul ke sayangkan Adam....macam tak jer...? " soal Jessica kehairanan

" none of your business....kau takde hak nak menilai aku....." Sarah sudah mula hilang sabar.

" hmm...garang nya......." balas Jessica dalam nada menyindir.

" whatever....ok...selesai dah kan...?" soal Sarah kembali, muak rasanya apabila mendengar suara Jessica.

" nope...there is one more thing..."

" ada lagi.....? berapa banyak kau punya syarat..kau jangan nak melebih-lebih pula Jess...!"

" eh mesti lah....kau nak Adam terlepas kan...? macam ni...aku nak kau semat dalam kepala otak kau tu...jangan sesekali langgar perjanjian kita...jangan pernah sekali pun kau berjumpa dengan Adam....jika aku dapat tahu....Adam takkan selamat....kau akan melihat mayat dia sahaja...." ujar Jessica sambil ketawa.

" setan....!!!!" hati Sarah menjerit

" kau la manusia paling keji yang pernah aku jumpa....." jerkah Sarah

" keji ke...apa ke.....aku tak kisah...yang penting misi aku berjaya....ok lah....setakat ini saja untuk hari ini...ingat....jangan sesekali buat hal...buruk padahnya....bye darling..." Jessica ketawa lagi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuVAnaZiDqq1ioAe5zZ8PW64pIU2dkpny9ZskAwkV2deFIt_mifXcw84QwLgxCzoKa0UGVsUYrvPMLwh2hH9LpNQMpxRVJU8dNsbTk3M5t5dSIwpVvTW_c4zt29k3I2vS7kwCQyZerQy6F/s320/Sad_Girl.jpg

Sarah menghentakkan tangannya di stereng kereta melepaskan geram. Lagu Black Parade dari kumpulan My Chemical Romans berkumandang di corong radio. Sarah meninggikan volume radio. Apabila dia mendengar lagu-lagu yang rancak, serba sedikit mampu menghilangkan tekanan yang ditanggung. Bagi Sarah, mendengar lagu merupakan terapi yang terbaik untuk menenangkan jiwanya dikala dilanda masalah.

Sarah meneruskan pemanduan sehinggalah dia tiba di tempat yang dijanjikan. Dari jauh dia melihat kelibat Adam yang sedang bersandar di keretanya menanti Sarah. Sarah teresenyum, wajah insan yang amat dirindui kini berada di depan mata. Apabila teringat akan perjanjian di antara dia dah Jessica, sekali lagi Sarah melepaskan keluhan yang berat.

" Hye sayang....." Adam menyapa dengan mesra.

Sarah hanya tersenyum melihat Adam. Segera Adam meraih tangan Sarah lalu digenggam erat, mereka saling berpandangan dan tersenyum mesra. Adam mengusap pipi Sarah dengan penuh kasih sayang, kini terlerai sudah rindu yang ditanggung selama ini.

" I miss you sayang......jom...." ucap Adam lalu memimpin Sarah untuk menyeberangi jalan, kerana restoran itu terletak di seberang jalan. Sarah hanya menurut.

Semasa mereka melintas, tiba-tiba sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam yang datang daripada arah hadapan dengan laju, Sarah menoleh memandang kereta tersebut.

" Adam....!!!!!!!!" Sarah menjerit

" dummmm...!!!!!" bunyi dentuman yang kuat memeranjatkan pelanggan restoran tersebut, semua meluru ke arah tempat kejadian untuk melihat apa yang terjadi.

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:M6HmPsEg1FjB5M::&t=1&usg=__H14ihWyQR8SBSHAb52bAdHkm11g=

♥♥ **************************************************** ♥♥

hmm....apa yang terjadi selepas ini....? nantikan episod seterusnya ya...(^_^)

4 comments:

epy elina said...

wahhhh....
saspen lak...
sape yg kena langgar 2....
smbung2x...

MaY_LiN said...

ni mesti jess nye keje ni

Mr JePz said...

pergh...sungguh3 mnyayat hati...xkesahla spew2 yg kne lggar,yg penting mesti keadaan lagi gawat..huhuhuhu

aqilah said...

siapa yg kena langgar????? sarah ke???? mmg hampeh betullah si jessica ni!!!!!