Thursday, June 24, 2010

NOTA CINTA - PART 39

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://fc01.deviantart.net/fs16/f/2007/124/6/a/Broken_heart_by_Sritamorgan.jpg

Sarah melepaskan pandangan ke luar jendela biliknya, menikmati pemandangan malam yang dihiasi kerdipan lampu-lampu jalan. Sarah mengalihkan pandangannya ke langit yang hitam lagi kelam, tiada sebutir bintang pun yang menghiasi, dada langit kelihatan suram tidak berseri. Sesuram hatinya.

Pertemuan dia dan Jessica siang tadi bermain-main di kotak fikirannya. Dia resah dan buntu untuk membuat keputusan. Dia terlalu menyayangi Adam, memang dia tidak sanggup melihat Adam tersiksa, namun dia juga tidak mampu meneruskan hidup tanpa Adam di sisinya. Tiba-tiba dia teringat akan novel pemberian Adam tempoh hari, novel itu masih belum disentuhnya. Dia segera mengambil novel tersebut yang tersimpan kemas di dalam laci mejanya.

Riben merah yang terikat kemas di novel tersebut ditarik, wajah Adam yang sedang tersenyum sambil menghulurkan novel kepadanya terbayang-bayang di fikiran. Sarah mula merasa sebak. Muka pertama dibuka, ada catatan di mukasurat tersebut.

Untuk Sarah tersayang,
moga cinta kita ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..- Adam

Sarah menekup mulutnya, air mata yang di tahan sedari tadi terlerai juga ibarat mutiara yang terputus tali. Kemudian, dia menyelak muka surat yang ke dua. Ada nota yang terlekat kemas di situ. Masih segar di ingatannya, semasa dia keluar makan malam dengan Adam tempoh hari, dia sempat melekatkan nota-nota kecil dalam diari Adam, dan kini Adam membalasnya.


Sarah sayang,

betul kata Sarah, memang sudah lama kita tidak bertukar-tukar nota..
Adam rindukan zaman sekolah kita dulu..
satu kenangan yang cukup indah untuk dikenang bersama...


mulai hari ni...Adam janji...Adam akan kekalkan aktiviti ini..
Sarah tahu tak, dikala Adam keresahan..dikala Adam rindukan Sarah
Adam jumpa nota-nota rahsia ini dalam diari Adam.

you make my day sayang...
you're the smile on my face...
you're the look in my eyes...
you're every breath that I take..

For now until for ever..
I'll never stop loving you...Sarah Umairah Tajuddin

nanti Sarah pergi ke muka surat 9 ya.. :)


Sarah mengukir senyuman, nota itu diusap dengan penuh kasih sayang, seolah-olah dia sedang mengusap wajah Adam. Jari jemarinya pantas menyelak ke muka surat yang ke 9.


malu pula rasanya bila Sarah mula mengungkit tentang surat cinta itu...
tak sangka kita akan bertemu lagi..kalau Sarah nak tahu..
Adam pun ada key chain tu..memang Adam buat 2 set..
1 untuk Adam...1 lagi untuk Sarah..

nanti bila kita jumpa, Sarah bawa yer key chain tu...
Adam nak satukan key chain kita...
sebab...tak lama lagi...
kita juga bakal bersatu..sama macam key chain itu nanti..
kan Sarah...?

terus ke muka 29 yer sayang..... :)


Sarah bagun dan mencapai beg tangannya, dia mengambil key chain pemberian Adam lalu dipegang erat,


tentang hutang yang Sarah maksudkan itu..
Adam tahu..perlawanan Chess di antara kita masih belum tamat..
kesian Sarah....Adam tak sempat habiskan game tu..
then tiba-tiba saja Adam menjauhkan diri dari Sarah...
Adam minta maaf, bukan niat Adam..
Semua yang berlaku disebabkan salah faham...

dah lama Adam nak membicarakan hal ni pada Sarah,
tapi Adam diamkan saja....bimbang kalau Sarah tak suka Adam ungkit kisah lama..

nanti kita plan 1 hari....kita start balik game kita yang tertangguh..
tak sabar nak tunggu hari itu..
tentu seronok kan sayang...?

nota terakhir berada di muka surat 299...


Sarah meyelak helaian novel tersebut hinggalah ke muka 299..


Sarah sayang.....
Adam terlalu mencintai Sarah...
You are the best thing that ever happend to me...
remember this..always..always and always..

Adam sangat bersyukur kepada Allah,kerana memberikan
kita peluang untuk bertemu kembali..
Adam janji, Adam takkan sia-sia kan hubungan ini,
akan Adam jaga hubungan ini sebaik mungkin...percaya lah sayang...


saat Adam menulis nota ini, Adam terbayangkan wajah Sarah..
rindu dengan senyuman dan gelak tawa Sarah...Sarah sangat cantik bila tersenyum..
senyum selalu yer sayang....

erm...rasa malu pula....macam mana la agaknya reaksi Sarah lepas baca nota ni...

Sarah.....I love you......forever and ever...

p/s : ada lagi sebenarnya..Sarah pergi ke muka surat yang terakhir sekali.. :)

Adam Lim Abdullah


Sarah terus membuka muka surat terakhir,


Kau Cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....-Aiman, Cinta Terakhir

Adam terjumpa dengan lirik lagu ni...
Adam rasa, lirik lagu ni mampu menzahirkan perasaan Adam terhadap Sarah,

Sarah...
Walau apa pun yang berlaku...jangan pernah ragu-ragu dengan Adam,
sesungguhnya Adam benar-benar ikhlas mencintai dan menyayangi diri mu..


Air matanya terus menerus mengalir tanpa henti, dia merenung cincin di jari manisnya. Cincin itu dibelek-belek, lalu ditanggalkan dari jarinya. Dia merenung kembali cincin tersebut, air mata yang masih bersisa dikesat dengan tangannya. Telefon yang berada di atas katil dicapai. Jarinya ligat mendail nombor seseorang.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.lollipopchef.com/assets/gallery/broken_heart_box.jpg

" Sarah....." Farah memanggil adiknya dalam nada yang girang.

Ketika itu, Sarah sedang leka bermain game di komputer ribanya. Farah datang dari belakang dan terus memeluknya. Sarah kehairanan.

" kenapa ni kak...?" soal Sarah

" Adam.....Adam dah dibebaskan....." cerita Farah dengan bersungguh-sungguh, Johari baru sahaja memaklumkan pembebasan Adam melalui telefon sebentar tadi. Menurut Johari, Jessica telah menarik balik segala tuduhannya terhadap Adam.

" hmm....syukur lah Adam dah bebas..." jawab Sarah pendek lalu menghadiahkan senyuman pahit kepada kakaknya. Farah menjadi pelik apabila melihat reaksi Sarah, seolah-olah Sarah tidak gembira dengan berita pembebasan Adam.

" kenapa ni dik....macam tak happy jer....patutnya Sarah lah yang paling happy sekali kan..?"

" Sarah takde mood la kak....rasa macam nak demam pun yer gak ni...Sarah masuk bilik dulu la yer....nak tidur kejap..." ujar Sarah dengan suara yang lemah.

Sarah terus melangkah kaki masuk ke biliknya, dalam hatinya dia memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi di atas pembebasan Adam, namun dalam masa yang sama hatinya tetap dirundum kesedihan. Sebaik sahaja dia masuk ke bilik, dia terus merebahkan diri ke atas katil, mata dipejam erat. Dia cuba mengosongkan fikirannya yang sarat dengan pelbagai soalan yang tak mampu untuk dirungkaikan. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, lagu Lucky memecah suasana.

" Adam....."

Sarah segera bangun dan memcapai telefonnya. Panggilan dari Adam segera dijawab.

" Hello sayang........"

Sarah memejamkan mata saat dia mendengar suara insan yang sangat dirindui kini berada di hujung talian. Air mata mula merembes keluar dari kelopak mata Sarah. Air matanya mudah sahaja keluar tanpa diminta, Sarah lemas, rimas dengan rembesan air mata itu, namun dia tidak berdaya menahannya dari mengalir keluar.

" Ya Allah.....rindunya aku pada suara ini......" bisik hati kecil Sarah

" sayang....are you there...?" soal Adam

" err....ada....ada...." jawab Sarah tersekat-sekat, dia cuba menahan sebak, dia tidak mahu Adam tahu dia menangis.

" sayang apa kabar....Adam rindu sangat dengan Sarah...."

" thanks....Sarah baik-baik sahaja...Adam pula macam mana...?" soal Sarah dengan dingin.

" kenapa ni sayang.....masih marahkan Adam...?" Adam dapat mengesan perubahan Sarah.

" takde papa...Sarah ok..." jawab Sarah pendek.

" ermm....Adam rindu sangat la...boleh kita jumpa....?"

" memang Sarah nak jumpa Adam pun.....malam ni..kita jumpa ya...."

" ok....nanti Adam datang ambil Sarah lepas maghrib.."

" eh....takpe la...Sarah drive sendiri ...lagi pun petang ni Sarah nak keluar beli barang sikit...nanti terus jer la jumpa Adam...."

" kalau macam tu...kita keluar sekali...biar Adam temankan Sarah beli barang..."

" tak payah lah....nanti kita jumpa...kita jumpa kat restoran hari tu..ok tak...?"

" yang dekat dengan Tasik Shah Alam tu ke..?

" yupp..jumpa nanti ya...bye...." Sarah mematikan telefon, meninggalkan Adam yang kebingungan.

Sebaik sahaja telefon di matikan, dia melemparkan telefonnya ke atas katil. Sarah menyembamkan mukanya ke bantal lalu menangis semahunya. Sakit, itu lah yang dia rasa sekarang.

" Ya Allah...andai ini takdirnya..aku redha...aku mohon pada mu Ya Allah ya Tuhan ku.....berikanlah aku kekuatan untuk tempuhi dugaan ini....aku benar-benar tidak berdaya sekarang ini...bantulah aku........." hatinya merintih dalam esak tangis yang masih lagi bersisa.

http://farm1.static.flickr.com/67/199033572_b2f3787134.jpg

♥♥ **************************************************** ♥♥

maaf yer...pasti sebelum ini ada yang tercari-cari kemana perginya Nota Cinta-Part 39, maaf ketika itu saya hanya mengedit sahaja cerita ni...tidak berniat langsung untuk dipublishkan, tapi ketika ingin save....saya tersilap...saya terklik PUBLISH POST Button... :)


3 comments:

IVORYGINGER said...

Oh ok. Thanks writer for publish this again. :)

epy elina said...

tq....
wah...
sdihnya part ni...
adeh...

Mr JePz said...

sob3...adush...sdey nye...hbesla cmnie..