Tuesday, June 22, 2010

NOTA CINTA - PART 38

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://amorningdew.files.wordpress.com/2008/01/agape-by-larien-arfeiniel.jpg

Lewat jam 3 pagi, Sarah tersedar dari lenanya, dia tertidur dalam tangisan. Telefonnya sepi, kehabisan bateri. Sarah bangun sambil memegang kepalanya yang terasa berat. Dia mengatur langkah ke bilik air dengan perlahan. Dia memandang wajahnya di cermin dengan pandangan yang kosong.

" kau kena kuat Sarah.....bangkit lah...!!"

Sarah memutarkan kepala paip, deruan air menerjah keluar dengan derasnya. Sarah menadah tangan, air yang berada di telapak tangannya itu di raup ke muka. Kedinginan air menyegarkan Sarah. Dia mula membaca niat berwuduk, dan terus berwuduk. Sarah segera keluar dari bilik air dan mendirikan solat. Tanggungjawabnya masih belum selesai.

Usai solat Isyak, dia kembali berdiri di atas sejadahnya untuk menunaikan solat hajat. Di dalam kesunyian malam, dia bersujud, merintih dan mengadu kepada Penciptanya.

" Ya Allah....jika ini ujian untuk ku...aku redha...aku mohon kepada mu Ya Allah...berikanlah aku kekuatan unutk menempuhi segala cubaan dan dugaan dari Mu...jangan biarkan aku keseorangan.. Ya Allah.....jika Adam berada di pihak yang benar, bantulah dia Ya Allah, lindungi lah dia....sesungguhnya aku amat menyayangi dia Ya Allah.... "

Air matanya menitis lagi.

" Adam......bersabar lah........"

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://mintandpeppermint.files.wordpress.com/2009/04/heartbroken1.jpg

Sarah tiba di Alam Megah lewat sedikit daripada biasa. Dia menghabiskan banyak masa di hadapan cermin untuk menutup sembap di mata. Seperti biasa, sebaik sahaja dia tiba, senyuman takkan pernah lekang di bibir mungilnya. Dia sedar walau apa pun yang berlaku, dia harus bersikap profesional, dia tidak boleh mencampur adukkan urusan kerja dengan urusan peribadi.

" Morning Cik Sarah....." tegur pembantunya Yasmin.

" Morning.....sorry saya lambat sikit hari ni...terlajak tidur....." Sarah memberi alasan.

" tak pe....bukan selalu pun....Cik Sarah sihat ke...macam tak bermaya jer saya tengok..."

" err....sakit kepala sikit...tapi Min jangan lah risau..saya ok..." balas Sarah sambil tersenyum.

" Cik Sarah dah breakfast....kalau belum...saya boleh belikan untuk Cik Sarah...risau pula..."

" sayang juga Min pada saya ya...its ok Min....erm..macam mana dengan kerja-kerja....?" Sarah cuba mengubah topik.

" tak banyak sangat..sekarang ni tengah siapkan pas-pas pekerja...nanti saya tunjukkan pada Cik Sarah..." terang Yasmin.

" hmm...macam mana pula dengan passport pekerja kita...dah dapat...400 buah passport semuanya kan..?"

" ya Cik Sarah, ada 400 semuanya..tapi masih belum dapat lagi...saya dah call Amir, katanya sebelum lunch dia akan hantar ke sini..."

" bagus...nanti minta Dilla dan Anis tolong Min uruskan passport tu semua ya, sebaik sahaja dah dapat passport dari Amir, saya nak Min buat dua salinan, satu salinan untuk simpanan kita dan satu lagi untuk pekerja-pekerja warga asing kita...tapi make sure setiap salinan dah disahkan..."

Yasmin mencatatkan tugas-tugas yang Sarah berikan.

" oh ya....lupa pula...bila dah siap...salinan tu akan diberikan sekali dengan pass pekerja...hostel semua dah siap kan..?" soal Sarah kembali.

" sudah Cik Sarah, para pekerja akan mula masuk petang ni...Dilla sudah uruskan semuanya..."

" bagus la tu..lega rasa hati, semuanya berjalan dengan lancar...ok lah saya masuk bilik saya dulu...report hari tu saya belum siapkan lagi...nanti bising pula En Faruq..."

" err....Cik Sarah...tadi En Uzair cari...macam cemas jer...."

Sarah mengerutkan dahinya,

" biar jer la....nanti apa-apa hal dia muncul la tu kat sini...."

Sarah terus melangkah masuk ke biliknya. Tubuh kecilnya itu dihempaskan ke kerusi. Kertas-kertas yang berada di dalam tray dicapai lalu diselak satu persatu. Komputer sudah sedia terpasang, Sarah mula menumpukan perhatian kepada kerja-kerjanya. Masalah yang melanda, dilupakan buat seketika.

Konsentrasi Sarah terganggu apabila telefonnya berbunyi, nombor yang terpapar di skrin telefon tidak dikenali. Dia membiarkan sahaja telefonnya berbunyi tanpa dijawab. Selang lima minit, telefonnya berbunyi lagi, Sarah mencapai telefon lantas menjawab panggilan tersebut.

" Hello........"

Talian sepi, tiada jawapan.

" Hello........." suara Sarah sedikit meninggi.

" Hello Sarah.......how are you...?" suara seorang perempuan cina kedengaran di hujung talian. Sarah amat cam akan suara tersebut. Perasaan bencinya mula membuak-buak.

" hmmm.....kau nak apa...?" jawab Sarah dengan kasar.

" opsss....garangnya dia....relax......" balas Jessica.

" aku ulang sekali lagi...kau nak apa...aku tengah sibuk ni.....tak sudah-sudah ke kau nak menghancurkan hidup orang...?" sindir Sarah

" hahaha...." ketawa Jessica kedengaran.

" ok lah...straight to the point...aku call ni sebab kekasih kau yang tercinta tu la...."

" kenapa dengan dia....?"

" aku tau...kau mesti tak percaya dia sejahat itu kan...kesian Adam...."

" memang aku dah agak ni semua kerja kau...tak sangka aku, kau sejahat ni...apa motif kau..sampai sanggup buat macam ni...?"

" ah.....jangan banyak tanya...kalau kau nak dia dibebaskan, jumpa aku di Sakura Cafe sekarang...aku ulang..sekarang.....aku bagi kau masa dalam 30 minit....kalau kau tak sampai...bermakna kau tak berminat..mudah kan...? see you there....bye darling........" belum sempat Sarah membalas, Jessica telah pun mematikan talian.

Sarah segera mencapai beg tangannya dan bergegas keluar.

" Min....saya ada hal sikit....saya keluar dulu....kalau ada siapa-siapa cari saya..katakan saja saya ke klinik, kurang sihat...tolong ya...."

Yasmin hanya mengaggukkan kepalanya.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://scrapetv.com/News/News%20Pages/Everyone%20Else/images-2/heartbroken.jpg

Masa yang Sarah ambil untuk ke Sakura Cafe yang terletak di Jalan Imbi memakan masa hampir 25 minit. Dia melangkah masuk ke dalam cafe tersebut sambil matanya liar mencari kelibat Jessica. Jessica telah sedia menunggu di suatu sudut yang agak tersorok. Sebaik sahaja melihat Sarah, Jessica melambai-lambaikan tangannya.

" please...have a seat....." pelawa Jessica

Sarah memilih untuk duduk bertentangan dengan Jessica. Jessica tersenyum memandang Sarah, lalu dia mengerling jam di tangannya krinya.

" well....cepat juga kau datang....yer la kekasih hati punya pasal...sanggup..." sindir Jessica

Sarah tersenyum sinis apabila mendengar sindiran Jessica.

" wait eaa.....waiter...." laung Jessica.

Pelayan restoran itu bergegas datang membawa menu untuk Sarah. Sarah menolak dengan cara baik,

" its ok...bagi saya Iced Lemon Tea..." balas Sarah

" wow.....sama taste la dengan Adam...memang sehati sejiwa...." Jessica menyindir lagi

Sarah melepaskan keluahan, dia sudah muak mendengar sindiran demi sindiran dari Jessica.

" sudah la tu Jess....macam yang kau kata dalam fon tadi..straight to the point...tak payah kau nak sindir-sindir aku..." ujar Sarah dengan tegas.

Jessica tersenyum lagi.

" ok...ok.....simple je....kalau kau nak Adam dibebaskan....kau kena bebaskan Adam dulu...."

" maksud kau...?" soal Sarah

" maksud aku....kau kena putuskan hubungan kau dengan dia....dan berjanji bahawa kau takkan berjumpa lagi dengan dia...."

Sarah memandang tepat ke mata Jessica dengan perasaan yang panas membara, nafasnya turun naik menahan marah.

" kenapa kau sekeji ni Jess....apa salah aku pada kau...? seingat aku...aku tak pernah ganggu hidup kau....."

" keji....? hmm....kau cakap kau tak ganggu....padahal kau la peganggu yang terbesar sekali sebenarnya....." balas Jessica.

" apa yang aku dah buat...?" soal Sarah kembali

" kau yang merampas Adam dari aku...sejak kehadiran kau dalam hidup dia...di mata dan di hati dia hanya ada kau.....dan aku...?? dicampakkan macam sampah..aku ingatkan...bila aku berjaya putuskan hubungan cinta monyet kau berdua...kau takkan bersama lagi dengan dia....sangkaan aku meleset sama sekali....bukan sahaja kau rampas cinta dia..malah kau sanggup tarik dia masuk ke agama kau....siapa yang keji sekarang ni...kau atau aku...?"

" hei....dia peluk agama Islam bukan kerana aku....itu semua kemahuan dia..." bantah Sarah. Sarah tidak menghiraukan kehadiran pelayan yang menghantarkan minuman kepadanya. Hatinya panas sebaik sahaja mendengar tuduhan dari Jessica.

" tapi atas galakkan kau la dia tukar agama.....disebabkan itu, impian aku untuk bersama dengan dia...hancur......kau la penyebabnya.."

" sungguh cetek pemikiran kau Jess....sudah aku katakan..Adam tukar agama bukan kerana aku...."

" ah....whatever.....yang penting dendam aku terbalas....so macam mana dengan deal kita....kau setuju ke...?"

Sarah terdiam, otaknya ligat berfikir mencari jalan penyelesaian. Manakala Jessica pula hanya tersenyum. Dia berasa gah bila berhadapan dengan Sarah, Sarah dilihat seperti tikus kecil yang ketakutan, dia puas kerana dendamnya terhadap Sarah akan terbalas.

" lama nya kau fikir, takpe lah aku bagi kau masa sampai esok....tepat jam 12 tengahari...kalau kau tak call aku...bermakna....kau tak berminat nak tolong kekasih hati kau...kau bayangkan betapa siksanya kekasih kau dalam penjara tu nanti..sudahlah dipenjara..ada hukuman sebatan lagi....uuuuuuu....mesti sakit...."

Sarah mengangkat muka dan memandang tepat ke muka Jessica, kata-kata Jessica merentap tangkai hatinya, mana mungkin dia sanggup membiarkan Adam tersiksa begitu. Ikutkan amarahnya, mahu sahaja dia menyerang Jessica, mahu sahaja dia menampar muka Jessica sekuat hati. Namun fikirannya masih waras, dipujuknya hati yang sedang panas membara itu supaya terus bersabar.

" nanti aku fikirkan......" akhirnya Sarah bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia mencapai beg tangannya dan berlalu pergi meninggalakn Jessica.

" bye darling....hope to hear from you soon......" laung Jessica. Pandangan dari pengunjung cafe yang lain tidak dihiraukan oleh Jessica. Yang pasti rancangannya berjaya. Dia tersenyum puas.

♥♥ **************************************************** ♥♥

nantikan sambungannya ya... :)

8 comments:

apple_pie said...

wah...... sukenye..laju je n3 bru... hehehe

MaY_LiN said...

kejam nye jess ni..

epy elina said...

hoohohh....
alahhh....
napa la jess ni kjam sngt...
mst sarah snggup lpaskan adam spy adam trlpas dr pnjra...
sdih la...

nabilah_2908 said...

Hye apple ;

laju ke..biasanya..sy akn uddate 2 hari sekali...hrumm..sekrg ni berperang dgn maslh spelling error..jenuh cek 2,3 kali...ada juga yg silap..

Hye may lin ;

hmm..evn kejam..tp hatinya masih ada cinta.. :)

Hye epy ;

hehe...tunggu epsd setersnya ya.. :)

Mr JePz said...

pergh..kte yg bce ni pun brasap je hati kan..panas jew...

iVoRyGiNGeR said...

Nota Cinta Bab 39 kenapa page not found ya??? plz check writer.

nabilah_2908 said...

sy tersilap semalam...sepatutnya click save as draft..tp terclik publish....sorry... masih bnyk lagi yg perlu sy perbaiki dlm episd 39 tu.. :)

nnti akan di postkn juga.. :)

angel13 said...

hopefully sarah tak tinggalkan adam...jess tue bodohhh lah...why dont next chapter suruh lawyer bapa adam tolong clear nama adam....so sarah tak payah tinggalkan adam...