Sunday, June 20, 2010

NOTA CINTA - PART 37

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:Joq0JUigwtoZ1M::&t=1&h=194&w=260&usg=__tOIHyip-Xs_WbWgKENtaaqyT0K4=

Hujung minggu tiba lagi, Adam dan Sarah telah berjanji untuk keluar bersama Farah dan Johari ke butik pengantin untuk melihat baru pernikahan dan pertunangan mereka. Seperti biasa Johari dan Adam akan menjemput dua beradik itu terlebih dahulu. Farah dan Sarah sudah sedia menanti di bawah, sebaik sahaja Johari memberhentikan keretanya, dia terus keluar menghampiri kedua beradik tersebut, Adam hanya mengikuti Johari dari belakang.

" wah......adik beradik ni dah macam kembar...sama-sama cantik....." puji Johari.

" ala....sama-sama cantik ke..kakak jer yang cantik....nak ambil hati Sarah la tu....tak jalan......" balas Sarah sambil mengenyitkan matanya.

" eh...abang cakap benda yang betul ni Sarah...tak tipu punya....tak caya tanya Adam...kan Adam..?"

Adam pula hanya tersenyum sahaja, memang sikap Adam begitu dia memang pendiam orangnya, tetapi gemar tersenyum. Sarah menghampiri Adam yang sedang bersandar di kereta Johari. Tangan Adam diraih, jari jemari mereka kini bersatu.

" sekejap yer sayang...I have something for you..."

Adam membuka pintu kereta, dia mengambil sesuatu dari dalam. Sarah hanya menanti dengan penuh debaran. Sebaik sahaja Adam menutup kembali pintu kereta, Sarah dapati ada sesuatu di tangan Adam.

" this is for you sayang..hope you like it..."

Adam menghulurkan sebuah buku yang siap berbalut dengan riben merah. Buku tersebut adalah sebuah novel yang memang Sarah cari sekian lama, novel yang bertajuk Cinta Pertama karya Norhayati Ibrahim. Novel yang diterbitkan sekitar tahun 2003. Sarah pernah memberitahu Adam suatu ketika dahulu.

Kebetulan, sedang Adam melayari internet, ada sebuah blog yang menjual novel-novel lama dan novel yang Sarah cari ada dijual di situ, maka dengan segera Adam memesan novel tersebut. Sarah kelihatan sangat teruja dengan hadiah tersebut.

" eee.........Cinta Pertama....thanks Adam.....thanks...." ucap Sarah dengan gembira sambil memegang erat novel tersebut.

" anything for you sayang.......macam kita kan....cinta pertama.." balas Adam dengan senyuman.

" pertama dan terakhir......" jawab Sarah.

Tangan Sarah diraih dan digenggam erat, pandangan mata mereka bersatu. Sementara itu, Johari dan Farah hanya memerhatikan gelagat adik-adik mereka.

" jom sayang.....tengok budak-budak itu dah melekat..tak boleh dibiarkan lama-lama....bahaya.." ujar Johari

Farah tergelak kecil,

" Sarah.....ingat awak tu belum kahwin lagi tau...tunang pun tidak...kot yer pun rindu....tahan-tahan la..." Farah ketawa dalam sindiran. Sarah mencebikkan bibirnya, pegangan tangan dilepaskan.

Mereka mula bergerak keluar, tiba-tiba sebuah kereta peronda polis menghalang perjalanan mereka. Johari memberhentikan keretanya, Johari dan Adam berpandangan sesama sendiri, mereka berasa pelik kenapa kereta polis menghalang perjalanan mereka. Adam , Johari, Farah dan Sarah segera keluar dari kereta, tiga anggota polis menghampiri Johari dan Adam.

" maaf, awak ni Adam Lim Abdullah...?" soal Inspektor polis tersebut

" ya....saya Adam....kenapa cik...?"

" kami diarahkan untuk menahan awak, di atas tuduhan merogol dan cubaan membunuh Cik Jessica Ng...sila ikut kami ke balai...."

" apa.......tidak Inspektor....saya tak buat tu semua..." jelas Adam

" kami ada waran tangkap....apa-apa hal kita bincang sahaja di balai...." terang Insperktor Zaidi lalu memberi isyarat kepada dua orang polis yang lain untuk menahan Adam.

" tak Encik....adik saya tak buat macma tu..." Johari cuba membela Adam

" maaf....Sarjan.....bawa dia pergi..." arah Inspektor Zaidi.

Adam memandang Sarah,

" Sarah........percaya lah Adam tak salah...." jelas Adam

Kedua orang pegawai polis menggari tangan Adam ke belakang, dan membawa Adam masuk ke dalam kereta polis. Sarah tergamam, penangkapan Adam sangat mengejutkan dia. Fikiran Sarah tiba-tiba kosong, dia kini berperang denagan perasaannya, di antara percaya dan tidak.

" Apa ni semua mimpi...? kenapa mesti Jessica.......?" jerit hati kecil Sarah

Novel pemberian Adam, terlepas dari pegangan tangannya, begitu juga dengan dirinya. Sarah terjelopok jatuh terduduk menyembah bumi bersama-sama dengan novel tersebut. Penangkapan Adam memberikan tamparan hebat pada dirinya.

" kenapa..........." hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulutnya setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Wajah Adam dan Jessica menerjah di fikiran silih berganti.

" dik...sabar dik.....sabar..pasti ada penjelasan di sebalik semua ini..." Farah cuba menenangkan adiknya. Farah meraih tubuh Sarah lalu dipeluknya erat. Sarah pula ibarat patung yang bernyawa, dalam masa yang sama air matanya mengalir dan terus mengalir.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.pressdispensary.co.uk/q991421/images/fotolia_11620425_subscription_l.jpg

Sejak penagkapan Adam, Sarah banyak mendiamkan diri. Dia lebih suka menyendiri dan melayan perasaannya. Farah hanya memerhatikan tingkah laku Sarah, dia merasa amat simpati dengan Sarah.

" Assalammualaikum....." kedengaran orang memberi salam dari luar rumah.

" Wa'alaikumsalam.....sekejap ya..." Farah berlari masuk ke bilik dan terus menyarung tudung di kepalanya. Dia keluar dari bilik dengan segera dia membuka pintu.

Johari berada di luar rumah dengan wajah yang sugul. Farah mempersilakan Johari masuk. Pintu dibiarkan terbuka. Johari melabuhkan punggungnya di sofa tanpa dipelawa terlebih dahulu. Kelihatan Sarah sedang duduk termenung sendirian di balkoni rumah. Johari mengeluh kasar.

" ada apa Joe datang malam-malam ni....sekejap ya...saya buatkan air..."

" takpe Farah...duduk jer la...." balas Johari

Farah hanya menurut. Dia duduk bertentangan dengan Johari. Keadaan sedikit tegang. Hanya suara dari television memecah suasana.

" saya baru balik dari balai polis, melawat Adam..."

" jadi macam mana...apa polis cakap...betul ke ni semua Joe..." Johari diserang dengan soalan demi doalan dari Farah. Johari mengeluh sekali lagi.

" menurut pihak polis, Adam akan ditahan reman dalam seminggu untuk siasatan lebih lanjut..memang ada bukti-bukti yang mengaitkan Adam dengan kes ini....tapi saya tahu Adam tak buat pun, Adam sendiri sudah menceritakan pada saya...ni semua kerja Jessica...memang Jessica sengaja perangkap Adam..."

" macam mana tu...kenapa Adam tak pernah bagi tahu pada Sarah..?" soal Farah lagi

" Adam tak mahu Sarah salah faham...sebab itu lah di rahsiakan hal ini....memang kami dah jangka Jessica akan bertindak lebih jauh...."

" Jessica mendakwa, dia dirogol oleh Adam dan ada saksi yang melihat iaitu orang gajinya...orang gajinya cuba menyelamatkan Jessica, namun Adam menoloknya sehingga dia terjatuh dan pengsan, ketika itu lah Adam merogol Jessica...bukti-bukit seperti bekas tamparan di muka Jessica, lebam-lebam di badan akibat tolakkan kuat dari Adam dan terdapt juga beberapa helai rambut Adam di rumah Jessica...malah pengawal juga turut mengesahkan kehadiran Adam di rumah Jessica....Adam terperangkap...." jelas Johari dengan panjang lebar.

" apa pula kata Adam...."

" Farah...bukan kah saya dah katakan tadi..Adam terperangkap...awak nak tahu tak, si Jessica memang sudah lama ingin bertemu dengan Adam, sebelum kita tunang lagi...tapi Adam banyak kali mengelak....akhirnya dia terkena juga...." Johari menceritakan apa yang telah diceritakan oleh Adam tempoh hari kepada Farah.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan Johari, baru lah Farah faham apa yang berlaku sebenarnya. Dia memandang Sarah yang berada di luar, dia pasti Sarah pasti turut mendengar apa yang telah diceritakan oleh Johari sebentar tadi.

Sarah masuk ke dalam, dia memandang Johari dan tersenyum pahit. Mata Sarah kelihatan sembab dek kerana terlalu banyak menagis, wajahnya pucat tidak terurus. Memang jelas terpancar kesedihan dan kekecewaan di wajah Sarah.

Sarah terus masuk ke biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Air matanya tumpah lagi untuk yang entah keberapa kali. Dia menagis semahu-mahunya melepaskan segala kesakitan di hati. Dia mencapai telefonnya, lalu membuka lagu. Dia tidak mahu kakaknya dengar suara tangisannya.

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti....- Rossa, Hati Yang Kau Sakiti

Lirik lagu Rossa dihayati satu persatu, semakin dihayati, semakin deras air matanya mengalir.

" Adam...................!!!!!!!" hati kecilnya menjerit.

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:EgzkGd_WcWpZqM::&t=1&h=203&w=249&usg=__vhKAEN9rk4uzMF_se-31GWnvKsc=

♥♥ **************************************************** ♥♥

nantikan episod seterusnya ya....jika ada salah dan silap...sudi-sudi la tegur... :)

4 comments:

epy elina said...

hohohho...
kcian adam...
hrp2 sarah prcyakan adam...
nak sarah sntiasa di sisi adam..

Anonymous said...

bley x nk g bnoh jessica tue????
geram plak rse!!!
ngaco je..

MaY_LiN said...

sarah..
tamau la cedih2..
sis..banyak typing error..

nabilah_2908 said...

Hye Elina ;

harap2 mcm tu la...hehe.. :)

Hye Anon ;

hehe..sabo2... :)

Hye May Lin;

hmm...perasan gak tu...thnks ya..akan cuba diperbaiki lagi.. :)