Monday, June 7, 2010

NOTA CINTA - PART 31

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:r4KNaBrmUklrRM::www.abazias.com/diamondblog/wp-content/uploads/2007/07/engagement_ring_memphis.jpg&t=1&h=192&w=263&usg=__SsjvFJTcLfkcH1ZgIA8fk5iQaVM=

Rombongan peminangan dari keluarga Johari telah pun tiba, sanak saudara dari keluarga Tajuddin dan Mariam menyambut kedatangan mereka dengan mesra. Setelah keluarga Johari di jemput duduk di ruang tamu, hantaran yang telah digubah indah oleh keluarga Johari diletakkan di tengah-tengah , terdapat enam dulang semuanya antara hantaran yang dibawa merupakan kuih muih, sebentuk cincin dan juga sirih junjung.

Sarah mengintai kedatangan mereka dari dapur. Apabila dia terpandang akan Adam, dia tersenyum. Adam memakai kemeja berlengan pendek berwarna hijau lembut berjalur putih kekelabuan dan dipadankan pula dengan seluar berwarna hitam. Adam kelihatan cukup segak.

Sarah mencapai telefonnya yang terletak di atas meja dapur, jari jemarinya ligat menekan keypad telefonnya.

copy cat... :P - Sarah

SMS di hantar ke Adam, selang beberapa saat, telefon Adam berbunyi. Segera Adam melihat telofonnya. Sebaik sahaja dia membaca SMS dari Sarah, Adam tersenyum. SMS tersebut dibiarkan tidak berbalas. Matanya liar memandang orang di sekeliling mencari Sarah. Namun Sarah tidak kelihatan.

Telefonnya berbunyi sekali lagi,

handsomenya dia hari ni...nanti kita ambil gambar banyak-banyak yer.. :) - Sarah

Adam tersenyum lagi apabila membaca SMS tersebut. Tajuddin mula berdehem, memberi isyarat untuk memulakan majlis. Semua tetamu yang hadir mula mendiamkan diri.

" Assalammualaikum saya ucapkan kepada En Muhammad dan keluarga kerana sudi bertandang ke teratak buruk kami ini, maaf jika En Muhammad dan keluarga kurang selesa dengan keadaan rumah kami..." Tajuddin membuka bicara.

" Wa'alaikumsalam....eh..apa pula buruk..cantik dah ni...Alhamdulillah kami cukup selesa.." balas Pak Mat.

Sarah dan beberapa orang sepupunya datang ke ruang tamu sambil menatang dulang yang mengandungi air dan sedikit kuih muih. Sarah menghidangkan air kepada para tetamu dengan penuh sopan, dalam masa yang sama matanya mencuri pandang ke arah Adam. Begitu juga Adam, mata Adam tidak lepas-lepas memandang gerak geri Sarah.

" macam ni la En Tajuddin, saya tak pandai nak berpantun bagai...apa kata kita cakap terus jer...macam orang putih cakap..straight to the point...." ujar Pak Mat.

" ha....itu la yang sebaiknya...baik teruskan..." balas Tajuddin sambil mengagguk-anggukkan kepalanya.

Maka kedua-dua belah keluarga mula berbincang, mereka menentukan tarikh perkahwinan, jumlah mas kahwin dan lain-lain lagi.

" Alhamdulillah...jika semua sudah bersetuju...boleh la kita mulakan majlis pertunangan.." ucap Tajuddin.

" err...nanti dulu....kami ada lagi satu hajat...." ujar Pak Mat, Tajuddin dan Mariyam saling berpandangan.

" apa hajatnya itu En Mat..?" soal Tajuddin

" begini.....kami ingin bertanya, adakah anak bongsu En Tajuddin telah berpunya, jika belum kami berhajat untuk menyunting anak bongsu En Tajuddin untuk anak kami ni...Adam..." ujar Pak Mat sambil menepuk-nepuk bahu Adam yang berada di sebelahnya.

Ha..ha...ha....ketawa Tajuddin meledak memecah suasana.

" Kisahnya....kenapa tidak diberi tahu awal-awal tadi....?" soal Tajuddin dengan tawa yang masih lagi bersisa.

" dulu kan mana yang penting En Tajuddin...." jawab Pak Mat dengan sopan.

" saya tak kisah...kalau ikutkan saya memang setuju...Adam ni baik budaknya...tapi maaflah saya tak dapat berikan jawapan, kena tanya tuan punya badan dahulu...tapi.....seadainya anak kami setuju....majlis ini akan dijalankan serentak ke..?"

Pak Mat memandang Adam, lalu tersenyum.

" tidak.....Adam bercadang ingin bertunang pada hari berlangsungnya pernikahan abang nya...kalau boleh pihak kami ingin mengikat tali pertunangan selama setahun...maklumlah anak kami yang sorang ni baru sahaja mula untuk membina hidupnya..jadi dia minta sedikit masa untuk menstabilkan kehidupannya terlebih dahulu..." ujar Pak Mat

" saya tiada masalah....macam yang saya telah katakan tadi..kena minta persetujuan dari tuan empunya badan dahulu..." balas Tajuddin

" beginilah....dalam bekas ini ada sebentuk cincin...berikanlah pada anak En Tajuddin...bekasnya kembalikan semula kepada kami...jika kami dapati bekas cincin ini kosong...maka faham lah kami anak En Tajuddin bersetuju dengan peminangan ini...macam mana..?"

" baik lah........Yam...ambil bekas tu...bawakan kepada Sarah...." arah Tajuddin kepada isterinya Mariyam. Mariyam hanya menurut, diambilnya bekas cincin tersebut dari tangan Salmiha dan pergi ke atas untuk menemui Sarah.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:MhCbKQr6yCVq5M::simplycreativecakes.net/documents/engagement.jpg&t=1&h=250&w=202&usg=__GfSL7sUwAQMCVr0Kk8EPLTmXpno=


" Kak Sarah......ada orang datang pinang akak..." ujar Ita adik sepupu Sarah

Sarah kebingunngan sebaik sahaja mendengar kata-kata Ita.

" pinang Kak Farah la....bukan Kak Sarah...apa la Ita ni..." balas Sarah

" betul la....Kak Sarah pun dipinang juga....Ita dengar sediri tau...tak caya dah...Mak Ngah on the way ke sini...." ujar Ita bersungguh-sungguh

Sarah mengerutkan dahinya, dia memandang Farah meminta penjelasan. Farah hanya menjungkitkan bahunya. Pandangannya beralih ke arah ibu mereka yang baru sahaja memasuki bilik mereka.

" Sarah...keluarga Adam masuk meminang....Sarah macam mana terima tak..?" soal Mariyam

Sarah tergamam, dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh ibunya.

" Sarah....ibu tanya ni....setuju ke tak..?" sergah Mariyam

" err...ha.....ha'ah....setuju..." ucap Sarah tergagap-gagap.

Farah tersenyum, dia sudah lama tahu perancangan Adam melalui Johari. Memang mereka bertiga sudah berpakat untuk merahsiakan hal ini dari Sarah. Ibunya Mariyam tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar jawapan Sarah. Setelah cincin emas belah rotan disarungkan ke jari manis Sarah, Mariam segera keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

Sebaik sahaja bekas cincin diserahkan. Salmiha merenung bekas cincin tersebut, lalu dia memandang Adam dan juga suaminya.

" buka la Sal....." arah Pak Mat.

Salmiha membuka bekas cincin tersebut, lalu disuakan ke arah Pak Mat.

" Alhamdulillah......nampaknya....keluarga kita akan bertambah besar...." ucap Pak Mat dengan gembiranya.

" jadi...boleh kita mulakan acara pertunangan....dah lewat dah ni...?" ujar Tajuddin.

" ya.....ya...kita boleh mulakan..." jawab Pak Mat

Salmiha dan beberapa ahli keluarga mereka yang lain mula bagun dan bergerak ke atas menuju bilik Farah sambil diiringi oleh Mariyam. Sebaik sahaja Salmiha tiba di bilik Farah, Salmiha menghadiahkan senyuman kepada Farah dan Sarah.

Farah mengenakan kurung moden satin berwarna biru laut, bertudung senada dengan baju dan mukanya dirias rapi. Farah kelihatan sangat ayu. Salmiha memegang tangan Farah, lalu menyarungkan cincin ke jari manis Farah. Farah pula mencium tangan bakal ibu mertuanya.

" cantik menantu mak...." bisik Salmiha ke telinga Farah

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:EwWwMWPy4NUhEM::i204.photobucket.com/albums/bb260/babyj3nb/allmy/couple-love/2.gif&t=1&h=225&w=225&usg=__72S8XO-RxufrBf1M82cUVuAgsbw=

Majlis berjalan dengan lancar, kini secara rasminya Farah telah menjadi tunang kepada Johari selama tiga bulan. Selepas itu mereka akan diijab kabulkan. Farah tersenyum bahagia, di suatu sudut, Farah ternampak seakan-akan bayangan arwah suaminya yang sedang tersenyum ke arahnya, seolah-olah merestui majlis pertunangan ini.

Sedang asyik Farah bergambar dengan Johari, Sarah pula keluar mencari Adam. Dia memanjangkan lehernya mencari kelibat Adam kalau-kalau Adam berada di khemah bersama-sama ahli keluarga lain menjamu selera. Namun Sarah berasa hampa kerana Adam tiada di situ.

" cari Adam ke...?"

Adam menyapa dari belakang. Sarah terkejut dengan sapaan Adam, segera dia memusingkan badannya.

" Adam ni...suka buat Sarah terkejut tau..." rungut Sarah

" Sarah terkejut yer.....sorry lah..."

" ha'ah.....hari ni jer...dua kali Adam buat Sarah terkejut tau..." ujar Sarah sambil menunjukkan dua jarinya kepada Adam.

Adam ketawa melihata gelagat Sarah.

" Sarah tak suka ke dengan kejutan yang pertama..?" soal Adam sambil merenung Sarah. Sarah tertunduk malu lalu menjawab

" suka....."

" Kak Sarah.....Abang Adam...Kak Farah panggil ambil gambar...." ujar Ita

" fuhh....selamat..." bisik hati kecil Sarah.

" Jom lah......" ujar Sarah lalu segera masuk ke dalam rumah diikuti Adam.

♥♥ **************************************************** ♥♥

ok......jika terdapat mana-mana kelemahan....jangan malu jangan segan untuk tegur ya.. :)

3 comments:

epy elina said...

hoohhoho....
best la crta ni...
syok snd bila bca...

MaY_LiN said...

amboi..
adam wat suprise ya..

Mr JePz said...

perghh...nmpknye smuanye berjalan dgn lancar setkat nih..besh2...