Saturday, June 5, 2010

NOTA CINTA - PART 30


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:giShXKfsVGfR8M::3.bp.blogspot.com/_-xYsrSFl2dw/SdsslmurAaI/AAAAAAAABPE/drsGNeto_Lg/s400/IMG_6022.JPG&t=1&h=194&w=259&usg=__ltkbU-2ye6-zDjep1X7Kliu-O4E=

Seperti yang telah dijanjikan, keluarga Johari selamat tiba di Melaka lewat jam 5 petang. Sarah sudah pun menempah 4 bilik di D'Nelayan Resort untuk keluarga Johari. Hatinya sedikit berdebar untuk menerima kedatangan keluarga Johari. Debarannya makin terasa apabila kelibat Proton Gen-2 milik Johari dan sebuah lagi kereta Proton Waja berwarna Silver kelihatan memasuki pekarangan hotel.

" mak...mak....nampak tak perempuan yang berdiri sebelah kereta merah tu..?" ujar Johari kepada emaknya Salmiha.

" mana....?" soal Salmiha sambil memanjangkan lehernya.

" tu....yang pakai baju hijau seluar putih tu...nampak..?" Johari menundingkan jari ke arah Sarah

" ha.....mak nampak dah...eh...itu si Farah kan...tapi masa Joe tunjuk gambar dia hari tu..dia pakai tudung....hari ni..tundung dah hilang...?"

Adam terdiam sebaik sahaja mendengar kata-kata Salmiha, hatinya dilanda keresahan, bimbang kalau Salmiha tidak menyukai Sarah.

" bukan la mak...itu adik dia....cantik tak...? Johari membalas pertanyaan Salmiha

" cantik budaknya....sejuk mata memandang...jadi ini la Sarah ye Adam...bakal menantu mak yang ke dua..?" soal Salmiha dengan girangnya.

" kakak dia lagi cantik tau mak...tak berkelip mata mak tengok Farah nanti..." Johari memuji Farah.

Adam hanya tersenyum, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Kini hatinya lega kerana Salmiha menunjukkan tanda-tanda yang dia turut menyukai Sarah. Adam memberhantikan kereta di tempat meletakkan kereta yang pihak hotel telah sediakan untuk pada tetamu, diikuti pula dengan kereta Proton Waja yang dipandu oleh bapa saudara Johari. Adam sempat memerhatikan Sarah. Sekali lagi senyuman dibibirnya terukir.

" Ya Allah...indahnya ciptaan Mu..." hatinya berbisik tatkala melihat Sarah.

Sarah hanya mengenakan blouse cotton paras pinggul, berwarna hijau muda dan berbunga kecil putih, dipadankan pula dengan seluar panjang berwarna putih. Rambutnya diikat sedikt ke belakang. Penampialn Sarah pada petang itu telah membuatkan Adam terpesona.

" mak tengok la Adam tu...macam ni la dia setiap kali jumpa dengan Sarah...time macam ni..dia tak nampak orang lain dah....pada mata dia cuma Sarah jer..." ujar Johari

Salmiha hanya tersenyum.

" weh Adam.....jom la keluar....." Adam terkejut apabila disergah oleh Adam.

" ha...ok..ok..jom...." Adam segera keluar dari kereta begitu juga Pak Mat dan juga Salmiha.

Sarah datang menghampiri mereka lalu menghadiahkan senyuman.

" mak...abah...kenalkan ni Sarah..." Adam memperkenalkan Sarah

Sarah tersenyum lagi, lalu dihulurkan tangannya untuk bersalam dengan mereka.

" Pakcik...Makcik...apa kabar..?" sapa Sarah

" Pakcik baik-baik jer nak...." Pak Mat bersuara.

" Cantik Sarah ni..." puji Salmiha

" erm...Sarah...kenalkan pula...ni Mak Su dan suaminya Pak Su....yang ni pula Pak Lang dengan Mak Lang..."

Sekali lagi Sarah menghulurkan tangannya bersalam dengan ahli keluarga Johari dan Adam.

" Pakcik...Makcik...Sarah dah tempah 4 bilik, ini kuncinya. Nanti pukul 8 malam, jangan lupa turun makan yer...sarapan pun dah turut disediakan....Sarah harap pakcik dan makcik semua selesa..."ujar Sarah dengan sopan.

" ish....susah2 jer Sarah ni..." ujar Pak Mat

" takpe la pakcik....tak susah mana pun...jemput lah naik....." pelawa Sarah.

" iyer la...kami naik dulu yer...Sarah tak naik sekali....?" balas Salmiha.

" takpe la makcik....Sarah nak balik dah ni..nak tolong ibu siap-siap apa yang patut...oh ya..lupa..ayah..ibu dengan kakak kirim salam pada semua.."

" wa'alaikumsalam....." mereka menjawab lalu mereka mula bergerak naik ke bilik masing-masing.

" err....mak...abah naik la dulu...Adam nak jumpa dengan Sarah jap..."

" nak dating la tu...maklumlah dekat seminggu tak jumpa......" sampuk Johari.

" ish Joe ni...biar lah.....sibuk jer...tak sudah-sudah mengusik Adam.." marah Salmiha.

Johari ketawa sambil menyanyi kecil.


♥♥ **************************************************** ♥♥

http://planetgreen.discovery.com/go-green/dating/dating-couple-holding-hands-on-beach-photo.jpg


Adam dan Sarah berjalan beriringan menuju ke pantai. Ramai pengunjung yang datang. Mereka memilih untuk duduk dibangku yang telah disediakan di situ.

" Adam sihat...?" Sarah memulakan bicara.

" Alhamdulillah...macam ni la Sarah..letih sikit..." ujar Adam sambil memicit-micit tengkuknya.

Sarah memandang Adam, ikutkan hati ingin saja dia menolong memicit bahunya dan tengkuk Adam, tapi dia sedar akan batasannya, lagi pun tidak manis dipandang oleh orang sekeliling.

" kesian Adam....letih..."

" takpe pun...Adam ok...erm...esok Sarah pakai cantik-cantik yer...." pinta Adam

" erm....Adam nak Sarah pakai baju yang macam mana...? tak boleh la cantik-cantik sangat...nanti orang cakap Sarah yang nak bertunang..bukan kakak...lagi parah kalau mak Adam tersalah calon menantu....tak pasal-pasal jer Sarah yang jadi tunangan Abang Joe....Adam nak macam tu...? soal Sarah

" eh.....jangan la sampai macam tu...apa la Sarah ni...ala tak kisah la...Sarah pakai baju apa pun..memang cantik....Sarah nak tahu tak Adam suka tengok Sarah pakai kain batik masa Adam datang rumah Sarah hari tu..." ujar Adam sambil tersenyum

" hari ni baru nak cakap.....maksud Adam...esok Adam nak Sarah pakai kain batik jer la...?

" eh....eh..bukan la sayang...Adam cuma memuji.....memang dah lama nak bagi tau...tapi terasa malu..."

Sarah ketawa kecil,

" Adam ni...ada-ada jer la...esok Sarah pakai baju kurung jer...colour hijau juga...tapi colour hijau lumut....ingat tak Adam pernah teman Sarah cari kain kat Jalan Tar dulu....kain tu la...Sarah dah siap buat baju..."

" ingat...Adam dah agak dah Sarah akan guna baju tu....kain dari Thai Silk tu kan...?"

" yupp...itu la...bukan ke kain tu Adam pilihkan untuk Sarah...."

" Adam tahu...sure Sarah cantik esok...tak sabar lak nak tengok Sarah..." ujar Adam sambil memegang tangan Sarah.

" siapa yang nak dipinang dan bertunang ni Adam...kakak kan..?" soal Sarah

" yer la...kak Farah...kenapa Sarah tanya macam tu..?"

" takde la...cara Adam cakap ni..macam nak datang pinang Sarah jer....tu yang Sarah tanya..."

Ha..ha..ha... Ketawa Adam meledak, orang-orang disekeliling yang memerhatikan pasangan itu tidak diendahkannya.

" sorry yer sayang....Adam tak pernah lalui majlis-majlis macam ni...sebab tu Adam rasa excited..."

" takpe la tu....erm....dah lewat la Adam....Sarah balik dulu la ...esok kita jumpa...Sarah nak ambil gambar kita banyak-banyak..."

" ok sayang......."

Mata redup milik Sarah ditatap dengan penuh rasa kasih dan sayang. Tangan Sarah dicapai dan digenggan erat, lalu tangan halus itu di cium. Sarah tersipu-sipu malu dengan tindakkan Adam.

" I miss you sayang......." ucap Adam,

" I miss you too...." Sarah menjawab lalu tertunduk malu, hati nya tidak keruan dengan renungan Adam.

" err....Adam...Sarah balik dulu eh..." ujar Sarah dan terus bangun, tangannya masih lagi digenggam erat oleh Adam. Sarah memandang Adam, minta dilepaskan tangannya.

" I love you......." ucap Adam, tangan Sarah dilepaskan.

" I love you four...." balas Sarah sambil menunjukkan jarinya. Adam tergelak kecil.

" bye-bye Adam sayang.......esok kita jumpa ya..." Sarah melambai-lambaikan tangannya, lalu memboloskan diri ke dalam kereta.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:bXONvOLqIYYioM::corporate.lovebank.com/Images/Corporate/CoupleHeartBench.jpeg&t=1&h=183&w=275&usg=__dgFiAclLwrM6sGzq4iEFlyWrS7Q=

Salmiha baru sahaja selesai mandi, lalu dia melabuhkan punggungnya disebelah Pak Mat yang sedang leka membaca surat kabar.

" bang.....apa pandangan abang bila tengok Sarah...? "soal Salmiha

Bacaan Pak Mat terganggu dengan soalan isterinya itu.

" hmm....ok la..baik budaknya...kenapa Sal...awak tak berkenan ke...?"

" kalau Adam dah suka....saya tak membantah...."

" bagus la tu.....tenang hati anak-anak kita....lepas ni takde lagi la awak bising-bising suruh mereka kahwin.."

" lega hati saya bang...Ya Allah..lupa pula saya nak bagi tau abang..." ujar Salmiha sambil menepuk kepalanya.

" kenapa...?"

" semalam petang, ada seorang peguam telefon,Naufal namanya, dia kata dia dari London nak bercakap dengan Adam..."

Pak Mat memandang muka isterinya dengan penuh tanda tanya.

" macam pernah dengar nama tu...apa nama penuhnya...?" soal Pak Mat

" nama dia ala-ala arab sikit.....Naufal.....Naufal Al......" Salmiha tidak dapat mengingati nama peguan tersebut.

" Nufal Al Jabar....." sambung Pak Mat.

" ha....betul....nama dia Naufal Al-Jabar....mana abang tahu...abang kenal ke..?"

" kenal...bapa dia Al-Jabar tu peguam peribadi Tuan Lim....tapi kenapa dia cari Adam setelah sekian lama....Tuan Lim ada harta lagi ke...?" ujar Pak Mat kehairanan.

" bukan ke Tuan Lim dah bankrap.....mana datang harta-harta tu...tak mungkin la bang..."

" entah la....awak ada ambil no telefon si Naufal tu..?"

" ada...ada...saya simpan dalam almari...ingat nak bagi tau Adam...entah macam mana boleh lupa..."

" nanti jer la kita bagi tau Adam tentang hal ni...biarkan dia berseronok dulu...."

" iyer la bang......" jawab Salmiha

Otak Pak Mat mula diterjah dengan pelbagai persoalan, apa yang Naufal mahukan, apa masih lagi ada harta yang ditinggalakn oleh Tuan Lim untuk Adam, atau pun Naufal ingin menuntut ganti rugi kepada Adam.


♥♥ **************************************************** ♥♥

nanti sambung lagi ya........ (^_^)

1 comment:

MaY_LiN said...

makin saspen..
ade banyak word yang typing error..
tp pe pun..
menten best!!