Wednesday, June 9, 2010

NOTA CINTA - PART 32

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://combatlamaladie.files.wordpress.com/2009/03/holding-hands1.jpg

Proton Gen-2 Hitam masuk ke pengkarangan rumah Tajuddin lewat jam lapan malam. Ketika itu, dua buah canopy yang digunakan untuk para tetamu menjamu selera telah diturunkan. Halaman rumah Tajuddin kembali lapang, yang tinggal hanya sampah sarap yang bertaburan di atas tanah.

" Assalammualaikum...."

Mariyam yang sedang sibuk menyusun pinggan mangkuk di dapur segera menjenguk ke luar.

" Wa'alaikumsalam....eh Adam...masuk lah..." pelawa Mariyam.

Adam membuka kasutnya, lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Mariyam yang berada di sisi pintu.

" Pakcik mana...?" soal Adam

" Pakcik ada di masjid...lepas Isyak nanti baru dia balik....Adam nak jumpa pakcik ke..?"

" erm...sebenarnya saya nak jumpa dengan Sarah..boleh ke..?" pinta Adam dengan penuh sopan.

" boleh...apa salahnya...masuk lah...tadi makcik nampak dia ke ruang tamu.."

Adam mengekori Mariyam ke ruang tamu. Sesampainya di ruang tamu, mereka mendapati Sarah sendang tidur di atas sofa. Adam merenung lembut wajah Sarah, Sarah kelihatan sangat tenang. Adam tersenyum sendiri.

" La...budak bertuah ni...tidur rupanya...patut la senyap jer dari tadi.." omel Mariyam.

" takpe la makcik..biar lah Sarah tidur..kesian dia penat...tak sampai hati pula nak kejutkan dia..."

" Adam nak balik dah ke...?"

" erm...boleh saya duduk di sini sekejap...dalam sepuluh minit ke..kalau Sarah tak bangun juga..baru saya balik...boleh ke makcik..?"

" dah tentu la boleh...duduk la....nanti makcik bawakan air...Adam dah makan..?" soal Mariyam

" eh...takpe makcik..tak perlu susah-susah...saya dah makan dah tadi...."

" iyer la...Adam duduk la dulu...makcik nak smbung kerja..." ujar Mariyam dan berlalu pergi menyambung kerjanya semula.

Adam merenung kembali wajah Sarah yang amat dia cintai. Ikutkan hatinya, dia ingin membelai wajah kekasihnya itu, namun dia masih sedar akan batas-batasnya maka keinginannya itu dilupakan. Sedang leka Adam merenung Sarah, tiba-tiba Sarah mengeliat, meregangkan badannya. Sarah mengosok-gosokkan matanya, kemudian dia melihat cincin belah rotan yang tersarung kemas di jari manisnya lalu Sarah tersenyum.

" suka dengan cincin tu....?" soalan dari Adam benar-bernar mengejutkannya.

Sarah mendongak sedikit mencari dari arah mana datangnya suara tersebut. Sebaik sahaja dia melihat Adam yang sedang tersenyum ke arahnya, Sarah segera bangun dari pembaringan.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://p4poetry.com/wp-content/uploads/2008/06/love_moon_cats1.jpg

" Bila Adam sampai.....Adam ni....mau terkeluar jantung Sarah tau..." ujar Sarah sambil menyentuh dadanya. Adam hanya tersenyum menahan ketawa.

" nak cakap lama...tak juga...ada lah dalam sepuluh minit macam tu...saja nak jumpa Sarah...esok pagi-pagi...Adam dah nak gerak balik..."

" parents Adam macam mana...terus balik ke Pulau Pinang ke...?"

" tak...mereka nak singgah KL dulu...jalan-jalan makan angin...lusa baru hantar mereka balik...cuma Pak Su dan yang lain jer balik terus.....erm...mak dengan abah kirim salam..."

" wa'alaikumsalam...nanti kirim salam balik yer kat semua..Sarah balik esok juga...tapi petang sikit..."

" ok sayang....rasa macam dah lama jer kita tak berbual macam ni kan...?"

" erm...mana ada lama...tak sampai sehari pun..."

" lama la tu...tadi Adam ajak berbual..Sarah lari-lari...macam-macam alasan...nak tolong ibu la...nak ambil gambar la...kenapa...malu eh..?" soal Adam

" wekk........mana ada malu...buat apa nak malu...perasan jer..." balas Sarah sambil menjelirkan lidahnya mengejek Adam.

" eleh....yer la tu....tipu dosa tau...Kak Farah ada bagi tau Adam tadi....ha..ha..ha.."

Sarah mencebikkan bibirnya, dalam diam dia memang mengakui kebenaran kata-kata Adam, memang dia malu. Dia memang tidak menyangka yang dia telah dirisik oleh keluarga Adam.

" hmm...kenapa Adam tak bagi tau Sarah awal-awal....kenapa Adam buat surprise macam ni.." soal Sarah

" Sarah tak suka...?"

" bukan macam tu....yer la...hari tu...Adam kata Adam tak ready lagi...tiba-tiba hari ni lain la pulak....itu yang Sarah nak tahu...mak dan abah suruh ya..?"

Adam menghelakan nafasnya,

" tiada siapa yang suruh...Adam yang buat keputusan ini sendiri....Adam tak nak kehilangan Sarah...Adam sedar perjalanan kita masih panjang...pelbagai dugaan dan cabaran yang sedang menanti kita di depan sana...Adam tak nak terpisah lagi dengan Sarah....Adam ingin hidup bersama Sarah hingga ke akhirnya..."

Hati Sarah tersentuh apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Adam sebentar tadi. Sarah dapat rasakan keikhlasan Adam terhadap dirinya.

" Adam minta diri dulu la....tak manis kita duduk berdua macam ni...makcik-makcik yang ada kat dapur tu...dari tadi terjenguk-jenguk memerhatikan kita...." Adam cuba mengubah topik perbualan mereka.

" die orang tu memang busy body sikit....erm..Sarah hantar sampai depan ye...jom lah..."

Sebelum Adam pulang, Adam masuk ke dapur menemui Mariyam, setelah bersalam dengan semua orang yang berada di dapur tersebut, Sarah mengiringi Adam menuju ke keretanya.

" Adam....drive kereta elok-elok yer...." pesan Sarah

" ok sayang...I will...." balas Adam sambil mencuit hidung Sarah.

" nanti dah sampai tit tot Sarah eh...." ujar Sarah dalam nada manja.

" tit tot......? message yer...? " soal Adam

" iyer la.....takkan tak faham lagi ke bahasa Sarah...? hmm..."

" ha..ha...ha...comel jer Sarah ni..Adam faham la.."

" ha..bagus...erm..Adam......."

" ya......ada apa..?"

" I love you........" ucap Sarah lalu berlari masuk ke dalam rumah. Adam tersenyum sendiri, enjin kereta dihidupkan dan mula bergerak keluar dari pengkarangan rumah Sarah.

http://i240.photobucket.com/albums/ff216/blushevents/CrazyLove.jpg

♥♥
**************************************************** ♥♥

hmm.....apa pula cerita Sarah dan Adam lepas ni yer...?

nanti kan yupp.... :)

3 comments:

epy elina said...

btul2x...
pas ni mst bnyk kjutan....
x sbr nak next n3...

MaY_LiN said...

alahai..
comel je

hazulfa said...

best..romantiknya adam digabungjalinkan dengan kenakalan sarah menjadikan rencah cerita makin mnarik..hmmm terasa berada diawang-awangan jap