Friday, April 30, 2010

CINTA TERAKHIR - PART 2




I sambung cerita yang lepas yupp..CINTA TERAKHIR part 1 ..
jika berminat unutk baca cerita yang lain..
boleh cari di
LOVE STORY COLLECTIONS
ada di sidebar blog ini..

..HAPPY READING..

♥♥ **************************************************** ♥♥

Senja merangkak perlahan. Wajah nenek dan Am saling berbaur dalam ingatnnya. Perjalanan waktu bagaikan terhenti seketika. Nenek yang disayangi sudah pergi buat selamanya. Malah, Am yang pernah dicintainya dan dilukainya kini menghitung saat kebahagiaan, di atas pelamin cinta barunya. Sungguh pun berat, namun jauh di sudut hatinya dia mendoakan agar Am bahagia dengan pasangannya.

"Ya Allah, aku reda dengan takdir ini,"

dia terus menyeka air mata yang masih berbaki.

"Apakah ini cinta terakhirku?..Mungkinkah akan ada cinta lain buat aku?"

Persoalan-persoalan itu tiba-tiba menerjah kotak mindanya.

Sue berjalan-jalan di pesisir pantai...pandangannya dilepaskan ke laut..dilihatnya langit yang kekuningan serta kawanan burung yang terbang pulang ke sarang..membuatkan dia berasa tenang..

" Ya Allah....bersarnya kuasa Mu..indahnya ciptaan Mu...."

Lalu Sue melangkah pulang setelah mendengar laungan Azan..laungan yang memanggil semua umat Islam untuk bersujud kepada penciptaNya...Allah SWT..

http://www.csw.inf.fu-berlin.de/ruleml2010/tl_files/ruleml2010/Images/miami-beach.jpg

♥♥ **************************************************** ♥♥

malam itu...setelah selesai solat Isyak, Sue membuka lapptop, hajat di hati ingin menjenguk blog kesayangan, mahu lihat apa agaknya komen-komen yang pembaca akan berikan kepadanya. Komen-komen tersebut dibaca satu per satu...bila dia membaca komen dari Pendekar Laut, dia tersenyum.

" terima kasih Pendekar Laut...kau selalu ada..nasihat serta sokongan yang selalu kau berikan buatkan hari-hari ku yang suram ini ceria kembali.." Sue bermonolog sendiri..

Pendekar Laut, merupakan seorang kenalan Sue di alam maya, juga seorang blogger. Hampir dua tahun mereka berkawan namun belum pernah sekali pun Pendekar Laut menunjukkan siapa dirinya yang sebenar, dia penuh dengan misteri yang tak terungkap. Pendekar Laut gemar bersajak...berpuisi di blognya...setiap puisi yang dihasilkan cukup indah. Sue amat mengagumi Pendekar Laut, seorang guru yang mengajar matapelajaran Fizik mampu menghasilkan puisi-puisi dengan begitu indah sekali.

Sue membuka laman post yang baru, jari jemarinya begitu ligat menari-nari di papan kekunci..meluahkan apa yang tersirat dalam jiwanya..

CINTA YANG MUNGKIR

Sehelai daun cinta

basah embun setia
luruh bersama janji
Siapakah yang memungkiri cinta?

Siapakah yang menyeka air mata?

akukah?


kepada Am...

SELAMAT PENGANTIN BARU..semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik mu...


Sue menghela nafas,nafas yang sarat dengan pelbagai kenangan antara dia dan Am, dia ingin memulakan hidup baru..tiada lagi kenangan silam...

" wahai kenangan....pergi lah....jangan kau hantui aku lagi...."

lantas, dia menekan butang PUBLISH POST untuk tatapan pembacanya.

tiba-tiba dia tersentak apabila kotak chat dari Yahoo Messengernya terpampang di skrin, kotak chat yang berlatar belakangkan IMV Autumn Leaves beserta perkataan Salam.

hatinya senang dengan sapaan itu..

" Pendekar Laut......setiap kali aku teringatkan dia..pasti dia akan muncul.." dia tersenyum lagi

segera Sue membalas

+ wasalam

- saya baru jer baca blog awak...


+ thnks..ala tak de apa yang menarik pun hanya luahan hati yang sepi


- saya faham...sabar lah yer..


+ saya ok jer pendekar laut..hati saya meronta-ronta ingin balik ke sini seolah-olah ada yang sedang menanti...hrumm..memang betul pun..berita kebahagiaan Am lah yang sedang menanti kepulangan saya..


- apa..sebelum awak ke sini..awak menyimpan harapan untuk kembali semula kepada Am..?


Sue kematian kata-kata...memang benar apa yang dikatakan oleh Pendekar Laut...ada secalit harapan agar dia dapat kembali semula kepada Am,

+ lebih kurang macam tu lah..harapan hanya tinggal harapan..tapi ok juga...tak la saya malu sangat..saya yang tak sedar diri..dah la saya tinggalakn dia lepas tu barulah terhegeh-hegeh mencari dia balik...eh....awak buat apa tu...dah makan..?

Sue cuba mengubah topik...

- dah...tak buat apa pun..jalan-jalan cari awak....jadi ke awak nak balik esok ?

+ yupp...dah takde apa lagi yang tinggal untuk saya di sini..lebih baik saya pergi...

- awak pasti...tiada apa lagi yang tinggal..?


+ ada...saya tinggalkan memori....saya ingin mulakan hidup baru..erm...awak...saya dah letih...saya minta diri dulu...


- ok lah...selamat malam...mimpi yang indah-indah..

+ thnks pendekar laut...jgn tidur lewat sangat...nity nite...salam.......


http://farm1.static.flickr.com/21/98083157_74db648254.jpg

♥♥ **************************************************** ♥♥

sebelum dia berangkat pulang, sekali lagi dia berjalan-jalan di pesisir pantai melayan perasaannya..cuaca pada hari itu redup, seredup hatinya. Bunyi paluan kompang sebentar tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya, Sue memeluk tubuh dan terus berjalan.

Sedang leka bermain-main di gigi air, tiba-tiba Sue terdengar namanya dipanggil, segera dia menoleh. Sue terpaku melihat wajah itu, bagaikan sedang bermimpi, apakah benar apa yang dilihatnya sekarang. Lelaki yang selalu bermain-main di fikiranya kini berada di depan mata.

" betul ke ni....apa dia buat kat sini.......kenapa dia boleh ada di sini...." soalan demi soalan datang menerjah fikiran

" Sue........"

" A.....Am......apa Am buat kat sini...bukan ke..."

Sue kebingungan, dia tak dapat meneruskan kata-kata.

" bukan ke Am dah berkahwin...macam tu...? "

Sue mendiamkan diri.....

" Sue......."

" Am nak apa...buat apa datang sini...." Sue memotong kata-kata Am...

" jalan-jalan cari Sue....."

" ayat tu.....macam pernah dengan sebelum ini....tu ayat dari......"

" Pendekar Laut..." balas Am pendek

" Apa maksud ini semua Am...? "

" Sue.....sebenarnya Am ni la Pendekar Laut..maafkan Am kerana tak berterus terang dengan Sue selama ini..."

Saat itu...Sue rasa dunia sedang berpusing ligat, hatinya panas, fikirannya kosong bila mendengar penjelasan dari Am...terasa diri dipermainkan.

" kenapa Am buat Sue macam ni..kenapa...!!!!"

" owh.....baru Sue faham...Am saja la nak balas dendam kan..? sebab Sue pernah tinggalkan Am...betul kan..? "

keadaan menjadi tegang...Am cuba untuk memberi penjelasan tapi Sue menyerang Am dengan soalan demi soalan...

" jadi sekarang ni Am boleh la mendabik dada...tersenyum puas di atas kejatuhan Sue..dendam Am selama ni..terbalas juga kan...!! terima kasih...terima kasih sangat-sangat Am....sungguh Sue tak sangka Am sejahat ini....ya...Sue sedar Sue silap.....Sue terima semua ni....terima kasih Am...mulai dari hari ni...anggaplah kita tak pernah kenal.....!!" ujar Sue dengan suara yang lantang lalu berlalu pergi...

Am cuba dapatkan Sue...tangan Sue ditarik...Sue perlu dengar penjelasan daripadanya...

" Sue...please.......tolong bagi Am 5 minit jer unutk jelaskan semuanya...lepas tu kalau Sue nak pergi..pergi lah..Am takkan halang lagi...tolong lah Sue......." Am merayu

ikutkan hatinya yang panas, dia tak mahu mendegar apa pun dari mulut Am..tapi bila Sue memandang muka Am..timbul perasaan belas terhadap Am..

" Ok...mula kan...."

" Sue.......bukan niat Am nak menipu Sue..." Am melepaskan keluhan..

" bila Sue tinggalkan Am...Am hilang arah...Am rindukan Sue....satu hari..Am cuba Google nama Sue..Am terjumpa blog Sue...dari situ la segalanya bermula..perjalanan hidup Sue, Am ikuti satu per satu...Am rasa sangat dekat dengan Sue...Am kembali aktif dalam dunia sastera yang telah lama Am tinggalkan, hanya kerana Sue...Sue la punca inspirasi Am.. "

" pada awalnya memang Am mahu berterus terang dengan Sue..tapi hasrat itu terbantut bila Sue putus cinta dengan Mike...Am tak tergamak untuk menambah luka di hati Sue..Am pasti Sue akan lebih tertekan jika Sue tahu siapa Pendekar Laut yang sebenarnya dan Sue akan menjauhkan diri dari Am...Am tak nak kehilangan Sue lagi....Am minta maaf...."

http://www.goodlightscraps.com/content/broken-heart/broken-heart-16.jpg

Sue dari tadi mendiamkan diri, kini bersuara...

" Walau apa pun berlaku..kita takkan kembali macam dulu...Am dah kawin...."

" Sue...bukan Am yang berkahwin...adik Am...Sue ingat tak...hanya Sue sorang saja yang panggil Am..orang lain panggil Hairi..Amzar Zulhairi...adik Am...Ammirudin Zakuan..orang panggil dia Am...Sue dah lupa dengan nama Am..?

Sue terdiam tanpa kata-kata...

" Sue...masihkah ada tempat di hati Sue untuk Am...? "

" Ya Allah....permainan apa kah ini...bersusah payah aku mengumpulkan sisa-sisa kekuatan untuk melupakan dia...kini....dia muncul kembali....." Sue menjerit di dalam hati....

Sue memandang tepat ke mata Am...riak matanya menunjukkan bahawa Am benar-benar ikhlas dengan kata-katanya...

" Am....setelah apa yang terjadi...kau masih setia menanti aku di sini...sucinya cinta mu..tapi layakkah aku untuk menerima hati mu buat kali ke dua...hati yang pernah aku sakiti..layakkah aku..?"

Sue kini berperang dengan perasaannya, dia keliru.

" Am......Sue minta maaf di atas segala kesalahan yang pernah Sue lakukan..."

Am menarik kedua belah tangan Sue..digeggamnya erat...

" Sue....Am tak pernah berdendam sikit pun pada Sue....percayalah perasaan Am pada Sue tak pernah berubah....Am sayangkan Sue...Sue lah cinta pertama dan akan menjadi cinta terakhir buat Am..."

" Am....terima kasih di atas segalanya....tapi...Sue tak mampu nak berfikir sekarang ni...beri lah Sue masa.....seandainya ada jodoh di antara kita....kita pasti akan bersama.."

Sue melepaskan pegangan tangan dan berlalu pergi...air matAnya mengalir dan terus mengalir...

♥♥ **************************************************** ♥♥

semoga terhibur...susunan ayat agak berterabur sikit...nthlah susah nak elaborate..I rasa kena perbanyakkan lagi membaca..lately ni I dah jarang membaca...

apa pun special thnks pada MESIN TAIP sebab bagi idea untuk sambung cerita ni..perengaan di atas sekali serta puisi Cinta Yang Mungkir semua itu dari MESIN TAIP .. terima kasih sekali lagi..

ok..apa pun jangan lupa komen yupp...suka or tak suka...best or tak best..di mana kelemahan..luahkan saja..I akan cuba improve dari masa ke semasa... pang

7 comments:

Ayu Zan said...

waa..i suka...
kalau ayat lebih manis tentu ok.
tapi ni pun ok.

Titianku....suzi said...

cite die cm cerpen tp sweet.. nilai kesetiaan yg diterapkan so sweet r.. n kesetiaan pntg dlm sesuatu perhbngan percintaan..

Unknown said...

cerita da ok tp ayt kureng..
sorri...
:)

rose said...

ehe bole ker nk comment..tgk mcm da lame cter nie tp bwu bce.. my comment,, u have talent.. keep it up =)

rose said...

ehe bole ker nk comment..tgk mcm da lame cter nie tp bwu bce.. my comment,, u have talent.. keep it up =)

smeloa said...

this contact form Dolabuy Valentino look at this site learn the facts here now great post to read review

Unknown said...

see it here replica bags from korea useful link replica bags in pakistan this content replica bags aaa quality