Friday, April 30, 2010

NOTA CINTA - PART 1





♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.simply-romantic-ideas.com/images/origami-love-notes-12423.jpg

Seorang gadis berkebaya unggu kebiruan melangkah masuk ke dalam MayBank, terus ke kaunter khidmat pelanggan untuk mengambil nombor.

Itu lah Sarah Umairah Tajuddin, seindah nama, secantik orangnya. Gadis kacukan Melayu, Inggeris dan Pakistan amat manis di pandang. Rambutnya yang agak keperang-perangan, kulitnya putih kemerahan serta mempunyai bibir dan mata yang cantik. Setiap senyumannya dihiasi dengan sepasang lesung pipit di kiri dan kanan pipi mampu membuatkan hati lelaki tertawan apa bila melihat Sarah.

" hye Cik Sarah..." sapa pekerja bank yang bertugas di kaunter tersebut

" hye Anne...erm...saya nak buat bank draft la..." jawab Sarah dengan mesra

" Cik Sarah dah isi form..? "

" semua dah siap dah..." jawab Sarah beserta senyuman

" ok...here is your number..."

" thnks Anne...."

Gadis yang bernama Sarah tadi mencari tempat duduk, dia melihat skrin yang memaparkan nombor giliran.

" hah....baru nombor 2304...aku punya..2314...jenuh la nak menunggu nih..." gadis itu mengeluh sekali lagi.

Sebaik sahaja Sarah melabuhkan punggungnya, dia terpandang seorang pegawai bank yang sedang asyik dengan kerja-kerjanya, pegawai itu mirip dengan seseorang yang pernah dikenali suatu ketika dulu.

" hmm...pekerja baru ke...tak pernah nampak pun sebelum ni.." Sarah bermonolog sendiri

Tiba-tiba pegawai bank tersebut mengangkat mukanya, mereka saling berpandangan..kemudian cepat-cepat Sarah melarikan pandangannya. Entah kenapa hatinya berdebar-debar. Perasaan yang sama yang pernah dia lalui sebelum ini.

memori 8 tahun yang lalu mula berlegar-legar di kotak minda.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://stuffwhitetrashpeoplelike.files.wordpress.com/2008/03/hold_hands.jpg

"Kring...!!!! "

bunyi loceng bergema di setiap pelusuk Sekolah Menegah Seri Tanjong, para pelajar mula bergerak untuk masuk ke kelas masing-masing. Kelas 5 Sains 2 agak sepi berbanding dari hari-hari yang biasa, bilangan pelajar dalam kelas itu hanya 24 orang sahaja. 10 lelaki, 5 daripadanya berbangsa Cina dan 5 berbangsa Melayu manakala selebihnya pelajar perempuan di mana keseluruhannya Melayu.

Masing-masing sibuk menyiapkan laporan PEKA untuk matapelajaran Fizik kerana sebentar lagi mereka dikehendakki untuk menghantar laporan tersebut.

" kelas...!!! " Amir selaku ketua tingkatan cuba menarik perhatian rakan-rakannya,

" sukacita dimaklumkan bahawa kelas Kimia takde untuk hari ini...Cikgu Zehan ada mesyuarat.."

" yeah..!!!!!" masing-masing bersorak riang...

" ha...jangan nak happy sangat...aku belum habis cakap lagi ni..." sambung Amir

" la....ade lagi ke...kenapa tak cakap terus jer tadi...." Zaki mula bersuara

" relax la...aku penat tau....ok..ok...Cikgu Zehan pesan...hari sabtu ni..ada extra class..kita kena bergabung dengan budak 5 Sains 1..kelas start kul 9 pagi...di makmal Kimia..jangan lewat.."

" ala......" terdengar suara-suara keluhan....

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://i0006.photobucket.com/albums/0006/findstuff22/Best%20Images/Love/love-sick1.jpg

Sarah merupakan salah seorang pelajar dari kelas itu, malah Sarah juga merupakan pengawas perpustakan di sekolah.

" Sarah.....kau ni relax jer..dari tadi dok ngadap novel tu...report kau dah siap ke...? " sergah Fatin..

Sarah yang dari tadi sedang asyik membaca novel tersentak..

" kau ni...wat hilang feel jer..dah siap la...semalam lagi dah settle semuanya tau..."

" biar betul kau ni...bila masa kau buat...petang kau bertugas kat library..malam kau sibuk tuesyen..?" ujar Fatin

" semalam la kat library...aku ajak kau temankan aku..kau tak mau..kalau tak..tak payah kau susah2 siapkan report pagi ni.."

" ala...semalam aku ada latihan Hoki la...mana boleh temankan kau...kau buat sendiri ke ni..?"

" ala...cakap jer kau nak tengok kan senang...tak payah nak buat-buat tanya segala..tu dalam fail biru..ambil la..." sambung Sarah

" hehehe.....thnks Sarah...."

Sarah meneruskan bacaan...dia sudah masak dengan perangai Fatin. Sedang leka dia membaca, dia dapat rasakan ada sepasang mata sedang memerhatikannya. Bila dia mengangkat muka, pemilik mata itu melarikan pandangannya. Sarah hanya tersenyum dia tahu siapa yang sedang memerhatikan dia.

" weh....Sarah....." sekali lagi Fatin menganggu..

" apa lagi yang kau nak ni Fatin....."

" aku rasakan si Alex dari tadi dok perhatikan kau...dia pandang jer kat kau tau..." ujar Fatin dengan bersungguh.

Sarah tergelak kecil.

" iyer ke....ala biarkan jer la...dia pandang kau agaknye aku tak perasan pun..."

" huh..takde maknenye dia nak pandang aku...even aku tak nampak biji mata dia sebab mata dia yang sepet tu, tapi aku tau la..dia memang pandang kau..kau ada pape ke dengan apek tu..? "

" ish kau ni...biarlah dia nak buat apa..asal tak ganggu aku dah...tak macam orang tu..kerja dia tak siap lagi tapi sibuk nak ganggu aku..."

" amboi...sempat aje menyindir aku...yer la..aku tak kacau kau lagi..." Fatin meneruskan kerja-kerjanya.

begitu juga dengan Sarah...dia meneruskan bacaannya, sekali lagi dia perasan ada mata yang sedang merenung dia..segera dia membalas renungan tersebut. Sangkaan dia tepat, memang mata itu milik Alex, Alex Lim.

Alex Lim merupakan rakan sekelas Sarah, seorang pemuda berbangsa Cina yang menjadi harapan sekolah kerana dia di antara pelajar terbaik sekolah. Tidak ramai yang mengetahui wujudnya hubungan di antara Sarah dan Alex, walaupun kawan rapat mereka.

Dua pasang mata saling bertentangan, terasa ada getaran di dalam hati, lalu kedua-duanya tersenyum. Senyuman dengan penuh makna di antara mereka.

tiba-tiba suara Jamilah, pelajar yang duduk di bahagian belakang kelas memecah kesunyian dengan nyanyiannya...

"Menjeling menjeling kubertentang..
Mata kita sama memandang...
Kucuba kucuba nak bertanya...
Siapa dia kah namanya...."

Sarah terkedu apabila mendengar nyanyian itu, dia pasti nyanyian itu ditujukan kepadanya, terus dia menundukkan muka. Mukanya terasa panas, dirasakan seolah-olah saluran darah di mukanya itu pecah lalu memenuhi segenap ruang wajahnya.

" ish....dia perasan ke...? " bisik hati kecil Sarah

" eh Milah.........senyap lah..suara tu kalau sedap takpe..sakit telinga aku ni tau..."

Firdaus, seorang pengawas sekolah berbaju hijau dan bersongkok hitam duduk di bahagian hadapan kelas bersuara.

" eh Fir.....sibuk la kau...buat jer la kerja tu.....suke ati aku la..orang lain tak kisah pun.."

" dah...dah...." Amir mula bersuara

" ha...cepat hantar report tu sekarang...jom gerak pergi Lab..." arah Amir

Pelajar 5 Sains 2 patuh pada arahan si ketua, masing-masing bersiap pergi ke Makmal Fizik.

Sebelum Sarah keluar daripada kelas, Alex menyapa dia dari belakang dan menghulurkan sebuah buku.

" Sarah...nah your book, thnks.. "

Sarah tersenyum lalu mengambil buku tersebut, dan mula bergerak keluar. Hatinya berbunga riang.

Masih segar di ingatannya, dia dan Alex menghabiskan waktu petangnya di perpustakaan sekolah untuk menyiapkan laporan Fizik. Alex banyak membantu Sarah, malah setiap kali tiba giliran Sarah bertugas di perpustakaan pada waktu petang, Alex pasti ada untuk menemani Sarah, mereka menyiapkan kerja sekolah bersama, berbual berkongsi cerita dan adakalanya mereka menghabiskan masa dengan bermain Chess.

" Sarah.....kau ada pape eh dengan Alex..? " tiba-tiba Jamilah muncul disebelahnya dan terus bertanya kepada Sarah

" apa pape yang macam mana tu...? "

" ala kau ni...buat-buat tak tau la pulak...aku nampak tau..."

" takde pape la..kawan sekelas...sama jer macam kau dengan aku..."

" iyer la tu...tak caye lah aku..."

" up to you my dear...." terus Sarah berlalu masuk ke dalam makmal meninggalkan Jamilah.

Sebelum pelajaran bermula..Sarah mula menyelak buku yang Alex berikan sebentar tadi..dia pasti ada sesuatu untuknya, dia terus menyelak ke mukasurat 29. Sarah tersenyum lagi, tepat sangkaannya..ada nota kecil di situ.

new spec...? nice..
its really suits you.. :)
anyway....awak rasa lagu yang Milah nyanyi tadi
memang untuk kita ke..?

AL

"dari jauh pun boleh perasan aku dah tukar spec baru..." hati Sarah berkata-kata

Itu lah cara mereka berkomunikasi, jika nota untuk Alex, Sarah akan selitkan pada muka surat 9..mewakili tarikh lahir Alex iaitu 9 April manakala untuk Sarah pula Alex akan selitkan pada muka surat 29..mewakili tarikh lahir Sarah iaitu 29 September.

Tanpa membuang masa, Sarah mengambil 'Sticky Note' yang berada dalam failnya, dia ingin segera membalas nota dari Alex.

dari jauh pun boleh perasan saya tukar spec baru yer..
tajamnya mata dia.. ;P

tentang Milah, myb dia perasan,..
kenapa..awak tak selesa eh..?
tak pe nanti saya cakap baik-baik pada Milah.. :)

*SUT*

Sarah lekatkan nota itu pada mukasurat 9. Kebetulan Ong lalu disebelah dia.

" Ong...tolong bagi pada Alex...dia tersalah pulangkan buku...ni buku dia"

" owh...macam mana boleh salah tu...ok lah..no problem.."

" thnks Ong..."

" wooo...you jangan la senyum pada wa macam tu...gugur iman wa..." jawab Ong lalu ketawa

" aik...Ong you pun ada iman ka..?"

" ada lor...hahaha..." jawab Ong lalu berlalu pergi.

dari jauh Sarah melihat Alex sedang membaca notanya, dia memandang Sarah lalu tersenyum.

♥♥ **************************************************** ♥♥

tapi segala-galanya berakhir apabila Jesica Ng hadir dalam hidup mereka. Jesica menrupakan pelajar baru, dia baru sahaja berpindah dari Pulau Pinang. Malah Jesica juga merupakan anak kawan baik bapa Alex. Sejak Jesica hadir hubungan Sarah dan Alex semakin renggang. Kemana sahaja Alex pergi Jesica pasti ada di sisinya.

Kini, tiada lagi nota-nota rahsia yang terselit di dalam buku, Alex juga sudah jarang menemaninya di perpustakaan. Mereka semakin kurang berkomunikasi.

Suatu hari, Sarah menyelitkan nota kedalam buku Alex, tapi malangnya nota itu dibaca oleh Jesica. Jesica pergi berjumpa dengan Sarah.

" Sarah....what's this..? " tanya Jesica dengan angkuh

" just a note...saying hi to Alex..why..? "

" Sarah....aku tau kau ada perasaan pada Alex...lupekan ok..! "

" perasaan...maksud kau macam mana..? "

" kau takpayah buat bodoh kat sini..listen here...papa aku dengan papa Alex dah berbincang mereka akan kawinkan kami berdua selepas Alex habis study nanti, more kami tak mengalu-alukan bangsa lain masuk dalam family kami...you get it..?"

" kesian........." jawab Sarah

" what...? kesian..kenapa kau cakap macam tu..."

" ya..kesian...perjalanan hidup kita masih panjang....tapi..hidup kau dah ditentukan..kau takde pilihan untuk bina jalan hidup kau sendiri....bukan ke kesian namanya tu.."

" so what....aku selesa dengan keadaan macam ni...jadi kau jangan nak sibuk-sibuk..stay away from Alex..." Jesica memberi amaran.

" ok lah Jess...jaga lah future husband kau tu baik-baik..aku tak nak masuk campur..bagi aku Alex tu hanya la kawan..kawan baik aku, tak lebih daripada itu...aku hanya bertanya kabar because sejak kau pindah ke sini..kau asyik control dia jer..aku tau kau tak suka orang Melayu, tapi kenapa kau nak halang Alex juga.."

belum sempat Jesica membalas, Sarah menyambung kata-katanya..

" penat la pulak bercakap dengan kau ni...aku gerak dulu la...bye...." Sarah melambaikan tangan dia lalu berlalu pergi meninggalakan Jesica.

Sejak dari hari itu, Sarah hanya mampu memandang Alex dari jauh. Dia pasrah, kini dia hanya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajarannya sahaja.



bersambung......................

♥♥ **************************************************** ♥♥
ok fwens....tunggu sambungannya next week yupp..sorry lambat sikit update..

ingat nak habiskan jer...tapi panjang sanagt la pulak, nanti jenuh u all semua nak baca...hehe...

4 comments:

aesthetic said...

intro best...unsur lwk pn ade..rse nk bce lg...ni smua krg sdiri ek???hhehe...gud job..nice =)

aida said...

awl2 je da bes...
tertarik nk bce ag..
:)

::mak incik:: said...

ade name kite la,.. ngee.. i like.. hohoho...

dyaNZa said...

intro die dh best... best2... he3... nk tau endingnyer..