Wednesday, March 13, 2013

AKU,DIA & TZM - PART 56

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥

“ Sayang...........” sedih sahaja suara Mustaqim dicorong telefon.

“ Dah kenapa?” soal Naurah.

“ Motor saya....motor saya...." ucap Mustaqim tersekat-sekat.

" Kenapa dengan motor awak ?" 

" Motor saya.......dah hilang......” adu Mustaqim.

Sedihnya hati bukan kepalang bila dia mendapat panggilan daripada Ali tentang kehilangan motornya. Menurut Ali, anaknya cuma membawa motor TZMnya ke kedai dan selepas itu motornya hilang. Mustaqim sudah bercadang untuk betulkan dan cat semula motornya itu. Dia ingin membawa Naurah dengan motornya semasa majlis perkahwinannya nanti. Namun perancangan itu hanya tinggal angan-angan. Motornya kini sudah hilang.

“ Alahai..tak apa lah, kita beli motor lain.” Pujuk Naurah.

“ Tak mahu motor lain. Nak motor saya juga, banyak kenangan dengan motor tu. Lagi pun saya dah plan nak bawa motor tu masa....”

“ Dah hilang, nak buat macam mana.” Belum sempat Mustaqim menghabiskan ayatnya, Naurah telah memotong kata-katanya.

 “Tak nak sedih-sedih la, nanti tak handsome masa kita nikah nanti. Dah tak lama dah ni. Sekarang ni mana lebih penting, saya atau motor awak? Kalau awak nak cari motor awak juga cari lah, kita cancle je semua.” Ugut Naurah.

“ Eh...eh....dah tentu la awak lagi penting. Takkan nak merajuk kot?” Serta merta Mustaqim gelabah.

“ Kalau saya lagi penting, hujung minggu ni kita jumpa yupp, fitting baju.”

“ Ok sayang.....” Kendur sahaja suara Mustaqim.

“ Janji tak sedih-sedih lagi pasal motor, kalau ada rezeki awak akan jumpa semula dengan motor awak tu. Sayang saya kan?”

“ Mesti la sayang, ok saya janji.”

“ Ha..macam tu la baru handsome. Ok lah mama dah panggil tu nanti kita chit chat lagi. Bubyee sayang..love you. Assalammualaikum.” Cepat-cepat Naurah matikan telefon. Entah kenapa tiba-tiba dia mengucapkan kata-kata tu. Dia malu.Tidak lama selepas itu, Naurah menerima SMS daripada Mustaqim.

Alahai....gugur jantung saya bila awak sebut ‘love you’ tadi
Hilang semua risau saya. Tapi kenapa cepat-cepat letak talifon, malu eh?
Thanks sayang, love you too and wa’alaikumsalam.




Melebar senyuman Naurah, semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang. Dia menuruni anak tangga dengan girannya namun langkah menjadi kaku bila dia melihat Fika sedang berbual-bual dengan mamanya.

“ Fika......” Fika memalingkan wajahnya ke arah Naurah. Serta-merta dia berdiri. Mereka saling berpandangan, Naurah mempercepatkan langkahnya mendapatkan Fika lantas memeluk tubuh wanita itu erat. Masing-masing tidak bersuara yang ada hanyalah deruan air mata yang tidak henti-henti mengalir.

“ Aku rindu kau, rindu kau sangat-sangat kau tahu. Lama dah aku cari kau, kau asik elakkan diri saja. Kenapa? Benci sangat ke kau pada aku.” Naurah mengeratkan lagi pelukkannya. Perasaan rindu yang teramat sangat terhadap Fika kini terlerai sudah. Doanya untuk bertemu semula dengan Fika dimakbulkan.

Fika mengeleng-gelengkan kepalanya,

“ Tak....sikit pun aku tak bencikan kau. Aku pun rindu sangat dengan kau. Cuma.....aku malu nak berjumpa dengan kau. Aku banyak sangat dosa dengan kau Naurah, banyak sangat. Maafkan aku....” air mata kedua sahabat itu berderai lagi. Zalia yang sedari tadi menjadi pemerhati datang menghampiri mereka.Hatinya juga sebak.

“ Sudah lah tu, jangan menangis lagi kan dah jumpa. Duduk lah berbual ye, mama pergi buat air sekejap.” Zalia cepat-cepat meninggalkan mereka, tampa disangka-sangka air matanya turut jatuh. Zalia menyeka air matanya sambil tersenyum. Bertemu jua akhirnya Naurah dan Fika.

Sejak keluarga Datuk Karim terlibat dalam kemalangan, keluarga itu seolah-olah cuba lari daripada semua orang, masih segar dalam ingatannya dua bulan yang lepas dia difahamkan yang Datuk Karim cuba untuk menyatukan kembali keluarganya dengan pergi bercuti bersama, malangnya dalam perjalanan pergi mereka terlibat dalam kemalangan. Datin Maria terkorban dalam kemalangan itu, Syafiq pula lumpuh pada bahagian kaki, mujurlah Fika, anak-anak dan Datuk Karim terselamat. Datuk Karim juga jarang masuk ke pejabat, semua urusan diserahakan kepada pembantunya.

“ Kau macam mana sekarang, Syafiq dah ok?” akhirnya Naurah bersuara setelah mereka diam buat seketika.

“ Macam tu juga. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Aku redha dengan semua ni, ini balasan atas dosa-dosa aku yang lepas, balasan atas dosa yang aku lakukan pada kau Naurah.”

Naurah memegang erat tangan Fika.

“ Jangan kata macam tu Fika, aku dah lama maafkan kau. Tolong janji dengan aku, jangan ungkit lagi perkara yang lepas. Semua tu dah jadi sejarah. Kita menangis air mata darah sekali pun takkan dapat merubah apa-apa.” Nasihat Naurah.

“ Jadi apa perancangan kau sekarang. Kau dah terlalu lama derita dengan Syafiq, masih mampu kah kau bertahan?” soal Naurah lagi.



Wajah suaminya mula terbayang-bayang di fikiran Fika. Sejak Syafiq hilang upaya, barannya semakin menjadi-jadi, namun Fika masih cekal menghadapinya. Tingginya cinta pada lelaki itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Dia rela dimarah, dicaci dan dimaki. Dia rela asalkan dapat bersama dengan Syafiq itu sudah memadai.

Ada juga baiknya bila Syafiq ditimpa kemalangan, dia boleh selalu dekat dengan suaminya, tidak seperti selalu, Syafiq jarang sekali pulang ke rumah. Entah makan entah tidak dia sendiri tidak tahu. Namun Syafiq tidak pernah mengabaikan pemberian nafkahnya kepada dia dan anak-anak. Cukup hari bulan pasti akaunnya terisi dengan sejumlah wang yang sememangnya lebih dari cukup untuk dia dan anak-anak. Tapi bukan wang ringgit yang dia mahukan. Dia cuma mahukan kasih sayang seorang lelaki kepada isterinya, kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya.

“ Kau suka lah tengok aku cacat, puas hati kau sekarang? Perempuan tak guna. Sejak aku kahwin dengan kau, nasib aku sentiasa malang!” Itu lah ayat yang sering Syafiq ungkapkan.Telinga Fika seolah-olah sudah lali menerima cacian serta makian daripada Syafiq. Biarlah apa pun Syafiq mahu buat kepadanya, seandainya Syafiq ingin membunuhnya sekalipun dia rela.

" Kau tahu tak Naurah, sebenarnya aku bersyukur sangat bila Syafiq ditimpa musibah ni." ucapan Fika membuatkan Naurah sedikit terkejut.

" Aku tahu, kalau orang lain dengar pasti mereka akan kata aku kejam, aku gila, aku tamakkan harta Syafiq, aku lebih suka Syafiq mati cepat. Aku faham sangat, tapi itu bukan niat aku. Aku bersyukur kerana Syafiq sentiasa berada dengan aku, di hadapan aku." Mata Fika bersinar bila bercerita tentang Syafiq.

" Tapi........ dia tak layan kau sebaiknya Fika. Masih sanggup kah kau bertahan? Dia hanya datang kepada kau untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang kononya berhak ke atas isterinya. Kasih sayang macam mana pula?" Soal Naurah.

“ Selagi dia tidak lafazkan cerai pada aku, selagi itu lah aku akan tetap setia disamping dia Naurah. Aku sangat cintakan dia.” Luah Fika.

“ Aku faham, tapi sampai bila kau nak jadi tempat dia melepaskan kemarahan dia? Kalau kau tak kasihan pada diri kau, kasihan lah pada anak-anak. Pastinya mereka tertekan.”

“ Kasihkan anak-anak, aku dah hantar anak-anak balik kampong. Alhamdulillah, mak ayah aku dikampung dah boleh terima aku. Mereka senang sekali bila aku hantar budak-budak tu di sana. Biarlah aku sahaja yang hadapi kerenah Syafiq.” Naurah mengeluh akan kedegilan Fika dalam masa yang sama dia menjadi semakin benci kepada Syafiq.

“ Kau ni.......agak-agak lah kalau cinta sekali pun. Syafiq tu sikit pun tak hargai kau. Sampai bila la kau nak derita macam ni, kau juga berhak bahagia Fika.” Pujuk Naurah.

“ Kau tak faham Naurah. Tak mengapa lah, Allah kan ada. Aku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku sekarang ni. Aku redha dengan semua ini. Sekiranya aku mati ditangan Syafiq, kau tolong jagakan anak-anak aku ye. Boleh Naurah?” dengan pantas Naurah meletakkan jarinya ke bibir Fika.

“ Kau jangan cakap macam tu Fika, cukup lah aku pernah kehilangan kau suatu ketika dulu, aku tak mahu kehilangan kau lagi. Kau kan kakak aku, mana boleh tinggalkan aku lagi. Tak boleh, tak boleh!” beria-ia Naurah mengeleng, air mata mereka merembes lagi. Sekali lagi mereka berpelukkan.

“ Aku pun sayangkan kau, kau doakan yang terbaik untuk aku ye adik.” Balas Fika. Naurah hanya mengangguk, tidak bersuara.

“ Dah la asik nangis je dari tadi, nanti sembab mata masa bersanding tau. Kau jangan risaukan aku ye. Aku janji aku takkan tinggalkan kau.” Naurah memegang erat tangan Fika, lalu dia mengangguk perlahan.

“Hmm...bersatu juga kau dengan Mus ye, aku tumpang bahagia Naurah.” Sambung Fika lagi. Sengaja dia mengubah topik.

Tampa mereka sedari, perbulan mereka didengari oleh Zalia juga Mak Diha. Air mata mereka juga turut merembes keluar. Kepala Zalia ligat berfikir, cuba mencari jalan untuk memperbetulkan keadaan.


♥♥ **************************************************** ♥♥

1 lagi episod..... 1 je lagi..... (^_^)

4 comments:

MaY_LiN said...

YEAY..
XSABAR NAK TGG MUS NGAN NAURAH

ein said...

Betul Betul Betul... tak sabar nak tgk mus ngan naurah naik pelamin...

Anonymous said...

Btul ke moto hilang.ke naurah pakat ngan abg ali

nabilah_2908 said...

MAY LIN :

tunggu eh..sikit je lagi.. :)

EIN :

jap...jap..jap... :)

ANONYMOUS:

hehehe...iye ke..? tunggu episod last eh.. ;)