Monday, October 29, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 48

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥



Esok saya ambil awak jam 7 pagi, siap-siap tau. 

Berkerut dahi Naurah bila membaca kiriman SMS dari Mustaqim. 

Tak ada awal lagi? Sebelum subuh ke..

Hatinya tertanya-tanya Mustaqim mahu ke mana? Kenapa harus keluar seawal itu ? 

Siap-siap je la, kalau awak tak siap saya pecah masuk rumah awak, kalau rasa tak percaya apa yang saya katakan ni, cuba la lambat. Ok good night sayang. 

“ Ish mamat ni nak main ugut-ugut kita pula.” Naurah merungut sendiri. Tubuhnya direbahkan di atas katil, selimut ditarik hingga ke paras bahu. Suhu dari penghawa dingin diturunkan menggunakan alat kawalan jauh yang terletak tidak jauh dari katilnya. Saat ingin memejamkan mata, fikirannya merewang teringatkan Mustaqim. Genap seminggu mereka berbaik semula, seperti dulu. Bahagia mula mengetuk pintu hatinya. Hari-hari yang dilalui penuh dengan senyuman. Terasa seolah-olah baru sahaja bercinta dengan Mustaqim.

Naurah tidak lupa memanjatkan rasa syukur yang kepada Allah kerana memberikan dia peluang untuk kembali bahagia besama dengan Mustaqim. 

“ Saya dah ada depan mata awak, sekarang cakap la apa yang awak nak cakap. Saya tak boleh lama ni” perjumpaan pertama mereka kembali terbayang-bayang di kepala Naurah. Mustaqim ketika itu beriya-iya mahu bertemu dengannya dan seperti biasa dia pasti akan menolah. Namun setelah lelah didesak Mustaqim akhirnya dia bersetuju. 

“ Setelah bertahun-tahun awak tunggu saya, takkan bila saya minta awak luangkan sedikit masa pun awak tak boleh?” soal Mustaqim

“ Hello...! tolong sikit jangan nak perasan. Bila masa saya kata saya tunggu awak?” Marah Naurah. Sedaya upaya dia cuba menafikan kata-kata Mustaqim walaupun hakikatnya itu la kebenarannya.

“ Kalau tak tunggu, kenapa sampai sekarang awak tak kahwin lagi?” soal Mustaqim.

“ Suka hati saya lah nak kahwin bila. Yang awak sibuk-sibuk nak tahu tu kenapa? Mujur la saya tak tunggu awak, tup..tup awak dah bertunang dengan perempuan lain.” Naurah melepaskan marahnya. 

Ya, saat dia mengetahui Mustaqim telah bertunang dengan Dhiera, semalaman dia menangis menyalahkan diri sendiri kerana begitu bodoh menunggu Mustaqim untuk kembali kepadanya. 

“ Kan saya dah bagi tahu awak, saya terpaksa. Macam mana la saya nak jelaskan lagi pada awak?” Naurah seakan-akan tidak mahu mengambil tahu. Mustaqim menghelakan nafas, dia perlu cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kembali cinta daripada gadis itu. Itu la matlamatnya sekarang. 

“ Tapi ok juga, terasa diri ini masih disayangi. Kisah juga awak pada saya. Walaupun kita terpisah, awak masih lagi ambil tahu tentang saya.” Mustaqim tersenyum nakal. Naurah mengherotkan wajahnya tanda meluat.
  
“ Perasan tak habis-habis, huh!” Terhambur tawa Mustaqim bila melihat telatah Naurah. Wajahnya yang cemberut menahan marah sangat memikat hatinya. Rindu dengan telatah gadis itu kini terubat sudah. 

“ Awak tahu tak?” soal Mustaqim 

“ Tak.....” jawab Naurah pendek. Nada percakapannya masih lagi dalam nada marah. 

“Kak Leha banyak tau bercerita tentang awak pada saya. Kak Leha kata semua lelaki yang suka pada awak, awak reject tidak terkecuali Cikgu Arman. Tapi sejak akhir-akhir ni awak semakin rapat dengan Cikgu Arman, betul ke?” 

Naurah merengus, Kak Leha tidak sepatutnya bercerita banyak dengan lelaki itu. Ada hikmahnya juga dia merahsiakan identitinya yang sebenar, sekiranya Kak Leha tahu semuanya, habis la diceritakan pada semua. Naurah sempat menjeling ke arah Mustaqim dan saat itu mata mereka bertembung bagaikan ada arus elektrik mengalir, jiwanya bergetar, perasaannya jadi tidak keruan. 

“ Kenapa awak diam? Tak mahu ke jawab soalan saya?. Tapikan saya dapat rasa sejak awak tahu saya dah bertunang dengan adik dia baru la awak mula rapat dengan dia betul tak? Kenapa Naurah? awak nak balas dendam?” Soalan yang bertalu-talu daripada Mustaqim buatkan dia terkedu seketika. 

Seolah-olah lelaki itu dapat menembak apa yang tersirat di hatinya. Ceria benar Arman bercerita tentang majlis pertunangan adiknya. Saat dia menunjukkan gambar semasa majlis berlangsung, jantungnya hampir gugur bila melihat Mustaqim berdiri di sebelah adik Arman. Sedaya upaya dia mengawal perasaan, sedaya upaya dia cuba memaniskan wajahnya mendengar cerita Arman. Tiba-tiba sahaja ada suara halus yang membisikkan ke telinga Naurah untuk memberikan peluang kepada Arman. Jika Mustaqim boleh, masakan dia tidak. 

“ Hmm...awak diam lagi. Jawab lah Naurah, betul ye apa yang saya cakapkan ini?” Naurah memalingkan wajahnya. Pandangannya dilemparkan ke taman permainan yang terletak tidak jauh daripada mereka. Mustaqim tiba-tiba sahaja berdiri di hadapannya lalu kedua belah bahunya dipegang kejap. 

“ Awak......please answer me!” Mustaqim mula mendesak. Entah kenapa hatinya mula rimas, mula panas dengan tindakan Mustaqim. Tangan Mustaqim ditepis kuat. 

“ Ya..! apa yang awak cakapkan tu semuanya betul. Memang itu niat saya!” akhirnya Naurah mengakuinya. Air matanya berjuraian jatuh ke pipi. 

“ Betul! Saya memang menunggu awak, lama saya tunggu awak datang pada saya, tapi awak dia mana? Sedikit pun awak tak ambil tahu keadaan saya, entah saya hidup atau mati awak tak kisah bukan? Jadi salah ke saya untuk terima cinta Arman?” Bergetar suaranya meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Tak perlu lagi dia berahsia, biarkan Mustaqim tahu apa yang terbuku di hatinya. Wajah Mustaqim berubah riak, perasaan kesal mula menyelubungi hatinya. Bahu Naurah disentuh sekali lagi namun cepat-cepat ditepis Naurah. Naurah segera memeluk tubuh lalu memusingkankan badanya, tidak mahu berdepan dengan Mustaqim. 

 “ Ya...saya tahu salah saya sebab tak cari awak. Tapi saya ada sebab yang tersendiri Naurah. Saya jauhkan diri kerana inginkan awak bahagia. Lihatlah keadaan saya ketika itu, saya tak punyai apa-apa. Saya sangat berbeza dengan Syafiq yang memiliki segalanya termasuklah kepercayaan mama awak. Saya tak mahu awak hidup susah bila bersama saya. Saya tahu awak tak kisah, untuk setahun dua mungkin awak tidak kisah, lepas daripada itu pastinya perkara ini akan berbangkit. Saya tak mahu itu semua.” Luah Mustaqim. 

“ Siapa awak, sehinggakan boleh meramal masa hadapan?” sinis sahaja soalan Naurah. 

“ Banyak dah contoh Naurah, saya tahu tidak semestinya jalan cerita kita sama tapi tiada salahnya jika kita berjaga-jaga. Kerana terlalu sayangkan awak, saya relakan awak pergi.” Padanya, Naurah pasti akan bahagia bersama Syafiq. Kerana itu sedaya upada dia cuba lupakan Naurah. Sengaja sibukkan diri dengan belajar dan kerja semata-mata kerana Naurah. 

 “ Awak tahu....bila saya dapat tahu Syafiq miliki dua orang anak saya tersenyum dalam masa yang sama hati saya sakit lagi-lagi bila membayangkan awak bersama Syafiq. Saya marah bila dapat tahu perangai Syafiq masih tidak berubah. Awak tahu..saat itu saya berjanji dengan diri saya yang saya akan bawa awak pergi, keluar dari kesengsaraan hidup. Saya menyesal, sangat menyesal membiarkan awak berkahwin dengan Syafiq.” Hati Naurah tersentuh dengan kata-kata Mustaqim. Mustaqim bukan seorang penipu, itu adalah kenyataannya. Dari tonasi suara pun, Naurah dapat merasakan keikhlasan kata-kata Mustaqim. 

“ Jadi sejak bila awak tahu yang saya tak jadi berkahwin dengan Syafiq?” soal Naurah. 

“ Datuk Karim ajak saya makan di rumahnya. Datuk Karim selalu sangat memuji menantu dia. Menantu dia pandai masak la, pandai jaga anak-anak. Datuk Karim banyak bercerita tentang keluarganya, dari situ lah saya dapat tahu tentang Syafiq juga isteri dia. Saat saya diperkenalkan dengan menantu dia, Allah....terkejutnya saya bila yang berdiri di hadapan saya bukan awak tapi....” 

“ Fika......” Naurah memotong kata-kata Mustaqim 

“ Ya...Fika, kawan baik awak.” Wajah Fika mula terbayang-bayang di ruang fikiran Naurah. Hampa dengan Fika namun dalam masa yang sama dia simpati dengan apa yang telah Fika lalui. 

“ Awak tahu macam mana Fika boleh berkahwin dengan Syafiq?” soal Naurah. 

“ Tahu....dari mama awak.” Naurah tersentak. Dia mula tertanya-tanya sejauh manakah rapatnya hubungan Mustaqim dengan mamanya.

 ♥♥ **************************************************** ♥♥


Sekejap-sekejap Mustaqim menoleh ke arah Naurah yang sedari tadi lena diulit mimpi. Seawal jam tujuh pagi Mustaqim tiba di hadapan rumah Naurah dan tepat jam tujuh pagi juga naurah telah siap-siap menanti. Hanya mengenakan blouse putih labuh melepasi punggung, berseluar jeas biru lusuh dan sehelai pashmina berwana merah gelap membaluti tubuhnya. 

“ Kita nak pergi mana ni?” soal Naurah sebaik sahaja dia memboloskan dirinya ke dalam kereta Mustaqim. 

“ Ikut saja lah...” 

“ Hmm...iya lah. Jangan awak jual saya sudah!” Mustaqim tertawa kecil, 

“ Buat apa nak jual awak, baik saya simpan untuk saya selama-lamanya.” Balas Mustaqim. 

“ Hmm....suka hati awak lah.” Naurah menjawab lemah. Dia memalingkan wajahnya melihat jalan diluar sambil melentokkan kepalanya dikerusi. 

“ Awak dah makan? Saya sempat juga makan dua keping pizza baki semalam yang tak habis tu. Masih kenyang lagi, tapi kalau awak lapar kita boleh berhenti makan sekejap.” Kata-kata Mustaqim tidak mendapat respond daripada Naurah. 

“ Naurah.......” tiada jawapan. 

Bila Mustaqim memalingkan wajahnya kelihatan mata Naurah terpejam rapat. Selesa benar nampaknya lagi-lagi bila pashmina merah itu menyelubungi tubuh Naurah. Mustaqim tersenyum sendiri. Tidak jemu-jemu dia memandang wajah manis itu. Sudahnya Mustaqim membiarkan Naurah tidur, ikutkan hatinya mahu sahaja dia memaksa gadis itu bagun, temankan dia berbual. Tapi dia tidak sampai hati, pemanduan diteruskan sehingga lah dia tiba di destinasi. Selama sejam setengah perjalanan, selama itu juga la Naurah tidur sedikit pun tidak bergerak.

“ Apa lah yang dia buat malam tadi, mengantuk sangat gayanya.” Gumam hati Mustaqim. Mustaqim mencuit lengan Naurah, namun gadis itu sedikit pun tidak bergerak. 

“ Naurah....bangun lah dah sampai ni.” Kali ini dia menggoyangkan pula tubuh Naurah. Gadis itu membuka matanya perlahan lalu ditutup kembali. 

“ Awak jangan la tipu, saya mengantuk lah dah betul-betul sampai nanti baru la kejutkan saya.” Rungut Naurah dalam mata yang terpejam. Mustaqim mendengus, 

“ Liat betul dia ni nak bangun. Awak buat apa malam tadi, sampai mengantuk sangat?” bebel Mustaqim. 

“ Siapkan proposal, semalam tak boleh tidur.” Naurah menarik pashmina rapat ke tubuh. 

 “ Saya kira sampai tiga...kalau awak tak mahu bangun, saya cium awak. Satu.........” Mustaqim mula mengugut. 

“ Ish awak ni....keturunan gangster ke apa ni? Asyik nak ugut orang je...” Naurah merengus kuat, kantuknya hilang akibat ugutan Mustaqim. Mustaqim hanya tersengih. 

“ Degil, orang cakap baik-baik dengar lah. Kan saya dah kata, kita dah sampai maka dah sampai la. Cuba tengok kat luar tu.” Naurah menjeling lalu mencebikkan bibirnya. Matanya dihalakan ke luar pula. 

“ Kawasan hutan? Kita kat mana ni?” Soal Naurah dalam nada bimbang. 

“ Tu la, siapa suruh tidur sepanjang jalan. Sekarang ni kita berada di sempadan Thailand, kat depan sana dah masuk Thailand.” Ujar Mustaqim dalam nada serius. 

“ Thailand? Buat apa pergi Thailand?” Naurah terpinga-pinga. 


 “ Nak nikah lari dengan awak lah.....” Tawa Mustaqim terhambur keluar bila melihat wajah Naurah yang terkejut dengan kata-katanya sebentar tadi. 

“ Takkan sekejapan je dah sampai Thailand, tipu lah......baik awak cakap betul-betul! ” 

 “ Jom lah keluar,” 

 “ Tak mahu, awak cakap dulu kita kat mana!” bentak Naurah. 

“ Terpulang awak lah, kalau tak mahu awak duduk je dalam kereta, tak pun nak suruh saya dukung?” Sekali lagi Naurah memerhatikan keadaan sekeliling, terdapat beberapa buah kereta dipakir di kawasan itu. 

“ Resort ke?” Naurah berteka-teki sendiri. Akhirnya Naurah menurut, dia keluar juga dari perut kereta Mustaqim. Setelah berjalan beberapa langkah ke hadapan, dia ternampak akan papan tanda. 

“ Selamat datang ke Taman Negara Tanjung Piai,"tampa disuruh Mustaqim telah pun membaca apa yang tertera di papan tanda tersebut. 

“ Kita nak buat apa di sini, camping?” soalan Naurah membuatkan Mustaqim ketawa lagi. 

“ Nope...nak bawa awak ke hujung dunia.” Berkerut dahi Naurah bila menerima jawapan Mustaqim. 

“ Ikut saja lah...jom.” Mustaqim menarik lengan Naurah, tampa banyak soal Naurah menurut. 

Hampir 900 meter mereka berjalan menyelusuri pelbagai jenis pokok hutan termasuk lah pokok tembakau, bertemu dengan sekawan monyet, ikan-ikan belacak yang girang bermain di atas lumpur, berselisih dengan beberapa orang pelancong, puas berbalah dengan Mustaqim tentang pelbagai perkara dan apabila tiba dipenghujungnya buatkan Naurah tergamam. 

Subahanallah, hanya itu sahaja yang mampu diucapkan. Lautan yang sangat luas terbentang di hadapan mata ditambah pula dengan deruan angin kencang adakalanya membuatkan Naurah gementar. Bagaimana sekiranya ombak besar melanda, pasti dirinya hanyut ke tengah lautan, bagaimana sekiranya dia terjatuh ke dalam laut akibat angin kencang? Bermacam-macam bermain di fikirannya ketika itu. 

“ Ini la penghujung selatan tanah besar asia.” Ucap Mustaqim sambil mendepangkan tangannya di hadapan arca yang berbentuk bumi. Mereka tidak melepaskan peluang bergambar. Pelbagai aksi yang mengundang tawa siapa sahaja yang melihat gelagat mereka. Jelas terpancar riak kegembiraan dan kebahagiaan di wajah mereka. Mustaqim berdiri di atas arca yang berbentuk bumi itu lalu menjerit sekuat hatinya, 

“ Naurah...........aku cinta pada mu... I love you Naurah....I love you.......” ada pengunjung yang tersenyum, ada juga yang memberikan pandangan yang kurang senang. Namun sedikit pun tidak diendahkan. Naurah pula hanya terdiam, tidak menyangka Mustaqim akan berbuat begitu.


♥♥ **************************************************** ♥♥

3 comments:

MaY_LiN said...

yeay yeay yeay..
date juga akhirnya mus ngan naurah ni

Anonymous said...

ku suka @ i like..... hehehe....

tapi..... mustaqim masih berstatus tunangan org.... naurah mesti berhati2, entah2 nanti menjadi bilangan nombor, i.e. yg kedua..... warggghhh... ngeri...

ein said...

satukan lah naurah dan mus ... permudahkan lah mereka kali nie.... sok sok sok