Thursday, July 12, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 43


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Dhiera menuruni anak tangga dengan berhati-hati bimbang kalau-kalau tersilap langkah dia akan terjatuh. Mengenakan kasut bertumit setinggi 2 inci setengah agak menyukarkan pergerakkannya namun dek kerana tuntutan fesyen dia rela. Dhiera baru sahaja keluar dari butik Adha Ridzwan, seorang pereka fesyen yang namanya semakin meningkat naik, hasil rekaannya mula menjadi perbualan para selebriti tempatan. Dhiera bercadang untuk menjalani praktikal di sana dan beberapa lakaran rekaan bajunya telah pun diserahkan kepada Adha Ridzwan. Melalui pertemuan sebentar tadi, Adha Ridzwan seakan berminat dengan hasil lakarannya.

“ Ada potensi untuk menjadi perintis saya,” pujian Adha Ridzwan buatkan Dhiera semakin bersemangat. Kini dia hanya perlu menanti panggilan dari Adha untuk pengesahan dan lebih menggembirakan hatinya bila Mustaqim telah bersetuju untuk menjemputnya pulang. Tidak sabar rasanya untuk bertemu kekasih hati sambil berkongsi respon positif yang diterima dari Adha Ridzwan.

Setibanya di tingkat bawah, Dhiera memandang kiri dan kanan, kereta Mustaqim tidak kelihatan. Namun dia perasan akan sebuah kereta Mitsubishi Evo berwarna biru perlahan-lahan menghampirinya. Dek kerana terik mentari, Dhiera mengecilkan matanya lalu merenung kereta itu lama, dia seperti mengenali kereta itu.

“ Oh...jangan lah Rohaizad,” bisik hati kecilnya.

Pemandu kereta itu memberhentikan keretanya tidak jauh dari tempat Dhiera berdiri. Perlahan-lahan pemandu itu turun. Dhiera sempat merenung wajah pemandu tersebut. Sah! Lelaki yang bernama Rohaizad sedang berjalan ke arahnya. Dhiera memeluk tubuh sambil merengus geram. Dia dapat merasakan yang Mustaqim telah mengungkiri janjinya lagi. Ini bukan kali pertama Mustaqim mewakilkan Rohaizad sebagai peganti dirinya.

“ Assalammualaikum Cik Dhiera,” Sapa Rohaizad, senyumannya masih lagi tidak lekang dibibirnya. Dhiera tidak menjawab, kembang kempis hidungnya menahan marah.



“ Tak jawab dosa tau Cik Dhiera...” Dhiera memalingkan wajahnya lalu merenung Rohaizad tajam, bagaikan singa yang ingin menerkam mangsa sahaja lagaknya.

“ Wa’alaikumsalam, kenapa awak ada di sini? Jangan bagitahu saya yang Abang Mus hantar awak ke sini, saya tak mahu dengar itu semua!” suara Dhiera mula meninggi. Rohaizad tersenyum lagi, cukup tenang bila berhadapan dengan Dhiera. Senyuman Rohaizad menambahkan panas di hatinya.

“ Ok lah, saya tak nak cakap itu semua. Cuma saya ingin maklumkan pada Cik Dhiera yang apa yang Cik Dhiera katakan tadi tu, benar sebenar-benarnya.”

“ Awak ni kan? Tak kelakar tahu tak!” bentak Dhiera.

“ Betul lah, saya cuma mengiya kan sahaja kata-kata Cik Dhiera. Ok..ok maafkan saya ye. Memandangkan semuanya dah jelas, jadi marilah saya hantarkan Cik Dhiera pulang.”

“ Tak payah! Saya boleh balik sendiri! Saya ambil teksi sahaja, tak perlu susah-susah hantar saya!.” Rohaizad menghela nafasnya perlahan,

“ Untuk pengetahuan Cik Dhiera, di kawasan ini teksi masuk mungkin dalam lingkungan sejam atau dua jam sekali. Kadang-kadang tak masuk langsung. Iya la Cik Dhiera tengok sahaja semuanya gunakan kenderaan sendiri. Sekiranya Cik Dhiera nak juga, Cik Dhiera kena tunggu di depan simpang sana. Kena jalan jauh sikit lah melepasi dua tiga buah bangunan, insya’Allah sampai.” Dhiera mengetap bibirnya, buntu mencari cara untuk mengelak dari Rohaizad.

“ Sekiranya Cik Dhiera berhajat untuk berjalan kaki hingga ke depan sana, sila kan. Tapi saya tak jamin akan keselamatan Cik Dhiera. Saya tak ikut jalan tu nanti sangkut dalam jam.” Rohaizad seolah-olah dapat membaca apa yang berada di fikiran Dhiera. Dhiera memandang Rohaizad lama.

“ So, shall we...” pelawa Rohaizad. Dhiera tiada pilihan,

“ Ye la.....” Dhiera merengus lagi, kakinya dihentak-hentakkan di jalan tanda protes. Rohaizad tersenyum riang, cepat-cepat dia berlari ke arah Dhiera lalu pintu keretanya dibukakan untuk Dhiera masuk ke dalam. Dhiera tersentuh dengan kelakuan Rohaizad, jika dia dengan Mustaqim memang tidak merasa semua ini. Semuanya kena buat sendiri.

“ Awak ni....apa yang boss awak suruh buat semua awak buat ye?”

“ Nama pun boss, Encik Mustaqim ada meeting dengan Big Boss tak dapat nak elak, sebab tu la dia hantarkan saya untuk jagakan Cik Dhiera buat sementara waktu.” Rohaizad membela Mustaqim.

“ Ala..alasan je semua tu kan. Asik pentingkan kerja sahaja, arghh!! Tension la dapat tunang macam ni! Langsung tak fikirkan kita, perasaan kita.” secara tidak sengaja Dhiera meluahkan kemarahannya.

“ Itu bukan alasan, kebenaran. Cik Dhiera tak baik kata macam tu. Sebab Encik Mus fikirkan Cik Dhiera ni la dia minta saya ke sini. Dia bimbangkan keselamatan Cik Dhiera,”


“ Tengok tu, tak habis-habis nak bela bos dia. Kalau dia suruh terjun lombong, makan tahi, awak ikut juga la ye?” Tawa Rohaizad terhambur keluar bila mendengar kata-kata Dhiera.

“ Saya masih waras lagi Cik Dhiera. Takkan la saya nak ikut semua tu. Ala dia cuma minta temankan Cik Dhiera sahaja, tidak la susah mana. Saya diberi kepercayaan yang penuh oleh Encik Mustaqim tuk jagakan Cik Dhiera yang cantik manis ni, saya sangat berbesar hati. Bukan calang-calang orang tau yang Encik Mus pilih,” beria-ia Rohaizad menyebelahi Mustaqim.

Benar, dia sedikit pun tidak keberatan membantu Mustaqim. Dia senang bila bersama dengan Dhiera. Seperti ada satu perasaan halus mula meresap di hatinya dan dia sendiri keliru dengan perasaan itu.

“ Apa-apa saja lah. Lawan cakap dengan awak ni, sampai esok pagi pun tak habis!” Dhiera mengeluh lagi sambil memeluk tubuhnya.

“ Ok lah, so..kita nak makan di mana ni? Cik Dhiera lapar kan?”

“ Terus hantar saya balik, saya dah kenyang.”

“ Aik....Cik Dhiera makan apa? Bukan ke Cik Dhiera tak makan apa-apa pun dari pagi tadi?”

Dhiera menjeling sekilas ke arah Rohaizad. Lelaki ini terlalu banyak tahu tentang dirinya. Pasti Mustaqim memberitahu Rohaizad segala-galanya.

“ Kenyang makan hati.” Jawab Dhiera pendek, malas mahu melayan Rohaizad. Sengaja dia berbohong, memang dia sedang lapar yang teramat sangat, namun disebabkan dia berkecil hati dengan Mustaqim, dia berbohong. Dia mahu Mustaqim risau, dia mahu Mustaqim tahu yang dia sedang protes!

“ Erm..sedap ye Cik Dhiera? Tak apa lah kalau macam tu, Cik Dhiera temankan saya makan boleh? Saya lapar sangat ni. Pagi tadi pun memang tak sempat nak sarapan. Bangun lewat sebab tengok bola malam semalam. Boleh ye Cik Dhiera, sekejap je lapar sangat ni.” Rayu Rohaizad.

“ Awak ni...ada-ada saja kan! Iya la....cepat jangan lambat. Saya masih banyak urusan lagi ni.” Bentak Dhiera. Dhiera berbohong lag.

“ Terima kasih Cik Dhiera yang cantik manis...” Rohaizad meneruskan pemanduan sambil menyanyi kecil. Sambil-sambil itu sempat dia mencuri pandang ke arah wajah Dhiera yang masam mencuka.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Zalia membelek-belek majalah perniaagaan sehelai demi sehelai. Isi kandungan dalam majalah itu langsung tidak menarik minat Zalia untuk membacanya. Telefonnya dicapai dan direnungnya lama. Hatinya berkira-kira samada untuk mendail nombor telefon yang tertera di skrin telefonnya ataupun tidak dan akhirnya butang hijau ditekan. Entah kenapa ada getaran di hatinya saat menanti panggilannya dijawab.

“ Assalammualaikum puan, saya baru terfikir nak telefon puan, tup-tup puan dah telefon saya dulu.” ucap Mustaqim dengan nada yang riang. Zalia tertawa kecil.

“ Wa’alaikumsalam, iya ke? Ada perkara penting?” soal Zalia kembali.

“ Rindu lah kat puan, lama betul tak jumpa. Macam mana dengan Kota Manila seronok tak?”Kata-kata yang meluncur laju dari mulut Mustaqim buatkan hati Zalia bergetar dan tidak keruan.

“ Err....boleh la Mus, seronok lagi Malaysia.” Jawab Zalia pendek.

“ Oh ya lupa, Syida kata puan tak masuk pejabat hari ni tidak sihat betul ke?” soal Mustaqim.

“ Tak sihat sikit saja, orang tua macam ni la.” Zalia ketawa lagi.

“ Ish...puan mana ada tua mana, masih cantik menawan.” Zalia senang dengan kata-kata manis yang lahir dari bibir Mustaqim buatkan dia terlupa tujuan sebenar dia menalifon Mustaqim.

“ Eh puan di mana ni?”

“ Saya di rumah, sekajap lagi nak keluar jumpa peguam syarikat sekejap. Hampir terlupa saya, saya telefon awak ni sebab nak tanya perkembangan projek di Johor tu macam mana?” Zalia tidak mahu terus hanyut dengan perasaannya sendiri.

“ Erm...lepas jumpa penguam, kita lunch sekali boleh ke? Nanti saya bentangkan semua.” Cadangan Mustaqim disambut dengan baik.

“ Baik lah, lepas habis perbincangan saya akan bagitahu awak.”

“ Okey puan, saya tunggu.” Talian di matikan. Senyuman sekali lagi terukir di bibirnya. Zalia sempat melirik ke arah cermin yang memantulkan kembali wajahnya.

“ Dah serupa budak-budak kau ni. Sedar lah Zalia kau tu dah tua! Mana layak dengan dia.” Suara kecil yang datang dari hati mematikan senyumannya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Kereta Rohaizad berhenti betul-betul dihadapan restoran dimana di hadapannya tertera Restoran Masakan Minang. Dhiera menelan air liurnya perlahan. Dia berkira-kira mampu kah dia menahan lapar bila berada di sini. Melihat Rohaizad telah pun membuka pintu keretanya, dengan berat hati dia melangkah keluar. Saat mereka masuk ke dalam, terdapat banyak jenis lauk terhidang. Restoran itu mengamalkan konsep buffet. Pelanggan bebas memilih lauk yang mereka mahukan. Lauk pauknya terdiri daripada masakan Minang.

Dhiera membontoti Rohaizad sambil matanya liar memerhatikan lauk pauk berserta nama lauknya sekali.

“Gulai itik, daging dendeng, ikan masak ompok, ayam goreng minang....aduh semuanya sedap-sedap.” Dhiera menelan air liurnya sekali lagi. Sedang leka dia memerhatikan lauk-pauk, tiba-tiba dia disuakan dengan sepinggan nasi. Dhiera merenung tepat ke arah Rohaizad, hatinya berbelah bahagi samada mahu mengambil nasi itu ataupun teruskan egonya.

“ Ambil la Cik Dhiera, jangan siksa diri tu. Saya tahu Cik Dhiera lapar. Jangan tak tahu saya dengar perut Cik Dhiera berbunyi banyak kali tau.” Rohaizad tersengih. Dhiera pula mengetapkan bibirnya menahan geram. Lantas satu cubitan berbisa hinggap di lengan Rohaizad.

“Aduh...sakitnya..!!” ujar Rohaizad sambil mengosok-gosong lengannya yang telah dicubit oleh Dhiera.

“ Tak boleh cakap perlahan sikit ke? Nak semua orang di sini dengar?” ujar Dhiera separuh berbisik.

“ Ok..ok..maaf. Jom la kita pilih lauk.” Dhiera sekadar menjeling, puas hatinya dapat melepaskan geram kepada Rohaizad. Sedang matanya meliar melihat lauk pauk yang terhidang di atas meja yang panjangnya hampir satu meter itu, sekali lagi Rohaizad memanggilnya.

“ Cik Dhiera...mari la sini, mesti Cik Dhiera suka dengan lauk ni, mari lah.” Dhiera hanya menurut, bila dia menghampiri Rohaizad, dia sempat melihat label yang ada berdekatan dengan lauk itu.

“ Hati masak kicap... ambil la yang ni Cik Dhiera, Cik Dhiera suka betul tak?” Rohaizad mula menyenduk lauk hati kicap itu. Sekali lagi cubitan berbisa hinggap di lengan Rohaizad yang sasa itu.

“Adoii.....” Suara Rohaizad mencuri tumpuan para pelanggan yang sedang makan di situ. Ada yang tersenyum-senyum melihat gelagat Dhiera dan Rohaizad.

“ Ha..rasakan, usik saya lagi!” Dhiera menjeling lalu berjalan mencari meja yang kosong sambil menatang pinggan yang telah dipenuhi dengan lauk. Rohaizad membontoti Dhiera.

Seorang pelayan perempuan datang menghampiri mereka,

“ Nak minum apa cik...”

“ Teh O suam..” jawab Dhiera dan Rohaizad serentak. Mereka saling berpandangan, tidak menduga mereka akan memesan air yang sama.

“Wah...sehati sejiwa lah.” puji pelayan itu. Tiba-tiba Dhiera berasa canggung, tapi bila melihat Rohaizad terus makan seperti tidak mengambil kisah apa yang berlaku, dia pun melakukan perkara yang sama.


Usai makan,

“ Temankan saya pergi bank sekejap boleh? Nak bayar duit kereta, kalau lambat kena interest la pula.”

“ Ok.” Itu sahaja jawapan Dhiera. Entah kenapa perasaan canggung masih lagi membelenggu dirinya. Entah kenapa dia mula membanding-bandingkan antara Rohaizad dan juga Mustaqim. Banyak yang positif pada Rohaizad berbanding dengan Mustaqim.

Melihat Dhiera tidak banyak cakap seperti tadi, Rohaizad juga mendiamkan diri. Enjin kereta dihidupkan dan terus meluncur laju meninggalkan restoran. Lima belas minit perjalanan mereka tiba di hadapan bank.

“ Cik Dhiera nak tunggu dalam kereta atau nak ikut saya?” soal Rohaizad.

“ Saya nak ikut sekali la, nak periksa elaun saya dah masuk ke belum.”

“ Oh untung ye belajar free, ada elaun. Saya ni terpaksa buat pinjaman daripada PTPTN. Elaun daripada mana, JPA?” soal Rohaizad sambil berjalan beriringan dengan Dhiera.

“Nope... dari PAMA.” Dhiera menyengih.

“ PAMA ? oh...anak orang kaya la ni mak ayah tanggung.” Balas Rohaizad. Dhiera tidak menjawab hanya ketawa kecil.

Tawanya tiba-tiba terhenti bila melihat Mustaqim baru sahaja keluar daripada restoran yang jaraknya selang enam buah kedai cuma. Hatinya tiba-tiba menjadi panas apabila melihat Mustaqim sedang berpelukkan bersama dengan seorang wanita. Dunia dirasakan sedang berputar dengan hebat. Nafasnya turun naik menahan marah. Dia rasa dikhianati, dia rasa ditipu!


♥♥ **************************************************** ♥♥
adakah Dhiera akan mengamuk??


3 comments:

Anonymous said...

Dhiera ngan rohaizad.... muz ngan naurah...

akak, bile muz nak cari naurah nie....

MaY_LiN said...

aish..
tamola c mus tu ngan mama naurah..

nabilah_2908 said...

Cik Anon,

nanti eh...selesaikan satu, satu...dalam dua episod lagi mungkin.. :)

May Lin,

agak tak sesuai eh...? hehe... :)