Monday, June 25, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 42


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

Dua pasang mata saling berpandangan buat seketika. Masing-masing dalam keadaan terkejut, tidak menyangka sama sekali akan dipertemukan semula. Pelbagai persoalan mula bermain di benak masing-masing. Kenapa, mengapa, bagaimana..

“ Budak-budak ni...lelah aku jadinya..” rungutan Datuk Karim buatkan mereka tersedar, kembali ke alam nyata.

“ Pa....jemput makan.” Rendah sahaja suaranya dan mula mengorak langkah meninggalkan meja makan. Lemas rasanya berdiri lama-lama di hadapan Mustaqim.

“ Fika.........” langkah Fika terhenti sambil mengetap bibirnya.

“ Ada apa pa?” Fika lantas menoleh, mata Mustaqim masih lagi merenung dirinya.

“ Tak makan sekali ke...?” soal Datuk Karim.

“ Fika dah makan dengan budak-budak tadi. Papa makan la dulu ye, Fika nak naik atas kemaskan bag.”

“ La...tadi Syamil kata Fika dah siap kemaskan bag..” Fika resah, memang benar semua bag dan barang-barang kelengkapan milik dia dan anak-anak sudah siap dikemaskan, dia sengaja member alasan untuk tidak berdiri lama di situ.

“ Bag budak-budak sudah, bag Fika je. Fika minta diri dulu ye pa,” Fika menunduk dan terus melangkah naik ke tingkat atas.

Fika menyandarkan tubuh di sebalik pintu biliknya. Hatinya tertanya-tanya apa lah yang Mustaqim fikirkan ketika ini. Masih ingat lagi kah dia pada dirinya? Bagaimana dengan Naurah, adakah dia sudah tahu perkara sebenar? Di manakah Naurah ketika ini, adakah sedang hidup bahagia bersama Mustaqim?. Ingin sahaja dia meluru ke bawah, bertanyakan terus pada Mustaqim tentang Naurah. Banyak dosanya terhadap Naurah, jika berpeluang bertemu semula, ingin dia bersujud di kaki Naurah memohon maaf. Air matanya berjuraian keluar membasahi pipi.

Terbayang-bayang wajah mesra Naurah sedang tersenyum, Naurah tidak pernah lokek mahupun berkira dengan apa yang dia ada. Orangnya sangat penyayang. Apa yang dia ada, itu juga la yang akan dikongsikan bersama Fika. Terngiang-ngiang di telinga Fika, suatu ketika dulu Naurah gemar memeluk dirinya lalu berkata,

“Aku sayang kau sangat-sangat. Kau dah macam kakak aku!”

“ Eh..sorry sikit, apasal pula aku jadi kakak. Kita sebaya tau!”

“ Ek’eleh....perasan saja makcik ni. Sila tunjukkan IC anda, kita compare tahun kelahiran nak? Kalau tidak silap perhitungan lah kan, orang tu lahir dua tahun lebih awal betul tak? ” beria-ia Naurah mahukan kad pengenalan Fika. Serta merta Fika menarik muka. Naurah ketawa senang hati, rancangannya untuk mengenakan Fika berjaya.


“ Ye la dik...memang kakak kau ni lahir dua tahun awal. Oleh kerana kau itu adik, adik kena ikut cakap kakak. Kakak nak adik masak tuk makan tengahari nanti ye, kakak nak tidur malam nanti nak kerja..” Fika bangun sempat juga dia menarik hidung Naurah.

Naurah mengetap bibir tidak puas hati. Sepatutnya giliran Fika memasak bukan dia. Saat Naurah mahu membuka mulut,

“No...no...no...adik kena patuh kata kakak tau. Kalau tak nanti derhaka.....” Fika ketawa besar dan terus berlari naik ke tingkat atas meninggalkan Naurah sendirian.

“ Masak sedap-sedap ye dik.....” Fika masih belum puas menyakat.

“ Ye la kak oiii......kakak pergi la membuta dulu biar badan tu mengembang dan terus mengembang macam pau kacang!” sindir Naurah, Fika hanya menyambut sindiran itu dengan ketawa besar.

Fika tersenyum sendiri mengenangkan gelagat Naurah. Bodohnya dia dek kerana cemburu dia sanggup menghianati sahabat sendiri dan kini dia sedang menerima balasannya. Sudahlah tersiksa hidup bersama Syafiq, ibu mertua langsung tidak mengendahkan dia dan lebih menyakitkan bila keluarganya sendiri telah menyisihkan dirinya. Fika menangis lagi mengenang nasib diri, tiada lagi tempat untuk dia mengadu. Mujurlah ada bapa mertua yang perihatin dengan nasibnya.

“ Maafkan aku Naurah, lihat la kehidupan aku sekarang, hidup aku bagaikan neraka bersama Syafiq. Aku menyesal mengkhianati kau Naurah...maafkan aku.” Hati Fika menjerit semahu-mahunya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Pertemuan dia dan Fika sebentar tadi buatkan hatinya girang, laju sahaja suapan nasi masuk ke dalam mulutnya. Selama ini dia membayangkan Naurah yang berada di rumah besar itu, sangkaan dia meleset sama sekali, dalam girang terselit juga rasa hampa. Harapannya untuk bertemu dengan Naurah tidak kesampaian. Jika Fika berkahwin dengan Syafiq, di mana Naurah? Bayangan gadis yang wajahnya seiras Naurah kembali menerjah ingatannya.

Persoalan yang sama sekali lagi bermain-main di fikiran. Adakah Nurien dan Naurah orang yang sama? Dia mula tidak sabar untuk ke Johor semula. Ya dia perlu siasat, perlu mencari jawapan. Asyik memikirkan perihal Naurah sampaikan apa yang dibicarakan oleh Datuk Karim satu pun tidak masuk ke dalam kepalanya yang ada cuma Naurah, Naurah dan Naurah.

“ Nak nasi lagi?” wajah Naurah hilang serta merta dek sapaan Datuk Karim.

“ Cukup la ni Datuk, mengah dah ni.”

“ Betul tak apa yang saya kata, sedapkan masakkan menantu saya?” Mustaqim sekadar tersenyum lalu mengangguk.

Usai makan, mereka kembali ke ruang tamu membincangkan tentang projek di Johor. Sambil berbincang, sambil itu otak Mustaqim ligat menyusun strategi, mancar jalan untuk menyiasat adakah Nurien dan Naurah orang yang sama. Terdetik juga hatinya untuk bertanyakan terus kepada Fika apa yang sedang berlaku, namun dia yakin cara itu tidak akan berhasil.

Dia tidak nampak ruang untuk berhubung dengan Fika, ingin bertanya pada Datuk Karim juga sesuatu yang mustahil kerana dia tidak mahu Datuk Karim mahupun Zalia tahu tentang sejarah dia dan Naurah, dia tidak mahu mereka tahu yang dia pernah berada dalam kemelut keluarga ini suatu ketika dahulu. Mustaqim melirik jam ditangannya.

“ Dah pukul berapa ni Mus,” Soal Datuk Karim.

“ Dah pukul sebelas. Pantas betul masa berlalu.”

“ Lewat dah ni, awak nak balik lagi. Saya rasa cukup la perbincangan kita untuk hari ni. Kalau ada apa-apa awak telefon je saya ya.” Balas Datuk Karim.

“ Kalau macam tu saya balik dulu la.” Mustaqim bingkas bangun diikuti pula dengan Datuk Karim. Sebaik sahaja tiba di muka pintu kedengaran sebuah kereta mula memasuki pengkarangan rumah. Seorang wanita yang hampir sebaya dengan Zalia keluar dari perut kereta dan meluru masuk ke dalam rumah.

“ Awal pula awak balik hari ni...” Sapa Datuk Karim. Wanita itu memandang wajah Datuk Karim dan Mustaqim silih berganti.

“ Awak ni....saya balik awal salah, balik lambat pun salah. Kalau awak keluar berdua dengan Zalia lama-lama boleh pula? Saya bukan keluar saja-saja tahu, ada meeting dengan persatuan lah, kami nak buat majlis cherity hujung minggu ni!”

Agak tinggi nada yang diucapkan oleh Maria, isteri Datuk Karim. Dia terus melangkah naik ke tingkat atas meninggalkan Datuk Karim dan Mustaqim. Datuk Karim hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Mustaqim terkebil-kebil melihat tingkah isteri Datuk Karim. Hatinya tertanya-tanya kenapa nama Zalia pula di kaitkan?

“ Sabar lah Datuk....” Mustaqim menepuk bahu Datuk Karim perlahan.

“ Dah tak ada daya lagi saya nak marah Mus. Bila tegur sikit melenting. Satu lagi dia begitu cemburukan Zalia. Ada ke patut dia tuduh saya ada hubungan sulit dengan Zalia? Siap pergi serang Zalia di pejabat lagi. Ketika itu, Ya Allah malunya saya, tak terkata Mus!” Mustaqim sekadar mendengar luahan Datuk Karim.

“ Ini baru isteri, sekejap lagi nak mengadap anak pula. Anak dengan mak sama sahaja.” Datuk Karim melepaskan keluhan yang berat. Wajah Syafiq yang sedang mabuk mula terbayang-bayang di kotak fikirannya. Datuk Karim mengeluh berat, dia telah gagal mendidik isteri dan juga anaknya, gagal!

♥♥ **************************************************** ♥♥

" Kenapa budak-budak ni tidur berlambak di sini? bilik tu dah tak cukup besar lagi ke?. Tengok ni dengan tv yang tak bertutup. Apa kau orang ingat bayar elektrik ni guna angin, guna pasir?" Suara Maria yang bergema di ruang bawah buatkan Fika tersedar dari lenanya. Dia tertidur rupanya sehingga terlupa akan Syamil dan Syamimi. Fika cepat-cepat keluar dari biliknya dan berlari ke bawah.

Renungan tajam yang diberikan oleh ibu mertuanya tidak dihiraukan. Dia menghampiri Syamil. Pipi anak kecil itu diusap perlahan.

" Syamil....bangun sayang. Kita tidur di bilik." ucap Fika lembut. Anak kecil itu tidak bergerak walaupun sedikit. Fika mengangkat Syamimi dan masih lagi berusaha mengejutkan Syamil. Tidak mampu rasanya untuk dia mengendong kedua-dua anaknya sekali gus.

" Tu la....buat anak saja pandai, jaga tak tahu! Kau saja kan lahirkan anak ramai-ramai senang anak-anak kau nak kikis harta aku!" Sinis sahaja suara Maria.

Namun sedikit pun tidak memberi kesan kepada Fika kerana dia sudah lali dengan kata-kata cercaan itu. Tidak cukup dengan cacian dan herdikkan dari ibu mertua dari suaminya sendiri juga dia sudah lali. Tiada kasih sayang, yang ada cuma nafsu. Bila dia marah, dia akan marah bila nafsunya mengelodak dia akan melepaskan nafsunya tampa rasa belas, tampa memikirkan keadaannya ketika itu.

Ingin sahaja dia keluar dari rumah itu, lari membawa diri. Namun bila memikirkan masa depan dan kebaikkan anak-anaknya, dia hanya mampu bertahan. Air matanya mula bergenang di tubir mata.

" Fika.......biarkan saja Syamil di situ. Nanti papa bawa dia naik atas." suara garau itu sedikit sebanyak melegakan hatinya.

" Tak apa la Pa...nanti Fika turun semula ambil Syamil," Fika menutup suis television dan terus meninggalkan Maria dan Datuk Karim di bawah. Tidak sanggup rasanya untuk dia berlama-lama di situ.

" Amboi....besar pangkat. Siapa dia sampai awak nak tolong angkat budak tu sampai ke atas!"

" Siapa dia? apa awak dah hilang ingatan sampai tak kenal cucu sendiri? itu darah daging saya!" suara Datuk Karim pula mula meninggi.

" Darah daging awak konon. Entah dengan jantan mana dia menyundal lepas tu mengaku itu anak Syafiq. Memang dasar perempuan murahan, orang kampung tak sedar diri! Entah berapa banyak ubat guna-guna yang dia dah beri pada Syafik, pada awak agaknya!" lancar sahaja kata-kata cacian keluar dari mulut Maria.

" Maria!! awak jangan melampau ye! janga cuba nak menidakkan apa yang betul. Jangan awak cabar kesabaran saya!" kata-kata Datuk Karim buatkan Maria terdiam. Datuk Karim segera mengendong Syamil dan terus naik ke atas.

" Syamil...cepat lah besar. Jadi pelindung pada mama dan adik, tolong atuk jaga syarikat. Nak harapkan papa Syamil entah lah. Atuk tak nampak mana hala tujunya. Syamil saja lah harapan atuk." bisik hati kecil Datuk Karim sambil merenung wajah Syamil. Hati tua itu sangat kecewa, sangat-sangat kecewa.


♥♥ **************************************************** ♥♥

2 comments:

MaY_LiN said...

akhirnya...
bergumbira mus..
cecepat siasat sapa nurien!!
yeay!!

kail said...

tak sabar nak tau n3...